
Baru-baru ini, pasangan penyanyi terkenal Korea Selatan, Chaeyoung TWICE dan Zion.T mencuri perhatian apabila dikhabarkan telah mengakhiri hubungan romantik mereka selepas lebih dua tahun bersama.
Menerusi sebuah kenyataan, wakil kedua-dua artis bagaimanapun enggan mengesahkan mengenai dakwaan tersebut kerana ia melibatkan soal kehidupan peribadi mereka. “Sukar untuk mengesahkannya kerana ia melibatkan kehidupan peribadi artis,” kata wakil Chaeyoung dan Zion.T ketika diminta mengulas laporan berkenaan.
Menurut laporan media Korea Selatan, hubungan pasangan itu dikatakan semakin renggang sejak kebelakangan ini berikutan jadual kerja masing-masing yang padat. Kesibukan dalam kerjaya dipercayai menyebabkan mereka semakin jarang meluangkan masa bersama sehingga hubungan tersebut akhirnya berakhir secara semula jadi.
View this post on Instagram
Chaeyoung dan Zion.T sebelum ini mengesahkan hubungan mereka kepada umum pada April 2024 selepas berita mengenai percintaan mereka mula mendapat perhatian peminat. Ketika itu, kedua-duanya mengakui sedang mengenali antara satu sama lain selepas mempunyai perasaan istimewa terhadap masing-masing.
Difahamkan, pasangan tersebut pada awalnya berkenalan menerusi seorang kenalan sebelum hubungan mereka berkembang selepas beberapa kali keluar bersama. Walaupun mempunyai perbezaan usia sekitar 10 tahun, Chaeyoung dan Zion.T dilihat selesa menjalani hubungan mereka secara terbuka.
Sepanjang tempoh percintaan mereka, kedua-duanya bagaimanapun tidak terlalu terbuka berkongsi mengenai kehidupan peribadi kepada umum. Hubungan tersebut lebih banyak menjadi perhatian menerusi laporan media dan perkembangan kerjaya masing-masing.

View this post on Instagram
Dalam perkembangan berkaitan, Chaeyoung baru-baru ini turut mengumumkan perpisahannya dengan JYP Entertainment selepas 14 tahun bersama agensi berkenaan. Perkembangan itu hadir ketika ahli TWICE tersebut memasuki fasa baru dalam perjalanan kerjayanya sebagai seorang artis.
Walaupun khabar mengenai perpisahan mereka kini menjadi perhatian peminat, kedua-dua pihak masih memilih untuk tidak memberikan pengesahan lanjut. Menurut sumber industri yang dipetik dalam laporan media Korea Selatan, pasangan tersebut difahamkan telah menamatkan hubungan mereka sebagai pasangan kekasih dan kini kembali menjalani hubungan sebagai senior dan junior dalam industri hiburan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!












