Walaupun pada zaman serba moden ini dibanjiri dengan pelbagai rekaan baru yang telah banyak diubah suai, namun hakikatnya masih ramai yang berpegang teguh dengan rekaan baju kurung tradisional.
Baju kurung tradisional adalah pakaian tradisional bagi kaum perempuan berbangsa Melayu. Perkataan baju kurung dipetik daripada Arab iaitu ‘djallabuyah‘, yang bermaksud baju longgar.
Ya, sudah semestinya pemakaian baju kurung cukup sinonim dengan perempuan Melayu tidak kiralah ketika menghadiri majlis perkahwinan mahupun Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Malah, kita mula lihat kaum lain juga tidak terlepas peluang untuk turut sama menggayakan baju kurung.
Mungkin anda sudah sedia tahu, negeri-negeri di Malaysia mempunyai reka bentuk dan potongan baju kurung yang berbeza…
Ads
Ini Remaja tampilkan antara jenis baju kurung tradisional yang popular. Mana menjadi pilihan hati anda untuk lebaran pada tahun ini?
baju kurung pahang
Sumber: Ashura
la dikenali sebagai Baju kurung Riau Pahang. Ini kerana sebagai simbolik pertalian antara kedua-dua negeri tersebut. Baju kurung Riau Pahang juga bernama sebagai Baju Belah ataupun Baju Kebaya Turki.
Kedua bahagian tepi baju kurung ini berpesak bunga yang disambungkan dengan pesak gantung. Selain itu, baju kurung ini dipakai dengan butang ganjil sama ada tujuh ataupun sembilan biji butang.
Ads
baju kurung kedah
Sumber: Amar Amran
Baju kurung Kedah berasal dari Selatan Thailand. Ia merupakan baju blaus pendek dan diperbuat daripada kapas. Baju kurung Kedah lebih longgar dan bagi bahagian leher dibuat bentuk potongan bujur sireh. la dipakai bersama kain sarung. Baju kurung Kedah ialah sebagai pakaian harian atau pakaian basahan untuk perempuan di Kedah.
baju kurung cekak musang
Sumber: Habra Haute
Baju kurung ini dipercayai telah dipengaruhi oleh gaya India dan China. Ini kerana reka bentuk pada struktur lehernya sama ada tengkuk cekak tinggi ataupun leher tegak.
baju kurung teluk belanga
Sumber: Malaysia Gazette
Baju kurung ini boleh dikenali sebagai baju kurung Johor. Ini kerana baju jurung ini telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda juga menetapkan reka bentuk baju kurung ini. Contohnya, labuh sampai ke bawah lutut, alas leher dijahit halus dan tidak mempunyai poket.
Ads
Baju kurung Johor
Sumber: Fashionvalet
Pada zaman pemerintahan Sultan Johor, baju kurang telah diubahsuai dari zaman Sultan Abu Bakar ke Sultan Ibrahim. Baju kurung telah ditambah kocek. Kebanyakan kaum wanita akan pakai baju kurung semasa mailis rasmi.
Baju Kurung Pesak
Sumber: Kamdar
Potongan klasik dan mempunyai potongan pesak di bahagian kiri dan kanan baju. Ini adalah jeni-jenis baju kurung tradisional yang terdapat di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak begitu stabil sejak dua tahun akibat pandemik COVID-19, ramai individu yang terkesan terutamanya daripada segi kewangan. Oleh yang demikian, masing-masing cuba untuk mengehadkan perbelanjaan dan membuat pembelian dengan bijak.
Seperti yang kita semua sedia maklum, kenderaan adalah antara keperluan terpenting dalam kehidupan seharian. Bagi mereka yang baharu sahaja mendapat pekerjaan dan ingin membeli kenderaan, mungkin ada yang berniat untuk membeli kereta terpakai dek kerana ingin meminimumkan perbelanjaan, lebih-lebih lagi dalam situasi getir seperti sekarang.
Tidak salah jika ingin membeli kereta second hand, tetapi ada banyak perkara yang korang kena ambil kira sebelum memilih. Pembeli wajib memeriksa kondisi kenderaan terlebih dahulu sebelum meneruskan pembelian.
Apa yang perlu kita elakkan adalah membeli kereta yang pernah terlibat dalam kemalangan. Macam mana korang nak tahu cara untuk mengelakkan daripada terbeli kenderaan tersebut?
Perkara pertama yang harus korang lakukan ialah untuk mendapatkan pengesahan sama ada kereta terpakai itu pernah melalui tuntutan insurans atau tidak.
Korang perlu mencatat nombor chassis atau Vehicle Identification Number (VIN) kereta berkenaan. Masukkan nombor ini di laman web MyCarInfo dan ikut langkah-langkah yang diberikan dan seterusnya korang boleh dapatkan Vehicle Check Report (laporan pemeriksaan kereta).
Walau bagaimanapun, cara ini tidak begitu 100 peratus tepat sama ada kereta berkenaan pernah terlibat dengan kemalangan atau tidak kerana mungkin sahaja pemilik sebelum menggunakan wang sendiri untuk membaiki tanpa menggunakan insurans. Ini adalah cara bagi sesetengah pemilik supaya rekod NCD (no claim discount) bersih suci.
Macam mana pula nak kesan kereta yang pernah ditenggelami banjir?
Situasi ini sedikit sukar untuk dikesan, namun masih ada beberapa petanda yang boleh korang periksa. Korang mungkin boleh cari petanda kecil seperti kesan tanah, lumpur atau pasir di dalam kereta. Selain itu, kereta mangsa banjir juga mungkin ada kesan kulat pada kerusi atau fabrik pintu. Jika ruang enjin ada kesan lumpur atau berpasir, ia boleh jadi petanda yang kereta tersebut pernah jadi ditenggelami banjir.
Foto: jim gade
Cara ini mungkin tidak dapat disahkan 100 peratus namun setidaknya ada usaha-usaha yang boleh korang lakukan untuk tidak tersalah membeli kereta terpakai.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sempena Hari Malaysia pada 16 September 2024, buat pertama kalinya platform Astro akan ‘diambil alih’ oleh kopi Wonda untuk meraikan Wira Wonda Kita.
Korang jangan pula terkejut apabila sepanjang hari ini saluran Astro Ria dan Astro Radio akan berubah identiti menjadi Astro Wonda Ria dan Wonda FM. Inisiatif ini diwujudkan sebagai sebuah penghargaan khas untuk wira-wira yang sentiasa membantu masyarakat, pada bila-bila masa tanpa mengira penat dan lelah.
Pada hari istimewa ini, Astro Wonda Ria dan Wonda FM menyajikan kandungan khas bertemakan kisah-kisah wira negara. Sesuai dengan gelaran yang diberi iaitu Wira Wonda Kita, individu-individu ini umpama ‘hero’ yang sentiasa ada di saat kita memerlukannya.
Gelaran ‘hero’ yang diberikan kepada seseorang secara klisenya selalu dikait rapat dengan watak-watak adiwira yang mempunyai kuasa luar biasa. Hakikatnya, wira yang sebenar adalah orang biasa yang berada di sekeliling kita.
Sebagai contoh,Uncle Mike (Micheal Tong Wai Siong) yang ikhlas menjaga dan membesarkan 3 adik beradik anak yatim yang berlainan bangsa daripadanya. Dr Haniif Ahmad Mazian yang berani membantu & mempertaruhkan nyawa dalam menjalankan kerja sukarelawan di bumi Palestin. Dan tidak ketinggalan juga, Puan Matron Fadzilah Abdul Hamid yang banyak memberi perlindungan kepada pesakit-pesakit HIV di Rumah Solehah miliknya.
Tanpa sedar, mereka inilah wira sejati yang mengambarkan budi pekerti yang mampu memberi inspirasi kepada masyarat dan membuatkan kita bangga menjadi rakyat Malaysia.
Calonkan Wira Wonda anda
Berikut adalah kisah wira yang telah kami kongsikan, kini giliran anda pula untuk mencalonkan wira sejati yang telah membantu anda atau orang lain!
Dengan diberikan gelaran sebagai WIRA WONDA KITA, mereka yang dicalonkan ini boleh diibaratkan sebagai hero yang sentiasa ada di saat kita memerlukannya.
Inilah masanya untuk kongsikan kisah-kisah wira penuh inspirasi yang harus diberikan penghormatan yang selayaknya.
CALONKAN MEREKA di www.wirawondakita.comdan lima kisah wira terpilih akan berpeluang membawa pulang RM10,000 dan akan diraikan di rancangan MeleTOP pada 1 Oktober di Astro Ria (saluran 104).
Hasil gabungan inisiatif ini diwujudkan bagi memberi penghargaan khas untuk wira-wira yang sentiasa sedia membantu masyarakat tanpa mengira waktu dan batasan sekaligus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar sentiasa membantu antara satu sama lain.
Diinspirasikan oleh Wonda Kopi Kluang Baharu. Cita Rasa Kita, Wira Kita.
(Tertakluk terma dan syarat)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka nilai kebudayaan dalam kostum nasional Mak Yong telah berjaya menambat hati para juri sehingga ia dipilih sebagai salah satu kostum terbaik pada edisi Miss Grand International 2020.
Percaturan wakil negara, Jasebel Robert bersama pereka fesyen, Ain Mohamed untuk memilih inspirasi tarian Mak Yong nampaknya berjaya membuahkan hasil apabila keputusan pusingan awal Miss Grand International.
Dalam pusingan yang berlangsung semalam di Thailand semalam, Jasebel dipersiapkan dalam persalinan serba kuning termasuklah prop berupa alat muzik Rebab dan penggeseknya.
Untuk pengetahuan, Rebab dimainkan oleh Tok Minduk selaku ketua kepada kumpulan muzik latar belakang persembahan Mak Yong dan dia disertai oleh pemain instrumen lain seperti gendang, serunai, kesi, canang dan tetawak (gong).
Jasebel berdepan dengan saingan yang cukup sengit daripada 63 wakil negara lain. Masing-masing tentunya juga ingin menonjol ke hadapan dengan membawa identiti dari negara masing-masing.
Tambahan pula apabila sistem penjurian untuk segmen kostum nasional pada kali ini dibahagikan kepada dua iaitu mengikut undian penyokong dan juga pilihan juri.
Justeru, peserta termasuklah Jasebel bukan saja perlu memikat penonton dari seluruh dunia tetapi juga pakar yang diiktiraf kredibilitinya dalam menghakimi pertandingan ratu cantik.
Bagi senarai pilihan juri secara rawak, Malaysia berada bersama-sama dengan Jepun, Thailand, Vietnam dan Panama. Manakala negara yang menerima undian tertinggi ialah Kemboja, Indonesia, Filipina, Guatemala dan Ecuador.
Tahniah sekali lagi kepada Jasebel Robert, Ain Mohamed sekalu perekanya dan pasukan Miss Grand Malaysia di atas penghargaan ini.
Jasebel juga kini semakin mencuri tumpuan apabila dia dinamakan sebagai wakil keempat paling popular di kalangan para peserta mengikut undian semasa. Proses undian masih dibuka kepada kita semua terus menyokongnya bagi kategori Miss Popular ini.