Korang ingat lagi tak seorang kanak-kanak lelaki yang pernah viral kerana sering memuat naik video memberikan nasihat kepada orang ramai. Paling diingati adalah videonya yang memarahi orang awam menggunakan pelitup muka dengan cara yang salah.
Muhammad Amin Salleh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Aming, berusia lapan tahun telah meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas kira-kira pukul 1.30 pagi.
Menurut Sinar Harian, ibu Aming menjelaskan bahawa anaknya itu tiba-tiba mengadu sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia. Tambahnya lagi, sebelum itu Aming berada dalam keadaan yang sihat dan aktif tanpa sebarang penyakit atau dijangkiti COVID-19.
Ads
“Dia cuma makan mi segera sahaja, kemudian sesak nafas. Saya sangka dia biasa-biasa sahaja sebab anak saya tidak sakit. Sempat lagi dia angkat barang-barang saya, azan dan solat,” jelas ibu Aming.
Sebelum Aming meninggal dunia, dia sempat memberi pesanan buat ibunya supaya menutup aurat dengan sempurna.
Ads
Walaupun baru berusia 8 tahun, Aming sudah begitu bertanggungjawab terhadap keluarganya. Kanak-kanak itu akan dikebumikan terus di tanah perkuburan Kampung Titingan sebaik selesai untuk pengurusan jenazah.
Ads
Takziah kami ucapkan kepada seluruh keluarga Aming.
Lagi kisah tentang bahana bermain Tik Tok, tiga orang wanita diburu polis kerana merakam video TikTok di tengah jambatan Suramadu, Surabaya Indonesia.
Ketiga-tiga mereka diburu polis selepas tularnya video menari yang diiringi lagu Hindustan tersebut menjadi viral di aplikasi Tik Tok melalui akaun @naylaraisa2003.
Dalam video viral itu dilihat tiga orang wanita yang berstatus ibu itu mengenakan baju, hijab dan kasut seragam berwarna kuning. Mereka melakukan aksi tersebut di jambatan Suramadu yang menghubungkan antara Surabaya dan Madura.
Namun begitu, terdapat peraturan yang melarang orang awam berhenti di jambatan tersebut dan menurut kompas.com, mereka bertiga telah pun didenda sebanyak 500,000 rupiah (RM148) kerana disabitkan atas kesalahan melanggar peraturan lalu lintas.
Polis Pelabuhan Tanjung Perak Surabaya Achmad Faisol Amir sebelum ini meminta agar ketiga-tiga wanita yang terbabit dalam penghasilan video berkenaan memohon maaf.
Jelasnya lagi, tindakan itu dilakukan bagi memberi pengajaran kepada orang awam yang memberhentikan kenderaan di tengah jambatan secara sengaja.
Pesalah telah pun membuat surat permohonan maaf atas kesalahan yang membahayakan dan turut didenda.
Nah, nak sangat viral agaknya akhirnya memakan diri sendiri!
Korang semua kalau nak rakam video Tik Tok pun janganlah sampai menyusahkan pihak lain Palinh penting, jaga keselamatan diri. Kalau dah buat tepi jalan tu kan dah bahayakan diri sendiri.
Bumi sememangnya planet yang indah dan ia merupakan satu-satunya planet yang memiliki kehidupan. Bumi sememangnya planet yang indah dan ia merupakan satu-satunya planet yang memiliki kehidupan.
Namun di sebalik keindahan ini, terdapat beberapa tempat yang sebenarnya berbahaya untuk dikunjungi.
1. Death Valley, Amerika Syarikat
Gurun ini dikenali sebagai ‘oven’ panas dan suhu di sini pernah mencapai sehingga 56.7 darjah Celcius. Tidak kira betapa kuat pun anda, pasti tidak akan mampu bertahan di sini lebih daripada 14 hari tanpa air.
2. The Danakil Desert, Eritrea
Lokasi ini mempunyai gunung berapi yang masih aktif dan air pancut yang mengeluarkan gas beracun. Malah, suhunya juga mencecah 50 darjah Celcius. Panas kan?
3. Sinabung Volcano, Indonesia
Gunung berapi aktif ini terletak di Pulau Sumatra, Indonesia. Letusan yang paling baru terjadi pada Februari 2016 dan ia mengeluarkan gas volkanik, batu dan abu dengan ketinggian 2,500 meter.
4. Ilha da Queimada Grande (Pulau Ular), Brazil
Terletak di sekitar Brazil, pulau ini merupakan lokasi paling berbahaya di planet ini. Ia dipenuhi salah satu ular paling berbisa di dunia.Penyelidik menganggarkan bahawa kira-kira lima ular per meter persegi tinggal di pulau ini. Dikatakan kerajaan Brazil telah melarang pelawat menjejakkan kaki di sini.
5. Mount Washington, Amerika Syarikat
Puncak Gunung Washington memegang rekod dunia sebagai angin paling laju di muka bumi. Kelajuan tertinggi yang direkodkan adalah 327 km/h.Selain angin yang laju, suhu di sini juga antara yang paling sejuk mencecah -40 darjah Celsius dan salji yang lebat menjadikan Gunung Washington sebagai lokasi yang sangat berbahaya.
6. Valley of Death, Kamchatka, Russia
Kamchatka Peninsula, di hujung Timur Rusia, juga mempunyai Valley Death yang tersendiri.Ia terletak tidak jauh daripada Lembah Air Pancut yang terkenal. Kepekatan gas toksik yang tinggi merupakan ancaman serius kepada semua hidupan; tumbuhan dan haiwan akan mati serta merta manakala manusia akan merasa tidak sedap badan, demam, pening kepala dan kesejukan.
7. Madidi National Park, Bolivia
Tempat ini kelihatan sangat indah pada awalnya. Namun sebenarnya ia amat merbahaya. Kenapa? Kerana ia merupakan rumah bagi fauna yang paling beracun dan agresif di dunia.Jika anda tersentuh dengan apa saja tanaman di sini, ia akan menyebabkan kegatalan, ruam dan pening. Manakala sebarang luka pula boleh dijangkiti parasit tropika. Ee.. takutnya!
8. Afar Depression, Ethiopia
Gunung Berapi Erta Ale, di Afar Region Ethiopia, merupakan salah satu gunung berapi paling berbahaya di planet ini. Gempa bumi kecil sering berlaku di sini sehingga membentuk lurah yang dalam.Keadaan ini terjadi kerana Erta Ale mengandungi dua tasik lava dalam puncak kawahnya. Jumlah lava di dalamnya akan berubah, menyebabkan permukaan bumi bergegar.
9. Lake Natron Tanzania
Kelihatan seperti landskap ruang angkasa, tetapi ia sebenarnya merupakan imej sebenar Tasik Natron di Tanzania. Kerak garam alkali di permukaan tasik ini sangat berbahaya dan semua hidupan yang menyentuh kerak itu akan mati serta merta.Bau hydrogen sulphide yang kuat akan membuatkan pening dan anda tidak akan lagi mengagumi pemandangan di tasik itu.
10. Bikini Atoll, The Marshall
IslandsMungkin ia tampak cantik dan indah seperti syurga. Tahukah kamu bahawa pulau ini merupakan tempat uji kaji bahan nuklear sekaligus mengubah pulau ini sebagai gurun radioaktif.Penduduk terpaksa berpindah kerana radiasinya yang tinggi boleh menyebabkan kanser.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pelajar kolej berusia 24 tahun telah mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang warga emas pada 12 Mac 2022.
Lo Yen Hue membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistreet Kuala Lumpur pada hari Jumaat selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistreet Amanina Mohamad Anuar.
Mengikut pertuduhan, Yen Hue didakwa memandu kenderaan model Toyota Sienta semasa berada di bawah pengaruh alkohol dengan memiliki 184 miligram dalam 100 mililiter darah dalam badan sewaktu insiden. Had yang dibenarkan adalah 50 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah.
Dia didakwa gagal mengawal kenderaan sehingga melanggar seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berusia 74 tahun di Jalan Kuching menghala Batu Caves pada jam 3.15 pagi.
Pada waktu itu, mangsa difahamkan sedang memotong pokok di pembahagi jalan sebelum maut dilangggar.
Justeru, Yen Hue didakwa mengikut Seksyen 44 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000 dan hilang kelayakan memandu untuk tempoh tidak kurang 10 tahun dari tarikh disabitkan kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nursyuhada Abd. Rauf mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, K.A Ramu memohon agar kadar ikat jamin dikurangkan dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan.
Majistret Amanina kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Mei nanti untuk serahan dokumen.
Ini bukanlah kali pertama remaja tempatan didakwa dengan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi hubungan mereka mungkin sering menjadi perhatian, namun kali ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil dengan momen yang lebih santai dan mencuit hati...