Atlet Muay Thai terkenal, Johan Jojo Ghazali atau lebih mesra dipanggil Jojo baru-baru ini menyentuh hati para peminatnya apabila membuat kejutan istimewa untuk ibu tercinta.
Menerusi perkongsian di media sosial miliknya sendiri, Jojo yang juga merupakan merupakan atlet Muay Thai muda yang sudah mencipta nama dengan jayanya di gelanggang antarabangsa telah menghadiahkan ibunya seutas jam tangan berjenama Rolex sehingga menyebabkan ibu kesayangannya itu mengalirkan air mata.
Menurut Jojo, ibunya, Jennana Johnson pada awalnya tidak menjangka bakal menerima hadiah istimewa berkenaan kerana beranggapan anaknya itu hanya mahu membuat rakaman video berkaitan minyak wangi.
“Mama ingat nak shooting perfume, rupa-rupanya…”
“Alhamdulillah hadiah istimewa untuk orang yang istimewa. Kalau mama tak mengaku Jojo anak kesayangan, Jojo give up je la,” ujar Jojo berseloroh.
Ads
Dalam pada itu, pengikut Jojo juga ramai yang terkejut melihat ibu Jojo yang begitu tersentuh sehingga mengalirkan air mata apabila menerima kejutan daripada putera keduanya itu kerana sebelum ini ibunya itu dilihat sering bergurau kasar dengan Jojo.
Ads
Pada masa yang sama, atlet berusia 19 tahun itu turut meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk memberikan sesuatu yang bernilai buat orang tersayang.
“Hadiah istimewa untuk insan yang sangat istimewa. Alhamdulillah Allah telah memberkati saya untuk memberi kembali kepada orang-orang yang telah berada di sana sejak hari pertama dan tanpa ragu-ragu akan selamanya ada untuk saya,” katanya.
Sekadar info, Johan Ghazali adalah atlet sukan Muay Thai negara yang mempunyai darah kacukan Malaysia, Indonesia dan Jepun dari sebelah bapa, dan Amerika Syarikat dari ibunya. Jojo merupakan anak kedua daripada empat adik beradik yang kesemuanya merupakan atlet Muay Thai dan potensinya sangat menyerlah pada usia muda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memahami situasi semasa yang dihadapi oleh keluarga yang memerlukan pada musim pandemik ini, ahli parlimen Rembau, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin mengambil langkah YB Syed Saddiq dengan mengagihkan komputer riba atau laptop, hujung minggu lalu.
Meskipun mungkin ada suara-suara nakal yang berkata ia ibarat ‘meniru’ kempen pemberian laptop yang dilakukan terlebih dahulu oleh ahli parlimen Muar tersebut, lamgkap pemberian laptop ini sebenarnya relevan dengan keperluan setiap keluarga untuk meneruskan pembelajaran, pekerjaan dan rutin harian yang kini dilakukan secara atas talian.
Yang penting niat mereka sama untuk membantu penduduk di kawasan parlimen masing-masing kan.
Menerusi muat naik akaun Facebook beliau yang telah menerima lebih 10 ribu likes, KJ berkata, “Pemberian kepada 1000 orang penerima ini adalah sebahagian daripada inisiatif Digital Rembau bagi memastikan pelajar yang tinggal di rumah mampu meneruskan pembelajaran masing-masing.
“Semenjak pandemik ini bermula, gaya hidup digital semakin rancak berkembang. Rembau tidak seharusnya ketinggalan dalam peredaran ini. Kami sempat untuk memberi komputer riba dan tablet kepada mahasiswa dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah bagi membantu mereka melalui norma baharu dengan lebih selesa.”
Tambah beliau lagi, projek Digital Rembau juga menyasarkan kepada kepentingan para peniaga dan penjaja setempat. Beliau ingin penduduk di sana terbuka kepada idea pembayaran tanpa tunai seperti kad debit, Touch ‘n Go dan QR Pay.
“Kita perlu lebih kreatif dan giat menggunakan aplikasi dan teknologi dalam pentadbiran dan pengurusan perniagaan. Digital Rembau ini bukan sekadar slogan atau kempen semata-mata. Tapi ia adalah perubahan gaya hidup yang lebih fresh,” jelasnya lagi yang turut singgah sebentar melihat pembangunan Kompleks Belia & Sukan Rembau.
Baguslah apabila semakin ramai ahli politik bukan hanya tahu berkempen dan menabur janji tetapi mereka turun padang bagi membantu keperluan penduduk setempat mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buat peminat jam tangan popular G-Shock, kali ini korang berpeluang untuk memiliki jam tangan edisi terhad Malaysia, G-Shock X Harimau Malaya yang bakal berada di pasaran.
Sebelum ini, PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun menjalinkan kerjasama bersama syarikat multinasional Jepun, Casio bermula 1 Mac 2021 sehingga 28 Februari 2022.
Foto: FAMFoto: FAM
Sebagai tanda sokongan kepada skuad Harimau Malaya yang bakal beraksi selepas setahun berehat akibat pandemic COVID-19 dengan baki tiga lagi perlawanan Kumpulan G,
Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jun ini, Casio telah melancarkan jam tangan edisi terhad G-SHOCK Harimau Malaya.
Foto: FAM
Sebanyak 999 utas jam tangan ini akan dihasilkan dan kesemuanya hadir dengan nombor siri. Jam edisi terhad ini akan dijual mulai 1 Julai 2021 dengan harga RM579, lengkap dengan baju Harimau Malaya X G-Shock, tali pergelangan tangan dan beg kertas yang direka khas.
Jadi, buat peminat G-Shock, korang boleh cepat-cepat dapatkan jam tangan edisi terhad ini kerana ia hanya dihasilkan untuk beberapa unit sahaja. Nanti kalau lambat melepas pula. Hiks!
Bila lagi nak ada koleksi G-Shock edisi negara sendiri kan?
Sudah tentu rakyat Malaysia ternanti-nanti bilakah giliran mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin dan mungkin ada yang risau jika terlepas giliran kerana terlepas pandang.
Bagi mereka yang sudah mendaftar untuk menerima vaksin, korang boleh menyemak status temujanji suntikan vaksin dengan hanya melakukan satu cara mudah.
Pergi ke laman web vaksincovid.gov.my, pilih SEMAK TEMUJANJI VAKSINASI ANDA dan masukkan nombor kad pengenalan serta nombor telefon yang didaftarkan, kemudian tandakan pada I’m not a robot dan jawab soalan mudah.
Selesai menjawab soalan, maklumat tentang status, tarikh dan masa temujanji akan dipaparkan.
Selain itu, korang juga akan menerima notifikasi melalui MySejahtera atau SMS apabila tarikh temu janji vaksinasi yang telah ditetapkan. Maklumat temu janji hanya akan dikemaskini 14 hari sebelum tarikh vaksinasi korang.
Takut terlepas pandang lihat di aplikasi MySejahtera, korang bolehlah cuba semak dengan cara lain yang kami kongsikan ini biar puas sikit hati dapat tengok dengan jelas kan. Hiks!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.