Siapa sahaja yang tidak kenal dengan jenama yogurt beku, llaollao? Di mana-mana pusat membeli-belah yang korang kunjungi, tentunya ada cawangan llaollao akan korang temui kerana populariti yang dimilikinya di pasaran Malaysia.
Kejayaan llaollao bukan sahaja terletak pada rasanya yang amat sedap tetapi juga atas komitmennya terhadap kualiti dan keaslian.
Dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi berkualiti premium yang dipilih dengan teliti, llaollao telah menghasilkan yogurt beku yang lazat dan sihat dalam setiap produknya.
Siapa sangka, llaollao rupa-rupanya merupakan sebuah jenama yogurt beku yang terkemuka dari Sepanyol!
Jom kita lihat lima lagi fakta menarik mengenai llaollao:
Ads
01
llaollao baru-baru ini telah meraikan pembukaan kedai yang ke-100 di Malaysia.
Cawangan kedai yang ke-100 ini dibuka di Kompleks Kajang Metro Point, Selangor di mana sebuah Parti Froyo telah dianjurkan di Pavilion KL pada awal bulan Jun ini dengan pelbagai aktiviti.
02
Ada sebabnya Ketua Pegawai Eksekutif llaollao amat menyukai Malaysia sebagai pasaran istimewanya.
Kata Pedro Espinosa, “Walaupun Malaysia terletak lebih 11,000 kilometer jauhnya, namun kami merasakan bahawa para pelanggan kami mempercayai kami. Di sini, kami berasa seperti berada di negara sendiri dan pada masa yang sama kami merasakan 100% llaollao.”
Ads
Cawangan llaollao yang lebih besar dan eksklusif di Pavilion Kuala Lumpur.
03
Negara pertama di benua Asia yang memiliki francais llaollao ialah Singapura pada tahun 2013; iaitu empat tahun setelah llaollao memulakan perniagaan di Sepanyol.
Sejak itu, benua Asia telah menjadi pasaran keduanya yang paling penting selepas negara asalnya, Sepanyol. Ini kerana Asia mempunyai lebih 150 pusat jualannya di seluruh rantau ini.
Selain Singapura dan Malaysia, llaollao juga dibuka di Indonesia, Filipina, Vietnam, Arab Saudi, Myanmar dan Brunei.
Ads
04
llaollao telah menjual lebih 100 juta tab di seluruh dunia dan mempunyai lebih 320 pusat jualan di seluruh dunia. Memang wow!
05
llaollao khabarnya sedang merancang untuk mengukuhkan lagi kehadirannya di negara ini dengan membuka 130 buah kedai menjelang akhir tahun 2023.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Daripada sejumlah 407,097 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, seramai 9,696 orang calon atau 2.54 peratus telah memperoleh keputusan semua A.
Dalam pengumuman yang dilakukan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abol Hamid pada hari ini, beliau turut berkongsi mengenai statistik calon yang mendapat keputusan kepujian, keputusan lulus, calon yang sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran dan calon yang mendapat keputusan semua gagal.
Seramai 71,842 calon atau 18.80 peratus memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian. Manakala 128,796 calon atau 33.96 peratus daripada mereka pula mendapat keputusan lulus.
125,454 calon mencatatkan keputusan gagal dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran. Sementara itu, 1,655 calon atau 0.43 peratus memperoleh keputusan semua gagal.
Melihat kepada keputusan SPM 2021, ia menunjukkan penurunan dari segi Prestasi Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 4.86 berbanding 4.80 bagi SPM 2020. Untuk pengetahuan korang, GPN yang lebih rendah menunjukkan pencapaian pelajar yang lebih baik.
Namun kata KP Pendidikan, semua diingatkan bahawa calon SPM 2021 merupakan kohort pertama yang menggunakan format terbaru mata pelajaran di sekolah yang dinamakan sebagai Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
ARTIKEL BERKAITAN :
Apapun, tahniah REMAJA ucapkan kepada kesemua calon SPM 2021 yang telahpun menamatkan pendidikan di peringkat sekolah! You guys have finally made it. Semoga perancangan seterusnya bagi korang semua akan dipermudahkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika diimbau kembali zaman kanak-kanak awal 90-an dan akhir 80-an, kita akan berkumpul setiap petang di padang, berseronok mengeluarkan peluh tanpa takut untuk kulit bertukar gelap, yang penting hati seronok.
Berbeza dengan budak-budak sekarang, mereka lebih memilih bermain telefon pintar ditambahan lagi dengan pandemik sekarang yang melanda. Kebanyakannya menekuni telefon bimbit yang disebut perkara terpenting dalam kehidupan.
Ketika itu, tiada siapa kisahkan Mobile Lagends, PUBG dan tak kisah pun tentang telefon bimbit malah tak kisah pun kena sebat dengan ranting kayu atau getah paip sebab balik lambat.
TINGKATKAN KEMAHIRAN SAMBIL BERMAIN
Tanpa kita sedar, permainan tradisi yang kita mainkan pada zaman dahulu melibatkan anggota badan yang besar iaitu tangan, kaki dan keseluruhan anggota badan. Ianya termasuklah merangkak, berjalan, berlari, melompat, memanjat, membaling, menangkap, mengejar, menarik, menolak dan sebagainya. Kesemua pergerakan ini mengukuhkan lagi kestabilan serta keseimbangan seluruh anggota badan kita sekaligus meningkatkan kemahiran motor kasar atau lebih dikenali sebagai ‘gross motor skills’.
Sesetengah permainan pula memerlukan pergerakan anggota badan yang kecil seperti pergelangan tangan dan jari jemari tangan ketika bermain. Melalui permainan tersebut, kemahiran motor halus atau ‘fine motor skills’ dapat diasah dan ditingkatkan.
Mari tengok 10 permainan rare zaman dulu-dulu yang budak-budak sekarang tak kenal pun.
Galah Panjang
Foto Kredit : Tonton
Zaman dulu, kalau tak buat guna kapur sekolah, guna arang yang mak-mak bakar sampah untuk buat petak. Paling best guna khemah orang kahwin yang dipasang sehari sebelum perkahwinan sebab lebih panjang petaknya. Memang bergegarlah kampung dengan gelak ketawa ketika itu. Sekarang, orang pergi majlis kahwin, dapat bungkusan, makan dan balik. Tak rasa pun seronok macam nie.
Baling tin
Dulu bukan ada duit nak beli-beli pun. Kutip saja tin susu, tin sardin dan air tin gas sama ada dalam tong sampah atau selongkar longokan tin yang mak-mak selalu simpan nak jual. Tak ada modal langsung pun, janji kreatif. Tin disusun secara piramid. Paling rare kalau dapat baling tin paling atas atau jatuhkan satu sahaja. Sebabnya selepas jatuh korang kena susun balik piramid itu. Main baling tin ini boleh menangis wei sebab sakit kena chop dengan bola rounders semasa cubaan nak menyusun tin tu. Memang berdartlah badan.Tapi tetap seronok biarpun menangis.
Konda-kondi
Korek je tanah sedikit dan cari kayu terutama kayu rambutan. Biasa selepas kayu dijongkitkan, pasukan lawan akan cuba menangkapnya. Kalau dia dapat tangkap, korang kalahlah. Cuba korang tengok, orang dulu-dulu tak kisah pun dengan penampilan, comot pun tak apa. Janji best.
Gasing
Dulu, laman bertanah macam nie akan jadi port main gasing. Siapa paling banyak “pakuk” atau lubangkan gasing kawan, memang dikira lagend. Pendek kata, tak ada nak nangis-nangis pun time main nie. Mak panggil balik makan pun tak kisah. Tahu-tahu dah kena libas dengan ranting kayu sebab balik lambat, hahahaha.
Inilah gasing zaman dulu-dulu, tapi dulu lagi kecil. Sekarang permainan gasing sudah jadi persembahan mewakili kebudayaan Malaysia
Main getah
Permainan ini biasa dimainkan oleh budak perempuan.Sebab agak sopan. Biasanya getah akan dibuat seperti tali skipping. Bermula dari paras pinggang, semakin lama kedudukan tali getah ini akan dinaikkan dan pemainnya perlu melompat melepasi paras ditetapkan dan kemudian baru dikira sebagai pemenang.
Guli
Ini permainan budak lelaki zaman dulu. Biasanya setiap pemain akan memasukkan guli milik mereka ke dalam bulatan berdasarkan jumlah dipersetujui. kalau seorang lima biji maka setiap pemain perlu letak jumlah dimaksudkan. Siapa paling terrer membaling, yakni membawa guli keluar dari bulatan itu, memang penuhlah kocek dengan guli selepas itu. Kira jaguh kampunglah nie.
Tarik upih
Siapa pernah main. Memang seronok wei lawan tarik upih ini. Biasanya yang jadi tukang tarik ialah budak badan gempal sebab dia makan banyak. Tapi kalau yang kurus jadi tukang tarik kawan gempal, memang menangislahkan.
Police Entry
Nak main permainan ini senang jer. Lelaki dan perempuan pun boleh. Permainan ini mengira kepantasan larian individu. Biasanya seorang akan tutup mata dan kemudian dia mula mengira sampai 10. Biasanya semasa mengira itu, kawan-kawan dah cabut dulu takut ditangkap. Masa ini bermulalah adegan kejar mengejar. Seronok habis. Hah, macam-macamkan permainan orang dulu-dulu. Banyak keluar peluh, tak adalah memerap dalam rumah saja.
Teng-Teng
Okay, ini memang permainan orang perempuan. Selalu pasir depan rumahlah jadi mangsa sebab nak lukis gambaran teng-teng ini.
Roundas
Biasanya kayu pemukul roundas ini dibuat dari ranting dahan yang agak besar seperti rambutan dan sebagainya. Ada juga yang pakai papan tetapi menggergajinya sendiri bagi mendapatkan bentuk kayu. Memang bestlah siapa yang boleh pukul jauh sebab confirm kawan tak dapat tangkap dan mereka boleh buat satu pusingan.
Hah, inilah antara 10 jenis permainan zaman dulu-dulu. Kalau nak dikira zaman sekarang, kanak-kanak dan golongan remaja sudah jauh berbeza kerana perubahan masa dan keadaan. Siapa yang lahir zaman ini, mesti tahu permainan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, pengunaan pulse oximeter sering disebut kerana ia merupakan antara alatan penting di rumah bagi mengukur tahap oksiden dalam badan dan kadar denyutan jantung.
Lebih-lebih lagi kepada pesakit COVID-19 yang dikuarantin di rumah, penggunaan alat ini dapat mengetahui sama ada keadaan mereka baik atau tidak.
Oleh yang demikian, penting untuk korang mengetahui cara menggunakan pulse oximeter ini dengan betul bagi mengelakkan bacaan yang tidak tepat.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat tiga kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari. Contohnya, tiga kali sehari mengikut waktu makan.
Lakukan pengukuran tambahan jika korang merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan. Berikut adalah cara penggunaan pulse oximeter dengan betul.
1. Tanggalkan pewarna kuku/kuku palsu dan panaskan tangan dengan menggosokkan kedua tapak tangan jika berasa sejuk
2. Berehat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum melakukan pengukuran
3. Letakkan tangan korang di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan pada paras tersebut
4. Hidupkan pulse oximeter dan pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada
5. Kekalkan posisi tangan korang dengan pulse oximeter sekurang-kurangnya 1 minit atau sehingga bacaan menjadi stabil
6. Hanya catatkan bacaan tertinggi jika bacaan tidak berubah selama 5 saat
Gambar hiasan
Pastikan setiap pengukuran dilakukan dengan berhati-hati dan sekiranya tahap oksigen kurang daripada 95 peratus, korang dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan.
Satu lagi pesanan kami, sebelum membeli pulse oximeter ini, pastikan ia dari jualan yang sah kerana sudah banyak pulse oximeter palsu dijual secara online.