Kehebatan BLACKPINK dalam industri K-Pop memang tiada tandingan!
Gara-gara edit gambar bersama salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Rose, penyanyi yang popular dengan lagu Sumpah, Naim Daniel diserang dan diugut peminat Kpop tersebut.
Lebih teruk apabila individu tersebut siap dm mesej peribadi Naim Daniel di laman instagram dengan nada ugutan.
Remaja warga Belanda berusia 13 tahun, Nathan Renze Chester yang hilang bersama tiga penyelam lain ketika menjalani aktiviti selaman di perairan Pulau Tokong Sanggol pada hari Rabu lalu telah disahkan meninggal dunia.
Nathan merupakan satu-satunya penyelam yang masih belum ditemukan selepas dilaporkan hilang.
Jurulatih warga Norway, Kristine ditemui oleh bot tunda Indonesia pada hari Khamis; manakala dua lagi mangsa iaitu ayah Nathan, Adrian Peter dan penyelam berusia 18 tahun, Alexia Alexandra ditemukan selamat pada jam 1 pagi hari ini oleh nelayan Indonesia. Cukup mengejutkan apabila jarak mereka dari lokasi terakhir mereka dilaporkan hilang adalah sejauh 70 batu nautika atau kira-kira 100 kilometer.
Ketika ditemui setelah ditempatkan di sebuah hospital swasta di Pasir Gudang untuk rawatan lanjut, Adrian mengesahkan bahawa anaknya, Nathan telah meninggal dunia.
Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria yang berkata; Nathan yang masih hilang dilaporkan meninggal dunia oleh Adrian kerana mangsa terlalu lemah dan tidak mampu bertahan dengan situasi perairan. Lalu, dia dipercayai telah hanyut ke perairan Indonesia.
Begitupun, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa Indonesia untuk membantu mencari remaja berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kementerian Kesihatan dalam sidang media hari ini mengesahkan punca kematian orang asli dari suku kaum Bateq di Kuala Koh, Gua Musang berpunca dari penularan jangkitan measles (demam campak).
Ia menjawap isu penyakit misteri yang tiba-tiba timbul termasuklah jangkitan kuman di saluran pernafasan akibat perlombongan bijih besi di kawasan terbabit. Malah kampung orang asli ini turut menjadi tumpuan pelbagai pihak untuk datang ketika isu ini heboh diperkatakan media.
Masyarakat orang asli dari suku kaum Bateq menjadi tumpuan berikutan berlaku 14 kematian hingga menggemparkan negaraAir sungai yang didakwa tercemar turut disahkan selamat dan tiada kaitan dengan perlombongan bijih besi di kawasan terbabit
Ditambah 14 kematian orang asli dari kaum Bateq, Kuala Koh Gua Musang termasuk kubur-kubur lama digali semula untuk mencari punca kematian.
Berikut merupakan kenyataan akhbar dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini.
KENYATAAN AKHBAR MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI TERKINI KLUSTER JANGKITAN SALURAN PERNAFASAN DI KALANGAN KOMUNITI ORANG ASLI KAMPUNG KUALA KOH, GUA MUSANG, KELANTAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan situasi terkini kejadian kluster jangkitan saluran pernafasan di kalangan Orang Asli yang berkaitan dengan Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan yang telah dilaporkan sejak 3 Jun 2019.
Sehingga 15 Jun 2019, sebanyak 112 kes termasuk dua (2) kematian telah dilaporkan kepada KKM. Komuniti Orang Asli ini mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk, selsema dan beberapa kes mengalami gejala mata merah.
Daripada jumlah tersebut, seramai 52 kes masih dirawat di hospital iaitu 48 kes di wad biasa dan empat (4) kes di Unit Rawatan Rapi. Sebanyak 19 kes dengan gejala ringan berada di Rumah Inap Kesihatan Orang Asli (RIKA) di Gua Musang dan 39 kes telah dibenarkan pulang. Seramai 170 dari 185 (92%) penduduk Kampung Kuala Koh telahditemui dan diperiksa status kesihatan mereka.
Sehingga 15 Jun 2019, 37 kes telah disahkan measles melalui ujian makmal. Keputusan ujian-ujian makmal yang lain seperti tuberkulosis, melioidosis, leptospirosis dan corona virus adalah negatif.
Berdasarkan daripada keputusan makmal tersebut, penyakit yang berlaku dalam kalangan Orang AsliKampung Kuala Koh ini ialah wabak measles (demam campak).
Hidup berpindah randah antara punca suntikan vaksin tidak dapat disempurnakan di kalangan orang asli di Kuala Koh ini
Faktor penyumbang kepada penularan jangkitan measles dalam komuniti Orang Asli Kampung Kuala Koh ini adalah liputan imunisasi measles yang rendah iaitu hanya 61.5% bagi suntikan dos pertama vaksin Measles-MumpsRubella (MMR) dan 30% bagi suntikan dos kedua.
Pasukan kesihatan sukaruntuk memberi perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh kerana cara hidup suku kaum ini yang kerap berpindah randah. Kekurangan zat makanan juga menyumbang kepada risiko jangkitan dan kejadian komplikasi.
Sejumlah 14 kematian telah dilaporkan berlaku, namun hanya dua (2) kes terakhir telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Hasil bedah siasat yang pertama, punca kematian dilaporkan sebagai pneumonia (radang paru-paru).
Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan dibantu oleh Pasukan Perubatan Forensik KKM telah berjaya mengeluarkan kesemua 12 mayat dari Kuala Koh sehingga jam 6.40 petang semalam dan telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca kematian.
Measles adalah jangkitan virus measles yang amat mudah merebak. Satu kes measles boleh menularkan jangkitan kepada 12 – 18 individu lain. Jangkitan menular melalui titisan cecair pernafasan di udara dan sentuhan langsung dengan cecair pernafasan daripada orang yang dijangkiti. Measles boleh dicegah dengan imunisasi. Vaksin MMR diberikan sebanyak dua dos kepada bayi berumur 9 bulan dan 12 bulan.
Gejala penyakit measles adalah demam dengan batuk, selesema atau mata merah (konjunktivitis), diikuti dengan ruam selepas beberapa hari. Komplikasi jangkitan measles berlaku terutama kepada bayi, kanak-kanak, serta individu yang mengalami kekurangan zat makanan dan tahap imuniti yang rendah. Komplikasi measles termasuk pneumonia, cirit-birit, keradangan otak (encephalitis), otitis media dan kematian. Kadar kematian kes measles (case fatality rate) lazimnya kurang dari 1%, namun boleh setinggi 3-6% sekiranya mengalami kekurangan zat makanan.
Tindakan pencegahan dan kawalan wabak telah dijalankan dan masih diteruskan, termasuk:
1. Carian kes secara aktif di perkampungan Orang Asli ini dan di perkampungan sekitar berdasarkan pergerakan mereka sebelum ini;
2. Memberi vitamin A kepada semua kanak-kanak bagi kes Measles yang dirawat, bertujuan meningkatkan sistem imuniti memandangkan
mereka mengalami masalah kekurangan zat makanan;
3. Menjalankan aktiviti imunisasi kepada semua penduduk Orang Asli di lokasi terlibat;
4. Pendidikan kesihatan kepada penduduk, termasuk sesi kaunseling bagi mengurangkan tekanan dan keresahan; dan
5. Mempertingkatkan Infection Prevention Control (IPC) di fasiliti kesihatan dan sentiasa mengamalkan penggunaan alat perlindungan diri (Personal Protective Equipment) yang bersesuaian.
KKM turut mengarahkan negeri-negeri lain untuk mempertingkatkan survelan jangkitan measles serta meningkatkan liputan imunisasi di kalangan komuniti
Orang Asli di negeri masing-masing. Pihak negeri hendaklah memaklumkan segera kepada KKM melalui Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan sekiranya terdapat kluster kes dan/atau kematian yang mempunyai gejala yang sama.
Pihak Polis Di Raja Malaysia terus memantau dan mengawal kemasukan orang awam, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain dari memasuki ke kawasan Kampung Kuala Koh yang terlibat bagi mengelakkan berlaku penularan jangkitan.
Kolaborasi antara pelbagai agensi amat penting untuk memastikan kejadian wabak penyakit seperti ini tidak berulang. Keadaan persekitaran tempat tinggal
yang bersih termasuk bekalan air yang selamat dan sumber bekalan makanan yang mencukupi perlu dipertingkatkan dengan segera. KKM komited dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif kepada Orang Asli di seluruh negara.
Sekian, terima kasih.
YB DATUK SERI DR. DZULKEFLY AHMAD
Menteri Kesihatan Malaysia
17 Jun 2019
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba ada mengeluarkan kenyataan mana-mana menteri yang pulang dari lawatan rasmi luar negara akan dilonggarkan tempoh pemerhatian ataupun kuarantin daripada 10 hari kepada tiga hari.
Menerusi portal rasmi e-Warta Persekutuan, perintah tersebut akan berkuat kuasa pada 9 Februari hingga 1 Ogos ini dan telah dinamakan sebagai ‘Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengencualian) 2021.
Melalui laporan terbitan Astro Awani, perintah itu menyebut, Dr Adham mengecualikan jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian seksyen 15 Akta.
Namun, sejak pagi tadi trending di Twitter satu hashtag yang menggesa Menteri Kesihatan Dato’ Sri Dr Adham Baba untuk meletak jawatan susulan kenyataan yang dikeluarkan berhubung kuarantin yang melibatkan menteri-menteri.
Hanya kuarantin 3 hari
Susulan daripada itu, rata-rata warganet meluahkan rasa risau dengan peningkatan kes baru Covid-19 dan tidak bersetuju berikutan kenyataan tersebut tidak selaras dengan arahan yang dikeluarkan untuk rakyat dimana perlu menjalani kuarantin dalam masa 10 hari.
Hmm…mungkin ada sebab kenapa Kementerian Kesihatan keluarkan kenyataan sebegini kan. Sebenarnya kerajaan kita sudah melakukan sehabis baik demi menjaga kebajikan setiap rakyatnya. Jika mahu dibandingkan dengan negara lain, tidak keterlaluan jika kami katakan Malaysia adalah antara yang terbaik dalam menangani situasi sekarang. Ala chill la korang dah biasa kan terkurung dirumah kan..hehehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!