Kami rasakan ramai yang sudah menonton video tular yang dimuat naik oleh salah seorang finalis pencarian Hero Remaja 2020, Imran Aqil.
Menerusi video berdurasi 14 saat itu, Imran dilihat sedang berada di dalam kereta bersama pakciknya, Malek Muhammad Nafez untuk mendapatkan minuman Tealive.
Video di Instagram Story dan Twitter itu pada mulanya sekadar dikongsi untuk suka-suka saja bersama followers.
Namun, Imran yang memiliki hampir 42 ribu pengikut di Twitter sebaliknya menerima kecaman daripada netizen yang tidak berpuas hati mengapa mereka keluar berduaan ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Ads
Tidak mudah melatah, Imran tampil dengan video susulan untuk menjelaskan keadaan sebenar.
“Seperti yang sesetengah daripada kamu tahu, salah satu video saya telah tular di Twitter dan ia mendapat kritikan yang agak teruk.
“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf di atas kesalahan saya yang melanggari arahan PKP. Sejujurnya saya tidak ada niat untuk mengguris hati mana-mana pihak. Saya tidak sangka video itu mendapat feedback yang negatif daripada netizen.
Ads
“Kami berdua (bersama pakcik) bukan semata-mata keluar untuk Tealive. Kami baru saja pulang dari balai polis untuk mendapatkan cop kebenaran daripada pihak polis untuk perlepasan pengagihan topeng muka.
“Kepada yang bertanya mengapa surat kami tidak bercop. Ini kerana pihak polis tidak lagi mengeluarkan cop untuk perlepasan. Jadi perlepasan tersebut bergantung kepada budi bicara pegawai roadblock.
“Di pasaraya pula, kami membeli barang-barang keperluan seperti minyak, beras, gula dan garam untuk disumbangkan kepada penerima ibu tunggal dan warga asnaf pada hari Isnin lalu. Malah sumbangan juga ada dihulurkan oleh kawan-kawan emak saya untuk tujuan ini.
“Kemudian, alang-alang dah keluar, kami pun pergi membeli Tealive kerana agak dahaga. Kami tidak berada di luar hanya untuk membeli minuman itu saja.
Ads
“Saya berharap agar penjelasan ini boleh mengubah persepsi semua terhadap kami berdua,” simpul Imran menerusi video tersebut.
Sudah-sudahlah kita menghukum ya gaiss. Kadangkala apa yang kita lihat dimuat naik itu tak menceritakan 100 peratus mengenai apa yang berlaku di sebalik tabir.
Ramadan pun dah nak dekat, kurangkan kecaman kosong okay.
Majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang terindah dan dikenang sepanjang hidup, selepas penat lelah selama bertahun belajar hingga bergelar graduan.
Disebabkan oleh penularan wabak-Covid-19 di seluruh dunia termasuk Malaysia, beberapa universiti awam tempatan terpaksa menangguhkan sesi konvokesyen di kampus masing-masing sehinggalah kemaskini terbaru diterima mengenai perintah kawalan pergerakan.
.
Terbaru, UiTM kenyataan untuk mengadakan majlis dilakukan secara temu janji.
Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini melaksanakan penganugerahan diploma dan ijazah secara janji temu bagi menjaga keselamatan, kesihatan, kebajikan dan keselesaan para graduan, ibu bapa serta seluruh warga yang terlibat.
Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim menjelaskan bahawa pihak pengurusan tertinggi UiTM mengambil langkah tersebut berikutan pandemik COVID-19 masih berleluasa dan peningkatan kes yang tidak menentu.
Selepas menyedari hakikat ini, pihak Pengurusan Tertinggi UiTM melakukan yang terbaik dalam memenuhi hasrat para graduan untuk mempunyai kenangan konvokesyen dalam suasana norma baharu.
“Janji Temu yang diperkenalkan ini telah mengambil kira pelbagai aspek keselamatan, kebajikan, kesihatan dan keselesaan (4K) dengan merujuk Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pengajian Tinggi,” ujarnya.
Walaupun penganugerahan diploma dan ijazah adalah secara janji temu, Mohd Azraai berkata graduan masih berpeluang memakai jubah konvokesyen, merakamkan gambar kenangan dan menerima skrol serta transkrip sama seperti istiadat konvokesyen secara konvensional.
Dalam pada itu, sesi penganugerahan ini akan dijalankan bermula dari 7 November 2020 sehingga 9 Januari 2021 (tertakluk kepada pindaan) di UiTM Shah Alam dan seluruh Kampus Cawangan berdasarkan pemilihan kampus terdekat oleh para graduan.
Penganugerahan diploma dan ijazah secara janji temu dalam norma baharu ini adalah untuk menggantikan Istiadat Konvokesyen UiTM pada tahun ini yang lazimnya dilaksanakan dua kali setahun.
Namun, istiadat konvokesyen secara janji temu ini menjadi tanda tanya kepada para pelajar tentang yuran konvo yang mereka perlu bayar?
So apa pendapat korang dengan konvo secara temujanji yang dilaksanakan oleh Uitm ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini mencatatkan kes positif seluruh dunia lebih 205 juta dengan korban mencecah 4.33 juta. Allahu…
Melihat kes Covid-19 yang semakin meningkat tanpa sedikit pun tanda untuk hilang dari muka bumi ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) gigih menjalankan ujian klinikal ke atas tiga jenis ubat akan dijalankan secara besar-besaran di 52 negara sebagai terapi yang berpotensi untuk merawat Covid-19.
Foro Kredit : www.who.int
Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, ujian dalam kempen Solidarity Plus itu akan melibatkan ribuan pengkaji dan lebih 600 hospital.
Terdahulu, empat ubat telah dinilai dalam ujian dengan hasil yang menunjukkan bahawa remdesivir, hydroxychloroquine, lopinavir, dan interferon mempunyai sedikit atau tidak mempunyai kesan kepada pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital.
Ujian ini diperluaskan ketika dunia sedang menghadapi gelombang pandemik baru, yang dipicu oleh varian Delta yang menular di beberapa negara termasuk Malaysia.
Ini tiga ubat yang dikesan mempunyai potensi melawan Covid-19.
Artesunate
Foto Kredit: www.mmv.org
Artesunate dihasilkan oleh Ipca dan kini digunakan untuk merawat penyakit malaria. Dalam percubaan Solidariti, ia akan diberikan secara intravena selama tujuh hari, menggunakan dos standard yang disyorkan untuk rawatan malaria, kata WHO.
Imatinib
Foto Kredit : keionline.org
Imatinib dihasilkan oleh Novartis dan digunakan untuk merawat penyakit kanser tertentu. WHO mengatakan pesakit yang mengambil bahagian dalam ujian ini akan mengambil ubat secara makan, sekali sehari, selama 14 hari.
Infliximab
Foto Kredit : http://www.pharmafile.com/
Dihasilkan oleh Johnson & Johnson, infliximab digunakan untuk merawat penyakit sistem imun. Untuk percubaan, ia akan diberikan secara intravena pada satu dos, berdasarkan dos standard yang diberikan kepada pesakit Penyakit Crohn dalam jangka masa yang panjang, kata agensi PBB.
Moga dihari Jumaat ini Allah mengangkat pandemik Covid-19 ini. Amin
Rakyat Malaysia kini bolehlah menarik sedikit nafas lega setelah kita diberikan kelonggaran minor untuk menjalani kehidupan separa normal berbanding semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan 1 Jun lalu.
Kedai makan telah mula dibuka, aktiviti ‘dine-in’ juga dibenarkan di sesetengah kawasan.
Tinjauan REMAJA mendapati semakin banyak pusat membeli-belah yang telah dibuka di Lembah Klang bagi memudahkan peniaga menjalankan perniagaan masing-masing. Ini berikutan kenaikan peratusan individu yang telah memperolehi dua dos suntikan vaksin.
Namun dalam diam, sebenarnya masih ada satu cabang industri yang belum dibenarkan beroperasi seperti biasa iaitu industri pawagam Malaysia.
Saban minggu, ada saja filem baharu yang ditayangkan di segenap pelusuk dunia namun di Malaysia, peminat kempunan untuk menontonnya di layar agam. Bagi filem syarikat produksi yang mempunyai platform penstriman seperti Disney sebagai contoh, tiada masalahlah untuk kita menontonnya di rumah walaupun kepuasannya tidak sama.
Namun bagi filem terbitan syarikat yang kecil lebih-lebih lagi filem keluaran syarikat penerbitan tempatan, mereka terus mengeluh memikirkan filem mereka tidak mendapat tontonan menyeluruh di Malaysia.
Terbaru, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Yang Berhormat Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan balas kepada syarikat pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) telah memberikan komen mengenai dilema ini.
Terdahulu pada 1 September 2021, beliau telah membuka kotak cadangan untuk membantu kementeriannya menyelesaikan masalah berkaitan. GSC kemudiannya cuba mendapatkan sokongan kementerian untuk membuka semula pawagam selari dengan peringkatan jumlah individu yang telah mendapat dua dos suntikan vaksin.
Lalu kata Annuar Musa, “Ya, saya sedar keadaan pawagam-pawagam di Malaysia dan saya sudah bawa isu ini ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama isu-isu lain berkenaan industri kreatif. InsyaAllah kerajaan akan mengumumkan sesuatu tidak lama lagi.”
Ya, saya sedar keadaan pawagam-pawagam di Malaysia dan saya sudah bawa isu ini ke MKN bersama isu-isu lain berkenaan industri kreatif. InsyaAllah kerajaan akan mengumumkan sesuatu tidak lama lagi. https://t.co/aytp8XQEyO
Dengan ciapan tersebut, ia seakan memberi peminat filem secebis harapan untuk menonton beberapa filem berbajet besar di pawagam. Ini termasuklah filem Shang-Chi & the Legend of the Ten Rings (September), No Time To Die (September), Venom : Let There Be Carnage (Oktober), Dune (Oktober), House of Gucci (November), The Matrix 4 (Disember) dan Spider-Man : No Way Home (Disember).
Filem mana yang paling korang nanti-nantikan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!