Sepanjang kehidupan bekas bintang remaja, Aaron Carter selama 34 tahun; tragedi dilihat sentiasa mengekori keluarganya.
Aaron yang juga merupakan adik kepada ahli kumpulan Backstreet Boys, Nick Carter hari ini dilaporkan lemas di dalam sebuah tab mandi di kediaman dekat California. Dia ditemui oleh pihak polis setelah mereka menerima panggilan 911 sekitar jam 11 pagi, waktu tempatan.
Bagi korang yang tidak begitu mengenali repertoire seni Aaron, ramai melabel rapper, pelakon dan penyanyi itu sebagai ‘Justin Bieber’ pada era kemuncaknya sekitar pertengahan 2000-an. Kerjaya Aaron bagaimanapun dibayangi kontroversi yang tercetus dalam keluarganya sendiri.
(Dari kiri, atas mengikut putaran jam): Adik-beradik keluarga Carter iaitu Nick, Aaron, Bobbie, Leslie dan Angel.
Kebanyakan persengketaan di antara Aaron dan adik-beradiknya termasuk Nick sering ditayangkan kepada khalayak menerusi media sosial.
Pertengkaran mereka bertukar serius sehinggakan Nick dan adiknya, Angel Carter terpaksa mendapatkan perintah larangan terhadap Aaron yang pernah mengancam untuk membunuh bayi dalam kandungan isteri Nick secara lisan pada tahun 2019.
Waktu mesra di antara Nick dan Aaron Carter.
“Kami tidak mempunyai sebarang pilihan lain kecuali untuk mengambil tindakan bersesuaian untuk melindungi diri kami dan keluarga kami,” kata Nick dalam satu kenyataan pada waktu itu.
Ads
Kehidupan Aaron terus dibelengu tekanan akibat tragedi yang meragut nyawa kakaknya. Leslie, 25 ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediaman New York-nya pada 31 Januari 2012 akibat penyalahgunaan dadah.
Aaron bersama kakakknya, Leslie.
Leslie juga merupakan insan yang didakwa Aaron pernah menyerangnya secara seksual dari usia 10 hingga 13. Dakwa Aaron lagi, serangan tersebut akan berlaku sekiranya Leslie tidak mengambil ubat yang ditetapkan ke atas untuk mencegah gangguan bipolar.
Biarpun selalu bertelagah, kematian Leslie sukar diterima oleh Aaron. Ini setelah laporan autopsi mengesahkan Leslie mati kerana terlebih mengambil dos dadah jenis Olanzapine, Cyclobenzaprine dan Alprazolam; hanya beberapa hari selepas Aaron menawarkan diri untuk membayar rawatan rehabilitasi Leslie.
*
Ads
Dua lagi adik-beradik Nick dan Aaron turut tidak terlepas daripada kontroversi.
Bobbie Jean, 40 pernah ditahan pada tahun 2002 kerana didakwa menyerang dua orang wanita dengan bateri. Manakala kembar Aaron iaitu Angel Carter pula dikaitkan sebagai punca Aaron dan pasangannya, Melanie Martin berpisah hanya seminggu selepas bayi lelaki mereka dilahirkan, pada tahun lalu.
Aaron bersama kembarnya, Angel Carter.
Tidak cukup setakat itu, ibu Aaron iaitu Jane Carter juga pernah ditahan kerana didakwa menceroboh masuk ke kediaman bekas suaminya, Bob Carter dan menyerang bakal isteri Bob.
Ads
Aaron bersama ayah, Bob Carter dan ibunya, Jane.
Tentunya, kematian Aaron pada hari ini kembali meremukkan perasaan keluarga Carter. Satu demi satu kontroversi telah melanda keluarga mereka selama hampir 20 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rindu melihat gelagat kucing oyen paling pemalas di dunia yang kerjanya suka makan! makan dan makan! Kali ini The Garfield Movie kembali untuk kali ketiga dan ia merupakan filem animasi yang dijamin buatkan penonton tak kering gigi dan tertanya-tanya! Nak tahu kenapa? Jom kita baca fakta menarik mengenai filem ini!
Latar Suara Diisi Barisan Pelakon Hollywood Ternama!
Kalau nak tahu, The Garfield Movie kali ini dimeriahkan dengan suara pelakon seperti Chris Pratt dan Samuel L. Jackson. Keduanya akan memberikan karakter ikonik komik Garfield dengan lakonan suara yang sangat fresh namun tetap mengekalkan pembawaan asli karakter Garfield. Apa yang penting kelucuan karakter Garfield juga memang kena sangat di hati penonton!
Menggunakan Animasi CGI Canggih
The Garfield Movie 2024 juga menggunakan teknologi animasi CGI yang canggih, dan memberikan penampilan yang lebih segar dan hidup kepada karakter-karakter yang penonton kenali. Dengan teknologi terbaru ini juga memungkinkan para animator di dalam filem Garfield untuk memperlihat ekspresi dan emosi karakter dengan lebih mendalam, sehingga penonton dapat pengalaman yang lebih imersif.
Jalan Cerita Penuh Pengembaraan dan Kelakar!
Filem ini bukan hanya tentang oyen pemalas yang suka melantak lasagna dan boleh makan pizza sekelip mata. The Garfield Movie menjanjikan jalan cerita penuh dengan aksi, pengembaraan, misi merompak, dan misi menyelamat yang bakal menghiburkan penonton. Di sini juga penonton boleh lihat macam mana Garfield menggunakan akalnya untuk mengharungi segala rintangan dalam setiap misi. Selain itu, penonton juga boleh menyelami hubungan si oyen, Garfield dengan tuannya, Jon dan bagaimana mereka saling mempengaruhi dalam setiap situasi.
The Garfield Movie adalah salah satu animasi yang wajib ditonton oleh para penggemar. Tayangan The Garfield Movie bermula 22 Mei ini dan penonton dijamin tidak akan bosan kerana filem ini adalah salah satu karya hiburan yang menyenangkan untuk semua peringkat umur.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi berbakat besar, Aisha Retno bersyukur apabila impiannya untuk melakukan persembahan gimnastik di atas pentas tercapai.
Berkata kepada Remaja, penyanyi lagu popular Sutera itu turut mendedahkan dirinya akan menceburi bidang sukan tersebut seandainya namanya tiada tempat di industri muzik tanah air.
“Sebenarnya ketika saya kanak-kanak, saya mengambil kelas ballet kerana saya sangat sukakan tarian itu. Jadi, untuk persembahan pada malam ini saya cari yang sangat dekat dengan ballet iaitu gimnastik.
“Saya juga sebenarnya ada tanam impian jika tidak dapat menjadi seorang penyanyi mahupun seorang penghibur, saya ingin ceburi dalam bidang gimnastik,” katanya ketika ditemu bual.
Pada masa sama, Naib Juara Anugerah Juara Lagu (AJL38) itu menzahirkan rasa gembira apabila cita-citanya untuk melakukan persembahan yang disuntik sedikit sukan gimnastik termakbul.
“Tapi sekarang dah ‘terlajak’ tua kerana dah dah masuk usia lebih 20-an. Ia kerana, untuk mula ceburi dunia gimnastik ketika usia sebegini dah terlambat.
“Maka saya kabulkan keinginan saya untuk lakukan persembahan gimnastik dalam program ini. Terkabul dah impian saya Alhamdulillah,” tuturnya lagi.
Sekadar info, Aisha memperoleh markah keseluruhan 88.34% untuk minggu kedua program realiti terbaharu, The Hardest Singing Show.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pasangan penyanyi terkenal Korea Selatan, Chaeyoung TWICE dan Zion.T mencuri perhatian apabila dikhabarkan telah mengakhiri hubungan romantik mereka selepas lebih dua tahun bersama.
Menerusi sebuah kenyataan, wakil kedua-dua artis bagaimanapun enggan mengesahkan mengenai dakwaan tersebut kerana ia melibatkan soal kehidupan peribadi mereka. “Sukar untuk mengesahkannya kerana ia melibatkan kehidupan peribadi artis,” kata wakil Chaeyoung dan Zion.T ketika diminta mengulas laporan berkenaan.
Menurut laporan media Korea Selatan, hubungan pasangan itu dikatakan semakin renggang sejak kebelakangan ini berikutan jadual kerja masing-masing yang padat. Kesibukan dalam kerjaya dipercayai menyebabkan mereka semakin jarang meluangkan masa bersama sehingga hubungan tersebut akhirnya berakhir secara semula jadi.
Chaeyoung dan Zion.T sebelum ini mengesahkan hubungan mereka kepada umum pada April 2024 selepas berita mengenai percintaan mereka mula mendapat perhatian peminat. Ketika itu, kedua-duanya mengakui sedang mengenali antara satu sama lain selepas mempunyai perasaan istimewa terhadap masing-masing.
Difahamkan, pasangan tersebut pada awalnya berkenalan menerusi seorang kenalan sebelum hubungan mereka berkembang selepas beberapa kali keluar bersama. Walaupun mempunyai perbezaan usia sekitar 10 tahun, Chaeyoung dan Zion.T dilihat selesa menjalani hubungan mereka secara terbuka.
Sepanjang tempoh percintaan mereka, kedua-duanya bagaimanapun tidak terlalu terbuka berkongsi mengenai kehidupan peribadi kepada umum. Hubungan tersebut lebih banyak menjadi perhatian menerusi laporan media dan perkembangan kerjaya masing-masing.
Dalam perkembangan berkaitan, Chaeyoung baru-baru ini turut mengumumkan perpisahannya dengan JYP Entertainment selepas 14 tahun bersama agensi berkenaan. Perkembangan itu hadir ketika ahli TWICE tersebut memasuki fasa baru dalam perjalanan kerjayanya sebagai seorang artis.
Walaupun khabar mengenai perpisahan mereka kini menjadi perhatian peminat, kedua-dua pihak masih memilih untuk tidak memberikan pengesahan lanjut. Menurut sumber industri yang dipetik dalam laporan media Korea Selatan, pasangan tersebut difahamkan telah menamatkan hubungan mereka sebagai pasangan kekasih dan kini kembali menjalani hubungan sebagai senior dan junior dalam industri hiburan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...