Kalau siapa kata tak pernah minum Milo tambah-tambah Milo ais, cuba check korang asal dari mana?.
Dari kecil, kita sudah biasa minum Milo. Lebih terkenang-kenang masa sukan sekolah, van Milo hijau yang datang pada hari sukan sekolah. Memang tak puas minum dan ulang-ulang kali beratur dengan muka tebal.
Perghhh..kalau van hijau nie datang masa sukan sekolah, memang berebutlah beraturkan
Rasa Milo ais dari van hijau ini memang lain dari lain. Kaw lain macam.
Sekarang, bukan saja ada Milo ais, ada Milo Tabur, Milo Dinasour dan macam-macam gelaran lain. Entah siapa yang bagi nama tak pastilah pula.
Paling tak boleh lupa, semasa kecil-kecil bila Milo dalam tin dah nak habis, kita mulalah korek baki Milo tu guna sudu. Then kemam sudu dalam mulut. Pergh, enak betul. Sapa pernah buat ni?
Mak ayah kita dulu-dulu memang suka beli Milo tin sebab masa tu refill tak banyak jual lagi. Tapi sekarang dalam keadaan ekonomi meleset, kita lebih suka beli Milo refillkan, sebab harga tin lebih tinggi sedikit dari refill ini.
Media diberi penerangan dalam Discovery Milo
Meh kita kongsi sedikit pasal minuman kegemaran rakyat seluruh dunia ini. Boleh dikatakan, setiap isi rumah di negara ini akan menyimpan produk keluaran Nestle. Antara yang top termasuklah Milo, Nescafe, Maggi selain Kit Kat dan banyak lagi. Rasanya setiap produknya memang awesomelah. Belum ada lagi boleh cabar. Betul tak?
Dapatkan produk milo yang murah disini. Guna kod promo ini untuk harga yang istimewa.
Ads
Sedikit info, wartawan pernah dibawa mengikuti lawatan media dari Malaysia dan Singapura ke Pusat R&D di Jurong, Singapura beberapa bulan lalu.
Pusat R&D di Singapura ini begitu menitik beratkan kualiti dan kebersihan
Media diberikan pendedahan mengenai kaedah ujian dan saringan di Pusat Jaminan Kualiti Nestle (NQAC) ke atas produk yang dihasilkan oleh Nestle selain merasai pengalaman bagaimana cita rasa pengguna diuji sebelum sesuatu produk dipasarkan selain lawatan ke kilang Milo.
Menurut Pengarah Urusan Pusat R&D Nestle Singapura, Dr Tze Tan, ini kali pertama media dibawa melawat ke pusat R&D ini selepas 35 tahun penubuhannya. Sebagai orang mengetuainya, Dr Tze mengakui Nestle amat komited hendak mendidik pengguna mengenai kaedah pengambilan makanan lebih sihat menerusi produk kurang garam dan gula.
Ads
Pengarah Urusan Pusat R&D Nestle Singapura, Dr Tze Tan
Katanya, mulai tahun 2014, Nestle komited mengurangkan kandungan garam sebanyak 10 peratus dan gula 5 peratus, sejajar hasrat menyediakan minuman dan makanan berkualiti dan selamat.
“Malah dalam memastikan produk-produk keluaran Nestle sentiasa dekat di hati pengguna, pelbagai R&D dilakukan bagi memastikan jenama ini terus unggul dan mendapat tempat di hati pengguna,” katanya kepada media.
Dalam pada itu, Ketua Pusat Jaminan Kualiti Nestle, Dr Danial Hammer, Nestle sentiasa memastikan keselamatan dan kualiti setiap produk dihasilkan menerusi pelbagai ujian.
“Setiap produk Nestle ini diberi jaminan selamat dimakan oleh pengguna termasuk soal pembungkusannya kerana itulah komitmen Nestle sebagai syarikat pengeluar makanan terunggul di seluruh dunia,” katanya.
Dalam pada itu, wakil media turut diberi peluang merasai Milo yang berlainan rasa berdasarkan cita rasa penduduk negara dikeluarkan.
Ternyata, rakyat negara ini gemar kepada minuman yang memiliki rasa koko yang lebih pekat.
Manakala bagi rakyat Afrika Selatan mempunyai cita rasa Milo dengan malt yang lebih. Di Australia mempunyai rasa koko bersusu manakala di Jepun pula menyukai rasa koko yang pekat.
Pendek kata, kalau bila korang keluar negara tu, janganlah buat perbandingan rasa kerana setiap negara mempunyai ciri kegemaran yang berbeza-beza.
Dapatkan produk milo yang murah klik sini. Jangan lupa gunakan kod promo ini.
Menurut Dr Sim Beng Joo yang mengetuai unit Customer Sensory Insights, rasa ini penting demi memenuhi selera dan kehendak penduduk yang berbeza setiap negara.
Dr Sim Beng Joo
“Milo terjual di 80 negara dan ia juga bermakna kami mempunyai lebih daripada 80 resipi minuman untuk memenuhi cita rasa pengguna yang berbeza.
“Hal ini bukan satu perkara yang mudah kerana untuk menganalisis cita rasa setiap orang semuanya berbeza-beza. Tak hairanlah, pihak Nestle mengambil masa bukan sedikit untuk mencipta dan membangunkan produk bagi mengenal pasti bagaimana pengguna memberi maklum balas dengan setiap rasa yang diperkenalkan,” katanya.
Sedikit info, Nestle sudah bertapak lebih 100 tahun di Malaysia bermula 1912, jenama keluaran syarikat yang beribu pejabat di Swizterland ini mempunyai 465 kilang di 86 negara seluruh dunia. Lebih daripada 1 bilion produk dijual setiap hari yang mewakili lebih daripada 2,000 jenama global dan tempatan.
Di Malaysia, Nestle menghasilkan lebih daripada 500 produk halal, dengan jenama isi rumah terkenal seperti Milo, Maggi dan Nescafe.
Inilah tin susu tepung keluaran pertama Nestle
Demi memastikan produk ini sentiasa dekat di hati, Nestle Malaysia mempunyai tenaga kerja seramai 5,800 orang dengan lapan kilang yang terletak di Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak.
Kesemua kemudahan pembuatan Nestle Malaysia adalah 100 peratus diperakui halal, membekalkan pasaran domestik serta mengeksport produk halal buatan Malaysia berkualiti tinggi ke lebih 50 negara di seluruh dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas diperintahkan untuk tutup, apa akan terjadi kepada lebih 800 orang pekerja cawangan Tealive?
Kes di antara dua nama besar cawangan minuman bubble di Malaysia, Tealive dan Chatime memang tak pernah surut. Terbaru, mahkamah melalui Hakim Dr. Hj. Hamid Sultan Abu Backer telah memerintahkan Loob Holdings untuk menutup kesemu 161 francais dan sub francais di Malaysia.
Ia berikutan kemelut undang-undang tentang bagaimana Loob Holding dapat menukar penjenamaan produk mereka dalam masa yang sikat kepada Tealive pada tahun 2016.
Selain itu, Tealive juga didakwa melanggari perjanjian berkaitan penggunaan baham yang tidak dipersetujui Chatime.
Kiranya, La Kaffa International Co. Ltd yang memiliki jenama Chatime telah memenangi kes. Namun hari ini, Loob Holding telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah persekutuan tentang keputusan yang memihak Chatime pada 27 Jun lepas.
Haih, masih nak bergaduh lagi.
Tak mengapa, kita ketepikan dulu soal saman-menyaman ini. Persoalan yang lebih utama adalah apakah nasib lebih 800 orang pekerja Tealive kini yang tidak menentu dengan status mereka selepas kafe itu ditutup.
Chatime dalam kenyataan media hari ini menawarkan diri untuk mengambil semula bekas staf yang terkesan daripada keputusan mahkamah.
Pengarah Kumpulan Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali berkata, walaupun mereka gembira dengan keputusan mahkamah yang memihat Chatime, pada masa yang sama mereka sedar akan nasib yang menimpa pekerja dan pemilik cawangan.
“Dalam skop yang dibenarkan oleh undang-undang, kami mengajak bekas pemilik francais Chatime dan bekas pekerja untuk menghubungi kami sekiranya mereka memerlukan bantuan. Keputusan membenarkan semula mereka bekerja di bawah jenama Chatime ini dibuat setelah ramai yang berbuat sedemikian (minta bantuan) baru-baru ini.
“Our doors are open, they are our priority at the moment,” kata beliau lagi.
Haa, eloklah tu. Terbela nasib pekerja yang tak bersalah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Halloween Kills kembali menemui penonton di pawagam dengan memaparkan aksi lebih tragis dan ‘seram’ yang bakal membuatkan korang berasa resah sepanjang menonton.
Mengisahkan tentang Laurie Strode, satu-satunya mangsa yang masih hidup pada tahun 1978, namun terpaksa berhadapan dengan misteri pembunuhan Michael Myers yang kembali mengganas.
Pada babak awal filem ini terdapat sedikit ‘recap’ tentang apa yang berlaku di Haddonfield ketika 40 tahun yang lalu. Jadi kami rasa jika penonton yang tidak pernah menonton siri ini masih boleh memahami jalan cerita dengan baik dan tidak akan ‘lost’ di pertengahan jalan cerita.
Menyingkap sifat ingin membalas dendam kepada Michael Myers yang telah membunuh ramai ahli keluarga mereka, namun satu demi satu menjadi korban. Dan… mereka juga dibunuh secara tragis. Tidak hairanlah jika filem ini hanya sesuai ditonton oleh individu berusia 18 tahun ke atas sahaja.
Bagaimana agaknya jika tempat tinggal korang sering berlaku pembunuhan misteri. Mesti seram kan? Ini yang ditunjukkan dalam Halloween Kills, apabila masyarakat di Haddonfield menuntut kebebasan dan ingin menghancurkan Michael Myers.
Persoalannya, adakah mereka mampu menewaskan pembunuh kejam itu? Ha, korang kenalah tonton sendiri di pawagam ok?
Dibintangi oleh Jamie Lee Curtis, Judy Greer, Andi Matichak dan Kyle Richards, Halloween Kills bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 14 Oktober ini.
Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan calang-calang komitmen yang ditunjukkan pelakon dan ratu cantik, Shweta Sekhon apabila sanggup menurunkan hampir 6 kilogram demi menjayakan watak Dr Malini dalam filem adiwira, Keluang Man.
Wanita yang pernah menggalas gelaran Miss World Malaysia 2016 dan Miss Universe Malaysia 2019 itu akui, peluang ini adalah tiket penting untuk menapak kukuh dalam industri lakonan tempatan.
“Saya perlu melalui sesi uji bakat berkali-kali dan prosesnya tak mudah.
“Apabila ambil saya dan minta turunkan berat badan kerana nak rahang kelihatan, saya turuti kehendak kerana laluan saya bukan mudah untuk jadi Dr Malini,” jelas Shweta.
Sepanjang tempoh tiga bulan persiapan, Shweta benar-benar menjaga pemakanan dengan ketat selain aktif bersenam menerusi rutin gimnasium, yoga dan pilates.
“Dalam tempoh tiga bulan saya berjaya turunkan berat badan sehingga hampir enam kg, malah masih lagi menjaga makan sepanjang penggambaran,” katanya lagi.
Yang menarik, dia bukanlah satu-satunya pelakon yang jaga makan di set. Menurutnya, suasana di set Keluang Man sangat positif dan semua pelakon seakan ‘satu keluarga’ yang saling menjaga disiplin.
“Kami sudah seperti keluarga, semua orang dalam set ini memang jaga makan. Jadi, produksi tak perlu susah-susah sediakan makanan yang banyak,” tambahnya.
Ratu cantik berasal dari Kuala Lumpur itu turut menyatakan keterujaannya beraksi dalam filem Melayu buat pertama kali.
“Saya pernah bintangi beberapa drama, tapi ini kali pertama saya berlakon dalam filem Melayu.
“Saya sangat berharap dapat cipta nama dalam industri filem dan drama Melayu, tapi saya perlu perbaiki penguasaan bahasa Melayu agar dapat diterima,” tuturnya lagi.
Filem arahan Anwari Ashraf ini turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Nas, Datuk Rosyam Nor, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal dan ramai lagi.
Shweta yang berketurunan Punjabi sebelum ini aktif dalam dunia peragaan dan pernah mewakili Malaysia di pentas Miss Universe 2019 di Atlanta, Amerika Syarikat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!