Rupanya alat timbang perlu ada sign dari Inspektor dulu ya. Inilah yang dikongsi oleh seorang peguam Nor Zabetha Muhamad Nor dari Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co mengenai alat timbang yang perlu diperiksa oleh KPDNHEP bagi memastikan alat timbang betul dan tidak menipu pengguna.
Baca perkongsiannya.
Sekarang musim durian, sejak PKPB selalu saya tengok orang upload pasal durian ni. Balik dari Mahkamah, saya lalu disekitar Prima Gombak. Ada pula brother yang jual durian tu.
Teringin punya pasal, saya berhenti. Makan tak boleh sorang-sorang, kena ajak team NZC sekali. Sekali timbang dekat 6 kg Durian Merah, dapatlah RM145.00. Terperanjat badak mula-mula. Itulah pakai letak je. Pujuk hati, tak apalah nak makan ramai-ramai.
Saya memerhatilah mesin timbang brother tu. Masa inilah terlupa pula hendak keluarkan duit dari bank. Nasib baik dalam purse saya ada RM5 dengan RM1, yang berbaki banyak. Kira punya kira, cukuplah RM145.00 tu. Dah macam korek tabung. Kalau tidak terpaksa menebalkan muka tinggal saja durian. Haha!
Saya tengok mesin timbang brother tu ada guna cap kelulusan bagi mesin timbang. Saya kongsikan sikit ya, bagaimana kita, hendak tahu sama ada peniaga melakukan kesalahan timbang?
Kalau peniaga melakukan kesalahan berkaitan timbang maka mereka boleh disabitkan kesalahan dibawah Akta Timbang Dan Sukat 1972 (Akta 71).
Ads
Bawah Seksyen 14, Akta 71 tiap-tiap alat timbang bagi kegunaan untuk perdagangan hendaklah ditentusahkan dan ditandakan dengan cap oleh Inspektor.
Siapa Inspektor ni? Bukanlah Inspektor polis tetapi Inspektor Timbang dan Sukat yang dilantik di bawah seksyen 26. Jadi janganlah kita pergi mengadu kes tentang hal timbang-menimbang ni pada Inspektor polis.
Berdasarkan Seksyen 26, Akta ini Menteri ada kuasa untuk lantik Ketua Inspektor Timbang dan Sukat dan beberapa orang Timbalan Ketua Inspektor Timbang dan Sukat dan Inspektor Timbang dan Sukat. Jadi bermakna, ada satu badan yang dilantik Menteri untuk menguruskan tentang hal berkaitan timbang-menimbang.
Seksyen 14 juga memperuntukkan mana-mana orang yang menghendaki alat timbang supaya ditentusahkan dan ditandakan dengan cap mengemukakan alat timbang kepada seorang Inspektor yang hendaklah menguji alat timbang dengan kelengkapan penguji sebagaimana yang difikirkannya sesuai.
Ads
Alat timbang punya isu ini sampai wujudnya Akta 71 ini, bukan mudah-mudah. Ada lebih kurang 35 Seksyen dalam Akta ini tidak termasuk subseksyen. Bayangkan betapa terperincinya undang-undang timbang ini. Kita juga ada Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007. Macam-macam kan sebenarnya, undang-undang yang kita kurang peka.
Jadi sekiranya ada peniaga yang tidak ada cap pengesahan, apabila disabitkan dibawah Seksyen 14 ini, didenda tidak melebihi RM40,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,
Ads
Pada alat timbang bagi tujuan dagangan,patut ada pelekat yang dikeluarkan oleh Metrology Corporation Malaysian Sdn Bhd (MCM), sekiranya gagal boleh didenda maksimum RM40,000 seperti di atas. Pelekat ini turut menyatakan tarikh luput iaitu dibahagian “SAH SEHINGGA”, penentusahan,kapasiti timbang dan nombor siri. Bermakna jika luput adalah merupakan kesalahan yang boleh didenda dengan jumlah yang sama.
Kalau peniaga mengikuti semua prosedur dan penetapan pada Akta 71 ini, pastinya tidak berlaku kes tipu timbang. Sebab undang-undang timbang itu sendiri sudah ketat.
Sekiranya seorang peniaga mengguna atau memiliki alat timbang untuk tujuan menipu bermakna dia ada modify mesin timbang yang tidak disahkan, ini adalah kesalahan dibawah Seksyen 17 iaitu apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.
Kalau kita baca laporan berita, ramai juga pengguna yang bijak buat laporan. Sekiranya berlaku kejadian penipuan seumpama ini, anda boleh buat laporan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Saya letak gambar, lepas ni boleh ceklah sendiri dari pandangan mata kasar, mesin timbang itu ikut atau tidak spesifikasi bawah Akta 71.
Salam takziah kami sampaikan kepada seluruh keluarga Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di atas pemergian ibunda tercinta, pada hari yang mulia ini.
Allahyarhamah Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamed Noah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.30 petang tadi di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur. Pada usia 87 tahun, Allahyarhamah juga merupakan balu kepada Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein.
Perkhabaran tersebut baru saja diberitahu oleh Datuk Seri Najib sendiri menerusi akaun Twitter rasmi beliau. Ia berbunyi;
Selain daripada Datuk Seri Najib, Allahyarhamah meninggalkan empat lagi orang anak.
Mereka ialah Datuk Ahmad Johari Razak (bekas Pengarah Eksekutif Ancon BHD), Datuk Mohamed Nizam Razak, Datuk Mohamed Nazim Abdul Razak (arkitek dan ahli perniagaan) dan Datuk Seri Mohamed Nazir Razak yang juga merupakan bekas Pengerusi CiMB Group Malaysia.
Setelah Allahyarhamah mengahwini Tun Abdul Razak, kakak beliau iaitu Suhaila pula berkahwin dengan Perdana Menteri ketiga negara, Tun Hussein Onn dan itulah bagaimana Datuk Seri Najib dan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein boleh menjadi sepupu.
Terdahulu semalam, tinjauan REMAJA pada perkongsian Datuk Seri Najib di Facebook pula mendapati beliau merafak sembah dan menjunjung kasih di atas kunjungan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas kunjungan diraja ke wad di hospital tersebut.
Patik merafak sembah dan menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI dan DYMM Paduka Seri Sultan Perak atas perkenan Tuanku-Tuanku mencemar duli berangkat menziarahi bonda patik Tun Rahah yang berada di hospital untuk rawatan. pic.twitter.com/idB2VKRj7f
Sejak semalam tular gambar seorang makcik yang memakai gelang Pesakit Di Bawah Pengawasan (PUS) sedang makan di sebuah kedai di Meru Raya, Ipoh.
Ekoran itu tular pelbagai komen yang memandang negatif tindakan makcik tersebut yang mana pada menurut perkiraan mereka, makcik itu tidak mengikut arahan untuk kuarantin diri di rumah.
Yezz, korang betul untuk suarakan “kenyataan negetif ” kerana #kita jaga kita.
Terkini, makcik gelang pink itu sah positif COVID-19 dan sudah pun mendapatkan rawatan di hospital. Namun apa yang ingin dikongsikan di sini, gambar ditularkan itu sudah dua minggu berlalu (bukan semalam ya seperti kita fikirkan) dan dirinya sudah pun menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari sebelum disahkan positif.
Menurut laporan Sinar Harian, makcik gelang pink itu sudah dikenal pasti dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Menurut sumber, wanita berusia 72 tahun itu diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 Julai lalu.
"Saringan pertama yang dijalankan mendapati wanita tersebut negatif, namun dipakaikan gelang tersebut serta diperintahkan menjalani kuarantin.
"Kejadian itu pula berlaku di sebuah kafe pada 6 Julai lalu bersama keluarganya setelah tiba dari Selangor untuk sarapan sebelum menjalani kuarantin di rumahnya sedangkan gambar itu baharu sahaja tular kelmarin," katanya.
Menurutnya, saringan kedua selepas 13 hari menjalani kuarantin mendapati wanita tersebut positif dan telah dimasukkan ke hospital sejak 17 Julai lalu.
"Wanita itu kini masih dalam rawatan Covid-19 di hospital terbabit bersama anak lelakinya setelah ujian kali kedua didapati positif.
"Berdasarkan penjelasan daripada pihak kesihatan, volume (kandungan) virus adalah kurang dan risiko menjangkiti juga kurang," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan perkara itu setelah siasatan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pada masa sama, Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, kerajaan negeri memandang serius isu berkaitan pelanggaran SOP oleh wanita berkenaan.
Beliau turut menasihatkan orang awam agar sentiasa mematuhi SOP memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berjalan dan kes Covid-19 juga masih bertambah di negara ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peningkatan jumlah bilangan kes COVID-19 yang agak membimbangkan memaksa tiga zon di Aman Jaya, Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 12.0 tengah malam ini (28 Ogos) ini.
Dalam sidang media melibatkan Menteri Kanan (Keselamatan), Dato Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan, PKPD secara pentadbiran dikenakan di tiga zon terbabit iaitu Kenanga, Melur dan Mawar yang melibatkan kawasan perumahan berkuat kuasa hingga dimakkumkan kelak.
Ia melibatkan 265 rumah yang sedang diletakkan di bawah HSO (drpd jumlah 303 seluruh Aman Jaya) kerana kontak kepada 7 kes positif.
Dalam kes COVID-19 di nyatakan, seorang petugas hospital swasta, enam murid dan guru sekolah, kes terakhir (dikesan melalui pencarian kes secara aktif) pada 24 Ogos 2020 disahkan positif yang melibatkan 22,360 orang dengan 25,000 orang jalani saringan,” katanya beliau sambil menambah dengan PKPD dilaksanakan di kawasan terbabit, semua sektor pendidikan ditutup.
“Sekolah/taska, masjid/rumah ibadat ditutup. Pembelian makanan secara take away, kedai runcit dan essential services sahaja dibenarkan untuk beroperasi. Pasar malam/tani dan kedai non-essential tidak dibenarkan, manakala pasar awam sahaja dibenarkan.
“Hanya satu orang boleh keluar ke pasar untuk satu rumah. Jika berlaku kes kecemasan boleh keluar, perlu melaporkan pada pihak polis dahulu.
“Hanya seorang sahaja dibenarkan sebagai wakil rumah untuk membeli barangan keperluan. Pekerja tidak dibenarkan untuk keluar bekerja. Majikan perlu membenarkan pekerja bekerja dari rumah. Bagi kes-kes kecemasan perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM,” katanya lagi.
Dalam pada itu, perintah ini terus diperketatkan dengan larangan orang ramai dari memasuki zon berkenaan.
“Pekerja berkerja di kawasan PKPD tidak dibenarkan masuk ke kawasan PKPD. Majikan wajib mengikut arahan ini. Kilang Tidak dibenarkan beroperasi. Walau bagaimana pun klinik dan hospital dibenarkan 24 jam.
“Sekatan jalan raya (SJR) akan dilaksanakan oleh PDRM/ATM bagi mengawal pergerakan keluar masuk. PDRM memohon SOP PKPD diberikan dengan kadar segera bagi tujuan penyelarasan di lapangan,”katanya dalam sidang media majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!