Kira-kira empat hari lalu, majalah fesyen Vogue Amerika Syarikat menerusi portal digitalnya telah menjadi salah satu penggiat media terawal yang melaporkan mengenai keputusan peragawati terkenal Gigi Hadid untuk mendermakan kutipan gajinya daripada tugasnya di pertunjukan fesyen musim luruh/sejuk 2022 kepada mangsa peperangan Ukraine-Rusia dan kepada mangsa di Palestin.
Begitupun, warganet nyata mempunyai sepasang mata bak detektif apabila mereka mendapati Vogue telah menyunting semula kenyataan Gigi di akaun Instagram Vogue dan mengeluarkan bahagian Palestin daripada ayat pujian terhadap Gigi.
Gigi Hadid
Ayat asalnya berbunyi, “Hari ini, @gigihadid mengumumkan bahawa dia akan mendermakan semua pendapatan minggu fesyennya untuk operasi bantuan di Ukraine serta terus menyokong mangsa yang mengalami perkara sama di Palestin.”
Kenyataan itu merujuk kepada rakyat di Ukraine dan Palestin yang kini terpaksa bergelar pelarian demi mengelakkan diri daripada medan peperangan.
Kenyataan tersebut telah menerima kritikan daripada sesetengah pihak yang beranggapan ia meniupkan api ‘anti-semitisme’ (anti-Israel). Komen laman web Stop Anti-Semitism, ia berkata, “Sementara Gigi Hadid dan pasukannya sedang menggunakan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine untuk memainkan agenda politik mereka dengan memburukkan Israel, negara Yahudi tersebut sebaliknya sedang merundingkan perdamaian antara dua negara (Rusia dan Ukraine).”
Ads
As expected-lah, kan?
Kenyataan asal Gigi Hadid.Kenyataan Gigi yang telah disunting oleh akaun Vogue Magazine.
Bagaimanapun, pihak Vogue jelas telah terkesan dengan kritikan-kritikan yang mereka terima. Pada keesokan harinya, pengguna media sosial mendapati Vogue telahpun menyunting kenyataan yang mereka muat naik dan mengeluarkan perkataan ‘Palestin’. Malah pada Instagram Story-nya, ia menutupi bahagian akhir kenyataan Gigi yang berbunyi, “Lepaskan Ukraine. Lepaskan Palestin. Keamanan. Keamanan. Keamanan.”
Tindakan Vogue ini telah lantang dikritik oleh personaliti awam popular serta pengguna media sosial. Antaranya termasuklah wartawan politik Inggeris-Amerika, Mehdi Hassan; penulis Yara Hawari dan aktivis Palestin, Mohammed El-Kurd.
So @GiGiHadid pledges to donate her earnings from Fall 2022 to relief efforts for occupied Ukrainians *and* occupied Palestinians and then @voguemagazine magazine just erases the Palestinians from its @instagram post on her pledge? pic.twitter.com/rO7xao87lZ
So @GiGiHadid announced that she will be donating money to Ukraine & Palestine. @voguemagazine posted about this & edited it shortly after removing the word Palestine.
— Dr. Yara Hawari د. يارا هواري (@yarahawari) March 9, 2022
Kakak tiri Gigi Hadid iaitu Alana Hadid turut mengutuk perbuatan Vogue dengan berkata, “WOW, kamu memadamkan Palestin. Dia (Gigi) menyokong kedua-dua krisis di Ukraine dan Palestin, tetapi kamu menukar fakta selepas dibuli (oleh puak yang menuduh Vogue bersifat anti-sematik).”
Tidak lama selepas dikecam pula oleh masyarakat dunia, Vogue sekali lagi menyunting kapsyennya dan menyertakan perkataan Palestin.
Ads
Buat masa ini, baik Gigi ataupun Vogue masih tidak memberikan respon mengenai isu ini.
Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama kenyataan keluarga Hadid yang berdarah Palestin-Belanda ditapis. Bak kata Bella Hadid sewaktu mengecam Instagram kerana memadamkan hantarannya yang menyokong Palestin, “Anda tidak boleh memadamkan sejarah dengan mendiamkan masyarakat. It doesn’t work like that.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Viral di laman media sosial baru-baru ini apabila tindakan seorang ibu menjalankan temuduga kerja buat anak-anaknya di rumah mereka mendapat perhatian netizen.
Shaketha McGregor tidak menyangka perkongsiannya di laman Facebook mengenai perkara tersebut akan viral. Kisahnya bermula apabila anak-anaknya meminta wang tambahan untuk membeli telefon bimbit baru, lepak bersama kawan dan lain-lain.
Itu membuatkan dia mendapat idea untuk mewujudkan tiga jawatan di rumahnya yang terdiri daripada tugasan di dapur, kemas rumah dan membasuh baju.
“Saya katakan kepada anak-anak saya bahawa saya dengar luahan mereka dan mempunyai kejutan buat mereka di rumah apabila pulang dari sekolah kelak.
“Surprise! Kalau korang nak, korang kena bekerja keras untuk dapatkannya. #ThisMomMeanBusiness,” katanya kepada Mirror.UK
Uniknya, anak-anaknya juga harus menjalankan temuduga bersamanya untuk memastikan mereka mendapat jawatan yang paling sesuai dengan mereka.
Temuduga kerja tersebut turut mempunyai borang pengenalan diri dan harus disertakan sekali pengalaman mereka untuk memohon pekerjaan tersebut. Intense betul!
Susulan itu, ramai ibu bapa yang kagum dengan idea kreatif Shaketha malah memuji wanita tersebut kerana tidak memanjakan anak-anaknya.
Yalah, zaman sekarang ini memang bukan mudah untuk mendapatkan sesuap nasi kan? Apa-apapun, memang kreatiflah idea tersebut.
Foto: Facebook
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penularan berita palsu bukan satu benda yang baharu, semalam, tular satu video berdurasi 20 saat suntingan dari buletin utama TV3 tentang kelonggaran untuk merentas negeri bagi individu yang melengkapkan dua dos lengkap vaksin Covid-19 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Justeru itu, sebentar tadi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa berita tersebut adalah palsu. Selain meminta rakyat negara ini agar menghentikan penyebaran berita palsu berkenaan bagi menggelakan kekeliruan dalam masyarakat dalam satu postingnya di laman sosial.
Menurut KKM, video yang tersebar tersebut merupakan video yang bertarikh 1 April 2021. Video asalnya berdurasi 1 minit 2021, Video ini telah disunting dan disebarkan bagi mengelirukan orang ramai.
Rata-rata rakyat Malaysia rasa teruja selepas mendengar video palsu yang tular ini. Yelah kebanyakkan dari kita sudah lama tidak dapat pulang ke kampung halaman.
Maklumat tidak tepat sebegini boleh menjejaskan pihak lain. Elak stigma. Dapatkan maklumat betul.
Video sebenar adalah video pada 1 April 2021. Video asalnya berdurasi 1 minit 2021. Video yang disebar di whatsapp tersebut telah disunting dan disebarkan untuk mengelirukan orang ramai. pic.twitter.com/ryj0LI5999
Ramai peminjam mula menarik nafas lega apabila kebanyakan bank membenarkan penangguhan pembayaran pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan kad kredit sejak wabak COVID-19 mencatatkan jumlah positif agak ramai.
Bagaimanapun, moratorium pinjaman bank yang bakal berakhir 31 Disember ini di lanjutkan lagi dua tahun kepada peminjam B50 ke bawah.
Sumber Gambar : Berita Harian
Tapi pada masa yang sama, peminjam harus merancang kewangan dengan baik bagi memastikan pinjaman pada tahun hadapan dapat dibayar tepat pada masanya dan tiada tunggukan.
Menerusi satu perkongsian dan hantaran terkini di Facebook rasmi Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob meminta agar bank-bank tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadap peminjam yang gagal membayar semula pinjaman susulan daripada moratorium ini disambung.
Foto Via Facebook Ismail Sabri
Di bawah Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) yang dibuka untuk permohonan sehingga 31 Januari 2022:
Pengecualian faedah untuk tempoh tiga bulan
Penangguhan moratorium termasuk pengurangan ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan
Sokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat untuk membantu mengurus kewangan
Untuk pengetahuan anda, URUS adalah program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang komprehensif untuk peminjam daripada kumpulan B50, iaitu:
Sudah berada di bawah program bayaran balik pinjaman sedia ada (Bayaran Balik Pinjaman Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, program penjadualan/penstrukturan semula yang ditawarkan oleh sesebuah bank dan lain-lain)
Mempunyai pendapatan isi rumah kasar sehingga RM5,880
Mempunyai pinjaman/pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan dibuat, DAN
Mengalami kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%.
Malah melalui kerjasama dengan Jabatan Insolvensi Malaysia, nilai ambang kebankraapan ditingkatkan kepada RM100,000.
Foto Via Facebook Ismail Sabri
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan moratorium secara automatik selama 6 bulan tanpa syarat akan diberi kepada mereka yang layak di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
So guys, diharap dengan pencerahan daripada PM ini kita bolehlah menggunakan inisiatif yang diberi dengan baik dalam menguruskan hutang bank.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!