Sekarang ini antara filem yang sedang hangat di pawagam ialah Rampage lakonan Dwayne Johnson. Mengisahkan Davis Okaye (lakonan Dwayne @ The Rock) seorang primatologist yang membela seekor gorila albino bijak. Namun wujud masalah apabila berlaku satu letusan dari angkasa lepas di mana George yang terhidu bahan kajian eksperimen itu berubah tingkahlaku, dari seorang yang bijak, pandai bergurau tetapi akhirnya menjadi ganas.

Bagi yang hatinya lembut macam tisu memang boleh menangis bila menonton filem ini. Tapi apa yang bestnya tentang Rampage ini, filem ini menonjolkan sisi bijak sekor orang utan.

“Kenapa Orang Utan Cerdik”, Fakta No 8 Buktikan Binatang Ini Lebih Dari Manusia
Kenapa orang utan sama bijak bahkan lebih bijak dari manusia. Baca fakta ini.

Untuk pengetahuan, orang utan adalah sejenis kera besar dengan lengan panjang dan berbula kemerahan atau coklat. Kalau dalam negara ini, ada dua spesis iaitu satu dipanggil Orang Utan Sumetera dan satu lagi, Orang Utan Kalimantan.  Seperti diketahui, orang utan adalah spesis terancam dan sebab itulah pemuliharaan mereka diadakan supaya tidak pupus.

“Kenapa Orang Utan Cerdik”, Fakta No 8 Buktikan Binatang Ini Lebih Dari Manusia
Orang utan haiwan pintar – Sangat terkenal sebagai satu kumpulan haiwan yang sangat hebat dari hal observasi lingkungan dan imitimasi tindakan. Orang utan menunjukkan kecerdasanya di alam semulajadi mereka dengan memafaatkan benda di sekelilingnya untuk mencari makan dan berlindung dari keganasan alam sekitar yang semakin rakus di teroka. Mereka mampu menggunakan tongkat sebagai alat bantu untuk mengambil makanan dan menggunakan daun sebagai pelindung sinar matahari.

IKLAN

Mirip manusia – Habitat ini sangat dekat dengan manusia. kebersamaan DNAnya dengan manusia lebih kurang 96.4 peratus. Wow!

Cepat memahami – Orang hutan dapat memahami habitat hutan kerana mudah menerima keadaan sekelilingnya.

IKLAN

Mudah tidur – Orang Utan memiliki kecenderungan mudah tidur. Bukan saja masa tidurnya panjang seperti bermula malam malah boleh menyambung kepada keesokkan harinya.

“Kenapa Orang Utan Cerdik”, Fakta No 8 Buktikan Binatang Ini Lebih Dari Manusia
Comel je kan anak-anak orang utan ini
“Kenapa Orang Utan Cerdik”, Fakta No 8 Buktikan Binatang Ini Lebih Dari Manusia
Haiwan ini semakin pupus tetapi usaha memulihara orang utan galak dilakukan

Dapat memangggil dari jarak 1 km – Orang utan jantan dapat membuat panggilan jarak jauh yang dapat didengari dari jarak 1 km. Itu sebagai tanda menanda kawasan untuk memanggil orang utan betina. malah sebagai amaran agar orang utan jantan tidak mengganggu kawasan tersebut. Sebab suara itu kuat kerana mereka mempunyai kerongkong yang besar dan mereka mampu lakukannya.

IKLAN

Suka menjelajah – Orang utan liar jarang bermain atas tanah. Sama juga yang duduk di kawasan pemuliharaan. Orang utan boleh menjelajah sejauh 12.5 hektar dalam masa sehari. Sementara bagi jantannya sejauh 46 hektar kawasan. Semua ini untuk mencari makanan dan interaksi sosial.

Orang utan bukan monyet – Jangan salah sangka ya, orang utan bukan termasuk dalam kategori monyet. Salah satunya mereka tak mempunyai ekor panjang. Orang utan masuk dalam spesis kera besar seperti gorilla, lutung dan lain lagi.

“Kenapa Orang Utan Cerdik”, Fakta No 8 Buktikan Binatang Ini Lebih Dari Manusia
Bijak pula, boleh gergaji kayu

Kekuatan 6 kali manusia & tak suka gaduh- Powerkan, kekuatan mereka jauh lebih hebat dari manusia. Namun begitu orang utan akan menjauhi pergaduhan tetapi jika terpaksa baru mereka lakukan.Manusia ini badan kecil tetapi pantang dijolok, cepat benar melenting dan memang boleh jadi gaduh punya.

Suka makan buah – 90 peratus makanannya terdiri dari buah-buahan. Selebihnya mereka suka dedaun pucuk muda, bunga dan kulit pokok. Mereka juga makan serangga kecil seperti semut dan cengkerik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI