Kini, rekod terkini GUINNESS World Records telah menunjukkan pemecah rekod terbaharu kucing tertua di dunia ialah Flossie, yang berasal dari London berumur 26 tahun atau bersamaan dengan jangka hayat setara manusia, 120 tahun.
Menerusi laporan stesen penyiaran CNN, Flossie dilaporkan masih sihat walaupun kurang daya penglihatan dan pekak. Pemilik Flossie, Vicki Green mengambilnya sebagai haiwan peliharaan selepas Flossie diserahkan kepada badan perlindungan kucing Britain, Cats Protection pada Ogos lalu.
Foto Via guinnessworldrecords.com
Sebelum ini Flossie pernah tinggal di beberapa buah rumah sejak hidup sebagai kucing jalanan di kawasan berdekatan hospital Merseyside di Liverpool, barat laut England. Flossie dilahirkan pada 1995.
Flossie telah diambil oleh seorang pekerja hospital tersebut dan dipelihara selama 10 tahun sebelum individu itu meninggal dunia. Flossie kemudian dijaga oleh kakak kepada mendiang pemiliknya.
Ads
Selepas 14 tahun Flossie dijaga dengan baik, pemilik keduanya pula meninggal dunia. Flossie kemudian tinggal bersama anak lelaki kepada pemilik keduanya selama tiga tahun, sebelum diamanahkan kepada sukarelawan di Cats Protection.
Bermula sejak itulah berita mengenai usia Flossie mula tersebar. Pelbagai usaha dilakukan bagi mengesahkan usia sebenar Flossie. Hasilnya penyelaras cawangan badan amal itu, Naomi Rosling sangat terkejut apabila melihat rekod rawatan menunjukkan bahawa Flossie berusia 27 tahun.
Ads
Berdasarkan perkongsian dari Public Health Malaysia sebelum ini, purata jangka hayat kucing ialah sekitar 15 tahun iaitu sekitar 76 tahun bagi usia manusia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demam K-drama original terbitan platform penstriman popular, Squid Game nampaknya masih belum reda.
Dengan jumlah penonton yang sudahpun mencecah 111 juta orang di seluruh dunia [hanya dalam masa 17 hari tayangan], beberapa negara telahpun mula membina set permainan persis dalam drama tersebut untuk dijadikan lokasi tarikan pelancong domestik.
Antara yang terawal adalah seperti di Korea Selatan dan di Filipina.
Di stesen subway Itaewon, Seoul.Di pintu masuk Robinsons Galleria mall dekat Manila, Filipina.
Kini, peminat Malaysia juga sudah boleh merancang untuk melihat sendiri kelibat manager bawahan Frontman yang berbaju merah dan sudah tentu, patung gergasi yang memainkan peranan penting dalam permainan pertama Squid Game iaitu patung ‘Red Light Green Light’.
Kini di Malaysia!
Netflix Malaysia membawakan mereka khas untuk korang temui dan sama-sama berinteraksi di Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Terletak di kawasan lapang LG1 Atrium (berdekatan kafe Costa Coffee dan butik ZARA), acara Squid Game ini mula dilangsungkan dari hari ini hingga 31 Oktober nanti.
Cubalah bercakap dengan manager berbaju merah yang ada. Mana tau ada yang akan membalas soalan korang.
REMAJA berpeluang untuk menjadi salah seorang pengunjung terawal yang telah menemui patung gergasi setinggi 12 kaki itu serta sempat bergambar dengan beberapa replika permainan yang ada di sekitarnya.
Jangan risau, kami masih belum terbunuh selepas ‘bermain’ guli di sini. Hehe..
Korang nak berada di pihak offense atau defense?
Satu lagi sentuhan unik yang disediakan Netflix Malaysia adalah di kawasan pintu masuk utama Sunway Pyramid; di mana mesin pengimbas suhunya berupa patung gergasi Squid Game.
Pastikan korang tidak bergerak semasa mengimbas suhu tau, harap-harap lampu hijau yang menyala. Kalau tak, rugi je kena tembak sebelum sempat masuk.
Pengunjung juga tidak harus ketinggalan untuk bergambar dengan manager berbaju merah di sana. Cuma pastikan korang menjaga jarak 1 meter dan mereka akan memberikan korang kad bisnes Squid Game untuk dijadikan item kenangan.
Amacam, jom! Untuk mendapatkan ‘feel’ sebelum ke Sunway Pyramid, apa kata korang tonton dulu (atau tonton semula) kesemua episod Squid Game di Netflix. Barulah hati lagi berkobar-kobar!
Telah banyak tanda-tanda akhir zaman dan jelas apa yang dikatakan dalam Al-Quran terjadi di depan mata kita. Termasuklah binaan bangunan tinggi di kota Makkah (Menara jam yang dibanggakan), keringnya sungai Tigris dan Sungai Eufrat.
NASA memaklumkan bahawa sejak tahun 2003 hingga 2010, kandungan air sepanjang sungai Tigris dan Eufrat mulai Turki, Syiria, Iraq hingga Iran telah kehilangan sekitar 144 juta kilometer kubik. Kandungan air itu terus berkurang dalam jumlah yang sangat besar pada tahun 2010 hingga 2015.
Sungai Tigris yang mulai mengering dan memperlihatkan tanda-tanda besar ketibaan hari kiamat sudah mulai banyak diperlihatkan
Selain itu tanda-tanda akhir zaman dan petanda kiamat semakin dekat adalah dengan kehadiran Dajjal.
Ketika kehadiran Dajjal, (digambarkan sebagai seorang pemuda yang rambutnya kerinting dengan matanya menyembul keluar), fitnah akan berleluasa dan menjadi perkara paling menggerikan di muka bumi ini. Bagi mereka yang tidak teguh imannya akan dengan mudah menjadi pengikut dajjal dan ketika itu mereka akan kesesatan hingga ke hari kiamat.
Dajjal digambarkan sebagai pemuda bermata satu, langsung tak hensem pun tapi pengikutnya ramai terutama kaum wanita di akhir zaman kelak. Gambar hiasan
Dalam satu hadis Rasulullah SAW, ada disebut kaum wanita merupakan pengikut dajjal paling besar.
“Kebanyakan pengikut Dajjal, adalah orang Yahudi dan kaum wanita” (HR. Ahmad).
Selain golongan wanita, pengikut dajjal terdiri dari kaum Yahudi, bangsa Turki, bukan bangsa Arab dan ramai lagi.
Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda,
“Yang mengikuti Dajjal adalah orang Yahudi dari Ashbahan (Iran) dan jumlahnya ada 70.000 orang dan mereka memakai thilsan (yang menutup pundak dan badan)” (HR. Muslim no. 2944).
Kenapa kaum wanita menjadi pengikut terbesar dajjal? Adakah dajjal memiliki sesuatu yang menjadi daya penarik bagi kaum wanita mempercayainya? Adakah kerana kehensemannya?
Hari ini, kita sering melihat wanita mudah tergoda dengan ketampanan lelaki. Ditambah lelaki itu hadir dengan pakej badan yang sado. Bukan itu saja, lelaki yang memiliki kewangan teguh adalah ciri-ciri kesukaan wanita ketika ini. Tetapi apa yang pasti, wanita mudah tertarik dengan lelaki kacak dan tampan!
Kenapa dajjal diikuti wanita sedangkan dia bukan kacak pun!
Satu tulisan di fb Yusof Ismail, dia menyenaraikan ciri-ciri yang ada pada Dajjal. Berikut perkongsiannya.
Ada orang kata Dajjal ni handsome, ini saya ringkaskan 7 sifat fizikal Dajjal berdasarkan riwayat hadis. Kalau handsome lagi, saya tak tahulah:
1.Usianya: Seorang pemuda atau belia (Riwayat Muslim)
2- Rambutnya sangat kerinting (Riwayat Muslim)
3- Mata kananya buta dan tersembol keluar seperti kurma kering (Riwayat al-Bukhari)
4- Badannya gempal (Riwayat al-Bukhari) dan pendek (Riwayat Abu Daud), dan besar (Riwayat Muslim)
5- Kulitnya berwarna merah (Riwayat al-Bukhari)
6- Dahinya lebar (Riwayat Ahmad), tertulis ك ف ر (Riwayat Muslim)
7- Kakinya pendek dan pengkar (Riwayat Abu Daud)
Mendengar ciri-ciri fizikal dajjal pun kita tahu dia bukan hensemkan tapi kenapa begitu ramai kaum wanita terpedaya?
Di saat dunia hari ini sudah memperlihatkan begitu banyak tanda-tanda akhir zaman, adalah lebih baik kita sedar dan bersedia agar tidak terpedaya dengan dajjal.
Ingatan untuk kita semua, salah satu cara untuk mengelak menjadi pengikut dajjal adalah dengan membaca 10 ayat surah Al-Khafi sebagai pelindung.
Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan para pengikutnya untuk membaca sepuluh ayat dari Surah Al-Kahfi sebagai perlindungan dari Dajal. Baginda juga mengingatkan para pengikutnya untuk berdoa, “Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu dari musibah Dajal.” Baginda juga menyatakan terdapat tiada musibah yang lebih hebat daripada Dajal sejak penciptaan Nabi Adam a.s. hingga Hari Kebangkitan.
Surah Al-Kahfi diturunkan di Makkah (kecuali ayat 28, 83 dan 101 yang diturunkan di Madinah) dan merupakan salah satu dari lima surah Mekah yang dimulai dengan “Alhamdu lilah” (Segala puji bagi Allah).
Surah ini mempunyai 110 ayat, dan namanya diambil dari ayat ke-9 apabila disebut tentang orang orang yang berada di dalam gua (Kahfi).
Mungkin ramai yang sedia maklum bahawa surah al-Kahfi sangat digalakkan untuk dibaca pada setiap hari Jumaat. Jadi marilah kita sama-sama berdoa agar kita dan seluruh ahli keluarga kita bukan tergolong menjadi pengikut Dajjal apabila tiba masa dia keluar kelak.
Sumber : Arkib Remaja ( Almaswa)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang masih ingat sekitar tahun 2020, biskut Orea pernah menawarkan koleksi terhad bersama Lady Gaga di mana warna inti biskutnya bertukar menjadi merah jambu dan biru. Rekaan pembungkusnya turut diperbaharui selari dengan jenama Lady Gaga sebagai ikon Pop antarabangsa.
Kini, tiba giliran grup sensasi K-Pop, Blackpink pula untuk mendapat koleksi biskut Orea istimewa mereka.
Eksklusif dijual bagi pasaran Asia sahaja, Oreo dan Blackpink akan ‘menukar’ warna biskut popular itu kepada merah jambu dan inti krimnya pula berwarna hitam.
Khabarnya, koleksi Orea ini juga hadir dengan kad istimewa yang boleh korang kumpulkan. DAN jangan terus buang pek pembungkusnya! Ini memandangkan ada tertera tanda tangan ahli berbeza padanya.
Lihat sajalah beberapa foto yang dikongsikan oleh para Blinks yang – somehow – telah berjaya mendapatkan biskut Oreo x Blackpink mereka dengan lebih awal.
Menurut Orea, bidang muzik adalah salah satu bidang yang tidak pernah dimamah zaman dan sentiasa relevan dalam kalangan pelanggannya. Selama satu dekad yang lalu, dunia K-pop telah mendaki tangga populariti dan kini menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Asia.
“Blackpink kini antara kumpulan yang membawa jenama K-pop ke hadapan dan salah satu ikon terbesar generasi ini. Kami teruja untuk menemukan jutaan peminat Oreo dan BLINKs bagi momen menyeronokkan ini,” kata wakil Oreo dalam satu kenyataan media.
Koleksi Oreo x Blackpink ini bakal dilancarkan di Indonesia, Filipina dan Thailand seawal bulan Januari 2023 manakala negara lain seperti Malaysia, Singapura, Vietnam dan Korea Selatan perlu menunggu hingga bulan Februari bagi mendapatkannya.
Antara biskut Oreo Lisa, Jisoo, Jennie dan Rose; yang masa satu akan korang dapatkan dahulu? Ataupun korang akan beli kesemuanya sekaligus?
Terdahulu, Blackpink telah dinamakan sebagai ‘Penghibur Tahunan 2022’ oleh Majalah TIME.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!