Pempengaruh sensasi, Cik Epal terus mencuri perhatian apabila meluahkan keinginannya untuk mencuba bidang lakonan dan bukan sebarangan watak yang diidamkan.
Katanya kepada Remaja, Cik Epal mengakui bercita-cita untuk membawakan watak wanita ‘mengganyang’ penyondol sekiranya diberi peluang beraksi di layar perak.
“Saya nak cuba berlakon sebab saya sedar suara saya menyanyi biasa-biasa sahaja.
“Kalau buat lagu, masa rakaman kita boleh sunting suara. Tapi kalau berlakon, saya teringin nak pegang watak wanita yang ‘ganyang’ penyondol,” katanya jujur.
Cik Epal sebelum ini tampil dengan single sulung berjudul Cukup Sampai Sini sekitar Februari lalu. Namun, walaupun bidang nyanyian sudah diteroka, dia masih belum ‘move on’ daripada dunia seni.
Malah, dia turut berkongsi perancangan melancarkan lagu baharu hasil kolaborasi dengan penyanyi dan komposer, Aepul Roza. Namun, proses rakaman masih tertangguh dek kesibukan menguruskan perniagaan.
Ads
“Hal bayaran deposit semua sudah saya selesaikan, tapi saya sibuk uruskan bisnes jadi belum sempat rakam lagu baharu itu.
“Tapi lagu Aepul memang sedap,” katanya sambil ketawa kecil.
Nama Cik Epal sekali lagi menjadi bualan selepas diumumkan sebagai pemenang kategori Selebriti Trending Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025), baru-baru ini.
Ads
Kemenangan itu dianggap cukup manis apabila dia berjaya mengetepikan barisan nama besar industri hiburan seperti Diana Danielle, Bella Astillah, Syed Saddiq, Alya Iman, Emma Maembong, dan ramai lagi.
Dalam pada itu, Cik Epal turut berkongsi sisi kehidupannya yang kini lebih tenang selepas bergelar ibu tunggal usai penceraian dengan bekas suami, Jofliam, tahun lalu.
“Saya semakin tenang. Bila kembali solo, saya hanya fokus pada diri sendiri dan anak-anak.
“Kita tak ada gangguan lain yang boleh buat saya ‘overthinking’, semua dah tak ada, jadi saya lebih tenteram,” ujarnya mengakhiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah seharian isu melempang pelakon Chris Rock secara live di anugerah Oscars hangat diperkatakan oleh penonton di seluruh dunia, hari ini Will Smith telahpun memohon maaf secara terbuka kepada Chris.
Will yang memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem King Richard mengeluarkan kenyataan tersebut setelah Chris difahamkan enggan mengenakan dakwaan ke atas Will semalam atas tindakan keganasan fizikal yang dilakukan olehnya.
“Keganasan dalam semua bentuk adalah ‘beracun’ dan merosakkan. Tindakan saya sewaktu anugerah Akademi semalam tidak boleh diterima dan dimaafkan. Jenaka yang dilakukan terhadap saya adalah sebahagian daripada pekerjaan ini, tetapi jenaka mengenai keadaan kesihatan Jada adalah terlalu berat untuk saya tanggung dan saya bertindak balas mengikut emosi.
“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada anda, Chris (Rock). Saya bertindak secara melampau dan saya bersalah,” catat Will yang mengakui tiada alasan untuk bertindak secara ganas dalam dunia ini.
Malu dengan tindakannya yang mencerminkan dirinya, tindakan Will semalam juga membuatkan ramai peminatnya selama 30 tahun berkecimpung dalam industri lakonan keliru dengan diri Will yang mereka sangkakan sebagai seorang lelaki budiman.
Tambahnya, “Saya ingin memohon maaf kepada pihak Akademi, para penerbit acara, kesemua hadirin dan mereka yang menonton di seluruh dunia. Saya ingin memohon maaf kepada keluarga Williams dan keluarga (produksi) King Richard. Saya menyesali tindakan saya yang telah merencatkan keadaan untuk kita semua. Saya masih dalam proses (memperbaiki diri),” catatnya.
Selepas kejadian menampar Chris Rock dan menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Will Smith dan keluarga tetap menghadiri acara parti Vanity Fair.
Sementara itu, pihak penganjur Anugerah Akademi berkata mereka bakal bersidang secara rasmi bagi membincangkan tindakan susulan ke atas Will Smith dan trofi kemenangannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hati memang teringin nak menyiapkan pencuci mulut ataupun dessert yang sedap untuk keluarga sendiri. Tapi tak reti weh!
Nak guna oven jarang sekali. Nak gunakan equipment lain di dalam dapur memang tak lahh, nanti emak mengamuk.
So, REMAJA dan Cadbury Malaysia nak kongsikan 2 resepi mudah (dan gerenti licin) agar korang boleh cuba tanpa menggunakan peralatan yang terlalu complicated. Tak perlu bakar pun.
Apa yang korang perlukan hanyalah bahan utamanya iaitu biskut OREO dan coklat CADBURY,
01
Kek Batik Ultimate Dengan OREO & Cadbury
Bahan-bahan
150g Golden OREO cookies, patahkan kepada 4
100g CADBURY Dairy Milk Chocolate Neaps
30g Serbuk koko
50g Mentega tanpa garam
100g Susu Pekat
50g Gula Kastor
2 Biji telur
Untuk hiasan
Biskut OREO original, patahkan kepada 4
Biskut OREO golden, patahkan kepada 4
Cara Penyediaan
Cairkan CADBURY DAILY MILK Chocolate Neaps, serbuk koko, mentega, susu pekat dan gula di dalam periuk kecil dengan api sederhana perlahan.
Gaulkan campuran coklat berterusan sehingga cair sempurna dan sekata. Alihkan daripada api.
Kacau masuk telur dan pukul sehingga sekata.
Campurkan biskut OREO golden dan kacau sehingga semua disalut sempurna.
Mampatkan campuran ke dalam tin kek dan taburkan bahan-bahan hiasan.
Sejukkan di dalam peti sejuk selama 20 minit atau semalaman.
Apabila sudah sedia, potong dan hidangkan.
*Serius sedap!*
Jika korang inginkan dessert yang sejuk dan melegakan tekak semasa bulan Ramadan ini, resepi kedua ini amat mudah untuk dibuat dan slurpp sedap.
02
Puding Krim Tanpa Bakar OREO
Bahan-Bahan
20g Agar-agar bertali
1200ml Air
20g Gula batu
390ml Susu sejat
250g Susu pekat manis
280g Biskut OREA original
1sb Madu
Cara Penyediaan
Rendamkan agar-agar di dalam air selama 30 minit.
Didihkan air dan masukkan agar-agar. Kacay sehingga larut.
Benarlah, umur bukan penghalang untuk mencapai kejayaan di peringkat pendidikan tinggi. Jangan pernah jadikan umur tua atau muda sebagai penghalang atau alasan untuk anda mencapai kejayaan.
Baru-baru ini, penyanyi kumpulan nasyid terkenal, Saujana, Dr. Idzu Baharin telah menerima Anugerah Pencapaian Tertinggi (High Achiever Award -Top in Class) pada Majlis konvokesyen European International University, Paris cawangan Kuala Lumpur dan International Institute of Wellness & Aesthetic Medicine.
Idzu yang kini bergelar usahawan berjaya itu dianugerahkan susulan kejayaan serta pencapaian baiknya dalam bidang Professional Diploma in Advanced Aesthetics, Assured by City & Guilds of London Institute.
Menurut penyanyi berusia 42 tahun itu, usia bukan halangan buat dirinya atau sesiapa saja menuntut ilmu sekali gus memajukan diri dan menjadi inspirasi kepada khalayak di luar sana.
“Dengan anugerah dan pencapaian diraih ini, saya ingin membukitikan usia bukan penghalang untuk terus menuntut ilmu. Malah generasi muda tidak sepatutnya pernah berhenti belajar atau putus asa walaupun sudah berusia atau sudah berjaya dalam apa peringkat pengajian sekali pun.
“Ilmu ini sangat luas dan kita mesti sentiasa dahagakan ilmu. Jadi, adik-adik atau sesiapa saja mungkin cara pembelajarannya lain sikit dengan adanya media sosial. Tetapi jangan menganggap ilmu itu sudah tidak penting. Ilmu dan sistem pendidikan masih lagi penting,” katanya.
Dalam pada itu, pemilik syarikat Cell Tissue Sdn. Bhd itu turut berkongsi teknologi yang ada perlu dimanfaatkan sebaiknya dalam apa juga perkara termasuk pembelajaran.
“Kita perlu menjadikan teknologi yang ada sekarang ini sebagai pelengkap dan bukannya pilihan. Keduanya mesti ada.
“Pembelajaran secara formal perlu ada dan dalam masa sama penggunaan teknologi juga perlu ada. Kemudian barulah kita boleh tingkatkan taraf diri, pencapaian dan kejayaan,” katanya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.