Bintang pop terkenal, Taylor Swift baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila mengumumkan bakal melancarkan album ke-12 berjudul ‘The Life of a Showgirl’ pada 3 Oktober ini.
Pengumuman yang dibuat secara langsung menerusi episod terbaru podcast ‘New Heights’ yang dikendalikan oleh teman lelakinya, Travis Kelce, bersama abangnya, Jason Kelce, dan disahkan di media sosial rasmi Taylor atau pemilik nama sebenar Taylor Alison Swift itu sendiri.
Dalam pada itu, album ini juga menandakan fasa baru buat Taylor selepas kejayaan besar ‘The Tortured Poets Department’ yang dilancarkan pada April 2024. Kali ini, beliau tampil dengan 12 lagu yang dikatakan membawa sentuhan glamor dan introspektif, sesuai dengan tajuk albumnya yang dramatik.
Antara lagu yang bakal dimuatkan termasuk kolaborasi bersama Sabrina Carpenter untuk lagu utama The Life of a Showgirl, serta beberapa tajuk menarik seperti Elizabeth Taylor, Ruin the Friendship, Honey, Actually Romantic, CANCELLED!, Eldest Daughter, Father Figure, Opalite, dan The Fate of Ophelia.
Ads
Apa yang lebih menarik, Taylor sekali lagi bekerjasama dengan penerbit terkenal Max Martin dan Shellback, selain turut bertindak sebagai penerbit bersama. Selain itu, keseluruhan proses rakaman dilakukan di Sweden ketika beliau dalam siri jelajah dunia Eras Tour yang mengutip lebih USD 2 bilion sepanjang hampir dua tahun penganjuran.
Sementara itu, kulit album yang telah didedahkan memperlihatkan Taylor dalam suasana dramatik, separuh tenggelam dalam air dengan gaun bertatah batu permata. Visual ini seolah-olah menggambarkan mood album yang menggabungkan elemen kemewahan dan introspeksi.
Ads
Bagi peminat koleksi fizikal, The Life of a Showgirl bakal ditawarkan dalam pelbagai format termasuk CD edisi khas, kaset, dan piring hitam berwarna jingga berkilau yang membawa tema “Sweat and Vanilla Perfume” dan ia dijangka menjadi rebutan peminat tegar pelantun lagu ‘Cruel Summer’ itu di seluruh dunia.
Pada masa yang sama, Taylor turut melancarkan senarai main khas di Spotify bertajuk ‘And, baby, that’s show business for you’, yang dipercayai menyimpan pelbagai petunjuk dan ‘Easter eggs’ berkaitan album ini. Seperti biasa, beliau terkenal dengan cara kreatifnya berinteraksi dengan peminat menerusi simbol dan mesej tersembunyi.
Menerusi pelancaran album ini juga, peminat menjangkakan Taylor Swift sekali lagi bakal mendominasi carta muzik global. Lebih menarik, ia dilihat sebagai peralihan daripada nada gelap album sebelumnya kepada vibe yang lebih ceria dan optimistik, selari dengan kehidupan peribadinya yang kini tampak lebih stabil dan terbuka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi rap dan pelakon terkenal, MK K-Clique berkongsi khabar gembira kepada peminat dan pengikutnya apabila mengumumkan bahawa dia dan isterinya kini sudah bergelar ibu dan ayah.
Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan (28) menerusi Instagram miliknya yang memberitahu bahawa isterinya, Siti Hajar Syeikh Nordin selamat melahirkan bayi perempuan pada 3 Ogos.
Penyanyi itu juga turut meluahkan rasa syukur kerana kini dia sudah pun bergelar sebagai seorang bapa.
“Alhamdulillah Ya Allah! Hari ini 3 Ogos 2024 isteri saya selamat melahirkan seorang puteri, anugerah terbesar daripada Allah”
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, ramai rakan artis, peminat dan pengikut MK mengucapkan tahniah di atas berita gembira tersebut dan ada yang mendoakan semoga pasangan tersebut mampu menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik.
Apa pun, tahniah kami ucapkan kepada MK dan Hajar!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kemelut saman-menyaman oleh Genting Malaysia Bhd sebanyak RM4.2 bilion ke atas Disney dan Fox, rakyat Malaysia seakan sudah redha je jika rancangan untuk lepak di taman tema baru Genting tidak kesampaian.
Namun dalam perkembangan terbaru pada minggu ini, Genting dikatakan masih dalam perancangan untuk membuka taman temanya seawal Januari 2019 (!) tanpa melibatkan Disney atau Fox.
Maknanya, kerja-kerja pembinaan kini masih dijalankan, PEOPLE.
Menurut kenyataan CEO dan pengerusi Genting, Tan Sri Lim Kok Thay kepada The Edge Markets,operasi pembinaan masih mengikut timeline yang diberi. Tambah beliau lagi, projek itu kini disambung oleh pihak Universal dan Six Flags.
Sebenarnya, perkara tersebut tidaklah mengejutkan, memandangkan Universal Studios Singapore (USS) dimiliki dan diuruskan oleh Genting sendiri. Mungkin juga tarikan Genting selepas ini akan setaraf atau lebih happening berbanding USS.
Untuk pengetahuan korang, Six Flags ialah syarikat taman tema Amerika Syarikat yang terbesar di dunia.
Six Flags Discovery Kingdom di California.
Kata Tan Sri, taman tema ini hanyalah sebahagian kecil daripada pembaharuan yang cuba dibawakan oleh mereka di Genting. Ada banyak lagi fasa yang menanti pengunjung selepas ini.
Jangan pelik jika selepas ini korang tidak menjumpai laman sosial penyanyi, penulis lagu merangkap pelakon dan produser televisyen popular Holywood, Selena Gomez.
Akibat kontroversi yang membabitkan dirinya, rakan baiknya, Taylor Swift dan isteri bekas teman lelakinya, Justin Bieber. Gomez mengambil keputusan bijak dengan mengumumkan pengunduran sementara waktu daripada media sosial. Hal ini diumumkan melalui siaran langsung di TikTok pada Khamis, semalam.
“Saya akan mengambil masa untuk berehat dari media sosial kerana apa yang berlaku sekarang agak bodoh dan saya sudah berumur 30 tahun. Saya terlalu tua untuk ini semua.
“Tetapi saya sangat menyayangi anda semua dan saya akan berjumpa dengan anda semua nanti. Saya hanya perlu berehat seketika,” katanya dalam sesi live berkenaan.
Menyahaktifkan Akaun TikTok
Gomez juga telah menyahaktifkan akaun TikToknya. Bagaimanapun, akaun Instagramnya masih aktif.
Kontroversi bermula awal Khamis apabila sebuah video lama dimuat naik ke sebuah akaun TikTok, menunjukkan Hailey dan Method Man, yang ketika itu merupakan hos rancangan Drop The Mic, berbincang mengenai lagu-lagu Swift.
Method Man mengusik Hailey dengan lirik sebuah lagu tentang seorang selebriti dalam album Swift, dengan Hailey membuat aksi seakan-akan mahu muntah.
Selena Gomez dan Taylor Swift. Foto Via People.com
Kapsyen pada itu video menyebut “Inilah Hailey Bieber yang sebenar,” mengecam Hailey sebagai ‘pembuli’ dan ‘gadis jahat.’
Gomez kemudiannya meninggalkan komen pada video itu dengan mempertahankan Swift dan muziknya.
“Maaf, kawan baik saya adalah yang terbaik dan akan terus menjadi salah satu yang terbaik dalam industri,” tulis Gomez.
Menurut pemilik akaun Instagram dengan jumlah pengikut paling ramai ini, dia tidak akan meminta maaf kerana menjadi dirinya sendiri dan gembira dikelilingi oleh ramai rakan baik dan peminat setia yang menyokongnya
Sebelum ini, Selena, 30 dan Hailey, 25 pada hari ini menggegarkan internet apabila foto mesra mereka bersama berjaya dibidik jurugambar yang berada di acara gala tahunan kedua Academy Museum of Motion Picture yang dibawakan oleh Rolex.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!