
Biarpun baharu menayangkan episod pertama, program realiti baharu melibatkan anak-anak selebriti berjudul Talk To My Manager di saluran Astro Ria telahpun menerima respon positif daripada penonton.
Penerimaan tersebut sekaligus membuatkan netizen merasakan lebih ramai anak-anak selebriti lain yang wajar dipanggil bagi menyertainya termasuklah anak dara pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona.
Leona, 23 yang baru-baru ini menamatkan pengajiannya dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan di University of Bath, United Kingdom kini telahpun pulang ke tanah air dan rata-rata merasakan Leona sesuai untuk menjadi salah seorang peserta program tersebut.
BACA: Kasih Iris Leona Berjaya Tamat Pengajian Di UK, Azhar Sulaiman Luah Bangga. Tahniah!
Menerusi satu sesi siaran langsung, Leona akhirnya menjawab pertanyaan pengikutnya dan berkongsi bahawa dia sebenarnya telah dirisik untuk menyertainya. Namun, Leona terpaksa menolak tawaran produksi atas pendiriannya sendiri.

“Nak tahu tidak cerita yang agak lucu? Sebenarnya, mereka mengajak saya untuk menjadi sebahagian daripada (program realiti) Talk To My Manager tetapi saya terpaksa tolak kerana saya tidak boleh menyanyi dengan baik.
“Saya tahu saya sejenis orang yang suka mencuba benda-benda baharu but I was like, bro, people are going to laugh at me sekiranya saya sertai Talk To My Manager. Ia tidak akan menjadi kelakar (jika Leona sertai).
“I am going to be a fool. Saya pasti akan disingkirkan pada episod pertama!”
“Kemudian mereka mengajak pula saya menjadi salah seorang hos program itu dan sekali lagi, saya perlu tolak kerana tidak berminat.
“Seperkara lagi, saya perasan yang netizen merasakan Athalia (anak kepada Sharifah Zarina) terlalu tua untuk menjadi sebahagian daripada program tersebut. Saya lebih berusia daripadanya! Apa pula yang netizen akan gelarkan saya? Dinosaur?” selorohnya.
Untuk pengetahuan korang, Leona kini aktif menguruskan perniagaan kaftan miliknya, Mekna. Koleksi pertama yang pernah dilancarkan oleh Leona tidak lama dahulu habis terjual dalam masa yang cukup singkat.
Mekna yang menawarkan kaftan berpotongan selesa dan didatangkan dalam rona menarik seperti merah jambu-putih cukup diminati oleh pengikutnya. Tambahan pula apabila Leona sendiri selesa menggayakannya di lokasi awam termasuklah semasa menaiki tangga Menara Merdeka 118 pada 16 Ogos lepas.

BACA: Leona Tegas Pentingkan Pendidikan Walau Ingin Bergelar Pempengaruh
“Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!























