Jenama streetwear yang berasal dari Anaheim California, Vault by Vans boleh dikategorikan sebagai jenama fesyen dan aksesori yang sangat versatil dan bersifat timeless. Mungkin kerana itu ramai menggemarinya baik perempuan mahupun lelaki – you can never go wrong with Vans.
Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, Vans kerap melancarkan koleksi kolaborasi bersama nama-nama besar yang bukan saja mempunyai rekaan menarik. Malahan ia juga mempunyai nilai sentimental dan nilai jualan semula (resell) yang agak baik.
Terbaru, Vans kembali berkerjasama dengan jenama dari Amsterdam, Patta untuk koleksi ‘Mean Eyed Cats’ dalam koleksi sneakers terbaru. Kali terakhir Vans dan Patta mengeluarkan koleksi ini adalah pada 2015 dan 2017.
Ads
Bezanya untuk versi 2021 ini, ia menggunakan siluet klasik daripada Vans namun dipelbagaikan dalam beberapa warna menarik; jadi pembeli mempunyai lebih banyak pilihan citarasa.
Reka bentuk model Old Skool dan Sk8-Hi lebih segar dengan logo signature Patta. Ia menyerlahkan jiwa keremajaan si pemakai yang memilih warna upper seperti hitam, putih, Frost Grey, High Risk Red, Silver Pink, Salute dan Almond Buff. Banyak betul pilihan!
Pada bahagian midsole-nya pula menampakkan teks Mean Eyed Cats. Manakala, tali kasut yang diberikan juga menerbitkan kelainan apabila ia mempunyai logo Patta.
Ads
Bagi siluet SK8-Hi, ia dijual pada harga RM459 manakala siluet Old Skool pula pada harga RM399.
Ads
Selain itu, Vans dan Patta ini juga menawarkan 3 rekaan baju-T grafik dan stokin kaki khas bagi pelancaran kali ini.
Koleksi Mean Eyed Cats ini boleh mula didapati di pasaran Malaysia pada 23 Julai 2021 menerusi platform Crossover Online.
Tanpa sedar, jenama Vault by Vans sudah berada dalam dunia streetwear selama 45 tahun sejak dilancarkan tahun 1976. Daripada identiti sebagai pengeluar rekaan kasut berfesyen untuk peluncur-peluncur papan luncur mahsyur, ia kini turut menjadi rekaan staple bagi fesyenista.
Masalah parut jerawat merupakan satu mimpi ngeri buat kaum perempuan. Kesan parut pada wajah membuatkan mereka hilang rasa keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain.
Jerawat timbul ‘seketul’ atas muka pun dah boleh buat perempuan stres, apa lagi jika ia meninggalkan parut yang berkemungkinan bersifat kekal dan susah untuk dihilangkan.
Namun begitu, kini terdapat beberapa produk didapati boleh membantu untuk mengurangkan masalah ini.
Berikut adalah senarai produk yang boleh korang cari.
1. Bio Oil
Bukan hanya sebagai pelembap kulit, produk ini amat berkesan untuk memudarkan cacat cela pada kulit wajah. Boleh mengurangkan kesan parut seawal dua minggu tetapi mengikut jenis kulit masing-masing.
Harganya yang mampu milik sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Satu botol boleh tahan sehingga dua atau tiga bulan mengikut cara pengunaan.
2. Hiruscar Gel
Kandungan Mukopolisakarida Polysulphate (MPS) dan allium cepa akan menembusi ke dalam kulit dan mampu melicinkan serta melembutkan tisu parut.
Kandungan aloe vera, vitamin E dan vitamin B3 dalam produk ini juga boleh mencerahkan dan mengembalikan kulit menjadi lebih natural serta melicinkan parut yang telah keras.
Jika digunakan secara konsisten, hasil pengurangan parut jerawat dapat dilihat sekitar empat hingga enam bulan mengikut tahap keadaan parut masing-masing.
3. Kiehl’s Clearly Corrective Dark Spot Solution
Produk ini tidak mempunyai sebarang paraben, pewangi, silikon dan dijamin sesuai untuk semua jenis kulit. Kesannya boleh dilihat dalam masa dua hingga 4 minggu dan korang akan melihat hasilnya apabila tompok hitam dan parut semakin pudar.
4. Dermatix
Mengandungi teknologi Cyclopentasiloxane untuk melembapkan dan meratakan bekas luka. Gel ini bukan hanya boleh mengurangkan parut jerawat, malah ia juga digunakan untuk menghilangkan parut luka terbakar dan parut cacar.
Guna at least sekali sehari, kawasan berparut itu perlu dibasuh bersih terlebih dahulu dan seterusnya sapu produk ini dengan rata sehingga kering.
5. Clinelle WhitenUp Spot Corrector Essence
Selepas membersihkan muka, korang boleh terus menggunakan produk ini kerana ia dapat membantu mengurangkan masalah tompok gelap dan parut jerawat. Struktur krim yang pekat membolehkan korang untuk guna sedikit saja pada bahagian bermasalah.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bibir anggota badan yang paling penting. Korang setuju tak kalau penulis cakap bentuk, kondisi dan warna bibir akan memberi tanggapan kepada orang lain yang melihat kita?Kira macam first impression la.
Baru mengecapi usia setahun, jenama kecantikan tempatan IrisA Cosmetics melangkah setapak lagi dengan penghasilan produk ke-empat 5 pewarna bibir terkini, khusus buat si gadis muda dan wanita moden bergaya.
Di formulasi jauh dari Itali, kandungan tekstur gincu bibir IrisA Cosmetics serasi dengan kulit bibir dan mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti cocoa butter dan minyak bungaan yang pasti memberikan kesan kelembapan dan matte di bibir si pemakai.
Kelembapan 24 Jam
Jenama diasaskan oleh dua beradik, Iman, 18 dan Irisa, 16, itu menawarkan lima pigmen rona yang mampu memberikan kelembapan selama 24 jam menerusi produk keempatnya.
Matte Lip Collection terdiri daripada pilihan dasar warna berani dan menyerlah iaitu merah cili, merah bandung serta koral.
“Variasi gincu bibir terbaharu ini diabadikan di dalam bekas pewarna bibir yang lebih praktikal dan glam chic.
Inspirasi Nama-nama Filem Hollywood
Lipstik ini juga turut hadir menggunakan nama-nama filem Hollywood terkenal seperti Mean Girls, Bring It On, Legally Blonde, Hairspray dan Clueless. Wow hebatkan!
Kalau korang nak tahu sambutan ini juga dimeriahkan tutorial solekan menggunakan lima gincu rona terbaharu IrisA Cosmetics oleh jurusolek profesional, Nad Ismail atau lebih dikenali sebagai @NVDISM selain penampilan penyanyi Nourul Depp, pelawak terkenal, Viviana Abdullah dan bintang-bintang sosial media iaitu Myra Muzaffar, Erysha, Rafidah serta Nigeena.
Lima variasi pewarna bibir IrisA Cosmetics diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dijamin halal.
Untuk info, Iman dan Irisa meneruskan legasi perniagaan milik ibu bapa mereka menerusi Serasi Global Sdn Bhd yang cukup dikenali dengan produk penjagaan kulit wajah daripada bahan semulajadi dan organik, Serasi Handmade.
IrisA Cosmetics dilancarkan pada Oktober 2018 dan membawa misi untuk memperkembangkan formulasi produk kecantikan berasaskan bahan-bahan semulajadi dan daripada tumbuh tumbuhan, bebas paraben dan tidak diuji pada haiwan.
Kesemua produk IrisA Cosmetics boleh didapati pada harga mampu milik iaitu bermula dari RM33 sehingga RM188 di laman sesawang www.irisacosmetics.com dan Playup Advance Berjaya Times Square, Fahrenheit 88 serta Paradigm Mall, Johor Bahru.
So apa tunggu lagi jom oleskan matte lipstik ini dan rasai sendiri kelembapannya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perasaan ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat anak perempuannya membawa nama keluarga dan harapan peminat tempatan serta antarabangsa di pentas pertandingan.
Buat Veena Kaur yang merupakan ibu kepada Ajunee Kaur, peserta pertandingan ratu cantik Miss Universe 2022 yang baru sahaja melabuhkan tirainya 7 Oktober lalu; perasaan kagum berbekas dalam hatinya setelah melihat gadis berusia 20 tahun itu melakukan sehabis baik pada malam gala tersebut.
Ajunee yang merupakan peserta harapan peminat dunia ratu cantik untuk membawa pulang gelaran tersebut terpaksa akur dengan kedudukan naib juara daripada 13 finalis yang bertanding sekaligus memadamkan impian khalayak untuk menyaksikannya mewakili Malaysia di New Orleans, Amerika Syarikat untuk pertandingan Miss Universe.
Ajunee (kiri) bersama juara Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam dan pemenang tempat ketiga, Tee Wan Ying.
Bercakap kepada Veena selepas sidang media pada malam tersebut, beliau meluahkan rasa bangganya terhadap kerja keras serta persembahan keseluruhan Ajunee sejak hari pertama dia melangkah kaki di sesi uji bakat Miss Universe Malaysia 2022.
Menariknya, Veena pada peringkat tidak begitu ‘berkenan’ dengan keinginan anak gadisnya itu untuk menyertai sebuah pertandingan ratu cantik tatkala sibuk bergelar siswazah tathun kedua dalam jurusan perundangan di United Kingdom.
“Dia seorang ‘individual’. Keputusan menyertai pertandingan ini adalah di atas keinginannya sendiri. Pada awalnya, saya juga khuatir sekiranya dia akan melupakan pengajian selepas sibuk bertanding. Namun kakaknya memberitahu saya untuk meletakkan kepercayaan kepada Ajunee dalam menyeimbangi pelajaran dengan dunia ratu cantik.
“Ajunee telahpun berehat daripada pengajiannya selama setahun. Dia sepatutnya pulang ke United Kingdom pada bulan lalu namun perlu mengenepikannya dahulu demi fokus sepenuhnya pada pertandingan.
“Saya rasakan Ajunee telah memberi bermacam-macam usaha demi pertandingan ini dan tentunya, kami sekeluarga amat bangga dengannya,” kata yang juga bertugas sebagai seorang anak kapal di sebuah syarikat penerbangan terkenal di Hong Kong.
Pengajian Ajunee Kaur di UK kini berbaki 10 ke 11 bulan lagi sebelum dia memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang perundangan. FOTO : Instagram @ajuneekaur
Ingin Bertanding Sekali Lagi?
Berdasarkan kata-kata semangat yang membanjiri ruang komen akaun media sosial Ajunee Kaur, ramai jelas ingin menyaksikan Ajunee kembali bersaing dalam dunia ratu cantik memandangkan kaliber yang dimiliki serta usia muda yang melayakkannya.
Begitupun, Veena merasakan anaknya kini mempunyai matlamat berbeza selepas ini dalam kehidupannya.
“Saya benar-benar bangga dengannya, mungkin takdir sedang merancang sesuatu yang lain buatnya. Namun saya difahamkan ini (Miss Universe Malaysia) merupakan satu-satunya pertandingan ratu cantik yang ingin disertainya. Selepas ini, saya percaya dia hanya ingin fokus pada pelajarannya,” dedahnya.
Penulis kemudian bertanyakan sekiranya Ajunee mempunyai perancangan untuk merebut semula peluang bergelar wakil Malaysia. Begitupun, ini adalah jawapan Veena.
“Saya rasakan tidak. Saya agak pasti yang dia tidak akan (menyertai dunia ratu cantik lagi). Saya kenal anak perempuan saya, ini mungkin yang pertama dan yang terakhir,” sebelum menyambung dalam nada sedikit sebak :
“Agak sukar untuk saya gambarkan. Benar, dia telah menjadi ‘mega favourite’ dalam kalangan peminat tempatan dan antarabangsa. Saya lihat ada dari Indonesia, Filipina.. dan saya rasakan ramai yang turut kecewa (setelah keputusan diumumkan).”
“Sejak hari uji bakat, terpilih ke peringkat Top 24 dan seterusnya diumumkan sebagai finalis Top 15, dia sudah mula berusaha memperbaiki dirinya.” – Veena Kaur. FOTO : Instagram @ajuneekaur
“Saya nampak banyak yang telah Ajunee pelajari dan pada masa yang sama, telah berkorban masa rehat dan bersama rakan-rakannya. Kami amat berbangga dengannya,” tinta Veena.
Kata-Kata Ajunee Kaur
Dalam pada itu, Ajunee sewaktu sidang media Miss Universe Malaysia 2022 tidak melepaskan peluang mengucapkan penghargaannya di atas kasih sayang dan sokongan yang telah diberikan peminatnya sepanjang perjalanan ini.
“Semasa saya berada di atas pentas, teriakan anda.. saya rasakan seperti seorang ratu sebenar. Selagi saya telah membanggakan anda semua di Miss Universe Malaysia, itu saja yang penting untuk saya.
“Saya sentiasa mempercayai budaya positif, saya percaya ‘universe’ mempunyai perancangan yang lebih baik untuk saya. Kita lihat ke mana takdir akan membawa saya selepas ini,” komennya secara ringkas.
Adakah korang rasakan Ajunee Kaur wajar kembali menyertai pertandingan ratu cantik yang dianjurkan di Malaysia selepas ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!