Jika di Malaysia, nama YB Syed Saddiq sudah sekian lama disebut-sebut oleh remaja perempuan.
Lihat sajalah di ruangan komen di Instagram Syed Saddiq dan di Instagram kami sendiri setiap kali kami memuat naik artikel, foto atau video berkenaan Menteri Belia Dan Sukan itu. Macam-macam jenis komen yang mereka lontarkan. Ada yang berbangga, ada juga yang instantly fall in love dengan beliau.
Jumaat lalu, Syed Saddiq melakukan lawatan rasmi pertama ke Indonesia untuk melaksanakan dua perkara. Satu adalah bagi membincangkan mengenai isu kekasaran yang melanda pasukan bola sepakan Malaysia U-19 selepas menentang Indonesia pada peringkat separuh akhir Piala AFF U-19, Khamis lalu.
Seperkara lagi, beliau ke sana bagi meninjau persiapan Sukan Asia 2018 di Jakarta – Palembang yang bakal berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September. Sudah tentu, beliau ada memuat naik gambar dan video ketika berada di sana.
Ads
Antaranya adalah video ketika menaiki kereta bersama Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo (JokoWi) yang memanggil beliau dengan gelaran ‘bro’. Syed Saddiq juga berkongsi rasa ‘togetherness‘ yang perlu wujud antara Malaysia dan Indonesia dalam tempoh mereka melakukan persiapan Sukan Asia 2018.
Presiden JokoWi sendiri untuk memuat naik gambar bersama Syed Saddiq semasa di Jakabaring Sport City, Palembang. Ia juga dikatakan adalah gambar yang menerima likes paling banyak di Instagram JokoWi setakat ini.
Tiada angin tiada ribut. Tiba-tiba cuti Awal Muharram pada hari ini ‘dilanda’ sebuah isu yang berkait dengan pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah.
Bukan isu Mira ingin mendirikan rumah tangga ya, tetapi isu ‘cultural appropriation’ apabila Mira menyarungkan pakaian tradisi masyarakat India untuk kempen terbarunya.
Untuk pengetahuan, Mira menyarungkan Lehnga daripada Cassandra Collection untuk penggambaran gambar sebuah kempen kolaborasi di antara Lavue Lens dan Mira Filzah yang akan dilancarkan pada 31 Ogos ini.
Seorang pemilik akaun Twitter secara tiba-tiba menyentuh topik ini dan menganggap Mira ‘mencedok’ budaya masyarakat India dan mengaut keuntungan daripadanya.
Dalam ciapan terbaru pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu, Mira mengambil langkah awal memohon maaf sekiranya tindakannya menyarungkan Sari disalah anggap oleh mana-mana pihak.
Kata Mira, “Isu ini telah menjadi semakin besar dan saya tidak rugi apa-apa untuk menjadi pihak yang terlebih dahulu memohon maaf. Dan saya ikhlas meminta maaf jika telah menyakitkan perasaan sesiapa.”
The issue is getting bigger and I’ve got nothing to lose to be the first one to apologise. And I’m sincerely apologise if I hurt anyone. https://t.co/NYTQp5UAIo
REMAJA mendapatkan penerangan seseorang yang lebih pakar dalam topik ‘cultural appropriation’, iaitu Pensyarah Kanan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka di UiTM Shah Alam, Faizal Hamid.
Pensyarah Kanan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka di UiTM Shah Alam, Faizal Hamid.
Menurut beliau, terma ‘appropriation’ mahupun ‘homage’ dan ‘re-interpretation’ ini sememangnya merupakan terma yang dipopularkan pada zaman millenial, malah dijadikan pula trend masa kini.
Ia dipopularkan oleh masyarakat Barat terutamanya di Amerika Syarikat yang sememangnya sensitif apabila menyentuh cara pemakaian mirip komuniti berkulit gelap di sana.
“Selama 15 tahun yang lalu, media massa dan media internet telah berkembang dengan cukup pantas untuk kita didedahkan kepada pelbagai perkara terutamanya dalam sektor kreatif.
“Tak kiralah dalam dunia fesyen, muzik, seni, seni bina dan sebagainya, pencipta rekaan pastinya pernah menjadikan budaya sebagai satu bentuk sampling atau terma popularnya, ‘appropriation’ mengikut intepretasi sendiri.
‘So we cannot help but to put our personal stamp on it. Walaupun seolah-olah kita mengambil elemen budaya sesebuah masyarakat seperti pemakaian, selagi kita menghormati dan tidak melanggar norma serta sosio budaya masyarakat (seperti mencerca budaya sesebuah masyarakat), saya rasa tiada salahnya.
“Selagi ia diintepretasikan dengan penuh hormat dan tertib, imaginasi kreatif dengan menggunakan elemen kebudayaan sebagai inspirasi adalah merupakan satu bentuk penghormatan serta penghargaan terhadap budaya dan warisan tersebut, InsyaAllah,” jelas beliau penuh terperinci.
*
REMAJA merasakan bahawa isu ini telah digembar-gemburkan lebih daripada skala yang sepatutnya.
Sebagai negara yang berbilang kaum, sejak kecil lagi kita semua sudah didedahkan dengan keindahan budaya rakan-rakan kita yang berlainan latar belakang.
Apresiasi budaya sesama rakan ini telah membuatkan kita hidup secara harmoni, sesuatu yang jarang sekali dapat dikecapi oleh negara-negara lain.
Remaja Melayu memakai Sari, remaja Cina memakai Baju Kurung dan remaja India memakai Cheongsam, bukankah itu sesuatu yang sepatutnya diraikan? Ia tidak seharusnya dijadikan poin untuk melontarkan kecaman.
Jom sama-sama kita naikkan semangat patriotik sempena bulan kemerdekaan ini, bukannya menjejaskannya dengan isu sebegini.
Bila bercakap tentang karakter filem dan permainan video popular seperti Marvel, Gundam dan Starwars, ramai yang obses terhadapnya sehinggakan sanggup membeli pelbagai merchandise original.
Walaupun kebanyakan dijual pada harga ‘tak mampu milik’, peminat sanggup mengikat perut demi minat mereka untuk mengumpulkan sebanyak mungkin merchandise.
Kali ini, tak perlu lagi untuk mereka mengeluarkan bajet hebat bagi mendapatkan barangan karakter filem dan permainan video ini. Better yet, apa kata korang sendiri hadiahkan kepada mereka koleksi baju T terbaru daripada UNIQLO ini.
UNIQLO Malaysia baru melancarkan koleksi UT (Uniqlo T-shirt) Wear Your World pada minggu ini di Mid Valley dan seperti koleksi UT terdahulu, ia menampilkan beberapa corak menarik hasil inspirasi karakter popular dunia.
Antaranya termasuklah koleksi Marvel X Jason Polan, Star Wars Master of Graphics, CAPCOM Street Fighter, Mobile Suit Gundam dan Super Mario. Tak ketinggalan, korang pun boleh dapatkan corak popular seperti ombak Hokusai Blue dan bungaan Studio Sanderson.
Okay, mesti ada yang berpendapat, “Alah, T-shirt je pun.”
Well, ini bukan baju T biasa-biasa. Ia adalah untuk meraikan beberapa karakter popular yang telah setia menemani masa korang di hadapan skrin permainan video, di pawagam, di telefon pintar dan bagi dak-dak 90-an, dalam bentuk pita video.
Cer tengok beberapa corak kegemaran kami ini.
Marvel x Jason Polan UT
RM59.90
HulkMarvel ComicsSpidermanMarvel Comics
Star Wars UT
TBC
Nintendo Super Mario UT
RM39.90
Hokusai Blue UT
RM59.90
Gundam 40th Anniversary UT
RM59.90
Yang penting, harganya tak membebankan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tidak kenal pelakon terkenal negara seberang ini, Putri Marino. Kini, nama baiknya dari hari ke hari semakin meniti dari ke bibir para peminatnya selepas memegang watak Kinan menerusi sebuah naskhah bersiri, Layangan Putus.
Kehandalannya menjiwai watak dalam siri tersebut telah menerima pujian yang luar biasa dari para pecinta drama. Malah, ramai yang menyifatkan Marino sangat padan melakonkan watak tersebut.
Terbaharu, pelakon ini membintangi filem aksi komedi Indonesia pertamanya berjudul The Big 4 arahan Timo Tjahjanto. Filem yang berkisarkan tentang seorang detektif yang mematuhi undang-udang yang menyiasat kematian bapanya dan mengikut jejak pembunuh ke sebuah pulau tropika itu sudah menemui penonton Netflix sejak 15 Disember 2022.
Berikut adalah beberapa fakta menarik Putri Marino:
Nama & Kelahiran Putri Marino
Nama panjang pelakon ini ialah Ni Luh Dharma Putri Marino dan merupakan kelahiran Denpasar, Bali, Indonesia pada tanggal 4 Ogos 1993.
Mula Karier Seni Sebagai Pengacara.
Putri Marino memulakan karier dalam industri seni tempatan menerusi rancangan kembara My Trip My Adventure. Dia telah berjaya mengisi program tersebut dengan menerokai beberapa lokasi yang indah di serata Indonesia. Ya, tidak hairanlah mengapa akaun Instagram miliknya dipenuhi dengan momen-momen perlancongan di negara tercintanya.
Heroin Siri Popular Layangan Putus
Naskhah tempatan yang berjaya meraih popularitinya tersendiri sekitar November tahun lalu, bukan sahaja ditonton masyarakat Indonesia, malah berjaya menarik perhatian penonton Malaysia. Sekaligus, bintang si cantik manis ini yang memegang watak sebagai Kinan dalam siri tersebut mampu membuatkan penonton turut sama terbawa-bawa dengan karakter ‘isteri tersakiti’ akibat kecurangan suaminya. Selain itu, Marino turut membawa watak berkenaan dengan sukses sehingga popularitinya semakin melonjak.
Isteri Kepada Pelakon Chicco Jerikho
Mungkin ada yang sudah mengetahui Putri Marino ini adalah salah seorang peminat pelakon kacak Indonesia, Chicco Jerikho. Siapa sangka, bak kata pepatah juga jodoh tidak ke mana, kini jejaka berketurunan Thai itu telah menjadi suami kepadanya. Putri Marino secara sah bergelar isteri kepada Chicco Jerikho pada Mac 2018, di Bali. Hasil perkahwinan, pasangan dua sejoli itu juga telah dikurniakan puteri tercinta, Surinala Carolina yang dilahirkan pada tanggal 24 September 2018.
Raih Pencapaian
Berkat lakonannya yang memukau dalam karya Posesif, pelakon ini berjaya dicalonkan dan menang dalam kategori Pelakon Utama Wanita Terbaik pada Anugerah Festival Filem Indonesia (FFI) 2017, yang diadakan pada November tahun lalu. Selain itu, Putri Marino juga berjaya mengenggam piala citra bagi Pelakon Pembantu Perempuan Terbaik menerusi filem Losmen Bu Broto.
Berdarah Kacukan Itali-Bali
Bintang ini merupakan anak pertama daripada tiga beradik dan dia juga merupakan anak kepada Francesco Marino dari Itali dan Marianna Rupadmi dari Bali, Indonesia. Dengan percampuran darah Itali-Bali ini membentuk figura Putri Marino yang sangat jelita seperti remaja walaupun kini sudah mempunyai cahaya mata. Sekadar informasi, salah seorang adiknya, Sitha Marino juga kini mengikut jejak langkahnya menceburi dunia hiburan tanah air.
Pereka Fesyen
Antara fakta menarik yang ramai tidak tahu mengenai wanita adalah sebelum menjejakkan kaki di layar skrin, Putri Marino pernah bekerja sebagai pereka fesyen di sebuah butik pakaian di Denpasar, Bali, Indonesia. Ia kerana, pelakon ini pernah belajar dalam bidang fesyen di Itali selama beberapa tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.