Populariti yang dikecapi oleh penyanyi muda berusia 22 tahun, Firdhaus di negara China dalam tempoh sebulan yang lalu baginya bukanlah satu pencapaian yang hadir secara drastik dalam satu malam.
Secara perlahan-lahan, lagu berjudul Gulf Of Alaska yang kini mencapai 200 juta tontonan di aplikasi TikTok China telah diminati peminat sejak ia dilancarkan pada tahun 2020. Menerusi temuramah ZOOM bersama REMAJA, penulis mendapatkan respon Firdhaus mengenai kejayaan ini.
“Pertamanya, saya amat bersyukur dan bertuah dengan sokongan mereka. Ia naik perlahan-lahan; dan sampai sekarang saya tak percaya ia telah memperolehi kejayaan seperti ini di China
Ads
“Saya amat berterima kasih kepada mereka yang menyokong saya sejak dulu. Dari zaman cover pada tahun 2017 sehinggalah sekarang apabila saya mempunyai album EP sendiri, saya bersyukur.
“Bagi yang baru nak mengenali lagu saya, saya berharap mereka enjoy. Sedikit sebanyak ada juga rasa tertekan sedikit untuk melakukan sesuatu yang lebih baik untuk projek seterusnya. Harapnya semua berjalan lancar,” katanya.
Sumber Foto: Ihsan Loolala Music
Satu persoalan popular yang hadir daripada followers Majalah Remaja menerusi kotak soalan yang dibuka di Instagram Story adalah sama ada Firdhaus bercita-cita untuk berduet bersama seorang lagi penyanyi yang telah melebarkan sayap kariernya di negara Tembok Besar itu iaitu Shila Amzah.
Ads
Komen Firdhaus, “Kalau ada peluang, memanglah saya nak (berduet). Buat masa sekarang, saya masih baru. Ada banyak lagi perkara yang perlu saya buktikan menerusi ciptaan lagu-lagu baru yang bagus.
“Sekarang saya ingin fokuskan kepada diri sendiri dahulu tapi siapa tahu, pada masa akan datang kami dapat berkerjasama.”
Berkenaan perancangan sepanjang tahun 2021, Fidhaus ingin melancarkan beberapa single baharu bersama Loolala Music. Sekiranya situasi wabak Covid-19 bakal surut dan rakyat Malaysia berpeluang untuk ke luar negara, Firdhaus bercita-cita untuk ‘terbang’ ke China bagi menjayakan promosi EP A Letter serta melakukan persembahan.
Dia juga bersemangat untuk menulis lagu-lagu baharu untuk album seterusnya. “Buat masa ini, saya sudah ada material here and there. Kelak kita akan fikirkan apakah yang bersesuaian untuk album ini. Selain lagu berbahasa Inggeris dan bahasa Cina, saya juga ingin mengeluarkan lagu berbahasa Melayu.”
Untuk melihat temuramah penuh REMAJA bersama Firdhaus, klik video di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon versatil terkenal, Bront Palarae baru-baru ini meraih perhatian apabila beliau kini rasmi dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Seni Sinematik (FCA), Universiti Multimedia Malaysia (MMU).
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh pihak MMU menerusi portal rasminya sempena ucapan tahniah di atas pelantikan berkenaan kepada semua individu berpengalaman yang dipilih untuk gelaran itu.
Dalam pada itu, menerusi kenyataan profil Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin (47), pemilihan beliau adalah berdasarkan pengalaman dan dedikasinya yang komited dalam karier serta industri seni tanah air.
Kredit: MMUKredit: MMU
“Bront Palarae ialah seorang profesional terkenal industri hiburan Malaysia dengan pengalaman selama dua dekad dalam lakonan, penerbitan dan penceritaan”
“Beliau sudah membintangi lebih 70 filem di tujuh negara, termasuk memfokuskan aktiviti karier seninya di tanah air, Indonesia dan Thailand”
“Seorang tokoh terkemuka dalam industri filem, Bront sudah berkhidmat dalam Jawatankuasa Penasihat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS),” kata kenyataan itu.
Kredit: Instagram Bront Palarae
Selain itu, pelakon yang berasal dari negeri jelapang padi itu juga aktif dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertaraf antarabangsa iaitu Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Ia jelas menunjukkan dedikasinya terhadap impak sosial dengan peranan sebagai duta UNICEF Malaysia untuk kempen, Janji Saya Kepada Kanak-kanak dari 2014 hingga 2015 yang memperjuangkan hak dan kesejahteraan kanak-kanak.
“Apapun, pengalaman industri Bront yang luas dan komitmen positifnya terhadap kempen sosial kemanusian sekaligus memantapkan profil kerjayanya yang pelbagai,” katanya.
Kredit: Lifestyle Asia
Selain Bront, dua figura terkenal dalam bidang animasi tanah air iaitu Nizam Razak dan Usamah Zaid Yassin pula dipilih MMU menjadi Profesor Adjung di Fakulti Kreatif Multimedia (FCM).
Sementara itu, dengan gelaran akademik yang telah diraih menyaksikan Bront kini sebaris dengan beberapa selebriti tanah air seperti Datuk Afdlin Shauki, Datuk Aznil Nawawi, Datuk Rizalman Ibrahim, Datuk Ras Adiba Radzi dan Datuk Cef Wan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan keadaan semasa di mana dunia masih ‘terperangkap’ dalam pandemik wabak Covid-19 dan acara sukan sukar dilaksanakan dalam skala besar seperti kebiasaan, pemandu remaja Adam Khalid tampil membanggakan Malaysia apabila menjuarai kategori MSF Ultimate pada perlumbaan Merdeka Race 2020.
Adam yang memandu jentera SEAT Leon Cupra (mirip jentera Golf GTI tetapi mempunyai spesifikasi Eropah) jelas selesa dengan jentera tersebut walaupun ia merupakan kali pertama dia memandunya.
Satu pencapaian yang REMAJA rasakan membanggakan apabila dia mampu mencapai kejuaraan dengan jentera yang mempunyai hanya 400 kuasa kuda berbanding jentera lain yang mencecah 600 hingga 700 kuasa kuda.
“Saya bermula dengan perlumbaan Formula BMW pada awal karier saya, sebelum saya beralih ke Formula 4 dan Formula 3. Sekitar 2016, saya memutuskan untuk beralih ke perlumbaan jentera Teen Top (seperti perlumbaan GT car ataupun TCR car) kerana bagi saya, ia lebih praktikal untuk jangka masa panjang.
“Dari situ, saya menyertai perlumbaan lokal seperti Malaysia Championship Series. Selepas setahun, saya menjadi di antara perlumba bertuah yang terpilih untuk melakukan shoot out (perlumbaan ujian dan kursus intensif) oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk mewakili negara dan mengibarkan Jalur Gemilang,” kata pemandu berusia 22 tahun itu.
Kata Adam, tahun 2020 sepatutnya dipenuhi dengan jadual perlumbaan yang sibuk. Namun dia akur dengan keadaan pandemik di seluruh dunia yang tidak boleh dielakkan.
“Sepanjang tempoh PKP, saya telah mengisi masa berlatih dengan jurulatih kami, Roman dan SIC. Bukan saja latihan memandu dan kecergasan, tetapi juga latihan komunikasi agar saya bersedia untuk bertemu dengan media, sebagai contoh,” tambahnya lagi.
Walaupun perlumbaan Merdeka Race 2020 yang berlangsung baru-baru ini diadakan secara tertutup tanpa penonton, Adam tidak sesekali menganggap ia kurang penting berbanding perlumbaan lain. Ini memandangkan ia adalah perlumbaan pertama yang disertainya selepas Malaysia menerima arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
“Saya lakukan sebaik mungkin dan saya ingin berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan kerana membenarkan perlumbaan tersebut dijalankan,” katanya yang menyambut kejayaan itu dengan pemandu, Gilbert Tang bagi pasukan SIC Viper Niza.
Tak sabar untuk menantikan lebih banyak aksi dan kejayaan daripada pelumba remaja ini!
KLIK video di bawah untuk mendengar tip oleh Adam Khalid bagi korang yang mempunyai impian untuk memulakan karier dalam sukan pemotoran. Macam mana eh..?
Baru-baru ini, penyanyi dan juga anggota kumpulan terkenal, Jungkook BTS mengumumkan bakal menemui peminat melalui projek terbaru walaupun sedang berkhidmat dalam tentera.
Menerusi media sosial, agensi Jungkook BTS, Big Hit berkongsi poster tayangan dokumentari rasmi pertama ‘Jungkook: I Am Still’ yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh dunia bermula 18 September ini.
Dokumentari ini akan memaparkan proses pengeluaran single solo pertama Jungkook atau Jeon Jungkook (27), ‘Seven (feat. Latto)’ yang dikeluarkan pada Julai tahun lalu sehingga pelancaran album ‘GOLDEN’.
Menurut Big Hit, kisah Jungkook yang belum pernah didedahkan di mana-mana platform media juga turut akan didedahkan dalam dokumentari ini.
Sekadar info, Jungkook mula berkhidmat di dalam latihan ketenteraan Korea Selatan sejak 12 Disember lalu. Dalam perkembangan terkini, Jungkook dan seorang lagi ahli BTS, Jimin terlibat dalam satu program rancangan realiti travel ‘Are You Sure?!’ iaitu rancangan yang memaparkan aktiviti pengembaraan mereka sebelum memasuki latihan ketenteraan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.