Siapa tak kenal pemuda bernama Sofyank ini. Kehebatannya dalam menyunting video memang sudah tidak dapat disangkal lagi. Banyak video kreatif yang telah dihasilkan, malah remaja ini juga diberi jolokan sebagai ‘Zach King Malaysia’.
Sofyank atau Mohad Sofian Abdullah, 26, yang selamat dinikahkan degan pilihan hatinya, Nabilah Ramli, 24, Sabtu pagi.
Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah, Tengku Mahmud dan pengantin perempuan menerima mas Kahwin 18 dinar. Pengantin lelaki turut berbalas lima dulang hantaran dalam majlis serba ringkas dan indah yang berlangsung di Calamaya Garden, Kota Bharu, Kelantan.
Dalam masa itu, Sofyank yang ditemubual sejurus masjlis sempat bercerita tentang titik perkenalan bersama gadis tersebut.
“Kami kenal di sekolah menengah, tujuh tahun lepas. Masa itu saya datang ke sekolah menengah saya untuk mengajar student. So, masa itu la dia kenal saya, lebih kurang macam itu.”
Ads
“Masa tu saya tengah ambil Diploma Perakauanan di Universiti Teknologi Mara ( UiTM) Tapah. So kami kenal kira online je, jumpa dua tahun lepas kenal. Lepas kenal dah jumpa, terus decide untuk relationship“, ujarnya.
Menurut Sofyank, dia juga lega apabila selepas majlis itu yang mana ia menjadi puncak kepada tujuh tahun perkenalan antara mereka.
Dalam pada itu, Sofyank turut membuat siaran langsung majlis perkahwinannya menerusi laman Istagramnya. Diruangan komen, rata-rata follower menitipkan ucapan tahniah diatas perkahwinannya itu. Malah, netizen turut tak sabar dan teruja ingin menonton video perkahwinannya nanti.
Ads
Untuk info, pada April lalu, video suntingan Sofyank turut mendapat perhatian aktor Hollywood, Ryan Reynolds.
Kalau dah jodoh tak ke mana kan? Tahniah kami ucapkan buat Sofyank dan pasangannya.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kedengaran seperti kisah mengarut, bukan? Namun, inilah realiti yang terpaksa dihadapi pelajar perempuan di sana.
Baru-baru ini, media tempatan di China melaporkan penetapan larangan terhadap pelajar untuk mempunyai ‘gaya rambut yang pelik’ oleh beberapa sekolah menengah di sana. Ini termasuklah larangan rambut panjang (lelaki dan perempuan) dan ikatan rambut ponytail bagi pelajar perempuan. Hanya rambut sepanjang paras bahu sahaja yang dibenarkan bagi pelajar perempuan.
Memetik laporan South China Morning Post pada 2 Ogos 2022, larangan berambut panjang ini mula dilaksanakan pada minggu ini di Sekolah Menengah Wenchang dekat wilayah Hebei utara China.
Dalam notis yang dikeluarkan oleh jabatan pengurusan pelajar, sekolah tersebut melarang para pelajarnya menggayakan rambut secara berstail, berambut panjang dan mengikat rambut panjang dengan gaya ponytail kerana ia ‘menyusahkan’ dan dikhuatiri merundumkan prestasi akademik pelajar.
Lapor The Paper pula, pelajar juga tidak dibenarkan mewarna, menggulung rambut atau memakai sebarang aksesori rambut.
Pihak sekolah telah mengeluarkan potret contoh gaya rambut yang dibenarkan dari sisi hadapan, belakang dan tepi kepala bagi memudahkan pelajar dan ibu bapa mematuhi peraturan baharu ini.
Tidak terkecuali adalah peraturan untuk pelajar lelaki juga. Mereka dilarang menyimpan jambang dan potongan rambut ‘mullet’.
Foto Via scmp.com
Seorang guru dari sekolah itu yang identitinya dirahsiakan berkata, peraturan mengawal kepanjangan dan gaya rambut ini sebenarnya telah dilaksanakan selama bertahun-tahun.
Penguatkuasaan peraturan yang lebih ketat ini baginya dan para guru lain adalah agar ia tidak menjejaskan pelajaran pelajar.
Semalam, siaran berita di China melaporkan tentang larangan itu dan ia telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan rakyatnya pada minggu ini. Sehingga kini, laporan itu telah ditonton lebih 10 juta kali di aplikasi video media sosial Douyin.
Apa pendapat korang, wajarkah tindakan guru dan sekolah tersebut?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ajal maut di tangan Allah. Tiada tercepat sesaat atau lambat seminit. Tindakan pelik perlakuan seorang remaja yang sempat berdoa dipercayai memohon perlindungan Allah sebelum memulakan perjalanan ternyata memberi petanda itu adalah doanya yang terakhir kepada Allah SWT.
Sebelum kemalangan itu berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam di Kampung Bukit Kenak, Jertih semalam, beberapa rakan sempat melihat Mohd Firdaus Mohd Zulkipli, 23 menadah tangan berdoa sebelum mengusap ke mukanya.
Menurut bapa angkat arwah, Mohd Supian Rashid, 50 tahun, Mohd Firdaus yang mesra disapa Daus ada mengadu kepada isterinya yang badannya terlalu letih.
Mohd Supian bapa angkat kepada arwah Firdaus
“Pagi sebelum kejadian itu, Daus datang lebih awal ke gerai di Up town Jertih untuk membuka kedai. Kebetulan gerai jualannya ini dikongsi bersama anak saya, Muhammad Irfan Fahmi. Malam itu anak saya ada urusan di kolejnya dan hanya isteri dan kawan-kawan yang membantu mereka di gerai.
“Dari petang lagi, arwah sudah tunjukkan serba tak kena. Kebetulan malam itu, ramai yang singggah membeli. Arwah pegang duit pun serba tak kena, berterabur. Ke hulu ke hilir seolah-olah ada yang tidak siap. Dia juga mengadu badannya terlalu letih, langsung tak bermaya.
“Bila lihat perlakuannya, isteri saya, Ustazah Ramlah Yusof ada menyuruhnya berehat dahulu. Tapi arwah seolah masih bersemangat bekerja,” katanya yang kemudian menyambung, sekitar jam 12 tengah malam, arwah berkata mahu balik mandi di rumahnya di Kampung Gerai.
“Tapi isteri kata tak payah la. Rehat dulu sebab tengok keadaannya jauh berbeza. Matanya juga seakan-akan terlelap ketika bercakap. Mungkin kita yang tidak faham maknanya di saat kematian tak tahu. Tapi arwah kata tak apa, dia mahu balik mandi seketika sahaja sebelum kembali semula ke gerai,” katanya memaklumkan Daus memanggilnya sebagai abah dan isterinya sebagai Umi dan anaknya sendiri berkawan dengan arwah. Malah dia juga menganggap arwah bagaikan anaknya sendiri.
Arwah maut akibat terlanggar lori mengakibatkan tengkuknya patah
Arwah mengadu badannya terlalu letih dan rupanya itu petanda ajal
Hati sudah terdetik sesuatu…
Jelas Supian lagi, ketika arwah Daus menuju ke motosikal RXZ miliknya berkali-kali dia cuba menghidupkan enjinnya tetapi tak boleh.
“Arwah sempat mengeluh dan kemudian berbaring di tangki motosikalnya sebab katanya terlalu letih. Tapi kemudian dia bangun dan membaca ayat Qursi sehingga habis. Mungkin itu petanda akhirnya. Sebaik arwah menghabiskan bacaan ayat Qursi itu, motosikalnya tiba-tiba boleh dihidupkan. Arwah sempat menadah tangan dan berdoa. Mungkin kerana motosikal itu berjaya dihidupkan atau memohon agar perjalanannya dipermudahkan kerana ketika itu tiada kawan-kawan yang mendengar apa arwah ucapkan.
Sambung Supian lagi, di saat arwah Daus meraut kedua telapak tangan ke mukanya, hati isterinya sudah terdetik yang anak ini tak akan sampai ke destinasinya.
“Itu isteri maklumkan kepada saya. Tiba-tiba datang bisikan di hatinya tentang perlakuan ganjil arwah itu. Dan ternyata, bisikan dan detik itu menjadi kenyataan kerana selepas 10 minit arwah pergi, kawan-kawannya mendapat makluman arwah melanggar belakang lori dan meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan patah tengkuk selain beberapa anggota badan lain.
“Mereka bimbang untuk bercakap yang arwah sudah meninggal kepada isteri saya kerana takut isteri terkejut tetapi akhirnya isteri sendiri berkata yang anak itu sudah tiada,” katanya yang mengenali arwah Daus sejak dari kecil lagi kerana dirinya dan arwah bapa Daus berkawan dari kecil.
Jelas Sapian lagi, jika tahun-tahun sebelum ini dia mengusahakan perniagaan di Up Town itu tetapi Ramadan kali ini dia enggan. Tetapi arwah Daus begitu bersemangat sehingga mahu keluarkan modal separuh dan berkongsi dengan anaknya.
Gerai menjual pakaian yang diusahakan arwah di Uptowm Jertih
“Alhamdulilllah perniagaan mereka berjalan lancar. Banyak juga jualannya dan saya sendiri sudah berniat untuk perniagaan kerepek yang baru kami usahakan ini akan diberi 10 peratus untuk arwah,’ katanya memaklumkan arwah anak bongsu dari lima beradik.
Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa dari arah Jertih menghala ke Kuala Terengganu.
Katanya, apabila sampai di depan pintu masuk kilang padi di Bukit Kenak sebuah lori yang berada di hadapan mangsa berhenti untuk masuk ke dalam kilang padi tetapi akibat jarak yang terlalu dekat menyebabkan mangsa melanggar bahagian belakang lori itu.
“Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, pinggang dan kaki,” katanya.
Mohd Zamri berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut manakala pemandu lori berusia 58 tahun beralamat di Kuala Kubang, Jabi tidak cedera.
Menurutnya , kes disiasat menurut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengesahkan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia kini sedang mengalami gangguan elektrik sejak pukul 12.39 tengah hari tadi.
Menurut Facebook TNB Careline, gangguan ini melibatkan 2.2GW yang merupakan 10% daripada keseluruhan permintaan bekalan. Antara kawasan-kawasan terlibat adalah di Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota. Walaubagaimanapun, bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Kelang.
Walau bagaimanapun, bekalaan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Klang. Punca kejadian masih lagi dikenalpasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.
Tanda pagar #Blackout juga menjadi tular di laman Twitter dan rata-rata warganet turut berkongsi kejadian blackout yang berlaku di kawasan mereka.
Jangan risau, TNB akan memaklumkan kepada para pelanggan dari masa ke semasa. Kami mohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya terjawab! Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026bersamaan 1 Syawal 1447H.
Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Penyimpan...