Itulah yang melanda penyanyi, Ismail Izzani semalam apabila dia berkongsi kejadian yang menimpa lengan kanannya. Kejadian tidak disengajakan itu berlaku di kawasan tangga menurut Mail melalui video di Instagram Story-nya.
Ads
“Bagi semua yang bertanya, Mail terjatuh di kawasan tangga dan dengan tak sengaja terduduk di atas lengan kanan. Mail terus melakukan pemeriksaan bersama doktor dan beliau mengesahkan tiada kesan patah ataupun retak pada lengan dan tapak tangan.
“Cuma, ada tisu bengkak di bahagian dalam dan doktor menasihati saya untuk memakai arm sling ini serta tidak terlalu menggunakan tangan kanan agar cepat pulih. Tetapi saya okay saja,” katanya.
Menerusi satu foto yang dimuat naik oleh Mail di Instagram sejurus selepas itu berserta status “Kecundang”, lebih 1,100 komen telah menghujani ruang komen untuk memberikan kata-kata semangat kepada Mail.
Ads
Antaranya termasuklah pesanan, “Get well soon baby”, “Hope you can dance and sing soon” dan “Kau tetap ada walaupun diriku tak sempurna.”
Ads
Amboi, komen sampai terkeluar lirik lagu Bidadariku! Apa-apa pun REMAJA doakan agar Mail cepat sembuh & menjaga kesihatan sebaiknya sementara ini.
Hari ini kecoh di media sosial apabila berita mengenai Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA tidak akan dikenali dengan nama tersebut lagi apabila penstrukturan baharu akademik dilaksanakan.
Ada yang tidak berpuas hati apabila perkara ini diumumkan bimbang segala apa yang dibina selama 50 tahun akan hilang dan legasinya akan putus. Tidak kurang juga ada yang menyatakan pengabungan fakulti yang dilakukan tidak bersesuaian sehingga mewujudkan petisyen mengumpul tandatangan membantah transformasi tersebut.
Kini Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media bakal dikenali sebagai Pusat Pengajian Komunikasi dan Media yang akan diletakkan di bawah Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Komunikasi. Kolej tersebut merupakan gabungan bersama dua lagi fakulti lain iaitu Fakulti Komputer Sains dan Matematik dan Fakulti Pengurusan Maklumat.
Namun penjelasan yang dibuat di laman Facebook UiTM MassCom memberikan penjelasan lebih lanjut tentang penggabungan ini. Ternyata ia merupakan satu agenda untuk memperkasakan akademik pelajar agar lebih ke hadapan.
Memetik maklumat yang dimuat naik, perubahan ini melibatkan pengoperasian universiti dan tidak akan mengganggu bidang sedia ada. Malahan sebagai nilai tambah penstrukturan ini akan dapat menghasilkan bidang tujahan baru tanpa mengurangkan sedikit pun apa yang telah dibangunkan oleh fakulti selama 50 tahun ini.
Perubahan yang dilakukan ini juga memgambil kira perubahan di dalam kategori bidang menerusi National Education Code 2020 yang telah menggabungkan komponen informatik di dalam bidang komunikasi.
Menurut maklumat yang diberikan lagi, perubahan yang berlaku adalah selari dengan transformasi Kajian Sebaran Am kepada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Kini transformasi terus dirai kepada transformasi Pusat Pengaajian Komunikasi dan Media di bawah Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jujurnya, budaya mengikis harta seorang lelaki ataupun Sugar Daddy bukanlah satu budaya kotor baharu yang menular di Malaysia.
Sejak tahun 80-an lagi, Majalah Remaja sewaktu itu sudah banyak memperkatakan mengenai trend anak muda yang memilih jalan menjadi sugar baby kepada hartawan ini demi kelangsungan hidup dan pelajaran.
Siapa je yang tidak mahu hidup mewah, dibelikan apa saja yang diingini dan tidak perlu khuatir akan soal wang tunai. Apa si dia hendaki, akan dituruti. Asalkan, mereka menemani sugar daddy terbabit apabila diminta.
Tahun lalu, REMAJA pernah melaporkan mengenai gaya hidup seorang sugar baby yang berasal dari Malaysia namun kini menetap di Singapura. Biarpun bergelar sugar baby, dirinya masih mempunyai pekerjaan tetap dan menjalani hidup seperti orang biasa.
Nampaknya, semakin ramai remaja perempuan yang memilih gaya hidup tersebut,.
Semalam, REMAJA telah melaporkan statistik satu laman bertemu jodoh bernama SeekingArrangment. Kata mereka, Malaysia kini menjadi sarang sugar daddy apabila terdapat kira-kira 42,500 sugar daddy di negara kita. Ia sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara Asia ketiga tertinggi selepas India (338,000) dan Indonesia (60,250)
Manakala satu lagi laman bertemu jodoh khusus untuk aktiviti Sugar Daddy Asia iaitu Sugarbook telah melaporkan lebih 14,000 orang sugar baby di Malaysia kini terdiri daripada pelajar universiti dan IPT! Jumlah itu kata mereka diambil setelah berlaku peningkatan sehingga 40 peratus sugar baby di kalangan pelajar sejak Januari 2021.
Ini mungkin sekali berkait rapat dengan keperluan kewangan pelajar yang terdesak dan mengambil pendekatan menjadi sugar baby.
Tidak cukup dengan itu, Sugarbook telah menyenaraikan IPT mana yang memiliki paling ramai sugar baby di Malaysia. Mereka memperolehi senarai tersebut dengan meneliti nama IPT yang didaftarkan oleh ahli mereka setiap kali mengunjungi laman tersebut.
Kind of dodgy if you ask us, memandangkan ada saja ahlinya yang mendaftar disebabkan oleh giveaway Sugarbook dii universiti dan itu tidak bermakna mereka merupakan seorang sugar baby.
Apapun, jumlah tersebut masih mengejutkan. IPT yang berada di tangga teratas dengan sejumlah 3105 orang sugar baby ialah Sunway Universiti. Ia diikuti rapat oleh INTI International University (2624) dan Taylor’s Universiti (1696).
Amat mendukacitakan apabila bukan hanya IPT swasta yang tergolong dalam senarai top 10 ini. Universiti Malaya didakwa merupakan IPT dengan jumlah sugar baby kelima paling ramai dengan 1280 ahli manakala UiTM berada di kedudukan kesepuluh (704).
Sekali lagi kami ingin menegaskan bahawa statistik ini tidak semestinya benar kerana ia hanya berlandaskan borang keahlian yang diisi oleh pelajar.
ALAHAI… Sebagai kanak-kanak, mungkin ramai yang berangan-angan untuk menjadi seperti watak adi wira atau ‘superhero’ kegemaran mereka yang ditonton atau dibaca di media tertentu.
Baru-baru ini, tiga adik-beradik lelaki di Bolivia berdepan padah selepas sengaja membiarkan labah-labah Black Widow menggigit mereka gara-gara mahu menjadi watak adiwira, Spider-Man.
Kesemua mangsa berusia lapan, 10 dan 12 tahun itu dilaporkan sedang menggembala kambing di bandar Chayanta di Potosi ketika kejadian itu berlaku pada 14 Mei lalu.
Ketiga-tiga mangsa berharap dapat bertukar menjadi Spiderman selepas digigit labah-labah berbisa itu seperti yang dipaparkan menerusi filem adiwira terbabit.
Bagaimanapun, ketiga-tiga adik-beradik itu mula mengalami simptom dalam tempoh beberapa minit hingga terpaksa dikejarkan ke pusat kesihatan tempatan oleh ibu mereka.
Namun, keadaan mereka dilaporkan semakin teruk termasuk gejala seperti demam, berpeluh dan sakit otot yang memaksakan mereka berpindah ke sebuah hospital di Llallagua.
Menurut Ketua Epidemiologi di Kementerian Kesihatan Bolivia, Virgilio Pietro, mereka berjaya dirawat dan dibenarkan keluar dari hospital seminggu kemudian.
“Insiden itu sepatutnya menjadi amaran bahawa segelintir kanak-kanak menganggap apa yang berlaku di dalam filem adalah perkara nyata. Mereka tidak sedar gigitan daripada labah-labah Black Widow boleh menyebabkan kematian kepada golongan itu,” ujarnya.
Menurut National Geographic, bisa labah-labah Black Widow adalah 15 kali lebih kuat berbanding ular orok-orok dan antara spesis labah-labah paling ditakuti di dunia dan paling berbisa di Amerika Utara.
Bisa labah-labah tersebut boleh mempengaruhi sistem saraf dan pembengkakan serta gejala jangka panjang seperti sakit otot, mual dan kelopak mata membengkak. Bagaimanapun, Black Widow sejenis tidak agresif dan hanya mengigit untuk mempertahankan diri.
Difahamkan, spesis tersebut berasal dari Amerika Utara, Amerika Selatan dan selatan Eropah malah ia juga ditemui di Australia, New Zealand dan Afrika Selatan.
Tu la obses sangat dengan filem yang ditonton, nasib nyawa tidak melayang.