Ramai yang berhutang untuk memiliki harta. Namun masa yang sama akibat beberapa masalah, hutang tidak dapat dilunasi sebagai mana gadai janji dibuat. Tapi sering kali penghutang diganggu oleh pemungut wang atau collector untuk membayar hutang dan memberikan pelbagai amaran agar hutang dibayar.
Apa yang korang kena tahu ialah bagi setiap hutang yang tidak dituntut oleh pihak bank dalam tempoh enam tahun ke atas, ia adalah hutang lapuk dan peminjam tidak perlu membayarnya.
Baca perkongsian dibuat oleh Peguam & Pengguna Malaysia mengenai hal ini.
Sering dapat panggilan dari Bill Collector minta anda bayar hutang? Adakah anda wajib membayarnya?
Kebanyakan dari kita pernah berhutang atau sedang berhutang. Ada hutang telco, perabot ansuran bayar, kad kredit dan pelbagai lagi jenis hutang.
Dan kebanyakan hutang-hutang ini kadang kala sudah dibuat lama dahulu, ada yang sampai 10 tahun lalu tapi hanya dituntut baru-baru ini dengan menggunakan perkhidmatan Bill Collector.
Pengguna harus tahu bahawa hutang-hutang yang sepatutnya dituntut oleh pemiutang (orang yang memberi hutang), jika tidak dituntut melebihi 6 tahun, hutang-hutang tersebut dianggap lupus dalam konteks undang-undang. Dalam bahasa mudah, anda tidak perlu lagi membayar hutang tersebut dan tiada apa-apa tindakan mahkamah boleh diambil ke atas anda.
Ads
.
Ini kerana undang-undang menghukum pemiutang yang leka dan cuai untuk menuntut hak mereka dalam tempoh 6 tahun. Undang-undang memberikan had masa kepada pemiutang untuk menuntut hak mereka dan tidak boleh menuntut pada bila-bila masa mengikut kehendak pemiutang.
Apabila seseorang ingin menuntut sesuatu ganti rugi dalam kes sivil, beliau harus memfailkan kes tersebut di mahkamah sivil dalam satu jangka masa yang tertentu.
Mengikut Seksyen 6(1), Akta Had Masa 1953, sesuatu tindakan yang terbit daripada kontrak dan tort haruslah dibawa ke mahkamah dalam tempoh masa enam tahun.
Ads
Selepas tamat tempoh had masa, sebarang tuntutan tidak boleh difailkan di mahkamah, kecuali, mengikut seksyen 29, di bawah Akta tersebut, ada bukti seperti fraud atau salah (mistake) yang menyebabkan pihak yang ingin menuntut tidak dapat mengenali hak tuntutannya.
Tempoh had masa enam tahun mula dikira daripada tarikh sesuatu insiden seperti hari kemalangan atau hari pengingkaran mematuhi peraturan-peraturan yang telah dipersetujui di antara kedua-dua pihak. Sebagai contoh, dalam satu kemalangan jalan raya, tarikh dan masa kemalangan jalan raya di antara dua kenderaan adalah titik permulaan had masa tuntutan oleh pihak yang ingin menuntut ganti rugi terhadap pihak yang bersalah.
Banyak beri notis palsu
Ada juga syarikat Bill Collector menggunakan teknik desakan ke atas pengguna dengan membuat panggilan telefon, sms dan mengeluarkan notis palsu untuk menyita barang-barang pengguna jika pengguna terus ingkar bayar hutang.
Ads
Notis-notis ini adalah tidak sah kerana tiada penghakiman dan tempoh untuk mengambil tindakan telah melebihi 6 tahun. Ada juga penyamaran dilakukan dengan membuat panggilan telefon mendakwa mereka dari mahkamah. Hm, mahkamah tidak call orang dan tuntut hutang ye. Banyak pula masa orang mahkamah nak buat macam tu.
Jadi jika anda terus diburu oleh penuntut-penuntut hutang yang sudah melebihi 6 tahun ini, anda mempunyai pilihan; samada bayar atau memilih untuk tidak bayar dan tiada tindakan mahkamah yang boleh dikenakan ke atas anda.
Jika anda memilih untuk bayar, sila ke syarikat Bill Collector itu sendiri dan buat bayaran kepada orang yang sah menerimanya dan dapatkan resit selepas bayaran. Jangan buat bayaran ke dalam akaun personal mana-mana orang tanpa usul periksa.
*Gambar dibawah adalah contoh notis palsu yang digunakan dalam proses mendesak pengguna membayar hutang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini tular di media sosial tentang kisah seorang pelajar yang berkongsi cerita bagaimana guru disekolahnya membuat ‘lawak rogol’ ketika sesi pembelajaran. Kisah remaja ini mendapat perhatian ramai, termasuklah ada juga masyarakat yang tidak berpihak kepadanya.
Ain berkongsi berita gembira itu di laman Twitter dengan memuat naik screen shot daripada seorang netizen yang pernah meminta gadis ini untuk fokus kepada peperiksaan SPM jika tidak mahu mendapat keputusan corot.
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ainhsaifulnizam) June 16, 2022
Pelajar ini juga turut berkongsi cerita bagaimana hidupnya tertekan sewaktu SPM apabila netizen mengatakan bahawa pelajarannya tidak berkat dan terus menerus mendoakannya gagal dalam peperiksaan.
“Dah dah la tu, nak fail SPM ke?”
“Kau ni belajar takde berkat dari cikgu”
“Semua ilmu cikgu bagi kau tu dah ilmu haram, takde berkat”
Itulah antara kata-kata yang dilemparkan kepada Ain Husniza. Jelasnya lagi, naik turun balai polis, nangis sana sini, tertekan dengan pelajaran, tertekan kena kecam tapi dia berjanji kepada dirinya sendiri untuk membuktikan bahawa semua masyarakat yang memandang rendah kepadanya adalah silap.
Buktinya, Ain berjaya mendapat keputusan 7A dalam SPM dan dia juga tidak percaya serta merasakan ini adalah berkat daripada semua guru yang telah membantu mengajar mereka di sekolah itu.
Tahniah diucapkan kepada Ain Husniza, dan buat masyarakat di luar sana, janganlah kita memandang rendah kepada orang lain tidak kiralah sama ada korang kenal atau tidak kepada individu itu. Korang sendiri pun tidak tahu bagaimana kemampuan mereka dalam pelajaran, jadi tidak perlulah untuk kita judge orang lain okay?.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jumaat lalu, seorang pelajar warganegara Malaysia telah dilaporkan terlibat dalam sebuah kemalangan akibat dilanggar motosikal semasa melintas jalan di Kaherah Mesir hingga mengakibatkan kecederaan.
Insiden berlaku apabila motosikal itu dikatakan tidak memasah lampu hadapan sehingga mengakibatkannya tidak sedar akan kenderaan yang menuju ke arahnya.
Pelajar yang dikenali sebagai Muhammad Haikal Ahmad Khabir itu patah tangan kiri dan kaki kanan itu telah selamat menjalani pembedahan segera dengan kos RM26,000, kata persatuan Education Malaysia Egypt menerusi kenyataannya hari ini.
“Kami bersama Atase Pendidikan Selangor dan Atase Pendidikan Negeri Sembilan telah mewakili Kedutaan Besar Kaherah (KBMK) menziarahi seorang pelajar yang telah terlibat dalam kemalangan kelmarin (4 September 2021).
“Perbincangan telah dibuat dengan pihak Hospital Bedayat, Hayyu Tahmin Kaherah berkenaan pembedahan dan kos bayaran. KBMK akan menyediakan dokumen sewajarnya kepada pihak Hospital Bedayat dan bank di Malasyia bagi memudahkan urusan kewangan dan perawatan serta bantuan lain yang diperlukan,” catat mereka.
Haikal, pelajar tahun pertama kuliah Usuluddin di Universiti Al-Azhar juga ditemani empat lagi penuntut Malaysia yang turut sama terlibat dalam kemalangan semasa melintas jalan itu. Mereka bernasib baik kerana hanya tercedera ringan. Dalam pada itu, keluarga kesemua mangsa juga telah mengambil maklum akan insiden ini.
Insiden yang menimpa Haikal dan empat rakannya ini telah mendapat simpati daripada rakyat Malaysia sendiri. Orang ramai tampil menghulurkan sumbangan dana kewangan untuk membiayai kos pembedahan dan rawatan kepada akaun bank waris pelajar tersebut di Malaysia. Bagaimanapun, disebabkan penerimaan sumbangan secara banyak dan tiba-tiba daripada orang ramai itu, akaun tersebut telah disekat.
REMAJA pasti pihak KBMK, Education Malaysia Egypt dan persatuan lain yang terlibat akan mencari cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah juga akan katanya akan memastikan kebajikan dan apa saja bentuk bantuan yang diperlukan mangsa dapat dihulurkan.
Apapun, semoga Haikal yang baru saja selamat menjalani pembedahan akan kembali pulih dan sihat dengan segera sebelum kembali menyambung pengajian di sana.
Lewat Jumaat semalam, kota Mekah dikejutkan dengan insiden sebuah kereta yang dipandu memasuki perkarangan Masjidil Haram.
Video yang dimuat naik di media sosial itu menunjukkan sebuah kereta merempuh penghalang plastik di salah satu kawasan perkarangan (courtyard) luar masjid sebelum ia dipandu terus menuju salah satu pintu utama masjid.
Terkejut dengan insiden tersebut, beberapa orang pegawai keselamatan masjid terus meluru ke tempat kejadian.
Menurut laporan Saudi Press Agency, insiden sekitar jam 10.30 malam semalam itu terjadi akibat pemanduan yang melulu pada kelajuan yang melebihi dekat jalan berdekatan dataran selatan Masjidil Haram.
Walaupun video menunjukkan betapa bahayanya pemanduan suspek, tiada siapa di kawasan masjid yang tercedera.
Muat naik oleh akaun twitter @MakkahRegion pula melaporkan bahawa pemandu yang dikenal pasti sebagai pemandu warga negara Arab Saudi itu telahpun ditahan dan diserahkan kepada bahagian pendakwa raya awam Mekah.
Dia dikatakan berada dalam keadaan yang ‘tidak normal’ namun pihak berkuasa tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan keadaan tersebut.
متحدث #إمارة_مكة سلطان الدوسري :
الجهات الأمنية بمكة تُباشر حادثة ارتطام مركبة بأحد أبواب #المسجد_الحرام نتيجة انحرافها أثناء سيرها بسرعة عالية بأحد الطرق المحيطة بالساحة الجنوبية اللحرم، ولم يصب أي شخص بأذى
..المقبوض عليه مواطن بحالة غير طبيعية ، وجارٍ إحالته للنيابة العامة pic.twitter.com/wOAPnq2YPf