Avril Lavigne bukannya nama asing lagi buat remaja awal milenia malah dia terkenal dengan lagu Complicated sangat popular menjadikan Avril satu fenomena di seluruh dunia, sekali gus mendapat jolokan puteri punk rock.
Walaupun hampir dua dekad di dalam industri, bintang Avril tampak tidak pudar. Tidak mahu duduk selesa, Avril memilih untuk menggunakan lagu Sk8er Boi yang dilancarkan pada tahun 2002 juga untuk digunakan dalam video pertama beliau di TikTok. Peminat Avril sendiri terpegun dengan wajah terkini penyanyi berkenaan yang ‘kekal remaja’ walaupun 19 tahun sudah berlalu.
Ads
Namun, apa yang lebih menarik apabila legenda dunia papan selaju sendiri iaitu Tony Hawk turut membuat penampilan istimewa dalam video TikTok Avril sebagai skater man. Meskipun kini berusia 53 tahun, Tony masih bermain papan selaju seperti orang muda
Avril turut menggayakan persalinan ikoniknya dalam video ini iaitu tali leher dengan pakaian santai. Sementara itu, tinjauan kami di laman TikTok mendapati rata-rata warganet cukup terpegun dengan penampilan terbaharu penyanyi berkenaan:
Setelah sukses dengan filem Kuntilanak tahun lalu, pengarahnya, Rizal Mantovani kembali dengan hasil karya seramnya, Kuntilanak 2.
Masih mengekalkan pelakon cilik dari filem pertama, filem ini bermula apabila ibu kandung Dinda datang mencarinya di rumah anak yatim yang diduduki olehnya bersama kanak-kanak lain.
Dia ingin meluangkan masa bersama Dinda serta mengajaknya tinggal seketika di rumahnya yang terletak di dalam hutan. Namun begitu, pemilik rumah anak yatim itu yang dipanggil Tante Donna tidak memberi kebenaran membuatkan Dinda dan rakan-rakan pergi tanpa pengetahuan Tante Donna.
Apa yang mereka tidak tahu bahawa bahaya yang menanti mereka di rumah tersebut. Apatah lagi, Dinda sekali lagi terpaksa berdepan dengan kemunculan semula Kuntilanak yang pernah dia kalahkan dahulu.
Tapi, kali ini agak berbeza apabila Kuntilanak kali ini turut mempunyai back up. Bagaimana agaknya, mereka akan melawan Kuntilanak kali ini ya?
Filem Kuntilanak 2 turut dibintangi oleh Sandrinna Michelle, Andryan Bima, Ali Fikry, Adlu Fahrezy dan Ciara Nadine Brosnan.
Macam biasa, Remaja nak jadikan korang antara yang pertama menonton Kuntilanak 2 bersama kami dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah di bawah.
Menangi tayangan tiket perdana Remaja X Kuntilanak 2
Tarikh: 22 Julai (Isnin)
Masa: 8.45 PM
Tempat: TGV, One Utama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi muda, Syada Amzah antara anak seni berbakat dan berjiwa besar dalam industri muzik tanah air.
Selain hasrat tinggi yang ditaruhkan dalam apa yang dilakukan, setiap yang bergelar insan juga pasti memiliki impian lain yang belum mahupun sudah tercapai.
Ya, sama juga seperti Syada, adik perempuan kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah ini turut mempunyi impian tersendiri dalam hidup yang masih belum lagi dicapainya.
Menerusi sebuah hantaran di Instastory miliknya, dia tampil mendedahkan mimpinya yang masih belum tercapai selepas ada seorang peminatnya bertanyakan perkara tersebut di ruangan Ask Me.
“Apa mimpi kamu yang belum tercapai?” tanya ringkas peminatnya itu.
Jawab penyanyi lagu Hasrat itu, dia meluahkan hasrat untuk mengadakan sebuah showcase mahupun konsert pada masa akan datang.
Bagi kisah cinta pula, walaupun dirinya masih belum memiliki cinta hati, namun Syada menyifatkan dia tidak sabar untuk berumah tangga.
“Untuk kerjaya: my own EP dan Showcase ataupun konsert, InsyaAllah.
“Love life: Tidak sabar nak kahwin dan status tidak available, masih gembira walau dah lebih seribu hari,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, ‘mimpi’ yang ingin dilunaskan gadis berusia 25 tahun itu kelak adalah semestinya ingin memberi cucu buat orang tuanya untuk ditimang selain bagi diri sendiri adalah lebih kepada menyayangi diri sendiri.
“Keluarga: nak beri ibu bapa cucu untuk ditimang, untuk ukirkan senyuman menjadi penawar duka, begitu!
“Untuk diri sendliri: ingin lebih mengenali, menjaga, dan menyayangi diri,” coretnya lagi.
Sekadar informasi, Syada Amzah yang bergiat aktif mendendangkan cover lagu di media sosialnya adalah seorang bekas peserta program Big Stage musim kedua (BS2).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sejak pelajar yang dilahirkan di Ampang ini terpilih sebagai salah seorang finalis Miss Universe New Zealand, kehidupannya memang dicemburui ramai!
Iyalah, platform Miss Universe bukanlah calang-calang platform bagi mana-mana gadis remaja.
Jika di Malaysia, gadis Muslim dilarang daripada menyertai pertandingan seumpamanya selepas fatwa dikeluarkan oleh pihak JAKIM sejak 1993, di New Zealand mereka berpandangan terbuka terhadap penyertaan gadis berusia 20 tahun ini iaitu Nurul Shamsul.
“Miss Universe New Zealand berbeza dengan yang dianjurkan di Malaysia dari beberapa segi. Contohnya, saya dibenarkan untuk memakai apa saja pakaian sepanjang sesi penggambaran.
“Saya juga tidak perlu memakai bikini kerana penganjur di sini telah membuang kategori pakaian mandi sejak 5 tahun lalu,” katanya lagi yang sedar ada pihak di Malaysia yang mungkin memandang serong terhadap penyertaannya sejak bertukar viral awal bulan ini.
Berbeza dengan di New Zealand, negara tersebut mengamalkan diversiti dari segi budaya, agama dan Nurul sendiri tidak pernah berhadapan dengan masalah memakai hijab. Tidak seperti di sesetengah negara Barat lain.
So, apa je yang telah dilakukan oleh Nurul sejak terpilih dalam Top 20 Miss Universe New Zealand? Jom tengok!
Nurul dan 19 finalis lain telah dibawa ke Bangkok, Thailand untuk program Miss Universe New Zealang Retreat. Mereka telah menginap di Pathumwan Princess Hotel, Bangkok pada awal Jun ini.
Semasa melawat ke sebuah kuil Buddha bernama Dhammakaya Foundation, Nurul tidak melihatnya sebagai kekangan untuk tidak terlibat sama. “Jika kita ingin orang luar memahami siapa kita sebagai seorang Muslim, tak salah untuk kita juga cuba memahami latar belakang mereka.
“Understanding is different from practicing. Mereka tidak memaksa saya untuk saya lakukan sesuatu yang saya rasakan janggal. Saya dibenarkan untuk melihat saja dari luar. Apabila masuk ke kawasan ini, mereka juga memberikan saya hijab putih untuk dipakai. This really warmed my heart.”
Ketika menetap di Baraquda Hotel di Pattaya Thailand pula, Nurul sendiri menggambarkan rasa tak sabar untuk menyambut Hari Raya pada waktu itu. Lalu, dia ambil keputusan untuk memakai kebaya ini yang menurutnya, telah dipakai sejak 9 tahun lalu!
Dia sempat memberitahu di dalam sesi temuramahnya mengenai betapa timeless-nya rekaan pakaian tradisional kita seperti Kebaya.
Nurul menggambarkan trip ke pasar terapung di Pattaya sebagai satu pengalaman yang cukup menyeronokkan. Di sana, dia sempat untyk menyaksikan persembahan Kaan Show bersama finalis lain sambil membeli belah barangan yang murah-murah di sana.
Sekembali saja dari Thailand, Nurul tidak ketinggalan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di Hamilton Gardens, New Zealand dengan berpakaian tema biru. Sudah tentu, Hari Raya tahun ini berbeza untuk Nurul bukan saja kerana di bergelar finalis Miss Universe New Zealand 2018.
Tetapi juga kerana Nurul telah menerima banyak ucapan Hari Raya oleh peminat dan followers-nya di New Zealand, Malaysia dan Indonesia.
Nurul juga katanya mempunyai perancangan untuk berkunjung ke Kuala Lumpur dan Jakarta, indonesia pada bulan Julai ini. Katanya, dia ingin melakukan sesi Meet & Greet serta beberapa aktiviti melibatkan Miss Universe New Zealand bersama netizen di kedua-dua buah negara ini.
Jangan lupa untuk follow Nurul di Instagram untuk menantikan updates terbaru daripadanya okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!