Pelakon muda yang sebelum ini giat melopori rancangan Astro Ceria seperti Elly & Epit dan Strawberry Karipap The Series kini tular baru-baru ini apabila muncul di uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 hujung minggu lalu.

Rykarl Iskandar atau nama sebenarnya Nor Heidzriq Haikal bin Norhamizan merupakan seorang pelakon kanak-kanak Malaysia yang kini menginjak dewasa.

“Kali Terakhir Berlakon Ketika Kecil….” – Rykarl Iskandar Enggan Nama Dikenali Hanya Sekadar Pelakon Kanak-Kanak

Kini berusia 18 tahun, kehadirannya di uji bakat tersebut mencuri perhatian ramai pihak terutamanya warganet yang terkejut akan penampilannya yang semakin matang.

“Saya dah lama ‘ditinggalkan’ maka saya merasakan platform Hero Dewi Remaja ini sebagai satu peluang terbaik untuk naikkan balik nama saya di dalam industri.

“Sebab kali terakhir saya berlakon adalah ketika masih kanak-kanak maka mungkin uji bakat ini dapat menjadi peluang baharu kepada saya untuk menjadi lebih dewasa,” komennya menjelaskan sebab utama dirinya hadir ke uji bakat tersebut.

IKLAN

 Turut menerujakan apabila pelakon drama Nenek Bongkok Tiga ini juga mahu menonjolkan bakatnya dari aspek nyanyian kepada para juri yang hadir.

“Selain dari berlakon, saya juga sudah lama berjinak-jinak untuk menyanyi,

“Kalau ada perasan di media sosial, saya ada kongsi video nyanyian saya sedikit, main alat muzik sedikit. Jadi mungkin itu antara bakat yang dapat saya kongsikan kepada juri nanti,” jelasnya lagi.

IKLAN

Dirinya turut akui bahawa namanya makin kelam di dalam industri lakonan dan jarang ditawarkan peranan di dalam mana-mana drama mahupun filem.

“Sebab saya tidak sesuai di mana-mana role buat masa sekarang. Selalunya pihak produksi akan sedikit rungsing untuk meletakkan saya di peranan kanak-kanak atau dewasa,

“Bidang lakonan akan sentiasa menjadi passion saya. Kalau saya tiada job sekalipun atau fokus buat perkara lain, lakonan akan sentiasa menjadi fokus utama saya sebab itu jiwa saya,” komennya kepada pihak REMAJA.

IKLAN

BACA LAGI: “Bersyukur Sangat..” 6 Tahun Cedok Pengalaman Sebagai Model Hijabi, Qasrina Karim Capai Tuah Pada 2023 – REMAJA

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IHSAN FOTO: REMAJA

https://www.youtube.com/watch?v=_4v29rQW5_Q

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI