
Kehebatan BLACKPINK dalam industri K-Pop memang tiada tandingan!

Gara-gara edit gambar bersama salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Rose, penyanyi yang popular dengan lagu Sumpah, Naim Daniel diserang dan diugut peminat Kpop tersebut.
Lebih teruk apabila individu tersebut siap dm mesej peribadi Naim Daniel di laman instagram dengan nada ugutan.
i’m soft please don’t hurt me like that (it’s Rosé btw not Rose urgh smh)
A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on Dec 21, 2019 at 6:31am PST
Namun Naim Daniel dilihat tidak terlalu mengambil kisah dengan pesanan tersebut dan sempat bergurau dengan caption
"i’m soft please don’t hurt me like that (it’s Rosé btw not Rose urgh smh),"
Posting Naim ini turut t menjadi perhatian rakan selebriti yang lain.

Wah, fanatik betul peminat Rose Blackpink ni!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siti Nurhaliza Nampak Semakin Ramping & Fit, Rajin Lakukan Senaman ‘Rahsia’ Ini

Siti Nurhaliza, ikon muzik Malaysia yang tidak asing lagi, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila kelihatan semakin ramping dan bertenaga.
Penampilannya yang menawan dan fit menjadi buah mulut peminat dan media sosial. Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsia di sebalik perubahan fizikal yang menakjubkan ini?
Senaman ‘rahsia’ tersebut adalah senaman Muay Thai. Tokti yang gemar melakukan senaman Muay Thai, menjadikan senaman ini sebagai salah satu rutin latihannya untuk mengekalkan badan yang sihat dan fit sehingga kini.
Lakukan dengan berkala dan berdisplin, barulah berat badan makin turun, badan jadi lebih bertenaga dan paling penting makin langsing!
Info Senaman Muay Thai
Info untuk kamu, senaman Muay Thai ini memberikan banyak kebaikan pada badan, secara fizikal dan juga mental. Antaranya adalah:
- Sistem ketahanan badan diperkuatkan
- Kekuatan otot dan stamina dapat dipertingkatkan
- Gabungan latihan kardio dan kekuatan badan yang terbaik
- Kesihatan mental lebih terjaga dan membantu melepaskan stress
- Berat badan ideal dapat dikekalkan selain daripada melakukan diet
- Pinggul menjadi lebih terbentuk melalui gerakan lutut dan tendangan
- Kesihatan lebih terjaga apabila kolestrol berkurangan dan tekanan darah tinggi dapat diturunkan
- Kulit lebih berseri selepas toksin dikeluarkan melalui peluh dan metabolisme pula menjadi lebih lancar
Selain daripada melakukan Muay Thai, TokTi juga gemar melakukan senaman HIIT (High Intensity Interval Training) yang melibatkan latihan berat seperti rope slam dan dumbells.
Senaman Muay Thai ini perlu dilakukan sebanyak dua kali seminggu, selama satu jam untuk menikmati kebaikan daripadanya. Semoga bermanfaat!
BACA LAGI: Kenangan Manis Capai Top 24 Miss Supranational 2022, Melisha Lin Akui Bukan Semuanya Glamor – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Antara Tercantik, Pakaian Permaisuri Agong Jadi Perhatian Dunia Di Pertabalan Raja Charles III

Sentiasa ayu dan sopan itulah yang ditonjolkan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah setiap kali muncul di majlis-majlis rasmi. Cukup senang sekali melihat penampilan yang dibawa. Walaupun sekadar berbaju tradisional tapi entah mengapa REMAJA tetap terpesona.
Rekaannya yang dibuat penuh makna memberi keselesaan kepada yang memakai sekaligus melambangkan jati diri sebagai rakyat Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Juara Kejohanan Badminton Dutch International 2022, Myisha Khairul Terima RM10 Ribu Daripada Kerajaan Negeri Johor

Baru-baru ini, baju yang dipakai Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendapat perhatian dunia dan pujian dari media antarabangsa.
Menghadiri Istiadat Pertabalan Raja Charles III dan Permaisuri Camilla di gereja Westminster Abbey, London, baginda memilih untuk menggayakan pakaian tradisional, baju kurung.
Menariknya lagi, set persalinan dipakai baginda mendapat pengiktirafan majalah fesyen antarabangsa, Harper’s Bazaar. Ia dikatakan antara lima busana tercantik di kalangan tetamu yang hadir.

Baginda memakai baju kurung moden ‘tenun’ berwarna kuning cerah yang dilengkapi dengan hiasan berwarna perak. Dilengkapkan dengan aksesori rantai berlian yang tersemat di dada baginda. Memang cukup mempersona dan stunning!
Memartabatkan tradisi, kain tenun yang begitu indah itu adalah hasil kraftangan dan ditenun sendiri oleh penghuni Penjara Penor, Pahang.

Selain Malaysia, persalinan yang dikenakan oleh pasangan diraja Thailand, Qatar, Jepun dan Bhutan turut menghiasi carta busana tercantik.
Bersama persalinan baju kurung yang tidak pernah lekang dan dihiasi dengan aksesori perhiasan yang serba ringkas. REMAJA yakin Raja Permaisuri Agong ingin memberi contoh yang terbaik pada generasi muda untuk tidak lupa pada pakaian warisan.
BACA LAGI : Lebih Mudah, FamilyMart Perkenal Kiosk Pintar Pertama Di Stesen Minyak
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Solat Tahajud Sebelum Ulangkaji..”,Antara Tip Cemerlang STPM Anak Rockers!

Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2019 sudah diumumkan semalam. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan cemerlang dalam pelajar.

Tapi korang mesti pernah dengar lagu rock tahun 90 yang popular, Cinta Untuk Nabila! Kalau korang nak tahu anak bekas penyanyi kumpulan rock Melissa juga antara pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.0 hari.
Muhammad Maqamin Amin Mohd Radzi, 20, anak kelima Allahyarham Mohd Radzi Abdul Hamid atau Ustaz Radzi yang popular pada era 80an hingga awal 90-an, bersyukur dengan keputusan cemerlang diperoleh hari ini.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahsuri, Langkawi itu berkata, walaupun tidak dapat berkongsi kejayaan bersama arwah ayahnya, namun dia sentiasa ingat setiap pesanan bapanya itu.

“Ayah sudah tiada namun setiap pesanannya agar menjaga agama dan solat pada awal waktu saya cuba buat sebaik mungkin.
“Saya juga bangun pagi untuk solat tahajud sebelum mengulang kaji pelajaran,” katanya.
Menurut Sinar Harian, beliau ditemui selepas menerima sijil penghargaan dan slip STPM daripada Pengarah Pendidikan Kedah, Abd Aziz Selaiman di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin Alor Setar hari ini.

Muhammad Maqamin Amin berkata, dia yang pernah belajar di sekolah tahfiz turut menjadikan amalan membaca al-Quran sebelum Subuh sebagai rutin harian kerana waktu tersebut adalah paling sesuai untuk ulangkaji ilmu yang dipelajari sebelum ini.
Pada 23 Disember 2018, Ustaz Radzi, 55, meninggal dunia selepas rebah ketika menjayakan sebuah persembahan di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur sekitar jam 11.15 malam.
Difahamkan Mohd Radzi tiba-tiba rebah selepas beberapa saat berada di pentas untuk menyampaikan persembahan pertamanya pada jam 10.30 malam sempena program Hiburan Santai Seniman anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Kejayaan sama turut dikongsi pasangan kembar dari Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin Alor Setar, Nur A’dilah A’qilah Yahaya dan Nur A’liyah A’qilah, 20, yang memperoleh PNGK 4.0 dalam STPM.

Untuk info seramai 44,823 calon hadir menduduki peperiksaan STPM 2019 di 652 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 44,501 atau 99.28 peratus orang adalah calon sekolah kerajaan, 167 (0.37 peratus) calon sekolah swasta, 128 (0.29 peratus) calon persendirian individu, dan 27 (0.06 peratus) calon sekolah kerajaan negeri.
REMAJA gembira mendengar kisah kejayaan calon-calon STPM ini. Apa pun keputusan yang dapat, itulah usaha kita selama 17 tahun bersekolah. Selepas ini, korang dah tak payah sarung pakaian sekolah dah dan sudah tentu dalam beberapa tahun akan datang semakin memasuki alam dewasa…
Sumber : Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

