Ucapan pertama oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi telah menarik perhatian REMAJA menerusi dua poin yang disebut beliau.
Demi memperkukuhkan asas ekonomi negara dan mengembalikan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di rantau Asia Tenggara, Perdana Menteri meminta agar penglibatan anak muda bertambah selepas ini.
“Saya pastikan suara anak muda didengari dan diberikan tumpuan dalam kerajaan ini.”
“Jangan risau, penglibatan anda semua amat dihargai dan mengharapkan anda bersama-sama dengan kerajaan ini untuk menjayakan agenda besar pemulihan negara,” umum beliau.
Dengan baki sekitar 21 bulan saja sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, Perdana Menteri sedar; segala kemelut politik Malaysia selama ini sehinggakan posisi ‘Perdana Menteri’ perlu bertukar tangan hingga dua kali dalam satu penggal adalah sesuatu yang merugikan.
Ads
“Negara telah melalui dua peralihan kerajaan dan dua (peralihan) Perdana Menteri. Sebenarnya, peralihan tersebut dalam tempoh sepenggal adalah landskap politik yang merugikan rakyat dan negara.
“Marilah sama-sama kita bergerak ke hadapan. Kita leraikan segala perebutan kuasa politik.
“Kita sama-sama berjuang sebagai sebuah keluarga besar yang merangkumi penjawat awam, pekerja swasta dan yang bekerja sendiri untuk memulihkan semula tanah air kita ini,” seru beliau seiring dengan titah Yang di-Pertuan Agong semasa pertemuan bersama ketua-ketua parti, baru-baru ini.
Ads
PM Malaysia kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tetap memberikan sokongan sepenuhnya kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob walaupun perlu melepaskan jawatan tersebut kepada Timbalannya. Dalam perucapan hari ini, Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas segala jasa dan penglibatan beliau dalam pemerintahan negara sepanjang bergelar Perdana Menteri hingga hari Isnin lepas. Sumber Foto : Facebook Muhyiddin Yassin
Tambah beliau, dalam waktu mencabar ini, semua pihak sepatutnya bersedia untuk bekerja keras dalam satu pasukan secara harmoni. Di sinilah Perdana Menteri ingin mengajak rakyat Malaysia tanpa mengira kepercayaan politik untuk memegang prinsip kebersamaan. Usah timbulkan lagi keresahan politik yang tidak berkesudahan dan merugikan semua pihak.
“Kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan. Ini termasuklah mewujudkan kerjasama rentas parti.
“Justeru, saya ingin menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan jawatankuasa khas menangani COVID-19..”
Untuk pengetahuan, sebelum ini beberapa nama pemimpin muda yang pernah disenaraikan dalam cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad termasuklah Datuk Seri Azalina Othman Said, Hannah Yeoh, Fahmi Fadzil dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Selain sektor politik, MPN juga diharap dianggotai oleh kumpulan profesional dari sektor perubatan, perundangan dan ekonomi bagi mencukupkan 20 anggotanya.
Ads
Semasa pemerintahan Maaysia di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin, MPN yang digerakkan oleh Tun Dr Mahathir ini telah sempat mengadakan mesyuarat pertamanya pada 5 Ogos lalu bersama 20 anggota terpilih seperti kesemua ahli politik yang disenaraikan di atas, Tan Sri Rafidah Aziz, Prof Dr Jomo K Sundram, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Dato Dr Fadzillah Kamaludin, Profesor Datuk Dr Lam Sai Kit dan beberapa nama lain.
REMAJA masih menantikan respon ahli politik muda negara di atas penawaran Dato’ Sri Ismail Sabri ini. Adakah masing-masing mampu mengenepikan kepentingan politik dan agenda sendiri demi kesejahteraan rakyat dan negara? Atau masing-masing masih berkeras hati disebabkan permainan politik yang dicatur mereka sehingga PRU yang akan datang? Sama-sama kita nantikan.
Pasti ramai diantara kita yang sudah merindui pengalaman di lapangan terbang kerana rata-ratanya tidak lagi menggunakan pengankutan udara itu untuk sekadar bercuti di dalam negara.
Kini apa yang menarik perhatian kami adalah laporan yang dibuat oleh BERNAMA bahawa dokumen perjalanan fizikal seperti tiket penerbangan dan pas masuk mungkin tidak lagi diperlukan bagi penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Gambar hiasan
Ini kerana pelaksanaan fasa pertama inisiatif Perjalanan Token Tunggal pada separuh pertama tahun ini akan dijalankan dan ia akan menggunakan teknologi pengenalan wajah untuk memberikan pengesahan pengenalan biometrik satu token tunggal kepada penumpang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, inisiatif ini akan membolehkan penumpang melalui seluruh perjalanan lapangan terbang tanpa perlu menunjukkan pas masuk mereka di semua pintu, daripada daftar masuk hingga pintu pelepasan.
Fasa pertama teknologi ini dikatakan akan bermula pada pertengahan tahun ini dan proses pengesahan dijangka memakan masa hanya kira-kira 5 saat.
“Fasa pertama pelaksanaan teknologi itu dijangka selesai pada separuh pertama 2021, apabila 50 kios daftar masuk sendiri, 20 kaunter daftar masuk dan 56 eGate di pusat pemeriksaan keselamatan dan pintu pelepasan di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA akan dilengkapi dengan teknologi pengenalan wajah,” katanya.
Teknologi ini akan memudahkan pengguna selain memberi pengalaman tanpa sentuhan dan meningkatkan keselamatan penumpang di lapangan terbang dalam norma perjalanan baharu.
Wah, nampaknya ini satu inisiatif yang bagus kerana penumpang tidak perlu lagi memikirkan tentang pas masuk atau beratur panjang untuk menaiki pesawat.
Emoji membawa sifat membawa pelbagai perasaan dan mampu diluahkan dengan cukup mudah. Disebabkan itulah sangat popular di kalangan pengguna remaja.
Ekspresi emoji yang pelbagai jenis dan rupa sentiasa ditambah baik. Penulis percaya ramai je antara kita yang suka mengunakan emoji terutanya ketika chatting di platform media sosial kerana ia lebih senang menunjukkan emosi kita ketika itu. Dan terdapat juga Emoji Whatsapp yang disalah erti, mungkin selama ini kita sangka ianya betul tetapi sebaliknya.
Gambar via Emojipedia
Kalau orang perasan emotikon monyet sengih sambil tutup mata ni sering kita guna untuk mengambarkan perasaan segan atau malu rupanya punya maksud yang tersirat disebaliknya. Malah emoji tersebut turut dikaitkan dengan sentimen perkauman.
Menurut Emojipedia, emoji monyet tutup mata ini digelar See-No-Evil Monkey. Dalam bahasa Jepun, See-No-Evil Monkey ini dipanggil Mizaru yang mewakili Three Wise Monkeys dalam peribahasa Jepun.
Sebab itu selain monyet tutup mata, ada juga emoji monyet tutup mulut dan telinga dalam aplikasi permesejan. Ketiga-tiga ini melambangkan peribahasa Jepun ‘sees no evil, hears no evil dan speaks no evil’ yang bermaksud tidak ingin melihat, mendengar dan bercakap tentang kejahatan.
Jadi, bila dah tahu maksud di sebalik emoji ini, janganlah lagi silap menggunakannya lagi bagi mengambarkan perasaan segan atau malu. Untuk pengetahun korang semua, 17 Julai dipilih sebagai Hari Emoji Sedunia yang turut disambut setiap tahun.
Ketika tumpuan lebih terarah kepada kakaknya, Noor Neelofa yang dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujang pada hujung minggu ini dengan jejaka pilihan hatinya Haris Ismail, Ameera Khan hari ini telah mencuri sedikit perhatian pemerhati dengan penampilan terbarunya.
Menerusi muat naik di akaun Instagram miliknya dan beberapa lagi hantaran Instagram Story milik ahli keluarganya, Ameera yang mesra dengan panggilan Little Miss Khan mengenakan hijab berona silver untuk dipadankan dengan persalinan neutral dan beg berjenama Dior.
Pempengaruh lokal itu turut memadankan foto tersebut dengan caption berbunyi, “Ini merupakan hari pertamanya, InsyaAllah” dalam tulisan arab.
Perubahan imej itu juga mendapat sokongan daripada adik beradik yang lain seperti Neelofa dan Athisha Khan dalam ruangan komen serta hantaran Instagram Story.
“Akhirnya (saya) merasakan ketenangan dan lengkap. Alhamdulillah,” catat Ameera.
Cantik sangat Meera!
REMAJA doakan agar fasa baharu dalam kehidupan Ameera ini diiringi dengan perasaan instiqomah senantiasa dalam diri gadis berusia 20 tahun ini.