Boleh dikatakan masih ramai lagi masyarakat di Malaysia yang obsess nak kulit putih kerana mahu kelihatan cantik. Salah satu cara untuk memutihkan kulit adalah dengan penggunaan intravenous vitamin C infusion, atau lebih popular dikenali sebagai ‘cucuk vitamin C’.

BACA: Betul Ke Cucuk Vitamin C Boleh Putihkan Kulit?

Rawatan ini adalah cara memberi vitamin C ke dalam badan yang dimasukkan terus ke dalam saluran darah. Walau bagaimanapun, secara amnya tidak ada kajian yang benar-benar dijalankan pada manusia menunjukkan vitamin C boleh memutihkan kulit sama ada melalui oral (mulut), intravenous (melalui saluran darah) dan juga secara topical (sap uterus pada kulit).

Tular Video Drip Vitamin C Dalam Kereta, Doktor Jelas Kenapa Korang Tak Patut Lakukan Rawatan Ini
Foto: burbankmedspa.com (Gambar hiasan)

Namun begitu, masih ramai yang terpedaya dengan rawatan ini dan melakukannya tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

IKLAN

Tular di media sosial sebuah video yang dikongsi oleh pengguna Twitter tentang wanita-wanita yang obses melakukan rawatan vitamin C.

Isu rawatan vitamin C telah menarik perhatian seorang doktor sebelum ini yang menjelaskan tentang keburukan dan kesan tindakan tersebut di dalam laman instagramnya.

Dr Lim Ing Kien menjelaskan bahawa cucuk vitamin C demi kecantikan adalah haram daripada segi undang-undang. KKM memang tidak membenarkan orang cucuk vitamin C. Jika sesiapa yang cucuk vitamin C untuk orang lain, dia akan dipenjarakan selama beberapa tahun.

IKLAN
Tular Video Drip Vitamin C Dalam Kereta, Doktor Jelas Kenapa Korang Tak Patut Lakukan Rawatan Ini
Foto: Huffpost (Gambar hiasan)

Kedua, tidak ada kajian keselamatan di mana jangka masa panjang kita tidak tahu sama ada semasa cucuk vitamin C akan ada kesan sampingan yang buruk terhadap badan atau tidak. Disebabkan tidak ada kajian keselamatan, sebagai doktor, Dr Lim juga tidak akan membenarkan pesakit-pesakitnya untuk cucuk vitamin C.

Disebabkan rawatan ini juga diharamkan di seluruh dunia, kita tidak tahu sumber vitamin C tersebut datang dari mana kerana tidak ada kilang yang dibenarkan untuk mengeluarkan vitamin C bagi tujuan kecantikan.

IKLAN

Doktor Lim juga menasihatkan agar korang menolak pelawaan rakan sekiranya mereka mengajak pergi membuat rawatan cucuk vitamin C.

Jangan mudah terpedaya dengan rawatan kecantikan seperti ini. Hanya kerana nak cantik, takut ada pula kesan jangka panjang yang korang kena hadap pula nanti.

Sumber: Twitter, Dr Lim Ing Kien

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI