Gempa bumi terus menggegarkan bumi Indonesia lagi. Selepas berlaku gempa di Palu dan Doggala dengan kekuatan 7.4 skala ritcher dengan memakan korban 2010 orang, pagi ini bumi Bali yang sering menjadi tumpuan pelancong termasuk dari Malaysia pula bergegar.

Dengan kekuatan gegaran 6.0 magnitud, gempa pagi tadi di Kepulauan Jawa dan bali mengakibatkan tiga orang maut.

Wow, seram jugakan. Lebih seram kalau kita melancong ke sini dan ketika itu kejadian gempa terjadi, mesti panikkan!

Dilaporkan lebih banyak gempa terjadi malah pada 9 Oktober dikatakan gempa berlaku sebanyak 96 kali sehari di seluruh dunia atau bersamaan 2429 kali dalam tempoh sebulan. Mungkinkah dunia sudah di akhir zaman sehingga begitu banyak goncangan terjadi?

Gempa Di Bali, 3 Maut, Kalau Dah Beli Tiket Bercuti Bagaimana Ya?
Inilah kajian gempa dilakukan dan kita boleh lihat dalam sehari berapa kejadian terjadi
Gempa Di Bali, 3 Maut, Kalau Dah Beli Tiket Bercuti Bagaimana Ya?
Gempa mampu merosakkan bangunan dan nyawa juga boleh tergadai

Menurut jurucakap agensi mitigasi bencana nasional Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho, mangsa di daerah Sumenep, Jawa Timur maut akibat ditimbus runtuhan bangunan.

IKLAN

“Gempa terbabit terjadi awal pagi ketika kebanyakan penduduk sedang tidur, ia berlaku secara tiba-tiba dan mereka tidak sempat menyelamatkan diri,” katanya sambil menambah kerosakan akibat gegaran tidak meluas.

Gempa di Denpasar yang terletak di pulau peranginan Bali menyebabkan penduduk yang panik lari meninggalkan bangunan.

Gempa Di Bali, 3 Maut, Kalau Dah Beli Tiket Bercuti Bagaimana Ya?
Goncangan kuat gempa berukuran 6.0 menggegarkan Bali sehingga meranapkan banyak rumah terutama di Denpasar
Gempa Di Bali, 3 Maut, Kalau Dah Beli Tiket Bercuti Bagaimana Ya?
Pelancong luar sudah mula ramai yang meninggalkan Bali kerana tidak mahu terperangkap lagi jika berlaku gegaran menakutkan

Sementara itu, tetamu Hotel Nusa Dua, terletak di selatan lapangan terbang antarabangsa utama di Bali, turut berlari keluar apabila gempa menggegarkan bangunan hotel.

IKLAN

Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, pusat gempa itu terletak 40 kilometer di timur Sumberanyar di Pulau Jawa.

Gempa turut dirasai di Surabaya, kira-kira 200 kilometer dari Situbondo, bandar paling hampir dengan pusat gempa berkenaan.

Ketua badan geofizik Indonesia, Dwikorita Karnawati berkata, tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa terbabit.

IKLAN

Terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik, Indonesia kerap dilanda gempa bumi, terbaharu dan terburuk setakat ini adalah pada 28 September lalu, apabila Sulawesi dilanda gempa berkekuatan 7.5 magnitud disusuli tsunami yang setakat ini mengorbankan lebih 2000 nyawa.

Jadi bagi yang dah tempah tiket nak flight ke Bali apa nak buat ya? Sebaiknya elakkan mengunjungi lokasi-lokasi berbahaya begini demi keselamatan nyawa. Ini kerana apabila berlaku gempa, gegarannya cukup kuat dan menakutkan. Tak kisahlahkan kalau duit rugi sikit tapi sekurang-kurangnya nyawa selamat. Take care ya! Sumber berita AFP.

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI