
Setiap tahun, peminat sukan e-Sports pasti akan bersiap sedia untuk mengikuti pertarungan sengit Predator League 2020 di Malaysia.
Pertandingan e-Sports yang dibawakan oleh Acer Malaysia ini adalah bagi memilih juara tempatan yang akan mewakili Malaysia di peringkat Asia Pacific Predator League 2020 di Manila, Filipina tidak lama lagi.
Kami pasti 16 buah pasukan yang akan bertanding pada 9 dan 10 November ini akan melakukan sebaik mungkin bagi merebut peluang tersebut dan juga memenangi sejumlah hadiah bernilai RM100,000!
Korang boleh menonton pertarungan itu secara LIVE di laman web Shopee pada hujung minggu ini dari jam 9 pagi hingga 10 malam dan menyokong pasukan kegemaran korang.

Istimewanya juga pada Sabtu ini (esok, 9 November), Acer Malaysia turut melakukan tawaran khas Predator League Sale di Shopee. Peminat sukan e-Sports dan peminat produk Acer boleh mendapatkan beberapa produk terpilih pada harga yang lebih rendah.
Antara yang ditawarkan termasuklah..
01
ACER Nitro 5 Gaming Laptop SP

HARGA ASAL RM2,999 HARGA TAWARAN RM2,649
02
ACER LED Gaming Monitor

HARGA ASAL RM599 HARGA TAWARAN RM499
03
Jersi Acer Predator League + Topi Predator

HARGA ASAL RM169.80 HARGA TAWARAN RM109
04
Predator League Merchandise Set (Bomber Jacket, Jersi, Top Predator & Beg Kalis Air)

HARGA ASAL RM568.70 HARGA TAWARAN RM281
Pastikan korang mengumpul dan menggunakan baucar untuk menikmati lebih potongan harga semasa membeli. Tawaran ini HANYA SAH pada hari esok (9 November 2019) pada jam 12 tengah malam, 9 pagi dan 4 petang SAHAJA.
Ia bukan tawaran biasa-biasa kerana korang terlebih dahulu sudah shopping pada harga lebih rendah sebelum tawaran besar-besaran Shopee pada 11 November kelak.
Kesemua produk yang dijual adalah 100% original dan disokong dengan waranti. Untuk info lanjut mengenai tawaran dan promosi Acer ini, layarai laman web mereka di https://shopee.com.my/m/acer-predator-league.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasukan PUBG Malaysia, 4Rivals Terima Sokongan Yoodo & Alliance. Tak Sabar Takluk Liga!

Buat pengikut Liga Pro PUBG Mobile di Malaysia, tentunya korang mengakui kelebihan yang dimiliki oleh pasukan tempatan 4Rivals.
Sejak penampilan 4Rivals pada Ogos 2021, pasukan yang berpangkalan di Selangor ini berjaya meningkat naik hanya dalam masa yang singkat. Bukan saja mengharumkan nama dengan layak ke PMGC, malahan mereka turut merangkul tempat ketiga dalam Liga Pro PUBG Mobile – Kejuaran SEA Musim 4: Liga, serta Liga Pro PUBG Mobile – MYSG Musim 4: Akhir.
4Rivals terus membuktikan bahawa mereka bukan calang-calang pasukan setelah melakukan kemunculan sulung di Kejohanan Global PUBG Mobole (PMGC) sebagai salah satu daripada dua pasukan yang mewakili Malaysia.
Maka, tidak hairanlah apabila baru-baru ini 4Rival telah diumumkan menerima sokongan daripada dua jenama besar iaitu daripada Yoodo, jenama perkhidmatan 100 peratus mudah alih digital pertama yang boleh diubahsuai di Malaysia dan organisasi antarabangsa e-sukan yang berpangkalan di Sweden, Alliance.
Bersama, mereka telah memperkenalkan pasukan baharu PUBG Mobile iaitu Yoodo Alliance-4Rivals!

Kata Ketua Yoodo iaitu Chow Tuck Mun, Yoodo sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang sentiasa memperjuangkan bakat e-sukan Malaysia menyokong pemain generasi baharu seperti pasukan 4Rivals ini demi meningkatkan peluang e-sukan tempatan ke tahap yang lebih tinggi. Di samping itu, kerjasama ini juga mengukuhkan lagi kedudukan Yoodo sebagai syarikat telekomunikasi pilihan untuk pemain e-sukan.
Komitmen Yoodo untuk melahirkan lebih ramai pemenang dan memupuk bakat juga dikongsi oleh Alliance. Bak kata pengasas dan CEO Alliance, Jonathan ‘Lodo’ Berg, mereka yakin kerjasam dengan 4Rivals ini mampu berjaya di peringkat tempatan dan antarabangsa.
*
Bercakap dengan CEO pasukan 4Rivals iaitu Mohd Hafizuddin Yusoff, dengan pengenalan pasukan Yoodo Alliance-4Rivals ini, misi mereka sekarang hanya satu iaitu untuk menjadi ‘performance team’ dalam dunia kejohanan PUBG.

“Alhamdulillah, Yoodo & Alliance menyokong hasrat kami untuk menjadi pasukan terbaik dengan memberikan fasiliti penting sempena kemunculan kami di kejohanan antarabangsa.”
“Dengen penambahan pemain baru-baru ini iaitu Vokey bagi posisi Fragger untuk musim seterusnya, sasaran kita sekarang adalah untuk pasukan nombor satu dalam Liga Pro PUBG Mobile (PMPL) – Kejuaraan SEA Musim 4 : Liga. Misi kami adalah untuk menjadi pasukan pertama dari Malaysia untuk mendapatkan sekurang-kurangnya tiga kedudukan teratas di Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC),” kongsi Hafizuddin.
Buat masa ini, senarai pemain pasukan Yoodo Alliance-4Rivals terdiri oleh :
Appy – Muhammad Haziq Hanafi bin Mad Zain, 22 (In Game Leader)
Eypul – Mohamad Saiful Annuar Bin Shahrom, 25 (Support)
Rith – Harith Aimar bin Stanley Michael, 18 (Fragger)
Pemburu – Sahrul Daulay Bin Jailani, 25 (Support)
Vokey – Muhammad Imran b Rosli, 22 (Fragger)
Kehadiran Pasukan Filipina
Untuk pengetahuan korang, Liga Pro PUBG Mobile (PMPL) – Kejuaraan SEA Musim 5 akan datang bakal disertai oleh sebuah lagi negara Asia Tenggara baharu iaitu Filipina. Ia telahpun diumumkan menerusi akaun Facebook PUBG Mobile E-Sports Malaysia dan kini, saingan akan terbahagi kepada tiga buah negara termasuk Malaysia dan Singapura.
Komen Hafizuddin, pasukan Yoodo Alliance-4Rivals tidak mudah melatah dengan saingan baharu ini sebaliknya meraikan liga yang lebih meriah selepas ini.
“Setiap negara mempunyai meta tersendiri. Kita tidak nafikan pasukan dari Filipina ada kekuatannya tetapi untuk saya, apabila mereka menyertai PMPL di Malaysia; sudah tentu serta-merta mereka akan menjadi antara pencabar terdekat kita untuk merebut kejuaraan.
“Saya percaya dengan pengalaman yang 4Rivals ada hingga sampai ke PMGC, kita masih mampu menjadi yang terbaik di peringkat PMPL. Lagi pula, liga di Malaysia ini seperti yang kita tahu amat kompetitif dan komuniti PUBG kita juga sangat bagus. Kita telah buktikan kita antara liga terbaik di dunia setelah dua pasukan PMPL berjaya ke PMGC dari Malaysia,” katanya.
Tambah Hafiz lagi, tekanan sebaliknya akan dirasai oleh pasukan Filipina yang baru menyertai kerana mereka akan berdepan cabaran sengit dari pasukan lain yang lebih berpengalaman dalam liga PMPL.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
UPDATE! 16 Ciri Menarik Pada iOS 16. Boleh Dimuat Turun Pada iPhone 8 Dan Ke Atas

Dah ramai yang teruja dengan sistem update iOS 16 bagi pengguna iPhone.
Sistem operas terkini iPhone iaitu iOS 16 kini boleh dimuat turun oleh pengguna peranti-peranti yang layak menerimanya. Saiz muat turun sistem operasi ini ialah 3.1GB dan boleh dilakukan secara OTA seperti kebiasaannya.
ARTIKEL BERKAITAN : Sekian Lama Menanti, Apple Pay Akhirnya Boleh Digunakan Di Malaysia
Katanya iOS kali ini membawakan ciri Always on Display. Jom kita lihat antara 10 ciri iOS 16 yang dikatakan hadir dengan pelbagai ciri baharu yang tidak ditawarkan sebelum.
- Kustomasi Skrin Kunci Seakan Android

Pengguna iOS tidak perlu lagi cemburu dengan pengguna Android kerana ciri kustomasi ini lebih kurang yang ada pada Android.
2. Safety Check – Membantu Mangsa Keganasan Rumahtangga

Ciri Safety Check boleh membantu mangsa keganasan rumah tangga untuk menghadkan akses akaun mereka dari pasangan.
3. Family Sharing – Kawal Peranti Anak Dengan Lebih Mudah

Terdapat banyak isu tentang akses kepada kandungan yang tidak sesuai dengan umur dan juga mengawal berapa lama mereka boleh menggunakan peranti setiap hari. Pada iOS 16, proses mengawal akan dipermudahkan menerusi Family Sharing yang dipertingkatkan.
4. Photos – Perkongsian Mudah Dengan Keluarga Menerusi iCloud

Dengan Shared Library, pengguna ekosistem Apple boleh berkongsi gambar yang diambil menggunakan iPhone terus dengan ahli keluarga. Gambar diselarikan dengan storan iCloud setiap ahli dalam kumpulan.
5. Photos – Sorok Gambar Dengan Face ID, Touch ID dan Kata Laluan

Gambar yang ingin disorokkan dari pengguna lain kini boleh dikunci di sebalik imbasan Face ID, Touch ID dan kata laluan dalam aplikasi Photos. Lepas ini, gambar privasi seperti kad pengenalan, pasport dan sijil kelahiran misalnya akan disimpan dengan selamat.
6. Photos – Melakukan Suntingan Yang Sama Pada Gambar Lain
Proses menyunting gambar dalam Photos turut dipertingkatkan dengan ciri melakukan suntingan yang sama pada gambar yang lain secara automatik. Katakanlah gambar A disunting supaya lebih kecil dan dikenakan penuras monokrom.
7. iMessage – Suntingan Teks dan Menarik Semula Mesej
Khas buat korang yang suka typo? Jangan risau kerana iMessage pada iOS 16 membenarkan suntingan teks yang dihantar asalkan ia dilakukan dalam tempoh 15 minit ia dihantar kepada penerima.
8. Face ID Pada Posisi Landskap

Selamat datang ke 2022 Face ID pada iPhone! Ciri yang sudah sekian lama disokong pada iPad Pro kini akhirnya diberikan kepada model-model iPhone tertentu dengan Face ID.
9. Live Text – Teks Dalam Video Boleh Dipilih

Ciri Live Text yang tahun lalu menyokong mana-mana gambar yang ditekan selama beberapa saat kini menyokongnya pula pada video. Oleh itu proses alih bahasa, menukar mata wang dan banyak lagi boleh dilakukan terus dengan hanya sekali tekan. Sistem yang lebih mesra pengguna berbanding yang digunakan Google Lens.
10. Apple Wallet – Perkongsian Kunci Digital Lebih Selamat

Apple Wallet menyokong kunci digital untuk kereta, bilik hotel dan kampus sejak beberapa bulan yang lalu. Pada iOS 16, kunci digital yang dimiliki pengguna boleh dikongsi dengan selamat menerusi aplikasi pemesejan popular seperti Messages, Mail, dan WhatsApp.
11. Melihat Kata Laluan WiFi Pada Tetapan

Pada iOS 16 kata laluan WiFi akhirnya boleh dilihat oleh pengguna. Sebuah lagi ciri standard pada Android kini dipinjam oleh iOS!
12. Health – Peringatan Memakan Ubat

Aplikasi Health semakin berguna selepas kemas kini iOS 16. Terdapat ciri untuk memberikan peringatan kepada pengguna untuk mengambil ubat pada waktu yang tepat. Ciri imbasan label ubat juga diberikan supaya nama ubat boleh dimasukkan ke dalam senarai preskripsi pengguna secara automatik.
13.Rapid Security Response – Tampalan Sekuriti Pantas Tanpa Disedari

Kelebihan Rapid Security Response ialah pemasangan tampalan sekuriti tidak lagi memerlukan kemas kini versi iOS seperti yang dilakukan selama ini. Ia turut tidak memerlukan peranti dimulakan semula untuk tampalan sekuriti terkini berfungsi.
14.Haptik Untuk Papan Kekunci

Papan kekunci iOS 16 turut boleh menyokong tindak balas haptik yang selari dengan bunyi yang dihasilkan apabila ditekan.
15. CarPlay Untuk Semua Saiz Skrin Kenderaan

CarPlay baharu tidak lagi terhad pada saiz skrin yang kecil dan nisbah tertentu sahaja. Menerusi kerjasama dengan beberapa syarikat automotif utama seperti Honda, Volvo, Jaguar dan Ford CarPlay kelak dapat digunakan pada kesemua skrin dalam kokpit kenderaan.
16. Audio Spatial Khusus Untuk Setiap Pengguna

Akhir sekali kustomasi kepada sistem audio spatial turut boleh dilakukan pada iOS 16. Dengan menggunakan kamera TrueDepth di bahagian hadapan iPhone, sistem akan menganalisa kepada pengguna bagi menghasilkan pengalaman audio yang lebih serasi untuk setiap pengguna.
Tapi ingat! Hanya peranti yang lebih baharu seperti iPhone X, iPhone 8 dan ke atas boleh memuat turunnya sekarang. iPhone 6s/6s Plus, iPhone SE (Gen-1), iPhone 7 /7 Plus adalah lima iPhone yang tidak akan menerima kemas kini iOS 16.
Sumber: 1
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Robot Bola Ganti Tugas Polis Di China, Tangkas Kejar Penjenayah

Dalam kehidupan yang serba moden ini, tidak hairan sekiranya kita melihat penggunaan mesin atau robot yang melakukan pekerjaan manusia bagi mengurangkan tenaga kerja yang diperlukan.
Dengan arus kemodenan kemajuan teknologi, tugas penguatkuasaan juga kini dibantu robot.
ARTIKEL BERKAITAN: Ini Tip Untuk ‘Fresh Graduate’ Yang Sedang Mencari Pekerjaan, Paling Penting Kena Yakin!

Di China baru-baru ini dilaporkan sedang mengusahakan inovasi termaju dalam penguatkuasaan undang-undang.
Menerusi satu muat naik di media sosial, satu rekaan robot amfibia berbentuk sfera seberat 125kg yang mampu mengejar penjenayah pada kelajuan sehingga 35 kilometer sejam (35km/j) di darat dan air.
Rotunbot RT-G
Digelar Rotunbot RT-G, peranti futuristik ini adalah cetusan idea daripada firma teknologi, Logon Technology yang berpangkalan di Shenzhen dan telah dibangunkan selama beberapa tahun.
Menurut jurucakap Logon Technology, inovasi membanteras jenayah, RT-G merupakan robot polis sfera berkuasa kecerdasan buatan (AI) yang bukan sahaja menghentikan jenayah tetapi juga merisik atau mengesannya.

Kongsinya, robot bola pengimbangan diri tersebut menggunakan penstabil giroskopik untuk mengekalkan pergerakan yang stabil merentasi pelbagai rupa bumi, termasuk lumpur, lopak dan keadaan jalan tak berturap (off road).
Tambahnya, robot tersebut kini diuji di zon komersial di Wenzhou, wilayah Zhejiang, China dan juga baru-baru ini bersama empat pegawai polis di Hangzhou, sebuah bandar yang sibuk dengan populasi hampir 12 juta penduduk.
Lengkap dengan pelbagai alat memerangi jenayah
Robot RT-G juga dilengkapi dengan pelbagai alat memerangi jenayah yang tidak membawa maut. Ia termasuk penyembur gas pemedih mata, beberapa bom tangan, pembesar suara dan peranti penyebaran gelombang bunyi sekali gus memastikan kebolehsuaian dalam pelbagai senario.
Robot sfera yang dikuasakan oleh AI itu juga boleh mengesan ‘gangguan atau kelainan di sekelilingnya’.
Ia juga akan menggunakan fungsi pengecaman muka untuk mengesan penjenayah yang diketahui polis dan dengan itu membantu pegawai penguat kuasa undang-undang mengenal pasti mereka dengan lebih cepat.
Selanjutnya, ia boleh memberi amaran kepada penguatkuasaan undang-undang atau melumpuhkan suspek secara autonomi menggunakan pistol jaring binaan dalam.
Satu video operasinya menunjukkan RT-G dikawal dari jarak jauh, walaupun versi akan datang mungkin menggabungkan ciri autonomi untuk meningkatkan fungsinya.

“Pecutan robot RT-G boleh mencapai 30 kmj dalam hanya 2.5 saat dan binaannya yang teguh menjadikan ia tahan lasak walaupun jatuh di permukaan kasar.
“Bagaimanapun, ia mempunyai batasan seperti tidak stabil apabila melalui selekoh tajam dan sukar untuk menaiki tangga atau permukaan tinggi yang lain,” ujarnya.
Katanya, kelemahan tersebut mungkin menghalang keberkesanannya dalam menangani situasi tertentu atau persekitaran bandar yang kompleks.
Kos RM185,000 hingga RM247,000
Pada masa ini, julat kos pengeluaran untuk robocops berkuasa AI ini berbeza-beza dari AS$41,300 hingga AS$55,000 (RM185,000 hingga RM247,000).
Robot RT-G bukanlah percubaan pertama China dalam teknologi robotik memerangi jenayah. Negara itu telah melancarkan pelbagai peranti inovatif untuk membantu penguatkuasaan undang-undang.
Sebelum RT-G, terdapat Robo-dog, robot berkaki empat yang dilengkapi roda yang membolehkannya memecut merentasi medan lasak dan melakukan aksi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

