Sumber Foto: Instagram @fffirdhaus

 

Bukan mudah untuk anak Malaysia mencipta nama di negara asing dalam bidang seni hiburan. Tambah-tambah lagi di negara seperti China yang mempunyai ribuan bakat-bakat baru yang sedang menunggu masa dan peluang untuk meningkat naik serta dikenali ramai.

Justeru, apabila seorang remaja lelaki berusia 22 tahun mencuri tumpuan selepas lagu nyanyiannya tular di laman sosial Douyin (TikTok versi China) baru-baru ini, masyarakat Malaysia mulai tertarik untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi.

Siapakah lelaki yang mampu mengikut jejak langkah penyanyi, Shila Amzah di negara tersebut?

Firdhaus Mula Viral Di China, Siapakah Sebenarnya Penyanyi ‘Gulf Of Alaska’ Ini?
Sumber Foto: Instagram @fffirdhaus

Remaja yang dikenali sebagai Firdhaus (@fffirhaus) ini mula menjadi bualan mulut sejak Disember tahun lalu apabila dia menyerlahkan kemampuannya untuk mencipta serta menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin. Ini adalah 4 fakta menarik mengenai penyanyi lagu Gulf of Alaska ini.

 

IKLAN

01

Gulf of Alaska yang berjaya mendapat 170 juta tontonan di TikTok merupakan salah satu daripada empat buah lagu yang dimuatkan di dalam album EP berjudul A Letter; di bawah label Loolala Music Malaysia. Ia baru saja menemui pendengar pada bulan November lalu.

Gulf of Alaska turut meraih tempat di YouTube setelah video tersebut mendapat 1.1 juta tontonan sehingga kini.

 

IKLAN

02

Sememangnya, semakin ramai remaja berbangsa selain Cina di Malaysia yang mendalami bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan ketiga mereka. Firdhaus sendiri menguasai bahasa tersebut apabila dihantar ke sekolah jenis Cina sejak kecil.

 

03

Menurut laporan Sin Chew Daily, Firdhaus mendapat minat nyanyian sejak mula mendengar lagu-lagu nyanyian penyanyi popular Taiwan, Jay Chou ketika berusia 12 tahun.

Firdhaus Mula Viral Di China, Siapakah Sebenarnya Penyanyi ‘Gulf Of Alaska’ Ini?
Sumber Foto: Instagram @fffirdhaus

 

IKLAN

04

Pada mulanya, ibu bapa kepada Firdhaus tidak begitu pasti untuk memberikannya ‘green light’ bagi meneruskan minat dalam bidang muzik memandangkan industri ini cukup competitive. Mereka ingin melihat satu-satunya anak lelaki dalam keluarga mereka itu untuk fokus dengan masa depan yang lebih stabil.

Selepas melihat minat Firdhaus tidak luntur dalam tempoh 10 tahun yang lalu dan melihat kejayaan memperolehi populariti di media sosial, mereka lebih terbuka dan menyokongnya.

 

05

Selain berbakat dalam bidang muzik, Firdhaus juga nampaknya mempunyai minat dalam seni fotografi! Cer tengok akaun Instagram kedua FIRDHAUS INI.

ARTIKEL BERKAITANTersenarai Sebagai Belia Asia Berjaya Di Bawah Usia 30 Tahun, Shila Amzah Terima Anugerah Forbes 30 Under 30 2018 – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI