Tak Perlu Bayar! Peluang Belajar Bahasa Secara Percuma
Tak perlu bayar! Kerajaan Selangor tawar kelas Bahasa Mandarin, Tamil dan bahasa antarabangsa lain secara percuma bermula tahun 2026, sekali gus membuka peluang besar kepada rakyat negeri itu, khususnya golongan muda, untuk menambah kemahiran tanpa beban kewangan. Inisiatif kelas bahasa percuma Selangor ini dijangka memberi impak besar kepada pembangunan modal insan negeri.
Inisiatif ini pastinya mencuri perhatian ramai, terutama mereka yang berminat mempelajari bahasa baharu tetapi sebelum ini terhalang oleh kos yuran pembelajaran yang tinggi. Dengan pelaksanaan program ini, isu kewangan tidak lagi menjadi penghalang untuk menimba ilmu bahasa.
Foto: NUR SYAHEDA IMRAN (BERNAMA)
Kelas Bahasa Dijalankan Sepenuhnya Secara Dalam Talian
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa semua kelas bahasa yang ditawarkan akan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian. Pendekatan ini membolehkan lebih ramai rakyat Selangor menyertai kelas bahasa percuma Selangor tanpa kekangan masa, jarak dan lokasi.
Menurut beliau, kaedah pembelajaran digital juga selari dengan keperluan semasa yang menuntut fleksibiliti, terutamanya bagi golongan bekerja dan pelajar. Dengan hanya memerlukan peranti dan capaian internet, penyertaan boleh dibuat dari mana-mana sahaja.
Senarai Bahasa Antarabangsa Yang Ditawarkan
Antara bahasa yang ditawarkan secara percuma menerusi program ini ialah Bahasa Mandarin, Tamil, Arab, Perancis, Jerman dan Sepanyol. Kesemua bahasa ini mempunyai nilai tinggi dalam dunia pendidikan, kerjaya serta komunikasi antarabangsa.
Ads
Penguasaan bahasa asing bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran individu dalam pasaran kerja, malah memberi kelebihan besar dalam sektor pelancongan, perniagaan antarabangsa dan hubungan diplomatik.
Gambar Hiasan AI
Usaha Melahirkan Rakyat Selangor Multilingual
Menurut laporan Suara Keadilan, Amirudin menjelaskan bahawa program kelas bahasa percuma Selangor ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk memperkukuh keupayaan multilingual dalam kalangan rakyat, di samping memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum.
Beliau turut berkongsi bahawa program kelas bahasa ini bukanlah sesuatu yang baharu. Ia pernah diperkenalkan semasa era pandemik COVID-19 oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama pusat-pusat bahasa, ketika itu dikenakan bayaran minimum serendah RM10.
Ads
Sambutan Menggalakkan Sejak Pandemik
Menurut Amirudin, program terdahulu menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada rakyat Selangor, membuktikan minat tinggi masyarakat terhadap pembelajaran bahasa. Kejayaan itulah yang mendorong kerajaan negeri untuk menawarkan versi baharu yang lebih menyeluruh dan percuma sepenuhnya.
Gambar Hiasn AI
Bahasa Sebagai Kekuatan, Bukan Pemisah
Tambah Amirudin, penguasaan pelbagai bahasa tidak seharusnya dilihat sebagai faktor pemisah dalam masyarakat, sebaliknya menjadi kekuatan penting untuk rakyat Malaysia bersaing di peringkat global.
Selain membuka lebih banyak peluang kerjaya, kemahiran bahasa juga memberi manfaat besar kepada rakyat yang gemar melancong ke luar negara kerana ia memudahkan urusan komunikasi serta interaksi dengan komuniti setempat.
Ads
Beliau menegaskan bahawa sasaran program ini adalah untuk memastikan rakyat Selangor mampu menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa, termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, sebagai asas komunikasi global.
Diumumkan Sempena Sambutan Krismas Negeri Selangor
Pengumuman mengenai inisiatif kelas bahasa percuma Selangor ini dibuat sempena Sambutan Krismas Negeri Selangor 2025 yang berlangsung di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya pada 14 Disember lalu.
Secara keseluruhan, inisiatif ini dilihat sebagai langkah progresif Kerajaan Negeri Selangor dalam melahirkan rakyat yang lebih berpengetahuan, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia global yang semakin mencabar.
Bagi rakyat Selangor, peluang belajar bahasa percuma ini adalah satu kelebihan yang wajar direbut demi masa depan yang lebih cerah.
Baru-baru ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengeluarkan amaran tegas terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan perbuatan khurafat di kawasan perkuburan, khususnya melibatkan insiden membabitkan kubur arwah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurly Shahirah Azman.
Menurut Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Aizi Saidi Abd Aziz berkata, tindakan mengambil tanah kubur bagi tujuan tidak berlandaskan syarak boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
“Mana-mana individu yang melakukan perbomohan, sihir atau apa-apa perbuatan yang bercanggah boleh dikenakan tindakan. Hukuman yang boleh dikenakan adalah denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Pada masa yang sama, beliau merujuk kepada dakwaan terdapat individu tidak bertanggungjawab yang mengambil tanah dari kubur arwah Nurly Sahirah bagi tujuan khurafat selepas kemalangan bas yang meragut nyawa pelajar berkenaan. Malah, tindakan tersebut dikatakan dilakukan secara terang-terangan oleh pengunjung yang datang menziarahi tanah perkuburan itu.
Tambah Aizi Saidi, Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Besut kini giat menjalankan pemantauan berkala bagi membanteras sebarang unsur khurafat dan syirik yang mungkin berlaku di kawasan tersebut.
Terdahulu, tular di media sosial satu perkongsian oleh pengguna Facebook bernama Ahmad Nazrul yang mendakwa ada pihak bertindak mengambil tanah dari kubur berkenaan dan menyimpannya ke dalam plastik serta poket pakaian.
Susulan itu, keluarga Allahyarham mengambil inisiatif memasang tali pengadang di sekeliling kubur bagi mengelakkan perkara sama daripada berulang. Wakil keluarga turut memaklumkan bahawa waktu lawatan ke kubur kini dihadkan antara jam 9 pagi hingga 6 petang. Selain itu, tiada lawatan dibenarkan antara 2 hingga 5 Julai atas sebab-sebab tertentu yang tidak dinyatakan kepada umum.
Untuk rekod, pada tahun 2022, Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu telah meluluskan pindaan terhadap Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001. Antara penambahbaikan penting ialah penambahan Seksyen 3A berkaitan perbomohan dan sihir yang kini menjadi asas tindakan pihak berkuasa dalam menangani isu seperti ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah menjadi satu fenomena bagi setiap orang terutamanya wanita apabila nampak dan masuk sahaja ke dalam kedai yang menjual barangan RM2.10, mereka akan keluar dengan senyuman.
Menurut perkongsian seorang pengguna facebook, Normalili Idris ada beberapa barang yang wajib beli di kedai tersebut. Walaupun murah, tapi kegunaannya memang tip top!
Buat apa nak membazir kalau boleh dapat murah kan? Jom kita lihat antara produk berkualiti kedai eco yang patut dibeli dengan hanya berharga RM2.10.
Tuala Lap Minyak/Air
Pau & Dim Sum
Foto – FB Normalili Idris
Span Pinggan Mangkuk
Foto – FB Normalili Idris
Oven Cleaner
Foto – FB Normalili Idris
Spray Toilet
Foto – FB Normalili Idris
Syampu Rambut
Foto – FB Normalili Idris
Washing Machine Cleaner
Foto – FB Normalili Idris
Tuala
Foto – FB Normalili Idris
Lesung Batu
Foto – FB Normalili Idris
Multifunctional Foam Cleaner
Disposable Raincoat
Foto – FB Normalili Idris
Sabun Mandi
Foto – FB Normalili Idris
Ha, memang berbaloi-baloi kan? Berbelanjalah dengan bijak. Hiks!
Nampak kecil usaha yang diberikan oleh penduduk di Gaza ini. Namun ia amat bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia.
Khas sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 semalam, penduduk di sana khabarnya telah menghadiahkan sesuatu yang cukup bermakn sebagai simbol penghargaan kepada sumbangan dan peranan Malaysia dalam usaha membebaskan negara Palestin daripada pendudukan Israel secara haram.
Dalam foto yang dimuat naik oleh pengerusi Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) iaitu Muslim Imran itu, ia menampakkan sebuah papan tanda jalan dinaikkan di Bulatan Ansar, Gaza demi menamakan jalan di barat Gaza itu sebagai Malaysia Street.
Ini merupakan terjemahan catatan yang tertulis pada papan tanda tersebut.
“Malaysia : Ia merupakan salah sebuag negara Asia Tenggara yang telah mencapai kemerdekaanny daripada penjajahan Inggeris pada 31 Ogos 1957, dan ibu negaranya ialah Kuala Lumpur.
“Malaysia mempunyai peranan pentin dalam menyokong perihal berkaitan rakyat Palestin. Ia sering meminta agar penjajahan Israel dihentikan dan inginkan hak penduudk Palestin dikembalikan. Ia juga menentang normalisasi pendudukan Israel.”
سلامت هاري ميرديكا مليسيا ، إخلاص داري غزة- فلسطين!
Gaza Municipality names a road in the western district of Gaza city as “Malaysia Street” in commemoration of Malaysia’s independence today. #Merdeka1957
🇲🇾❤️🇵🇸 pic.twitter.com/gKgO5fFbbi
Untuk pengetahuan, Malaysia secara tegas tidak mengiktiraf pembentukan negara bernama Israel hasil rampasan tanah haram daripada rakyat Palestin. Malaysia juga tidak bersedia untuk menimbang usul jalinan hubungan rasmi atau diplomatik dengan Israel selagi rejim itu tidak mengubah dasarnya dan mengiktiraf kemerdekaan Palestin.
Hanya sekiranya dasar aperteid ke atas Palestin dan rakyatnya dihentikan selama-lamanya, barulah mungkin Malaysia terbuka untuk berbincang. Namun melihatkan keapda keadaan semasa dan pelbagai pelanggaran perjanjian yang pernah dilakukan Israel sebaik saja mereka mengumumkan genjata senjata, harapan itu mungkin tidak akan terjadi dalam masa terdekat.
Konsert IVE Baby Dive mencetuskan fenomena unik dengan inisiatif titik kumpul khas untuk kanak-kanak, bukti keprihatinan industri K-Pop terhadap keselamatan peminat muda.