Tenang saja berhadapan dengan kontroversi yang tiada kena mengena pun dengan dirinya, Wany Hasrita tampil menjelaskan mengenai video yang tular pada akhir minggu lalu.
Pada Jumaat minggu lalu, peminat Wany Hasrita telah melaporkan kepada penyanyi berusia 29 tahun itu berkenaan sebuah video yang telah berlegar.
Video tersebut memperlihatkan seorang lelaki yang sedang berkelakuan tidak senonoh dan kelihatan foto Wany ada dalam video tersebut.
Setelah warganet menghantarkan laporan insiden terbabit ke pihak Twitter dan akhinya, ia telah dipadamkan oleh Twitter.
Bercakap dengan rakan media di BH Online, ini dakwa Wany bukanlah kali pertama insiden seakan ini berlaku kepadanya. Sebelum ini, foto Wany juga pernah dipergunakan dalam laman sosial Tumblr lalu menjatuhkan air mukanya.
Biarpun pada asalnya dia enggan memberikan komen berkenaan insiden ini, namun Wany berfikir bahawa isu ini boleh berlaku kepada perempuan lain juga dan dia ingin memberikan kesedaran mengenainya.
Ads
“Kalau boleh saya ingin senyap saja dan tidak memperbesarkan isu ini kerana saya telah dipermalukan sebegitu rupa.”
“Siapa yang tak rasa malu jika wajah mereka digunakan untuk video tidak senonoh. Saya terfikir kenapalah ada orang sanggup lakukan perkara ini terutamanya semasa bulan Ramadan.
“Saya memperolehi banyak DM berkenaan isu ini dan memutuskan untuk memuat naik satu kenyataan di Instagram untuk meminta followers ‘report’ video tersebut jika mereka terjumpa lagi,” jelasnya yang bersyukur dengan bantuan pantas pihak Twitter yang memadamkan video serta akaun Twitter berkenaan.
Good for you Wany for standing up!
Ads
Bagi korang di luar sana, walaupun kita telah melakukan sedaya mungkin untuk menjaga kesantunan diri dari segi berpakaian dan tutur kata, namun kita tidak boleh mengelak sekiranya ada yang berniat buruk untuk mempergunakan wajah kita.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata pemantauan secara serius dapat mencegah berlaku peningkatan kes rogol bawah umur khususnya di daerah itu.
Katanya sejak Januari lalu, sebanyak lapan kes rogol bawah umur direkodkan di daerah Kerian berbanding dua kes dalam tempoh sama tahun lepas dengan semuanya berpunca daripada perkenalan mangsa dengan suspek melalui aplikasi media sosial seperti WhatsApp dan WeChat.
Aplikasi WeChat dan Whatsapp antara punca semakin ramai remaja terjebak gejala rogol. Polis ingatkan agar ibu bapa memantau pergerakan anak-anak dan memeriksa telefon bimbit milik anak-anak
Justeru itu, ibu bapa diminta memantau aktiviti anak-anak terutama yang melibatkan penggunaan aplikasi media sosial bagi mengelak mereka terjebak dengan gejala sosial.
Katanya lagi, kebanyakan kes rogol yang kita siasat berlaku atas kerelaan mangsa, walaupun ada yang baru mengenali antara satu sama lain dan kebanyakan mangsa dikenal pasti sudah tidak bersekolah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di Bagan Serai. Bernama.
Berikutan kes rogol yang semakin membimbangkan, REMAJA senaraikan kes-kes rogol yang pernah berlaku dalam negara. Adanya sangat tragis dan menakutkan di mana mangsa dirogol oleh 38 orang lelaki dalam satu malam. Sikap daif dan mempercayai lelaki antara punca kenapa gadis bawah umur terjebak dalam kes rogol ini.
Gadis berusia 15 tahun ini dirogol oleh 38 orang lelaki semalam dan kesnya mendapat liputan meluas
2 gadis dirogol 38 lelaki
Ini mungkin jenayah rogol paling “gila” pernah dilaporkan 4 tahun lalu melibatkan dua gadis remaja berusia 14 tahun dari Guchil, Kuala Krai dan seorang rakannya berusia 17 tahun dari Ketereh.
Di rumah kosong inilah gadis ini dirogol bergilir-gilir hingga mengalami kecederaan di bahagian alat kelamin.
Difahamkan pada malam malang dan penuh kengerian itu, pelajar tingkatan tiga itu dibawa keluar oleh rakan lelakinya lalu dibawa ke sebuah rumah kosong. Tidak berapa lama berada dalam rumah yang dipercayai tempat penagih melepaskan gian, sekumpulan lelaki, dipercayai seramai 38 lelaki mulai merogol kedua-dua gadis ini tanpa perasaan belas kasihan langsung.
Ini sebahagian dari 38 individu yang merogol mangsa termasuk seorang lelaki dan juga anak lelakinya turut terlibat dalam jenayah ini. Kebanyakan mereka dijatuhi hukuman penjara sehingga 20 tahun lamanya.Di rumah kosong inilah mangsa dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaki dalam semalam
Mangsa pengsan dan alami kecederaan di bahagian alat kelamin. Mungkin naif dengan jenayah yang berlaku padanya, di sebalik tubuh yang kesakitan, mangsa telah pulang ke rumah dan mandi. Tetapi mungkin kecederaan di tubuhnya membuatkan mangsa kesakitan sebelum dibawa ke hospital.
Lebih malang, dalam kejadian ini, dua beranak, antara yang ditahan. Tahun lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara 18-22 tahun kepada kebanyakan suspek yang merogol mangsa ini selepas sabit tuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.
Sangat menyedihkan kerana ada antara perogol itu remaja lelaki berusia di bawah usia 18 tahun semasa kejadian.
Tandas awam juga antara lokasi rogol dilaporkan. Sila berhati-hati ya terutama di waktu malam. Gambar hiasan.
Gadis 14 tahun kena rogol dalam tandas awam
Nasib malang menimpa seorang gadis berusia 14 tahun apabila dia dirogol beramai-ramai dalam sebuah tandas awam taman rekreasi di Taman Setia Tropika, Kempas, Johor Bharu antara jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi.
Sepanjang tempoh perbicaraan sejak Disember 2015, seramai 16 saksi pendakwaan dan pembelaan dipanggil. Akhirnya, akibat kerakusan nafsu empat pemuda ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati salah atas pertuduhan merogol gadis bawah umur secara beramai-ramai, dua tahun lalu. Kebanyakan yang merogol berusia 21 tahun termasuk di bawah usia iaitu 19 tahun.
Gadis 13 tahun diculik dan dirogol
Seorang gadis berusia 13 tahun menempuh detik hitam apabila diculik dan dirogol empat lelaki di sebuah rumah kosong di Jalan Abdul Raof, di sini, ketika pergi ke kedai runcit pada 15 Januari lalu.
Ketika kejadian, remaja berkenaan dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit yang terletak beberapa meter dari rumahnya. Dia dikejar sebelum dibawa ke ruamh kosong dan dirogol empat lelaki. Kumpulan lelaki itu kemudian meninggalkan mangsa di tempat kejadian.
Janda beranak tiga mangsa rogol beramai-ramai
Polis menahan tujuh pemuda yang dipercayai terlibat dalam kes rogol beramai-ramai seorang janda beranak tiga di sebuah rumah kosong di Lambor Kanan, Parit.
Pihak polis telah menahan 7 lelaki berusia antara 21 hingga 26 tahun dalam kejadian ini. Mangsa mengakui telah dirogol beramai-ramai dalam sebuah rumah kosong kira-kira jam 11 malam.
Sebelum kejadian, mangsa dikatakan mengikut teman lelakinya berusia 20-an keluar bersiar-siar menaiki sebuah kereta sebelum ditahan oleh seorang daripada suspek di tepi jalan di Lambor Kanan.
Apa jenayah rogol dan berapa kes sehari?
Jenayah rogol ini diklasifikasikan atas kesalahan jenayah menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat.
Mengikut perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 13,272 kes rogol atau 59.7 bagi tempoh tahun 2010 hingga Mei lalu.
Johor menjadi negeri paling tinggi mencatatkan kes rogol iaitu 2,089 kes atau 15.73 peratus diikuti Selangor.
Dalam laporan yang dibentangkan dalam Parlimen sehingga tahun 2015, kebanyakan kes rogol di Malaysia melibatkan golongan yang berumur 13 ke 15 tahun dalam kelompok paling ramai.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampak macam hal kecil. Ini kerana kita pasti berfikir, jika buang kucing di pasar pasti haiwan peliharaan ini tidak akan mati kebuluran kerana ada makanan yang banyak.
Namun awas kepada pemilik haiwan jangan sesekali ada pemikiran sedemikian atau dalam erti kata lain, ambil jalan mudah dengan buang ke pasar.
Mengikut peruntukan dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015, takrifan pemunya haiwan adalah mana-mana orang yang memiliki apa-apa haiwan termasuk mana-mana orang pada masa ini bertanggungjawab mengenai mana-mana haiwan atau mana-mana orang yang menghuni mana-mana premis.
Mana-mana individu yang membuang haiwan peliharaan ke pasar boleh dikenakan hukuman penjara 3 tahun serta denda antara RM10,000- RM100,000 jika sabit kesalahan dan jumlah denda itu sudah dikuatkuasa sejak 1 Julai 2017 lagi.
Bagaimana nak ‘ajar’ orang kejam ini?
Tentu ramai yang bersimpati dengan nasib haiwan comel yang dibuang merata atas alasan ada masalah asma, terlalu banyak pembiakan, kucing berak merata dan banyak lagi isu melibatkan haiwan manja ini.
Tapi kita juga pasti nak ajar individu yang membuang secara sesuka hati.
Apa yang korang boleh buat ialah kalau terserempak individu tengah buang kucing, rakam gambarnya sama ada melalui video atau gambar. Hantarkan maklumat itu ke Jabatan Vaterinar dan tindakan akan diambil ke atas individu terbabit.
Persatuan Haiwan Malaysia tawar RM2000 untuk kucing yang dibuang semalam?
Sejak semalam tular di fb Persatuan Haiwan Malaysia yang mahu memberikan ganjaran sebanyak RM2000 kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat mengenai pembuangan kucing di Ampangan, Seremban Negeri Sembilan seperti dalam Instagram nvdiahusna. – Maklumat peribadi pengadu dirahsiakan. Kekecohan masyrakat pencinta haiwan mengenai pengakuan seorang pemilik Instagram bernama nvdiahusna mengenai pembuangan dua ekor kucing peliharaan oleh sepupunya kini dipertikai.
Pemilik Instagram bernama nvdiahusna perlu tampil beri maklumat dan perjelaskan adakah insiden pembuangan dua ekor kucing cantik dan gebu benar-benar wujud atau hanya propaganda untuk melariskan page instagram dengan meraih banyak likers.
Jenayah kezaliman haiwan bukan satu gurauan. Secara logiknya dua ekor kucing ini sehat dan cantik dan boleh menemui tuan baru sekiranya benar-benar diusahakan mencari tuan baru atau pilihan terakhir adalah dengan menyerahkan kucing kepada pengusaha shelter kucing beserta jumlah bayaran tertentu.
Animal Malaysia sekali lagi terima gesaan untuk menyelesaikan kemelut isu propaganda pembuangan dua ekor kucing ini. Sepupu pembuangan dua ekor kucing ini diminta tampil hubungi Animal Malaysia di talian hotline Whatsapp +601120901097.
Mana-mana jiran, sahabat handai dan saudara mara kepada pemilik Instagram bernama nvdiahusna juga diminta menyerahkan maklumat kejadian untuk memastikan kesahihan adegan ini.
Jika benar. Animal Malaysia tawar RM2,000.00 kepada pemberi maklumat dan saksi yang membolehkan pelaku pembuang dua kucing ini ditangkap, didakwa dan dihumban ke penjara.
Mohon jangan lindungi penjenayah haiwan ini walau pun ia saudara terdekat. Namun jika ia hanya satu propaganda untuk meraih populariti. Pemilik Instagram digesa mohon maaf secara terbuka kerana menimbulkan kepanikan dikalangan masyarakat pencinta haiwan di negara ini.
Leraikan kemelut pembuangan kucing ini segera!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menuju ke zaman 5g, Teknologi baru 5G menjanjikan perubahan dalam hidup kita dengan menghubungkan berjuta-juta peranti dan membolehkan segala-galanya menjadi kenyataan daripada kereta tanpa pemandu hinggalah kepada rumah pintar.
Sumber : PC Mag
Bahkan, ia boleh mengubah dunia yang sedang kita jalani ini.
Selangkah ke hadapan, KFC China pula melihat ada cara yang lebih baik untuk menjual produk makanan mereka di ‘jalanan’. Dengan teknologi 5G yang semakin meluas di China, trak mini tanpa pemandu (dikawal secara 5G) digunakan untuk menjual produk KFC di sekitar bandar Shanghai. Menarik, bukan?
Trak sajian ini merupakan hasil inovasi syarikat Neolix dan trak ini diperkasakan dengan sistem pemanduan autonomous tahap 4 dan dilengkapi sensor-sensor disekelilingnya bagi mengelakkan risiko kemalangan.
Ia berfungsi dengan penggunaan tenaga bateri yang boleh membawanya sejauh 100km dengan kelajuan maksimum 50km/j. Pihak Neolix juga menjelaskan hanya 30 saat sahaja diperlukan untuk menggantikan bateri tanpa menggunakan sebarang peralatan.
Untuk korang yang ingin membeli KFC ini, hanya perlu berdiri berdekatan trak mini ini dan sensor-sensor akan bergerak balas untuk menghentikan pergerakan trak tersebut. Kemudian, pembayaran hanya boleh dibuat secara imbasan kod QR dan pintu akan dibuka untuk pelanggan mengambil sendiri makanan yang telah dibeli.
Wah, mudahnya!
Trak kecil Neolix ini adalah kenderaan smart yang dilihat bakal digunakan secara meluas di seluruh dunia tidak lama lagi. Walaupun comel, tetapi ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan.
Dalam usaha untuk mencapai status negara maju, mentaliti rakyat perlulah berubah dahulu. Semoga, satu hari nanti, Malaysia akan mencapai visi dan misi ini. Malaysia boleh!
Tapi bila agaknya KFC Malaysia akan jual ayam goreng macam ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!