Jika sebelum ini Harris Annuar mencabar dirinya untuk kayuhan sejauh 315 kilometer dari Shah Alam ke Cherating, kini pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017 ini melangkah lebih jauh lagi apabila mencipta rekod berbasikal sehingga ke Langkawi.
Harris berjaya menamatkan kayuhan sejauh 540 km bermula dari rumahnya di Shah Alam sehingga ke Pulau Langkawi dalam masa lebih kurang tiga hari. Ini merupakan pengalaman serta rekod peribadi Harris yang sememangnya tidak menyangka dia mampu membuat kerja ‘gila’ ini.
Remaja berkesempatan menemu-bual figura ini bertanyakan tentang pengalaman dan cabaran yang dilalui ketika trip kayuhan basikal ke Utara.
“Selama ni memang Harris jarang penat, tapi trip kali ini memang Harris rasa betul-betul penat sangat. Kalau dalam istilah cyclist ia dipanggil ‘bonk’. Kalau nak diikutkan for the lastmonth, Harris memang tak cycling dan tak training pun. Then, terus pergi buat kayuhan 500 km ni, jadi memang barai la. Harris boleh cakap dari Shah Alam ke Langkawi memang mental game dia strong gila dan Alhamdulillah Harris dapat juga sampai dengan selamat,”
“Pada hari pertama memang Harris ‘bonk’ sangat-sangat, tapi bila hari kedua Harris mula dapat stamina balik dan hari ketiga memang mental kena jadi lebih kuat sebab setiap kayuhan rasanya macam lama sangat. Kalau tinggal 1 km lagi, kita rasa lama sangat sebab nak cepat habis. Lagi pun, kami perlu mengejar bot yang dijadualkan berlepas jam 12.30 tengah hari. Jadi, seawal 3 pagi kami sudah mulakan kayuhan daripada Kedah untuk kejar feri yang akan bertolak di jeti Kuala Perlis,” jelasnya lagi.
Apabila melakukan aktiviti seperti ini, sudah tentu mereka tidak lari daripada cabaran dan dugaan sepanjang kayuhan. Antara cabaran utama yang dilaluinya adalah faktor cuaca.
Ads
“Dalam trip ini memang macam-macam perkara berlaku. Selain daripada kaki cramp, Harris juga mengalami keracunan makanan yang menyebabkan muntah-muntah. Tapi, Alhamdulillah ia tidak menganggu dan kami sampai dengan selamat,”
“Cuaca pada masa itu juga masyaAllah, panas sangat. Waktu tu suhu mencecah 39 darjah Celsius dan itu yang membuatkan kami ‘koyak’. Badan jangan cakap la, memang sunburn terus. Part paling best sekali bila kami terpaksa berhenti dan membasahkan kepala dengan ais. Ini kerana kami tidak mahu salah seorang daripada kami terkena heat stroke atau pengsan,”
“Memang cabaran yang paling dasyhat adalah faktor cuaca dan kebetulan sepanjang tiga hari kayuhan, memang tidak ada hujan langsung,”
“Lagi satu, bila badan dah penat sangat, nak tidur pun tak boleh. Bayangkan kami sampai jam 5 petang, kemudian perlu bangun jam 2 pagi untuk misi kayuhan seterusnya.
Tapi, bila badan terlalu penat, memang mata pun susah nak terlelap,” tambahnya lagi.
Ads
Bukan sekadar follow trend
“Ramai yang bertanya kenapa Harris mahu lakukan kayuhan ini hingga ke Langkawi. Harris nak tunjukkan yang sebenarnya Harris memang betul-betul minat main basikal, bukan hanya sekadar nak ikut trend. InsyaAllah Harris akan bertahan dengan sukan ini kerana Harris beli basikal ini pun bukan sebab nak ikut trend, nanti end up jual balik,”
“Harris nak nasihatkan kalau korang betul-betul tak minat jangan beli basikal sebab harganya pun bukan murah. Kalau memang betul minat, boleh lakukan aktiviti ini tapi tak perlulah sampai nak kayuh 500 km. Cuba dulu kayuh 100 km, itu pun dah berbaloi,” jawab Harris.
Melihat kepada isu viral sebelum ini, ramai pengayuh basikal yang dikecam masyarakat kerana mengayuh basikal tidak mengikut undang-undang, berada di tengah jalan raya dan ada juga kumpulan tak bertanggungjawab yang memanjat roundabout Elmina baru-baru ini untuk bergambar.
“Harris nasihatkan agar masyarakat tidak terus menyerang penunggang basikal kerana yang melakukan perkara-perkara tidak bertanggungjawab ini sebenarnya adalah bergantung kepada individu. Ia bukannya seperti seorang cyclist yang melakukan kesalahan, semua penunggang basikal dipersalahkan. Sama juga seperti pemandu kereta. Ada yang tidak bertanggungjawab melakukan double park, tapi bukan semua pemandu bersikap seperti itu,”
“Sebenarnya yang salah adalah individu itu sendiri dan janganlah samakan kami seperti itu. Untuk mereka yang telah melakukan kesalahan-kesalahan seperti itu, korang kena tahu apa implikasinya terhadap masyarakat. Korang kena jaga nama cyclist yang lain juga kerana ia memberikan tanggapan buruk kepada penunggang basikal lain yang tidak bersalah,”
“So, nasihat Harris kalau boleh janganlah melakukan perkara-perkara itu lagi dan sekiranya mahu mengambil gambar, berhenti di tempat yang sepatutnya. Senang, tak perlulah sampai nak panjat-panjat roundabout,” ujar Harris lagi.
Untuk perancangan masa hadapan, Harris dan rakan-rakannya bercadang untuk melakukan kayuhan ke Desaru dan kalau boleh, mereka juga mahu tour satu Semenanjung Malaysia.
Kami di Remaja sentiasa mendoakan kejayaan Harris dan sekali lagi, tahniah diucapkan atas pencapaian yang telah dilakukan ini. Semoga ia memberi inspirasi untuk anak muda memulakan gaya hidup sihat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Namanya pernah viral selepas kemunculan dalam Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) sebagai pembawa trofi menarik perhatian penonton. Malah, Remaja juga pernah menemu bual anak muda yang berusia 19 tahun ini, Jabir Meftah.
Tidak mahu melepaskan peluang yang ada, Jabir turut mengambil kesempatan untuk datang ke sesi uji bakat Hero Remaja 2020.
"Jabir masuk Hero Remaja sebab Jabir nak jadikan semua orang yang pada hari ini seorang juara. Macam mana Jabir nak buat? Kena tunggu.. Hehe!
"Jabir nak buat satu perubahan yang orang selalunya jadikan sebagai satu standard dalam pertandingan. Beauty and brain. Jabir nak bawa pendekatan ketiga iaitu budi bahasa. Semua orang ada beauty dan brain tapi tak semua memiliki budi bahasa,"
"Selain itu, Jabir juga ada misi untuk mengajak anak muda bersama-sama menggiatkan kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, kalau kita lihat 50 tahun lepas dan hari ini, boleh dikatakan hampir 50 peratus pokok-pokok telah pun ditebang. Jadi, tahun depan Jabir mempunyai misi untuk menanam 1 juta pokok dan saya perlukan sokongan anak muda untuk menjayakan matlamat ini," jelas Jabir.
Good luck kami ucapkan buat Jabir dan semua peserta uji bakat yang hadir hari ini. Untuk korang yang masih ingin mencuba nasib dalam Hero Remaja 2020, jangan lupa datang esok di hari terakhir uji bakat.
Pendaftaran bermula jam 9 pagi sehingga jam 4 petang di Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam.
See you guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buat pertama kalinya uji bakat pencarian Hero Remaja dilakukan secara online akibat situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara. Bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2021, Remaja menerima ratusan penyertaan dan hanya yang terpilih dipanggil untuk hadir pada sesi uji bakat Stage 2 di bangunan Nu Ideaktiv.
Seorang peserta uji bakat Hero Remaja 2021 baru-baru ini telah tular kerana kenyataannya “Ingin mengubah dunia” mencuri perhatian netizen.
Menerusi sebuah video di TikTok Majalah Remaja, seorang perserta yang dikenali sebagai @imannorhizam menjawab soalan wartawan, kenapa korang nak sertai Hero Remaja 2021? Iman lantas menjawab, “Nak bawa perubahan kepada dunia”.
Pemuda ini ditemui pada hari uji bakat Hero Remaja 2021 di Stage 3 dan kami sempat bertanyakan kepadanya tentang isu viral berkaitan jawapan yang telah diberikan oleh Iman.
“Banyak sebenarnya orang DM dan WhatsApp. Ada yang komen positif dan negatif tapi sebenarnya Iman kata nak ubah dunia tu adalah daripada segi paling besar, mentaliti. Dalam hidup Iman ni memang pegang dua prinsip, iaitu saya inginkan persekitaran dijaga dengan baiik dan masyarakat menggunakan teknologi terkini dengan berhemah,”
“So, pada Iman platform Hero Remaja ini besar. Saya lihat platform ini dapat memberikan peluang untuk saya untuk menunjukkan nilai positif kepada seluruh masyarakat. Bagi komen-komen negatif pula, saya juga terhibur melihat kreativiti mereka. Sebenarnya saya cuba elak untuk membaca kesemua komen negative tersebut, hanya membaca beberapa komen sekadar untuk mengetahui apa yang berlaku,”
“Sebenarnya, jawapan yang Iman bagi nak mengubah dunia itu adalah a split second answer dimana wartawan bertanyakan secara random kepada peserta secara bergilir-gilir dalam masa serentak. Jadi bila turn saya, saya pun jawablah seperti apa yang pertama sekali terlintas difikiran. Saya bukan jawab untuk dapatkan publisiti,” jelas Iman lagi.
Diharap Iman tidak mengambil hati dan jadikan ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dalam membuktikan impiannya ini.
Apa-apa pun selamat maju jaya buat Iman dan kesemua peserta uji bakat Hero Remaja tahun ini. Kita lihat siapa yang bakal dipilih menjadi top 12 finalis Hero Remaja 2021 nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
MAJLIS konvokesyen adalah hari yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pelajar lepasan universiti selepas berjaya menamatkan pengajian. Namun, akibat penularan pandemik Covid-19 yang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia semuanya berubah.
Dunia yang masih dilanda pandemik COVID-19 cukup memberi kesan kepada pendidikan tinggi. Kuliah berlangsung secara dalam talian, peperiksaan akhir juga diubah penilaian dan beberapa polisi turut diubah, malah majlis graduasi dan konvokesyen juga dilakukan dengan norma baharu.
REMAJA sempat menemubual melalui telefon salah seorang Hero Remaja 2021 yang turut menghadiri majlis graduasinya semalam iaitu Farhan Nordin.
Finalis Hero Remaja ini berasal dari Muar, Johor dan merupakan seorang graduan jurusan TESL di MSU. Menurut Farhan, majlis konvo kali ini memang berbeza kerana ia diraikan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ketat dan lengkap.
“Yelah kita kan sekarang di musim pandemik Covid-19 yang masih menular dan kita terpaksa hadiri majlis konvo dengan norma yang baharu. Untuk majlis graduasi, saya dapat hari kedua Majlis Konvokesyen MSU. Jadi memang tiada rehearsal langsung untuk mengelakkan kesesakan orang ramai. Selain itu, sepanjang majlis juga diwajibkan memakai pelitup wajah dan hanya dua orang penjaga dibenar masuk ke dewan konvokesyen.”
Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Farhan menunggu lebih kurang 9 bulan selepas menamatkan pengajiannya untuk majlis graduasi. Malah, finalis top 12 Hero Remaja bersyukur kerana dapat juga menyimpan momen bahagia bersama keluarga dan rakan-rakan di majlis konvokesyen sedangkan ramai lagi yang tidak berpeluang.
Untuk info, Management and Science University (MSU) kali ini memperkenalkan sistem pensijilan menerusi teknologi ‘Block Chain Certificate’ pada Majlis Konvokesyen ke-28 universiti berkenaan. Menurut Farhan, dia merasakan sistem tersebut sangat parktikal dan bagus kerana bila mengunakan sistem seperti ini ia memudahkan sistem pembayaran secara online.
“Sebab kita tahu yang student datang dari pelbagai negeri so dengan sistem ni, pembayaran boleh dilakukan dengan mudah,” ujar jejaka 23 tahun ini.
Ditanya mengenai perancangan masa hadapan pemilik Bachelor in Education – TESL (Hons) ini beliau menyatakan bahawa dia berniat untuk menyambung pelajaran di peringkat seterusnya disamping akan aktif dalam bidang industri.
Remaja ucapkan tahniah kepada Farhan! Dan bagi pelajar kolej atau universiti di seluruh Malaysia yang juga bergelar graduan pada bulan ini, happy convocation guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!