Selepas hampir dua tahun menyepi kerana menjalani latihan perkhidmatan tentera, kini penyanyi, Kai EXO kembali dengan kejutan besar buat peminat apabila beliau mengumumkan konsert jelajah dunia KAION 2025 buat pertama kali.
Menerusi sebuah perkongsian di media sosial rasmi EXO, Kai atau nama sebenarnya Kim Jong In (31) adalah salah seorang idola K-pop yang terkenal dengan tarian paling bertenaga dan aura tersendiri menyatakan konsert jelajah itu bakal diadakan bermula Mei akan datang.
Apa yang lebih mengujakan, Kai juga akan melancarkan album mini baharu pada April, menandakan kemunculan semula solonya selepas album Rover yang meletup pada 2023 lalu.
Ads
Kai yang sebelum ini popular menerusi lagu hit seperti Mmmh, Peaches dan Rover, sudah pastinya membuatkan ramai peminat tidak sabar menunggu konsep terbaru yang bakal dibawakan oleh ‘performance king’ ini pada album akan datang.
Jelajah Konsert Solo Pertama Kai
Dalam pada itu, konsert jelajah ini akan bermula di Seoul pada 17-18 Mei di Olympic Handball Gymnasium sebelum Kai bergerak ke bandar-bandar Asia lain seperti Macau, Jakarta, Singapura, Taipei, Manila, Bangkok, Yokohama, Hong Kong dan termasuk Kuala Lumpur, Malaysia!
Ads
Sekadar info, ini merupakan konsert solo pertama secara offline sepanjang 13 tahun Kai berada dalam industri hiburan. Terdahulu, Kai pernah melangsungkan konsert solo ‘KLoor’ pada tahun 2021, namun ia hanya diadakan secara dalam talian.
Ads
Dan jangan risau sebab kali ini, korang yang peminat Kai berpeluang menyaksikan persembahan hebatnya secara face-to-face dan sudah tentu vibe dia lain macam!
Sementara itu, butiran lanjut mengenai pembelian tiket akan diumumkan dari masa ke semasa dan pastikan korang tunggu info dari media sosial rasmi EXO dan juga di aplikasi Weverse.
Pada masa yang sama, selain sibuk dengan comeback dan konsert, Kai juga bakal menjadi hos rancangan web popular berjudul ‘Changing Majors’ Musim 6 yang akan ditayangkan bermula 27 Mac ini, pada pukul 6 petang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula dengan sukan pushbike, akhirnya telah membawa tuah buat seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Mikayla, apabila kini bergelar pelakon cilik.
Penglibatan dalam sukan tersebut juga telah membuka ruang dan peluang besar buat adik Mikayla sehingga ditawarkan menjadi pelakon utama menerusi drama bersiri Budak-Budak Pushbike, yang bakal ditayangkan di saluran TV1.
Menurut bapa kepada Mikayla, Datuk Seri Wan Muzri mengakui tidak sangka bahawa anak perempuannya itu akhirnya dapat mencapai impiannya untuk menceburi bidang hiburan.
“Mikayla memang minat dalam dunia hiburan. Tak sangka, litar sukan membuka peluang untuk dia menggapai impiannya.
“Mula-mula dia gugup juga tapi lama-lama dia sudah biasa dan semangat. Ini adalah langkah besar untuk Mikayla, dari pushbike ke lakonan,” kata bapanya.
Selain itu, Wan Azri turut memaklumkan selain Mikayla, dua lagi cahaya mata kesayangannya iaitu Mikael dan Maleeq turut berkecimpung dalam sukan pushbike bermula tahun 2019.
“Saya melihat Mikael mempunyai potensi terbaik ketika menyertai perlumbaan pertamanya. Tak sangka dia juga berjaya berjaya mendapat tajaan basikal Bike8, jenama terkenal dari China dan terus mengharumkan nama keluarga dalam pelbagai kejohanan antarabangsa.
“Malah, Maleeq, adik bongsu juga menerima tajaan basikal daripada syarikat Rockfish yang kagum dengan kehebatannya di litar. Mereka bertiga memang giat berlatih dan sentiasa bersemangat,” ujarnya lagi.
Naskhah yang mengisarkan kehidupan kanak-kanak dalam sukan Pushbike ini turut menampilakn pelakon hebat lain antaranya Ashraf Muslim, Isyariana, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semua orang tak nak ketinggalan untuk meraikan hari mengundi.
Ini termasuklah beberapa jenama ini yang menawarkan sesuatu yang percuma atau lebih murah dari kebiasaan. Mudah saja syaratnya, pastikan korang telah mengundi dan jangan padam kesan dakwat pada jari tu.
Tunjukkannya kepada wakil kedai dan enjoy 6 benda yang ditawarkan ini!
01
Minuman Percuma
Dari jam 5pm sehingga 8pm, korang wajib dapatkan minuman Summer Frappucino di cawangan Starbucks seluruh negara. Beli satu, percuma satu, hilang penat berbaris tadi.
02
Lagi Minuman Percuma Sebab Panas Kan
Tak nak ketinggalan, kafe The Coffee Bean & Tea Leaf juga menawarkan ‘kempen’ Buy 1 Free 1 Drink untuk minuman Chocolate Strawberry, yumss! Lagi best, tawaran dibuka untuk sepanjang hari ini.
03
Diskaun Baju & Aksesori
Selalu kita menantikan sales bagi jenama pakaian, kan? Why not rebut diskaun 20 peratus bagi mana-mana pembelian barangan Pestle & Mortar Clothing berharga RM120. Hanya untuk 100 pelanggan terawal.
04
Nasi Lemak
Tiada apa yang lebih patriotik melainkan makanan tradisi Malaysia, Nasi Lemak dan minuman Teh Tarik.
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan kedua-duanya secara percuma bagi 200 pelanggan terawal di setiap cawangan terlibat; iaitu di Ben’s, Ben’s General Food Store dan di Plan B.
05
Selepas Tengah Hari Pun Dahaga, Pe Cer?
Serius hari ni panas! Jadi bagi korang yang baru saja mengundi tu, rebut peluang untuk mendapatkan minuman Ice Lemon Tea percuma bagi 100 pelanggan terawal mereka di setiap cawangan.
06
‘Mengopi’ Sementara Tunggu Keputusan
Sampai ke malam pun, korang masih sempat untuk merebut peluang diskaun secara valid.
Kunjungi kafe Frisky Goat di TTDI untuk menebus baucar 50 peratus minuman kopi dengan syarat, korang memesan satu set makanan dari mereka. Okaylah kan, dah penat seharian mesti korang perlukan makan malam.
* * * * *
So tunggu apa lagi, undi untuk masa depan negara dan dapatkan sesuatu yang istimewa (dan percuma) untuk mengingati hari ini!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Sarah Yasmine tiba-tiba meletus pada minggu setelah dirinya membuat pendedahan berani mengenai statusnya sebagai teman wanita gelap penyanyi dan pelakon Singapura, Aliff Aziz.
Sarah Yasmine.
Tidak cukup dengan itu, Sarah juga tidak teragak-agak untuk mengheret seorang lagi kekasih gelap Aliff yang juga pelakon sensasi dari Malaysia, Ruhainies menerusi foto-foto perbualan di antara Ruhainies dan Aliff dalam aplikasi WhatsApp yang dipercayai ditangkap secara senyap-senyap oleh Sarah.
Perbualan berleratan itu dimuat naik di bahagian Instagram Story milik Sarah setelah dirinya terkejut apabila Ruhainies dilihat masih berhubung rapat dengan Aliff setelah mereka ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.
Ruhainies yang kini juga dikenali dengan inisial NRF.
Sarah turut mendakwa individu berinisial NRF menjadi dalang yang memecahkan rumah tangga Aliff dan isterinya, Bella Astillah serta dilihat menjadi batu api kepada hubungan suami isteri itu yang kini sedang dalam proses pemfailan penceraian secara ekspres oleh pihak Bella.
Tidak cukup dengan nama-nama seperti Aliff Aziz, Bella Astillah, Ruhainies dan Sarah sendiri yang terlibat dalam kemelut ini, turut terpalit sama ialah nama selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong dan Caprice (yang dilabel sebagai Z). Turut terselit dalam perbualan itu adalah nama Zaki Yamani (penyanyi dan anak Datuk Jamal Abdillah) dan ibu kepada Ruhainies.
Susulan pendedahan perbualan di aplikasi WhatsApp oleh Sarah Yasmine itu, jumlah pengikut Instagram miliknya telahpun meningkat daripada kurang 5000 pengikut pada awal minggu ini menjadi 209,000 pengikut; kira-kira 5125 peratus peningkatan daripada jumlah asal.
Terbaru, Sarah mendakwa beberapa pertuduhan oleh Caprice antaranya; Sarah memutar belitkan proses berbaik semula di antara Aliff dan Bella agar isu ini selesai dengan pantas dengan bantuan Caprice; adalah tidak benar.
Malah, Sarah juga mendakwa Caprice sengaja mendedahkan perbualan telefon mereka berdua menerusi paparan Instagram Story sebelum Sarah sendiri memuat naik perbualan telefon baharunya dengan Caprice yang dilakukannya pada pagi tadi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Ahmad Zaim Ghazali yang membina syarikat bas ekspres Zaim Express selepas melalui kehidupan sukar sebagai anak yatim dan pernah bekerja sebagai penghantar surat.