Selepas mengukir kejayaan menerusi drama ‘berhantu’ Project Anchor, Nadhir Nasar yang merupakan Hero Remaja 2020 kembali mewarnai industri hiburan tanah air dengan menjadi hos di sebalik tabir sebuah rancangan realiti televisyen All Together Now Malaysia (ATNMY).

Bergandingan bersama Dewi Remaja 2019, Shaza Bae, Nadhir mengakui ia adalah satu pengalaman yang menarik kerana sebelum ini, semasa dia masih di dalam pencarian Hero Remaja, Shaza merupakan seniornya yang banyak memberikan nasihat dan tip buat finalis Hero Remaja. Kini, Nadhir berpeluang beraksi satu pentas bersama seniornya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAZA 🦋 (@shazabae_)

“Untuk Nadhir, pengalaman bekerja dengan Shaza adalah sangat best kerana dia seorang yang sangat hebat di mata Nadhir daripada segi hosting dan lakonannya. Macam mana kita nak ikut ‘energy’ yang dia ada adalah satu cabaran buat Nadhir,”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAZA 🦋 (@shazabae_)

“Shaza ni kalau dia mengacara, energynya lain setiap kali dia berkata-kata. Jadi bila kita bergandingan bersama dengan orang yang mempunyai energy tinggi, kita juga perlu mencari energy yang tinggi untuk tidak ‘tenggelam’ ketika mengacarakan program itu,” jelas Nadhir.

Keistimewaan program realiti ini juga, selain menampilkan barisan 50 juri selebriti, setiap minggu Nadhir berpeluang bertemu dengan para peserta yang berlainan. ATNMY juga tidak tidak memberi kelayakan had umur dan disebabkan itu juga, dia dapat menyaksikan bakat-bakat daripada pelbagai jenis umur.

IKLAN

“Paling Nadhir tidak boleh lupa adalah seorang peserta cilik yang sangat berbakat. Kalau tak silap umurnya baru 7 atau 8 tahun. Tapi, dia berjaya membuka mata juri dan mendapat markah penuh. Bayangkan seusia kecil itu dia sudah mempunyai nilai keyakinan diri yang sangat tinggi untuk membuat persembahan di hadapan 50 orang juri,”

Nadhir Nasar Kagum Bakat Peserta Cilik Di ‘All Together Now Malaysia’

IKLAN

“Dari situ juga kita boleh belajar yang sebenarnya bukan kau seorang sahaja yang mempunyai bakat di usia muda, tapi sebenarnya masih ada lagi insan berbakat di usia yang jauh lebih muda. Ramai peserta yang Nadhir nampak memang berbakat dan boleh masuk dalam industri hiburan kita,” tambahnya lagi.

Nadhir juga mengakui bahawa dalam banyak-banyak bidang seni yang diceburinya, dia tetap ingin memberi fokus dan keutamaan dalam seni lakonan.

IKLAN

“Sebenarnya masih banyak lagi watak yang Nadhir belum pernah cuba. So far, jiwa Nadhir memang ke arah lakonan dan insyaAllah jika diberi lebih banyak lagi peluang berlakon, Nadhir akan cuba lakukan yang terbaik. Nadhir juga bakal membintangi drama bersama Meerqeen dalam sebuah drama terbitan Astro, tetapi buat masa sekarang semuanya tergendala kerana PKP di seluruh negara,” katanya.

Nadhir Nasar Kagum Bakat Peserta Cilik Di ‘All Together Now Malaysia’

So guys, jangan lupa saksikan All Together Now Malaysia yang bakal bersiaran bermula 6 Jun ini di saluran Astro Ria pada pukul 9 malam.

Program kapsul “Disebalik All Together Now Malaysia” yang dihoskan oleh Nadhir Nasar dan Shaza Bae pula akan ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat selama 10 minit pada pukul 6.30 petang.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI