Kaedah Bancuh Kopi Beri Kesan Pada Kesihatan Jantung
Doktor kongsi kaedah bancuh kopi terbaik untuk elak kolesterol naik sekali gus memberi kesedaran kepada pencinta kopi bahawa cara penyediaan minuman ini memainkan peranan besar terhadap kesihatan jantung.
Serbuk Kopi
Bagi ramai orang dewasa dan remaja, kopi sudah menjadi rutin harian, terutamanya pada waktu pagi untuk mendapatkan tenaga dan kekal fokus.
Namun tanpa disedari, pengambilan kopi secara berlebihan atau dibancuh dengan cara yang kurang sesuai boleh memberi kesan kepada tahap kolesterol dalam badan.
Kajian Dedah Risiko Kopi Tidak Ditapis
Satu kajian yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine mendapati pengambilan enam cawan kopi yang tidak ditapis boleh meningkatkan paras kolesterol LDL sebanyak 0.46 mmol/L.
Ini menunjukkan bahawa bukan kopi itu sendiri yang menjadi punca utama, tetapi kaedah bancuhan kopi yang digunakan.
Kopi Gambar Via Pexel
Penjelasan Doktor Tentang Kesan Bancuhan Kopi
Perkara ini turut dijelaskan oleh seorang doktor kesihatan dari Singapura, Dr Samuel, menerusi perkongsian di TikTok (@drsamuelgp).
Menurut beliau, setiap kaedah penyediaan kopi menghasilkan kandungan bahan tertentu yang berbeza dan memberi impak berbeza terhadap tahap kolesterol seseorang.
Individu yang mempunyai masalah kolesterol tinggi disarankan agar lebih berhati-hati dalam memilih kaedah bancuh kopi harian mereka.
Ads
Diterpena Dalam Kopi Punca Kolesterol LDL Naik
Menurut Dr Samuel, kopi mengandungi kompaun semula jadi dikenali sebagai diterpena (diterpene) yang terdapat dalam minyak kopi.
Kompaun ini didapati boleh meningkatkan paras kolesterol LDL atau kolesterol jahat, terutamanya apabila kopi diambil dalam kuantiti yang banyak.
Namun, kopi yang dibancuh menggunakan kertas penapis mampu menyingkirkan sebahagian besar diterpena sebelum diminum.
Kajian juga menunjukkan individu yang berhenti mengambil kopi tidak ditapis selama lima minggu mengalami penurunan kadar kolesterol, tetapi tahap kolesterol kembali meningkat apabila kopi tidak ditapis diambil semula.
Ads
Kaedah Bancuhan Kopi Dengan Diterpena Tinggi
Dr Samuel menyenaraikan beberapa kaedah bancuh kopi yang menghasilkan kandungan diterpena paling tinggi. Antara kaedah tersebut termasuk Turkish coffee, French press, espresso, moka pot dan pod coffee.
Kesemua kaedah ini tidak menggunakan penapis kertas, menyebabkan minyak kopi tidak ditapis sepenuhnya.
Gambar Via Pexels
Kaedah Bancuh Kopi Lebih Selamat
Sebaliknya, kopi yang menghasilkan kandungan diterpena lebih rendah termasuk kopi segera, cold brew yang ditapis, drip coffee dan coffee pads.
Dalam masa sama, kopi yang dibancuh menggunakan penapis kain seperti di kopitiam juga tidak berkesan menyingkirkan diterpena sepenuhnya.
Berapa Banyak Kopi Selamat Diminum?
Menurut Dr Samuel, kebanyakan individu hanya mengambil satu atau dua cawan kopi sehari yang secara umumnya tidak memberi kesan besar terhadap peningkatan kolesterol LDL.
Namun, pengambilan kopi disarankan dihadkan kepada dua hingga tiga cawan sehari, terutamanya bagi individu yang mempunyai sejarah kolesterol tinggi atau penyakit jantung.
Ads
Kopi Ditapis Lebih Baik Untuk Kesihatan Jantung
Satu kajian dalam European Journal of Preventive Cardiology mendapati kopi yang dibancuh dan ditapis lebih baik untuk kesihatan, khususnya dalam kalangan individu berusia.
Kopi tidak ditapis didapati mengandungi sehingga 30 kali ganda lebih banyak diterpena berbanding kopi ditapis.
Individu bawah 60 tahun yang mengambil satu hingga empat cawan kopi ditapis sehari mempunyai risiko penyakit arteri dan kematian yang lebih rendah.
Namun manfaat ini tidak dilihat dalam kalangan mereka yang mengambil lebih lima cawan kopi sehari.
Kesimpulan: Pilih Cara Bancuh Kopi Yang Lebih Sihat
Minum kopi bukan satu kesalahan dan masih boleh memberi manfaat jika diambil secara sederhana.
Dengan memilih kaedah bancuh kopi terbaik untuk elak kolesterol naik serta mengawal kuantiti pengambilan, pencinta kopi masih boleh menikmati kopi kegemaran tanpa menjejaskan kesihatan jantung.
Peruncit barangan sukan Decathlon akan membuka cawangannya yang terbaharu secara rasmi di Four Seasons Kuala Lumpur City Centre pada 14 Mei ini. Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur yang sibuk, kedai utama baharu Decathlon di Shoppes @ Four Seasons bersedia untuk menjadi kedai Decathlon pertama di dunia yang memberikan pelanggannya lebih daripada sekadar runcit.
Bukan hanya menjual pakaian dan peralatan sukan, ia turut memberikan pengalaman unik kepada pelanggan dengan menggabungkan elemen gaya hidup seperti perkhidmatan fisioterapi, studio kecergasan bersama kelas senaman, restoran makanan sihat dan yoga hotpod pertama di Asia Tenggara.
Korang boleh membeli produk sukan terbaik di pasaran dan pada masa yang sama terus mempraktikkannya di premis mereka. Lengkap dengan kelas sukan yang luar biasa, kemudahan ini pastinya memberikan kelainan dan kemudahan buat mereka yang ingin melakukan aktiviti-aktiviti sihat.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Decathlon membolehkan peminat sukan mencuba produk di tempat sebelum membuat pembelian. Pusat Bandar Decathlon KL menyediakan ruang untuk pelanggan berbuat demikian dengan pelbagai kelas senaman dan sukan yang ditawarkan.
Decathlon juga berhasrat untuk membina komuniti sukan yang mampan melalui flagship store ini dan menggesa pelanggan untuk menyertai Kelab Decathlon MY serta menggunakan sepenuhnya Decastudio yang disediakan. Decathlon bekerjasama dengan Manic Studio by Evomania dan Hot Yo Studio untuk memberikan ahli pengalaman senaman bertaraf dunia.
Selain kedai fizikal, Decathlon juga mempunyai aplikasi mudah alih mereka sendiri untuk lebih mudah diakses oleh pengguna. Ini dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha transformasi digital untuk mengikuti perkembangan dunia teknologi.
Dengan semua tawaran yang disediakan oleh Decathlon, secara dalam atau luar talian, sudah tentu ia dapat menarik lebih ramai lagi pengguna yang tidak bersukan tetapi menjadi lebih semangat untuk bersukan.
Untuk pembukaan secara rasmi Sabtu (14 Mei 2022) ini, 200 pelanggan pertama berpeluang menerima cash voucher bernilai RM50. Ha apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung di Decathlon Four Seasons Kuala Lumpur City Centre hujung minggu ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun ini kami percaya ada pasangan yang sudah berniat untuk mengakhiri zaman bujang dan sedang merancang pernikahan.
Bagi individu yang pertama kali bernikah, sudah tentu mereka tidak mengetahui apa-apa tentang urusan pernikah. Justeru itu, kali ini kami ingin kongsikan 8 cara untuk mendaftar pernikahan di pejabat agama seperti yang telah dikongsikan oleh Amir Naufal Photography di laman Facebook mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jenama makanan segera dari Filipina dah ada dekat Sunway Pyramid guys!
Siapa je yang tak suka makan ayam. Boleh dikatakan di Malaysia ini, makanan kita memang banyak menggunakan ayam sebagai lauk utama. Pelbagai peringkat umur dan bangsa di Malaysia memang suka makan ayam.
Jenama restoran makanan segera popular dari Filipina, Jollibee Foods Corporation (JFC) nampaknya mengorak satu langkah ke hadapan dengan membuka secara rasmi cawangan pertama mereka di Lembah Klang iaitu di Sunway Pyramid.
Kedai cawangannya ini sudah tentu menyajikan menu ayam goreng yang pernah disenarai sebagai ayam goreng paling enak dikenali sebagai “Chickenjoy” .
Selain menu ayam rangup “Chickenjoy”, menu Spaghetti bersirakan sos tomato masam manisnya juga antara yang sering digembar-gemburkan sebagai menu wajib cuba! Manakala, menu roti impit yang disertakan dengan sosej (hot dog) dan taburan keju turut diberi lima bintang bagi yang sudah mencuba.
Jangan ketinggalan untuk mencuba “Jollibee Spicy Chicken Sandwich” yang mengetengahkan isi daging asli setta curahan pelbagai sos berperisa turut menanti si peminat burger sejati!
Untuk pengetahuan semua, kesemua cawangan Jollibee di Malaysia ini adalah berlandaskan hukum syarak di mana, penyediaan makanan adalah bebas khinzir dan kesemua daging dan ayamnya datang dari sumber sembellihan yang mendapat pengiktirafan halal Malaysia.
Sebelum ini, Jollibee Malaysia telah pun membuka cawangan pertama mereka di Kota Kinabalu, Sabah. JFC kini merupakan syarikat restoran ke-11 terbesar di dunia dan merupakan jenama makanan ringan paling berdaya saing di Brunei.
Apa tunggu lagi, lets la korang serbu…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Ahmad Zaim Ghazali yang membina syarikat bas ekspres Zaim Express selepas melalui kehidupan sukar sebagai anak yatim dan pernah bekerja sebagai penghantar surat.