Selangor Red Giants (SRG.OG) terpaksa akur melepaskan takhta juara dunia mereka selepas tewas 1-4 kepada gergasi Filipina, Team Liquid PH (TLPH) pada aksi akhir Piala Dunia e-Sukan (EWC) 2025 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.
Walaupun gagal mempertahankan kejuaraan, aksi SRG.OG sepanjang kejohanan tetap memukau dan wajar dipuji apabila mereka bangkit dari permulaan goyah di peringkat kumpulan untuk menyingkirkan beberapa pasukan pilihan termasuk RRQ dan ONIC PH sebelum mara ke pentas final.
Menurut pengerusi SRG.OG, Simon Lim berkata, beliau berbangga dengan semangat juang luar biasa yang ditunjukkan pasukannya.
“Saya amat berbangga kerana perjalanan kami di sini seperti roller coaster dan bukan mudah kerana saya sendiri ragu-ragu. Saya rasa kami layak ke playoff, lapan terbaik pun cukup baik pada mulanya,” katanya.
Kredit foto: FB MPL MalaysiaKredit foto: FB MPL Malaysia
“Namun, barisan pemain dan jurulatih membuktikan mereka mampu melawan segala rintangan untuk sampai ke peringkat grand final ini,” jelasnya lagi.
Ads
Meskipun tewas di tangan TLPH, Simon tetap optimis terhadap masa depan SRG.OG dan menyifatkan kekalahan ini sebagai sesuatu yang positif.
“Kekalahan ini bukan kerana tidak kuat tetapi kita tewas kepada pasukan yang lebih baik. Pujian harus diberikan kepada TLPH. Saya tetap percaya kepada pasukan dan pemain, kami akan kembali lebih kuat,” ujarnya.
Dalam pada itu, bintang SRG.OG, Muhd. Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman atau Sekys turut berkongsi rasa bangganya dan meluahkan rasa syukur apabila dapat berada di pentas akhir ini selama dua tahun berturut-turut serta menyifatkan perjalanan untuk ke tahap ini bukan mudah.
Ads
Kredit foto: FB MPL MalaysiaKredit foto: FB MPL Malaysia
Sebagai naib juara, SRG.OG membawa pulang ganjaran bernilai AS$500,000 (RM2.13 juta), manakala TLPH selaku juara meraih habuan lumayan berjumlah AS$1 juta (RM4.28 juta).
Mengulas mengenai pencapaian tersebut, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut menyatakan rasa bangganya terhadap SRG.OG.
“Saya rasa tempat kedua bukan satu kegagalan. Ia satu pencapaian yang bagus. Hadiah yang dimenangi juga agak lumayan,” katanya.
Ads
Kredit foto: FB MPL Malaysia
“Jadi, saya ingin mengucapkan syabas kepada pasukan SRG.OG kerana berjaya mara ke final,” ucapnya lagi.
Sementara itu, kejohanan MLBB Piala Pertengahan Musim (MSC) turut menyaksikan ONIC PH meraih tempat ketiga selepas menewaskan ONIC ID 3-2 dalam aksi penentuan. Prestasi konsisten wakil Filipina itu jelas menunjukkan dominasi mereka di pentas antarabangsa.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam perjuangan melawan virus Covid-19, kerajaan telah melakukan pelbagai cara untuk mengekang penyebaran. Namun dalam pelaksanaan prosedur tersebut banyak juga kritikan yang diterima.
Terbaru apabila kerajaan mengumumkan denda sebanyak RM10’000 bagi mereka yang melanggar prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan bermula Mac ini, banyak reaksi bercampur baur diterima.
Antaranya, YB Hannah Yeoh yang merupakan ahli parlimen Segambut lantang menyelar tindakan tersebut menerusi ciapan di laman Twiter.
Menurutnya, “Hey @IsmailSabri60 denda RM10,000 keterlaluan, zalim dan melampau. Jumlah RM10,000 boleh menjadi pendapatan seseorang dalam setahun. Menteri PN boleh pula berbangga dengan pemberian beras sebagai Kerajaan Persekutuan tapi kenakan denda tak masuk akal seperti ini, hentikanlah!”
Hey @IsmailSabri60 Denda RM10,000 keterlaluan, zalim dan melampau. Jumlah RM10,000 boleh menjadi pendapatan seseorang dalam setahun. Menteri PN boleh pula berbangga dengan pemberian beras sebagai Kerajaan Persekutuan tapi kenakan denda tak masuk akal seperti ini, hentikanlah! pic.twitter.com/Sgs1Rek5Wz
Perkara itu dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dimuat naik dalam portal rasmi Jabatan Peguam Negara. Ordinan itu turut menyatakan syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan berkaitan SOP boleh didenda sehingga RM50,000.
Antara kesalahan yang akan dikenakan denda ini ialah tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi penjarakan fizikal, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, rentas daerah/negeri tanpa kebenaran dan pusat hiburan.
***P/S – Apa pendapat anda tentang denda sebanyak RM10’00 ini?Untuk remaja di luar sana, sila patuhi segala SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Jumlah RM10’000 bukanlah nilai yang sedikit. Vaksin pun sudah tiba di Malaysia, semoga kita akan segera pulih dari pandemik ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nak beraya dengan kuih raya buatan air tangan sendiri? Tapi terlalu sibuk dan penat? Haaaa.. jangan risau sebab kali ini Remaja akan kongsikan resipi badam coklat ala ferrero rocher yang hanya menggunakan dua bahan sahaja.
Mudah dan sedap, pasti anda akan non-stop makan di malam raya sambil layan telefilem khas raya bersama yang tersayang.
Bahan-bahan:
400g badam
6 pek coklat Cadbury dairy milk
Cara membuatnya:
Goreng badam tanpa minyak. Api sederhana, rajin dikacau.
2. Selepas digoreng kemudian masukkan dalam oven pula. Suhu 150 untuk 20 minit. Pastikan selang lima minit buka pintu oven dan kacau supaya ranggup sebati.
3. Guna 6 pack untuk 400 gram almond tadi. Letak dalam mangkuk yang tahan panas.
4. Wapkan di bawah periuk letak air yang sedang mendidih kemudian kacau coklat tersebut sampai cair.
5. Dah cair begini letak tepi dalam 15 minit. Tunggu dia sejuk.
6. Dah sejuk coklat tadi masukkan almond. Bila sejuk masuk almond rangupnya tak boleh bawa bincang. Kalau panas-panas masukkan almond hilanglah kerangupan almond tu. Kacau sebati semua.
7. Kemudian ambil sudu letak comel-comel atas dulang. Dah siap masukkan dalam peti ais selama 20 minit.
8. Setelah ianya keras, bolehlah susun dalam balang sesiap. Letak luar pon tak cair tau!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ramai yang memilih oat sebagai makanan diet kerana menganggap ia sangat bagus untuk menurunkan berat badan.
Memang benar, tapi korang perlu tahu ada beberapa jenis oat sebelum memilih untuk dijadikan makanan diet.
Berikut merupakan perkongsian daripada Cikgu Diet Official tentang jenis-jenis oat yang perlu korang tahu bagi sesiapa yang mahu berdiet.
1. Instant oat
Foto: Cikgu Diet Official
Oat paling banyak diproses. Ia dimasak terlebih dahulu, kemudia dikeringkan, digelek, dilenyek dan dipotong kepada kepingan halus bagi tujuan memudahkan untuk dimasak. Oat jenis ini boleh direndam bersama air panas dan terus boleh dimakan.
Merupakan oat yang dah dilenyek, tapi belum dimasak semasa pemprosesannya. Rolled oat lebih tebal daripada quick oat. Cara masak juga perlu lebih lama, lebh kurang 5-7 minit.
Oat yang paling kurang diproses. Oat ini dipotong kasar dan tidak dilenyek daripada bijirin oat yang dipanggil oat groat. Bila dikunyah, rasanya kenyal dan rasa seperti kacang rebus. Cara masaknya agak lama, sekitar 20-30 minit sebelum boleh dimakan.
Pilihan sesuai untuk diet
Kalau korang perhatikan cara pemprosesan oat ni hanya melibatkan fizikal saja tanpa tambahan bahan lain. Kandungan nutrisi keempat-empat oat ini juga sebenarnya hampir sama.
Cuma, perbezaan paling ketara adalah kadar penyerapan ke dalam tubuh. Semakin halus oatmeal, semakin cepat diserap ke dalam badan dan semakin cepat ditukar kepada gula.
Ini kerana semasa diproses kandungan fiber dan nutrient dalam bijirin oat akan terbuang sekali dan menyebabkan indeks glisemik antara oat-oat ini berubah.
Ada yang kata bila kita makan instant oat dan quick oat, penyerapan gula adalah lebih dahsyat daripada minum air bergas. Mencanak naik gula dalam darah. Itu yang bila makan oat, tapi tak kenyang, selera makan tak berkurang, craving dan berat tak turun.
Mesti korang pernah rasa kan?
So guys, kalau korang nak diet, sebaiknya pilih rolled oat atau boleh cuba steel cut oat. Glisemik indeks rolled oat dan steel cut adalah sederhana, iaitu 58 sama kategori dengan brown rice.
Manakala glisemik indeks instant oat dan rolled out adalah 83, hampir sama seperti nasi putih.
Jadi, sekarang korang dah faham kan oat mana yang sesuai dimakan kalau sedang berdiet? Lepas ni janganlah bising pula kalau berat tak turun. Hiks!