Pelembap adalah salah satu produk penjagaan kulit yang kerap diabaikan, tetapi korang harus tahu bahawa produk ini mempunyai manfaat besar bagi kesihatan kulit.
Walaupun kadang-kadang dianggap hanya sebagai langkah tambahan dalam rutin kecantikan, penggunaan pelembap secara teratur dapat membantu menjaga kulit agar tetap sihat dan berseri.
Berikut adalah beberapa manfaat utama pelembap
Melembapkan Kulit
Salah satu manfaat yang paling ketara dari penggunaan pelembap adalah kemampuannya untuk melembapkan kulit. Kulit yang kering cenderung terasa kasar dan kusam, tetapi dengan menggunakan pelembap secara teratur, korang boleh menjaga kulit untuk tetap terhidrasi dan lembut.
Mencegah Kehilangan Kelembapan
Ads
Kulit akan terus-menerus kehilangan kelembapan disebabkan oleh faktor-faktor seperti paparan sinar matahari, angin, dan pencemaran alam sekitar. Pelembap membantu memperkuat lapisan kulit dan mengunci kelembapan di dalamnya sekaligus mencegah kehilangan kelembapan yang berlebihan.
Mengurangkan Tanda Penuaan
Kulit yang kering cenderung lebih rentan terhadap tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus dan kedutan. Menjaga kulit agar kekal terhidrasi dengan menggunakan pelembap, step ini dapat mengurangkan kemunculan tanda-tanda penuaan ini dan menjaga kulit terlihat lebih muda.
Menyamarkan Garis Halus dan Kedutan
Ads
Pelembap dapat membantu menyamarkan garis halus dan kedutan yang sudah ada dengan melembutkan kulit dan membuatnya terlihat lebih berseri. Ini membuat kulit terlihat lebih sihat dan lebih muda.
Memberikan Perlindungan
Beberapa pelembap juga mengandungi bahan-bahan yang melindungi kulit dari kerosakan akibat paparan sinar matahari dan pencemaran alam sekitar. Ini membantu menjaga kulit tetap sihat dan mencegah kerosakan jangka panjang.
Memperbaiki Kulit Rosak
Ads
Jika korang mempunyai kulit yang kering atau rosak akibat cuaca atau penggunaan produk yang keras, pelembap dapat membantu memperbaiki dan meremajakan kulit. Ini membantu mempercepat proses penyembuhan dan mengembalikan kulit kepada keadaan yang lebih sihat.
Dengan menggunakan pelembap secara teratur sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit, kulit akan tetap sihat, lembut dan dilindungi dari kerosakan yang disebabkan oleh faktor sekitar.
Jangan lupa pilih pelembap yang sesuai dengan jenis kulit anda untuk mendapatkan manfaat maksimum.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah jenama fesyen mewah antarabangsa, tampil memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan.
Menerusi laporan laman berita NDTV, Jordanluca mendedahkan rekaan dikenali sebagai Stain Stonewash Jeans itu di pentas peragaan semasa pertunjukan fesyen musim luruh/sejuk.
Seluar jean tersebut mempunyai tompokan gelap di bahagian pangkal paha, seolah-olah memberi bayangan bahawa si pemakai tidak sengaja telah membuang air kecil.
Harga yang ditawarkan bagi koleksi tersebut adalah AS$811 (RM3,871). Rekaan basuhan ringan itu bagaimanapun dilaporkan telah habis dijual dengan menawarkan harga AS$608 (RM2,902).
Seluar yang tular tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-rata warganet memberikan pelbagai komen.
“Harganya terlalu mahal. Seseorang hanya perlu membuang air kecil di dalam seluar untuk mempunyai seluar seperti ini,” kata seorang netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Musim pertandingan ratu cantik bagi edisi 2023 semakin hampir dengan beberapa buah pertandingan bakal berlangsung tidak lama lagi pada suku pertama tahun ini.
Antara yang paling diperkatakan ialah Miss Eco International 2023 yang dijadualkan berlangsung pada dari 21 Februari 2023 hingga malam penentuan pada 4 Mac 2023 di kota Cairo dan Hurghada di Mesir.
Bagi edisi kali ini, Malaysia bakal diwakili oleh wakil baharu lagi segar, Tisya Ong.
Miss Eco International Malaysia 2023, Tisya Ong.
Bagi melaungkan semangatnya dan para penyokong Miss Eco International Malaysia 2023 itu, sebuah majlis pengenalan kostum nasional dan gaun malam yang akan diperagakan olehnya di Mesir kelak telahpun diadakan baru-baru ini. Tentunya, kostum nasional Tisya menjadi salah satu kejutan paling dinanti-nantikan.
Sekali lagi, kostum nasional bagi wakil Miss Eco International Malaysia 2023 direka khas oleh Ain Mohamad seperti mana yang pernah dilakukannya buat Miss Eco International Malaysia 2022, Prasana Shri pada tahun lalu.
Mengimbas semula sentuhan rekaan Ain untuk Prasana itu, mesej yang ada pada kostum berkonsepkan Wanita Pasar Tani tersebut cukup besar.
Ain bukan hanya memastikan ia cantik dilihat dan menarik mata yang memandang, malah kostum tersebut juga secara tidak langsung mempromosikan aktiviti jual beli rakyat tempatan tanpa mengira kaum sejak turun-temurun. Ia turut pada hemat penulis mengangkat martabat wanita sebagai kelompok berdikari dalam mencari punca rezeki sendiri.
Kini, Ain sekali lagi diberikan kepercayaan oleh organisasi Ratu Wanita Malaysia untuk menyiapkan kostum nasional wakil Miss Eco International Malaysia.
Digelar sebagai ‘The Capital of Malaysia’, pereka mendapat inspirasi daripada populariti jalan raya di sekitar ibu negara Kuala Lumpur yang sering dikunjungi rakyat tempatan serta pelancong asing.
Tisya dalam kostum nasional rekaan Ain Muhamad
Ketika dihubungi REMAJA, Ain berkongsi mengenai gabungan idea di antaranya selaku pereka kostum dan pasukan Ratu Wanita Malaya sendiri yang inginkan persalinan kostum yang sarat mesej biarpun hanya beronakan hitam putih dengan sedikit percikan rona perak.
“Warna hitam putih ini menggambarkan nostalgia filem-filem tempatan dahulu kala. Saya mengambil inspirasi daripada gaya elegan yang pernah disarungkan oleh primadona filem Melayu terdahulu seperti (Allahyarhamah Puan Sri) Saloma. Beliau juga adalah pelantun lagu berjudul Kuala Lumpur, bukan?
“Malah, ilham daripada beliau turut saya jelmakan dengan memakaikan sarung tangan serta siluet seakan ‘peplum’ pada bahagian kanan kostum. Peplum cukup popular pada era Saloma dan bahagian itu juga saya gambarkan sebagai jalan-jalan raya yang berliku di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.
Pada bahagian kostum serba putih ini tertera beberapa nama jalan raya terkenal di Kuala Lumpur termasuklah Lebuh Ampang, Jalan Semarak, Jalan Duta, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Petaling, Jalan Alor dan banyak lagi. Setiap satu nama jalan raya itu ditulis sendiri oleh Tisya Ong sambil dibantu oleh seorang juru inai yang dilantik.
Bahagian bahu kostum pula tidak dibiarkan kosong dengan adanya ikon bunga kebangsaan Malaysia, Bunga Raya dalam rona perak bersesuaian dengan tona monokrom yang dipilih oleh Ain.
Aksesori perhiasan kepala (juga dalam rona perak) menaikkan seri seorang gadis Malaysia yang kaya dengan paduan budaya, sementara bahagian belakang kostum yang diperbuat daripada cetakan akrilik memaparkan gambaran siluet beberapa pencakar langit di Kuala Lumpur yang menjadi kebanggaan kita semua.
Tradisional Ke Moden
Kepakaran rekaan Ain Mohamad sememangnya terletak pada kostum nasional berkonsep tradisional dan terbukti, ia menerima respon positif di pentas pertandingan ratu cantik. Selain kostum nasional Prasana Shri, Ain juga pernah menghasilkan kostum nasional Miss Grand Malaysia 2020 yang diperagakan oleh wakil negara pada waktu itu, Jasebel Robert.
Justeru, penulis tertanya sekiranya perubahan angin bagi kostum nasional kali ini daripada tradisional kepada yang lebih moden telah memberikan cabaran buatnya?
“Faktor destinasi yang agak jauh (Mesir) yang perlu dituju oleh Tisya Ong sedikit sebanyak memainkan peranan dalam mencetuskan idea kostum nasional yang lebih ‘ringkas’ dan minimal.
“Apabila saya duduk berbincang dengan organisasi, assignmentnya mudah sahaja iaitu untuk menggunakan warna hitam putih bagi edisi kali ini. Mereka bersama-sama dengan wakil kita, Tisya Ong ingin mencuba idea tersebut. Malah, Pengarah Nasional Ratu Wanita Malaysia, Afeer Razak jugalah yang memberi idea menyelitkan nama-nama jalan raya tersebut.
“Seminggu proses perbincangan yang kami lakukan manakala pembikinan kostum pula mengambil masa sekitar dua minggu.
“Sudah tentu, akan ada lagi penambahan dan proses tambah baik yang kami akan lakukan kepada kostum ini sebelum Tisya berlepas tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan,” jelas Ain.
Saat diajukan sama ada perubahan wakil Miss Eco International Malaysia 2023 baru-baru ini yang akhirnya menjadi milik Tisya Ong telah menerbitkan sebarang komplikasi dalam penghasilan kostum nasional ‘The Capital of Malaysia’ ini, Ain menegaskan bahawa segala proses perbincangan dan penghasilan kostum telah melibatkan Tisya Ong selepas perlantikannya dibuat.
Oleh itu, segalanya berjalan lancar malah lebih personal buat Tisya sendiri memandangkan graduan ijazah sarjana Perbankan dan Kewangan itu turut sama terlibat sejak perbincangan awal.
“Harapan saya tentulah ingin melihat Tisya Ong membawa pulang gelaran dan mahkota. Namun secara peribadinya, saya inginkan dia membuatkan penonton di sana terpegun dengan kehadirannya dan membuatkan orang tahu bahawa gadis dari Malaysia juga bukan calang-calang lawan,” tambah Ain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan semula pengacara program realiti Gegar Vaganza 7 (GV7), Nabil Ahmad semalam pada episod kedua menjawab persoalan mengenai ‘kehilangannya’ pada episod minggu lepas.
Menurut Nabil, dia tidak berdepan dengan simptom Covid-19 seperti spekulasi netizen. Bagaimanapun, dia sedang menghidap angin pasang ataupun hernia dan keadaan itu memaksa Nabil untuk tidak hadir pada episod pertama GV7.
Selorohnya, “Hidup ini ibarat laut, ada masa surut ada masa pasang. Hari itu, ia pasang. Sebenarnya saya menghidap hernia,” maklumnya kepada rakan media semalam.
Bagi yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan angin pasang atau hernia ini, ia sebenarnya sejenis penyakit yang 25 kali lebih kerap berlaku kepada lelaki berbanding perempuan.
Menurut laporan Dr Mohd Daud Che Yusof menerusi portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, jenis angin pasang yang paling kerap berlaku kepada lelaki adalah Inguinal Hernia yang berlaku di bahagian kelangkang.
Kira-kira 75 peratus kes angin pasang adalah daripada jenis ini.
Simptom yang selalu dihadapi oleh remaja lelaki adalah apabila ruang abdomen membonjol keluar daripada kawasannya. Bonjolan tersebut biasanya adalah sebahagian daripada usus dan tisu lemak abdomen yang dilapisi oleh membran.
Itulah kandungan yang akan membentung kantung hernia dan ia tidak menonjol pada setiap masa. Kadangkala ia kelihatan, kadangkala ia tidak kelihatan. Oleh sebab itu, ia dikenali sebagai angin pasang surut.
Mesti ramai di kalangan korang yang tertanya-tanya apakah punca utama angin pasang ini. Antara yang selalu dikesan oleh pakar adalah obesiti, kerap batuk, perlu meneran semasa membuang air kecil atau besar dan selalu mengangkat objek berat.
Bila bercakap mengenai soal simptom yang boleh dikesan oleh lelaki, ia sebenarnya berbeza bergantung kepada lelaki itu sendiri. Malah, tiada spesifikasi mengenai usia mangsa pun, walaupun statistik menunjukkan lelaki berusia lebih terdedah kepada angin pasang.
Namun, simptom yang paling jelas adalah apabila mucul bonjolan baru di bahagian kelangkan atau kawasan abdomen lain.
Bonjolan ini membuatkan seseorang itu merasa sedikit senak walaupun bonjolan tersebut tidak semestinya menyakitkan. Simptom-simptom lain bergantung kepada tahap kritikalnya angin pasang mereka. Ada pesakit yang boleh menghadapi demam malah muntah-muntah.
Selalunya, apa-apa jenis angin pasang ini tiada pilihan selain pembedahan. Ini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan komplikasi terbelit.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...