Hidayah itu milik Allah. Allah memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

Reza Rahadian bukanlah satu nama yang asing dalam masyarakat Malaysia. Pelakon kacak dari Indonesia ini sememangnya sudah popular dan tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri lakonan Nusantara.

Keluarga Penganut Tegar Kristian, Reza Rahadian Tetap Pilih Agama Islam

Baru-baru ini, pelakon dan seorang pensyarah di sebuah universiti di Indonesia ini terbuka menceritakan kisah dirinya dibesarkan dalam keluarga penganut Kristian, namun kini secara rela memilih untuk memeluk agama Islam.

Mungkin ramai yang tak tahu, menurut laporan pelakon berusia 34 tahun itu mengaku keluarganya terutama sekali ibunya adalah penganut tegar Kristian. Malah, dirinya juga pernah dihantar ke sekolah aliran Kristian dan sentiasa mengunjungi gereja setiap minggu.

“Mendiang Glenn Fredly (penyanyi) pernah jadi guru saya di gereja,” ujar lelaki berasal dari Bogor Indonesia itu.

IKLAN

Keluarga Penganut Tegar Kristian, Reza Rahadian Tetap Pilih Agama Islam

Reza membuat keputusan untuk menjadi seorang mualaf setelah mencapai usia dewasa  tanpa paksaan sesiapa pun.

“Perubahan saya memeluk Islam bukan atas paksaan atau mengikut orang, apa lagi kerana cinta misalnya. Ia adalah keputusan saya sendiri. Bukan sebab kerja atau pasangan. Saya cuma yakin setelah ‘berdialog’ dengan Tuhan, saya mahu jadi mualaf,” katanya lagi.

IKLAN

Keluarga Penganut Tegar Kristian, Reza Rahadian Tetap Pilih Agama Islam

Bagaimana pun, tambah bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 itu, ibunya menerima baik keputusannya untuk memeluk Islam biarpun wanita berkenaan kuat berpegang dengan agama dianutinya. Menurutnya, ibunya masih merayakan Krismas dan perayaan atau upacara lain di rumah dan dia okay sahaja.

“Mama kata jadi mualaf adalah hak saya. Dia cuma pesan, apabila memeluk Islam, jalani ibadah atau agama saya sebaiknya,” jelasnya.

IKLAN

Terdahulu, Hero filem Layla Majnun ini  pernah membuat pengakuan mengejutkan bahawa dia pernah berbohong tentang kematian ayahnya sejak kecil. Walhal, dia tidak pernah mengenali atau mengetahui ayahnya masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Alhamdulillah, apa-apapun sama-sama lah kita doakan agar pelakon kacak ini istiqamah dan dapat menjalani ibadah puasa tahun ini dengan penuh makna.

Tonton video penuh:

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI