Dengan lambakan kafe yang ada di Malaysia ini, nampaknya The Loaf terpaksa akur dengan prestasi kurang memberangsangkan mereka.
12 tahun kafe bakeri, The Loaf telah menemui peminat makanan pastri dan kopi. Penulis tak dapat menafikan bahawa seleksi roti dan pastri di kafe tersebut memang sedap dan merupakan antara yang terbaik di Malaysia.
Namun kelmarin selepas lebih sedekad beroperasi, akhirnya The Loaf dilaporkan mengambil keputusan untuk menutup kesemua cawangan mereka.
Ads
The Loaf merupakan kafe bakeri yang diilhamkan oleh Tun Mahathir Mohamed dengan pemilikan 51% saham. Dengan kerjasama dengan Motoko Resources Sdn Bhd, The Load kemudiannya diuruskan oleh M&M Consolidated Sdn Bhd.
Cawangan pertamanya di Telaga Harbour yang dibuka pada tahun 2006 pernah mencetuskan frenzy di kalangan peminat pastri dan roti kerana ia dikatakan sedap dan autentik! Tak seperti bakeri lain yang kadangkala menghidangkan menu yang sejuk dan sudah lama terperap, menu di The Loaf selalunya datang dalam keadaan segar dan enak.
Ads
Setahun selepas itu, ia dibuka pula di Pavilion, Empire Shopping Gallery, Mitsui Outlet Park dan The Mines, Seri Kembangan.
Ads
Menurut penasihat kewangan The Loaf iaitu Andrew Heng, mereka memilih untuk menutup kesemua cawangan sekaligus kerana mereka tidak mampu untuk meneruskan lagi perniagaan berkenaan akibat kerugian yang dialami sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Di kesemua cawangan The Loaf kelmarin, didapati notis telah ditampal pada pintu kedai dengan menyatakan ucapan terima kasih kepada kesemua pelanggan setia mereka.
Sementara itu, ada di kalangan pekerja The Loaf yang mendakwa mereka tidak tahu menahu mengenai penutupan tersebut sehinggalah pada pagi Khamis lalu semasa tiba di tempat kerja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cinta memang tak mengenal ras, agama, usia, dan siapa kita. Tambahan, rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama. Jadi, perkahwinan campur sudah menjadi perkara biasa dan semakin diterima baik oleh semua orang.
Siapa saja yang tidak mengenali pemilik nama Adam Corrie. Sebilangan besar masyarakat di Malaysia membesar dengan drama-drama lakonan Adam Corrie. Malah, tarikh 13 Julai 2007 merupakan hari dimana lelaki berbangsa Cina ini memeluk agama Islam. Beliau terus hidup bahagia disamping isteri, Fazema Mohd Fuad dan anaknya sehingga ke hari ini.
Menerusi satu perkongsian di Facebook hari ini, Adam Corrie atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah berkata semua yang dikongsi merupakan pandangan dan pengalaman yang dirasai olehnya bersama isteri.
Dalam perkongsian itu, Adam turut memuat naik gambarnya sewaktu sedang akad nikah pada 2008 dahulu.
“Ini gambar tahun 2008. Saya sedang akad nikah. Lepas akad nikah kena baca taklik nikah dalam tulisan jawi, tapi tok kadi tak pa… sebabkan saya mualaf ikut dia cakap.
“Hari ini saya masih menerima beberapa PM bertanyakan pandangan tentang bagaimana nak ajak BF /GF yang belum Islam memeluk Islam dan berkahwin. Saya sudah kongsikan pandangan ini berkali-kali. Kali ini saya kongsikan sekali lagi atas pemintaan,” katanya.
Gambar: FB Adam Corrie
Tujuh Cara Bina Hubungan Dengan Pasangan Bukan Islam & Ajak Peluk Islam
Dalam perkongsian yang sama, Adam berkongsikan tujuh garis panduan bagaimana membina hubungan dengan bakal pasangan yang bukan Islam, seterusnya cara mengendalikan hubungan ke arah yang lebih baik.
1. Sebagai seorang Muslim, tunjukkan keindahan Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Jika kita sendiri tak tunjuk teladan dan mempraktikkannya ajaran dan meninggalkan laranganNya amat sukar untuk mereka memahami apa itu Islam.
2. Jangan paksa GF/BF kita memeluk Islam untuk kahwin. Biarlah mereka memeluk Islam kerana Allah dan cinta akan Islam.
3. Sekiranya BF/GF memang ada menunjukkan minat terhadap Islam, berikan buku-buku bacaan mengenai Islam yang mudah difahami isi kandungannya. Bawa mereka ke kelas agama seperti di PERKIM / Majlis Agama Islam Negeri untuk memahami Islam dengan lebih lanjut.
4. Buatlah solat sunat taubat selalu supaya dosa kita diampunkan supaya doa kita mudah diperkenankan. Lagipun kita digalakkan lakukan solat taubat selalu.
Solat istikarah juga perlu untuk mendapat pertunjuk dari Allah adakah si dia jodoh terbaik untuk kita dan buatlah juga solat hajat untuk si dia mendapat hidayah dari Allah untuk memeluk Islam dengan sepenuh hati.
5. Selebihnya kita serahkan pada Allah menentukan-Nya. Berusaha, beribadat, berdoa , tawakkal Insya’allah segala yang diinginkan dimakbulkan.
6. Buat target masa, jangan bercinta lama-lama. Ia hanya menambahkan dosa yang kita tak sedari. Jika GF/BF kita suka tangguh-tangguh. Berani buat keputusan untuk mengundur diri dan teruskan hidup yang lebih baik.
7. Jika dia bukan jodoh kita, jangan putus asa dan kecewa. Kerana Allah ada rancangan yang terbaik dan ada hikmahNya untuk kita. Insan yang baik tentu Allah jodohkan dengan Insan yang baik juga. Insya’allah.
Mengulas lanjut mengenai panduan yang diamalkan ini, jelas Adam, isterinya juga turut mengamalkan beberapa amalan sama sewaktu dirinya dilamar menjadi isteri.
“Dari pengalaman isteri saya, beliau melakukan nombor 4 dan 5 ketika saya melamarnya dan beliau juga meminta ibu bapanya buat solat istikharah dan hajat untuk dirinya.
“Restu ibu bapa penting bagi memastikan kebahagiaan perkahwinan tersebut di dunia dan akhirat. InsyaAllah,” katanya.
Untuk info, Adam Corrie sebelum ini mengaku yang dia pernah bergekar seorang atheis, iaitu tidak mempercayai kewujudan Tuhan sebelum masuk agama Islam. Adam memeluk Islam pada Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad pada tahun 2008.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Itulah yang dapat kami gambarkan mengenai majlis pernikahan serta resepsi anak perempuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir iaitu Ally Mukhriz yang berlangsung pada hujung minggu ini.
Menariknya, Ally tak sekadar mengharapkan khidmat jururancang acara saja. Dia turut melibatkan ahli keluarganya termasuklah ayahnya sendiri sepanjang tempoh merancang.
“Banyak perancangan yang perlu kami lakukan. Berbanding majlis pertunangan tempoh hari ia lebih mudah kerana hanya membabitkan sehari saja.
“Majlis perkahwinan ini pula terdiri daripada akad, beberapa majlis bersanding termasuk di Kedah. Jadi saya bertuah kerana memiliki jururancang perkahwinan.
“Ahli keluarga saya juga tidak terlepas daripada merancang majlis perkahwinan saya. 10 orang semuanya termasuklah ayah dan ibu yang memberikan sokongan. Itu amat penting. Kami kerap duduk berbincang untuk mengemukakan idea dan melaksanakan.
“At the end of the day, everyone wants it to be beautiful, nice event,” katanya tempoh hari sewaktu bertemu dengan REMAJA.
Ally atau nama penuhnya, Meera Alyanna Mukhriz dan suami, Ezran Daud Cheah selamat diijab kabulkan di Kuala Lumpur kelmarin dalam persalinan serba putih.
Manakala majlis resepsi pula berlangsung semalam dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi undangan majlis.
Ally dan Ezran bersama Tengku Puteri Iman Afzan serta Tengku Abu Bakar Ahmad.
Ally dan Ezran cukup elegan dalam persalinan songket eksklusif rekaan Fiziwoo. Manakala persiapan solekan dan dandanan pula adalah hasil sentuhan Noriana serta Ckay Liow.
Ditanya mengenai apakah perancangannya selepas ini, Ally berkata dia masih sama seperti biasa dan akan kembali bekerja.
Siapa yang suka makan memang akan excited dengan cerita yang kami nak sampaikan ni. Terutamanya untuk orang-orang Utara, tahu tak kemudahan komuter yang ada sekarang ni sangat la memudahkan perjalanan korang untuk ke Hatyai?
Tarikan makanan Thai ni memang boleh orang jadi ‘gila’. Mana taknya, kalau ada je festival makanan Thai di KL, mesti berduyun-duyun manusia yang datang.
Jadi, ini berita baik untuk korang yang memang selalu mengidam nak makan sedap. Baca perkongsian yang telah dibuat oleh AyuMastura Kenon yang katanya hanya bermodalkan RM35 je, orang-orang Utara boleh pergi balik hari ke Hatyai.
Perghh, jealous beb!
Semenjak komuter mula beroperasi senang sangat-sangat dah nak ke Thailand . Hanya bermodalkan RM35 dah boleh pergi Hatyai balik hari.
Ok meh aiols share sikit untuk trip baru ni. Ni panduan untuk ambil komuter dari Butterworth atau kawasan-kawasan sekitarnya.
Aiols ambil train dari Tasek Gelugor (TG) ke Padang Besar (RM10.40 adult / RM5.20 child)
Train dari TG sejam sekali bermula 5:48 pagi dan mengambil masa sejam setengah untuk sampai ke Padang Besar.
Aiols naik train pukul 7:48 pagi sebab nak kejar train ke HatYai pukul 9:55 pagi waktu Malaysia. Sesampai kat Padang Besar memag ngam-ngam train Thailand tengah tunggu..
Tiket train kelas ketiga Pdg Besar ke HatYai RM7 (50thb)..
Kalau korang pergi awal tu boleh la naik bus or naik mini van ke Hatyai.. tapi ai is malas sebab banyak kali nak bertukar-tukar nak naik train gak yang senang terus sampai ke Hatyai.
So dah sampai Hatyai ni pandai-pandai ler kan… nak pergi Krabi ke Phuket ke Koh Lipe ke Bangkok ke.. suka hati mung lah..
Lepas ni kalau terasa nak makan makanan Thai, tak perlu lagi nak tunggu food festival kan. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!