Nama Club Mickey Mouse tidak perlu lagi diperkenalkan terutamanya di kalangan peminat setia Disney Channel. Apatah lagi bila program popular ini telah berjaya mencungkil ramai artis-artis popular yang menggegar industri hiburan global. Antaranya seperti Britney Spears, Justin Timberlake dan Christina Aguilera.
Seperti yang Remaja perkenalkan dulu, Disney Channel telah menampilkan barisan Mouseketeers pertama di Malaysia. Mungkin ramai sudah tahu yang program Mickey Mouse Club ini telah mula bersiaran di Saluran Disney (Astro channel 615) yang bermula pada 15 September 2017 (jam 1.30 petang) yang lalu.
Tapi adakah korang tahu bahawa ia juga boleh ditonton menerusi Astro Go dan On Demand? Ia juga boleh ditonton menerusi Disney XD (Astro channel 617) dan Disney Junior (Astro channel 613) pada masa yang sama.
So, siapakah 7 orang yang bertuah terpilih menjadi Mouseketeers pertama di Malaysia? Jom kenali mereka!
MOUSKETEERS MICKEY MOUSE CLUB
Charis, Head Mouseketeers (26 tahun)
Gadis berasal dari Kuala Lumpur ini merupakan peminat setia Disney sejak kecil lagi. Mula dikenali sebagai personaliti gaya hidup YouTube popular, Charis ingin menjadi seorang Ketua Mouseketeers yang mampu memberikan inspirasi kepada kanak-kanak dan remaja di Malaysia!
Faiz, Mouseketeers (15 tahun)
Faiz merupakan salah seorang pemenang Club Mickey Mouse Star Search (yang berlangsung selama enam minggu di Malaysia). Berasal dari Johor Bahru, Faiz meminati nyanyian dan pernah mendapat tempat kedua di pertandingan Superstar Me anjuran AXN.
Ads
Natasya, Mouseketeers (14 tahun)
Natasya juga merupakan pemenang pertandingan Club Mickey Mouse Star Search. Dengan karakter ceria serta sentiasa happy go lucky, Natasya yang berasal dari Selangor ini menyimpan seribu impian untuk dikongsi bersama penonton.
Dheena, Mouseketeers (13 tahun)
Sejak kecil, Dheena sudah menjadi peminat setia Disney. Kini menetap di Negeri Sembilan, Dheena memasang impian untuk menjadi seorang Mouseketeers yang baik. Segmen paling diminati, komedi!
Gabriel, Mouseketeers (16 tahun)
Self-proclaimed goof ball in Mickey Mouse Club (just look at his adorable face!), Gabriel pernah muncul dalam beberapa porduksi drama dan iklan komersial. Teruja dan tak sangka dirinya terpilih menjadi Mouseketeers. His fav movie, Wall-E!
Erissa, Mouseketeers (14 tahun)
This girl is a believer and a dreamer! Erissa percaya dengan impian semua orang boleh berjaya. Terpilih menjadi Mouseketeers umpama mimpi menjadi kenyataan buat si cilik berusia 14 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur. She’s also a big fan of Belle & Ariel!
Ads
Wafiy, Mouseketeers (15 tahun)
Wafiy pernah menyertai pertandingan Astro Ceria Pop Star. Dia juga pernah membintangi Tutor TV di Astro. Dengan pengalaman yang ada, anak muda berasal dari Sabah ini ingin berkongsi pengalamannya untuk menjayakan Club Mickey Mouse sebagai sebuah program paling ceria!
PERADUAN REMAJA x CLUB MICKEY MOUSE
HADIAH UTAMA x 5
Headphone Edisi Terhad Club Mickey Mouse x 1
Buku nota Edisi Terhad Club Mickey Mouse x 1
Beg kertas Edisi Terhad Club Mickey Mouse x 1
Syarat penyertaan:
1) Like/Follow Facebook dan Instagram Majalah Remaja (@majalahremaja)
2) Share posting ini di Facebook atau Instagram kamu & letakkan hashtag #majalahremaja #remaja & #ClubMickeyMouseMY
3) Hantar jawapan korang ke Private Message di Facebook @ Direct Message di Instagram Majalah Remaja
4) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 Oktober 2017
5) Pemenang bertuah akan dipilih dan dihubungi oleh kami. Segala keputusan adalah muktamad.
Ads
Soalan 1
Bilakah Club Mickey Mouse mula ditayangkan di Disney Channel?
Soalan 2
Siapakah dua orang pemenang Club Mickey Mouse Star Search yang kemudian terpilih menjadi Mouseketeers?
Soalan 3
Namakan 2 orang selebriti Hollywood yang lahir dari program Club Mickey Mouse
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem ketiga daripada siri Jurassic World, Jurassic World: Dominion telah pun menemui penonton di pawagam bermula hari ini. Bagi peminat siri dinosaur, sudah tentu mereka sudah tidak sabar dan teruja untuk menantikan filem terakhir daripada franchise Jurassic ini.
Sumber: United International Pictures
Jurassic World: Dominion mengisahkan kesinambungan daripada filem Jurassic World: Fallen Kingdom yang mana manusia dan dinosaur hidup bersama. Konfliknya berlaku apabila pewaris Jurassic Park, Maisie Lockwood mula diburu oleh syarikat Biosyn Genetics kerana genetiknya yang dikatakan mampu membantu syarikat mereka bersaing dengan pesaingnya.
Sumber: United International Pictures
Antara konflik lain yang berlaku apabila berlakunya serangan belalang juta (locust) yang memusnahkan tanaman sumber makanan dan mengancam bekalan makanan di seluruh dunia. Ha, pelik sedikit kali ini bila mana kisah belalang juta turut menjadi antara keutamaan dalam filem Jurassic yang terbaharu ini.
Siri ini juga mendapat kritikan daripada peminat filem kerana menyifatkan pengisian dan jalan ceritanya yang lemah dan tidak menarik. Sepertinya ada yang tidak kena dengan siri kali ini tetapi bagi kami, ia masih berbaloi untuk ditonton di pawagam.
Sumber: United International PicturesSumber: United International Pictures
Bagi yang tidak mengikuti siri Jurassic ini juga korang tidak perlu risau kerana di permulaan cerita banyak menerangkan apa yang berlaku terhadap spesies dinosaur bagi memberi gambaran jelas buat penonton, khususnya mereka yang tidak pernah mengikuti filem ini. Jalan cerita yang mudah difahami juga membuatkan penonton tidak mudah keliru.
Penampilan barisan pelakon dari trilogi filem asal Jurassic Park seperti Sam Neill (sebagai Alan Grant), Laura Dern (sebagai Dr. Ellie Sattler) dan Jeff Goldblum (sebagai Dr. Ian Malcom) juga menjadi tarikan buat peminat siri Jurassic untuk menonton filem ini.
Sumber: United International Pictures
Apa yang boleh kami katakan secara keseluruhan, Jurassic World: Dominion masih lagi menghiburkan lebih-lebih lagi untuk tontonan kanak-kanak semasa cuti sekolah. Sebelum mula sesi persekolahan minggu hadapan, bolehlah bawa adik-adik korang ke pawagam menonton filem ini. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ikon global sensasi, Lisa Blackpink berkongsi mengenai aktiviti solonya yang terbaru selepas bernaung di bawah agensi LLOUD dan RCA Record.
Lisa atau nama sebenar Lalisa Manobal (27) membicarakan pengalaman pertama kalinya dia berlakon dalam siri drama terbaru HBO Original yang berjudul ‘The White Lotus’ musim ketiga.
“Disebabkan kami lakukan penggambaran di negara asal saya, Thailand. Saya boleh makan makanan Thailand setiap hari”
“Selain itu, saya juga dapat luangkan banyak masa berharga bersama ibu saya selama saya terlibat dengan penggambaran di sana,” katanya menerusi temubual bersama majalah ELLE US.
Dalam pada itu, Lisa turut berkongsi mengenai proses keterlibatannya dalam sesi pemilihan barisan pelakon ‘The White Lotus 3’.
“Saya tak beritahu ibu dan kawan-kawan pun bila saya ikut casting. Bila terpilih dan dapat tahu akan bawa watak tersebut, saya hampir menangis!” katanya.
“Ini adalah projek lakonan pertama saya. Saya seronok dan rasa gugup pada masa yang sama. Waktu dengar berita ini, saya terfikir macam mana cara saya nak beritahu orang lain tentang hal ini,” ujarnya lagi.
Pelantun lagu ‘Moonlit Floor’ ini turut mengambil kelas lakonan sebagai persediaan dirinya menjayakan watak dengan baik. Selain itu, Lisa berharap agar penonton dan peminatnya berpuas hati menonton siri tersebut.
Terbaru, preview The White Lotus bagi musim ketiga sudah pun dilancarkan dan menampilkan Lisa memerankan watak sebagai Mook iaitu seorang pempengaruh terkenal.
Menerusi video yang sama, Mook juga merupakan pengurus hotel dan juga cucu kepada pemilik hotel mewah di Thailand.
Wah, mesti ramai yang tak sabar nak tunggu penampilan perdana Lisa sebagai pelakon kan! Jom tengok dulu teaser di bawah dan cari mana Lisa!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Amani atau nama sebenar, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 38, berkongsi berita kehamilan ini menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram (IG).
Klip video itu memaparkan reaksi suaminya, keluarga Amani dan rakan-rakan rapat apabila menerima perkhabaran gembira itu. Jelas sekali, mereka kelihatan terkejut dan sebak menerima berita gembira ini.
“Syukur Alhamdulillah,” tulisnya ringkas di keterangan gambar.
Menerusi video itu juga, Amani kelihatan menunjukkan bahagian perutnya yang semakin membesar atau ‘baby bump’.
Perkongsian ini kemudian dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti antaranya Alif Satar, Nadia Aqilah, Raja Ilya, Dynas Mokhtar, Sazzy Falak dan Haiza Hanafi.
Pelakon filem Sepet ini juga tidak ketinggalan menerima ucapan dari peminat di IG.
Buat makluman, Amani mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Faris, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Impact Integrated pada 10 September 2022.
Mereka disatukan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: BH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.