Dalam kehidupan yang serba moden ini, tidak hairan sekiranya kita melihat penggunaan mesin atau robot yang melakukan pekerjaan manusia bagi mengurangkan tenaga kerja yang diperlukan.
Dengan arus kemodenan kemajuan teknologi, tugas penguatkuasaan juga kini dibantu robot.
Di China baru-baru ini dilaporkan sedang mengusahakan inovasi termaju dalam penguatkuasaan undang-undang.
Menerusi satu muat naik di media sosial, satu rekaan robot amfibia berbentuk sfera seberat 125kg yang mampu mengejar penjenayah pada kelajuan sehingga 35 kilometer sejam (35km/j) di darat dan air.
Rotunbot RT-G
Digelar Rotunbot RT-G, peranti futuristik ini adalah cetusan idea daripada firma teknologi, Logon Technology yang berpangkalan di Shenzhen dan telah dibangunkan selama beberapa tahun.
Menurut jurucakap Logon Technology, inovasi membanteras jenayah, RT-G merupakan robot polis sfera berkuasa kecerdasan buatan (AI) yang bukan sahaja menghentikan jenayah tetapi juga merisik atau mengesannya.
Ads
Kongsinya, robot bola pengimbangan diri tersebut menggunakan penstabil giroskopik untuk mengekalkan pergerakan yang stabil merentasi pelbagai rupa bumi, termasuk lumpur, lopak dan keadaan jalan tak berturap (off road).
Tambahnya, robot tersebut kini diuji di zon komersial di Wenzhou, wilayah Zhejiang, China dan juga baru-baru ini bersama empat pegawai polis di Hangzhou, sebuah bandar yang sibuk dengan populasi hampir 12 juta penduduk.
Lengkap dengan pelbagai alat memerangi jenayah
Robot RT-G juga dilengkapi dengan pelbagai alat memerangi jenayah yang tidak membawa maut. Ia termasuk penyembur gas pemedih mata, beberapa bom tangan, pembesar suara dan peranti penyebaran gelombang bunyi sekali gus memastikan kebolehsuaian dalam pelbagai senario.
Robot sfera yang dikuasakan oleh AI itu juga boleh mengesan ‘gangguan atau kelainan di sekelilingnya’.
Ia juga akan menggunakan fungsi pengecaman muka untuk mengesan penjenayah yang diketahui polis dan dengan itu membantu pegawai penguat kuasa undang-undang mengenal pasti mereka dengan lebih cepat.
Ads
Selanjutnya, ia boleh memberi amaran kepada penguatkuasaan undang-undang atau melumpuhkan suspek secara autonomi menggunakan pistol jaring binaan dalam.
Satu video operasinya menunjukkan RT-G dikawal dari jarak jauh, walaupun versi akan datang mungkin menggabungkan ciri autonomi untuk meningkatkan fungsinya.
“Pecutan robot RT-G boleh mencapai 30 kmj dalam hanya 2.5 saat dan binaannya yang teguh menjadikan ia tahan lasak walaupun jatuh di permukaan kasar.
“Bagaimanapun, ia mempunyai batasan seperti tidak stabil apabila melalui selekoh tajam dan sukar untuk menaiki tangga atau permukaan tinggi yang lain,” ujarnya.
Katanya, kelemahan tersebut mungkin menghalang keberkesanannya dalam menangani situasi tertentu atau persekitaran bandar yang kompleks.
Kos RM185,000 hingga RM247,000
Pada masa ini, julat kos pengeluaran untuk robocops berkuasa AI ini berbeza-beza dari AS$41,300 hingga AS$55,000 (RM185,000 hingga RM247,000).
Robot RT-G bukanlah percubaan pertama China dalam teknologi robotik memerangi jenayah. Negara itu telah melancarkan pelbagai peranti inovatif untuk membantu penguatkuasaan undang-undang.
Sebelum RT-G, terdapat Robo-dog, robot berkaki empat yang dilengkapi roda yang membolehkannya memecut merentasi medan lasak dan melakukan aksi.
Jika sebelum ini WhatsApp telah mengumumkan akan memberhentikan penggunaan aplikasi itu kepada beberapa buah peranti lama, kini akhirnya mereka akan menghentikan sokongan kepada beberapa lagi peranti iOS, khususnya iPhone yang menjalankan iOS 10 dan iOS 11.
WhatsApp telah memberi amaran kepada pengguna yang masih menjalankan iOS 10 atau iOS 11 perlu mengemas kini peranti mereka jika mahu terus menggunakan WhatsApp selepas 24 Oktober 2022. Untuk info, peranti yang masih menggunakan iOS 10 dan iOS 11 pada masa ini ialah iPhone 5 dan iPhone 5c.
Oleh yang demikian, pengguna yang mempunyai peranti tersebut tidak akan dapat menggunakan WhatsApp mulai Oktober depan.
Walau bagaimanapun, bagi pengguna iPhone 5s, iPhone 6 dan iPhone 6s yang menggunakan iOS 12 korang tidak perlu risau kerana peranti-peranti ini masih lagi menerima sokongan WhatsApp. Penguna iPhone perlu mempunyai iOS 12 ke atas untuk terus menggunakan aplikasi itu, manakala untuk pengguna Android pula memerlukan OS 4.1 ke atas.
Tambahan lagi, acara WWDC 2022 bakal berlangsung dan Apple akan mengumumkan pelancaran iOS 16 yang dikatakan akan berhenti berfungsi pada iPhone 6s, iPhone 6s Plus dan iPhone SE pertama.
Nah, sekiranya korang pemilik iPhone yang tersenarai, bolehlah mengemaskini peranti korang untuk mengelakkan daripada sebarang kesukaran untuk menggunakan aplikasi WhatsApp kelak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggunaan kata laluan atau password adalah sangat penting bagi menjaga privasi dan keselamatan informasi peribadi milik kita. Tambah pula, zaman teknologi hari ini semuanya dilakukan secara digital.
Pemilihan kata laluan yang lemah boleh membawa kemudaratan kerana memudahkan individu lain menjejakinya dan menceroboh masuk ke semua akaun digital milik kita.
Pada 2013, Apple telah memperkenalkan iPhone 5s yang dilengkapi dengan pengimbas cap jari dan sebelum ini modul pengenalan pengguna biometrik telah digunakan secara aktif oleh semua pengeluar telefon pintar. Walau bagaimanapun, kata laluan skrin kunci tradisional yang terdiri daripada nombor dan/atau huruf masih belum hilang dan masih menjadi kelemahan keselamatan dalam peranti iOS.
Kata laluan yang biasa digunakan selalunya hanya empat digit dan dalam kebanyakan kes menghalang akses tanpa kebenaran kepada data peribadi pengguna serta memudahkan pemulangan telefon pintar yang dicuri atau hilang kepada pemiliknya. Walau bagaimanapun, pakar keselamatan siber dari Institut SANS mengatakan bahawa kira-kira satu perempat daripada semua iPhone yang digodam telah dibuka kunci menggunakan hanya 20 kombinasi nombor paling popular.
Berikut adalah antara password sering digunakan oleh pengguna iPhone:
Sebelum keluaran iOS 9, pengguna iPhone hanya boleh menetapkan kata laluan skrin kunci 4 digit, manakala versi sistem pengendalian mudah alih Apple yang berikutnya membenarkan penggunaan gabungan panjang aksara (nombor dan huruf).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Just admit it guys. Korang semua pernah lakukannya bukan? Screenshot dari Instagram Story (IG Story) sudah jadi perkara biasa terutama bila ingin dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Dan biasanya yang selalu menjadi sasaran ialah selebriti dan instafamous yang kacak, cantik dan jelita. Ataupun crush korang yang selama ini hanya diperhatikan dari jauh saja.
Tapi selepas ini korang harus berhati-hati kalau tak pasti ketahuan! Hehe.
Kenapa? Well, Instagram kini sedang menguji feature baru di mana ia akan memberikan notifications kepada user jika IG Story mereka telah di-screenshot.
WHATT?
Bagaimana notifications itu bertindak?
Jelas mereka, jika perkara tersebut berlaku, user akan diberikan notification menerusi Direct Message. Amaran pop-up akan keluar di paparan skrin utama menyatakan “Next time you take a screenshot or screen recording, the person who posted the story will be able to see it”.
OMG! Nampaknya bukan sahaja foto tetapi screen recording (dalam bentuk video) juga tidak terlepas!
Feature terbaru ini dikatakan mempunyai persamaan dengan sebuah lagi apps popular, Snapchat,
Buat masa sekarang, ia masih belum diberikan kepada semua user. Hanya sesetengah user sahaja diberikan fungsi ini terlebih awal kerana Instagram ingin mendapatkan respons awal. Ia mungkin akan diperkenalkan secara rasmi dalam masa terdekat!
Senarai notifikasi siapa yang melakukan screenshot juga akan dipamerkan di bahagian data IG Story (bila tap seen by di bawah penjuru kiri). Dengan feature baru ini, ikon shutter akan menunjukan siapa yang melakukan screenshot tersebut.
Nampaknya no more stalking and screenshoot la ya! Hiks!
Apa pendapat korang tentang feature yang bakal diperkenalkan ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!