Terbaru, selepas pencapaian yang memberangsangkan, filem K-Pop Demon Hunters dilaporkan bakal menerbitkan sekuel selepas beberapa spekulasi mengenai perancangan mengenai masa depan francais itu menjadi bualan di media sosial.
Menurut laporan media antarabangsa, penulis lagu filem tersebut, Mark Sonnenblick mengesahkan bahawa sekuel kini dalam proses pembangunan.
Namun, penonton dijangka perlu menunggu lebih lama kerana penerbitan animasi mengambil masa panjang dan hanya disasarkan untuk tayangan sekitar 2029.
Sebelum ini, laporan Bloomberg pada November lalu mendedahkan bahawa Netflix telah memuktamadkan perjanjian dengan pengarah Maggie Kang dan Chris Appelhans serta Sony Corp untuk menghasilkan filem kedua dan kerjasama ini menyusul selepas kejayaan luar biasa filem pertamanya.
Bukan setakat itu, dua lagi sekuel tambahan turut dilaporkan dirancang bagi membentuk trilogi lengkap. Pada masa sama, projek ‘live action’ dan muzikal pentas juga difahamkan berada dalam fasa pembangunan awal.
Ads
Sejak ditayangkan, K-Pop Demon Hunters mencipta fenomena budaya pop antarabangsa serta mencatat sejarah sebagai filem paling banyak ditonton dalam sejarah Netflix.
Trek utamanya yang berjudul Golden, turut memberi impak besar dalam industri muzik global apabila lagu tersebut berjaya memecahkan rekod carta antarabangsa, meraih Anugerah Grammy dan menerima pencalonan Oscar bagi kategori Lagu Asal Terbaik.
Ads
Pelancaran figura rasmi pula dilihat sebagai langkah pemasaran strategik oleh Netflix dan Sony sekaligus memperkukuh jenama francais tersebut menjelang perancangan projek susulan.
Sementara itu, menerusi perancangan sekuel yang semakin jelas, K-Pop Demon Hunters dilihat berpotensi berkembang sebagai francais jangka panjang.
Jika semuanya berjalan lancar, peminat mungkin dapat menyaksikan bab baharu animasi ini menjelang 2029.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres jelita, Aprena Manrose meluahkan rasa sayu apabila mengenang kembali perjalanan usahanya mendapatkan zuriat (TTC) bersama sepupunya, Datin Nelydia Senrose, yang kini sedang hamil anak pertama.
Aprena berkata dia kini berdepan perasaan sunyi apabila ‘teman seperjuangan’ dalam perjalanan tersebut bakal menimang cahaya mata dalam masa terdekat.
Menerusi perkongsian di Threads, Aprena meluahkan isi hatinya tentang situasi yang sedang dilalui.
“Nak meluah sekejap. Dahulu saya dan Nely (Nelydia) sama-sama TTC, kita saling kuatkan antara satu sama lain.
“Sekarang tinggallah saya seorang saja yang belum ada rezeki anak,” tulisnya.
Dalam pada itu, Aprena turut meluahkan persoalan mengenai rezekinya untuk bergelar ibu apabila melihat kebanyakan ahli keluarganya sudah mempunyai anak.
“Semua sepupu dah beranak-pinak. Saya bila lagi ya Allah?” kongsinya.
Terdahulu, Nelydia Senrose mengumumkan dirinya kini hamil anak pertama selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama suami, Mohd. Hafez Halimi Abdul Hamid.
Sementara itu, Aprena sebelum ini mengesahkan telah bercerai dengan bekas suaminya, Mohd. Afiq Hazman pada Jun tahun lalu.
Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 12 November 2016, namun tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang tempoh perkahwinan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekali lagi, atlet wanita negara membuktikan mereka juga setanding dengan atlet antarabangsa!
Semalam, satu lagi rekod telah dicipta oleh atlet MMA negara dalam pertarungan ONE Championship apabila salah seorang atlet Malaysia melakar kejayaan dalam tempoh tiga minit saja.
Jihin Radzuan, 21, berjaya menundukkan lawan dari Filipina iaitu Jomary Torres di hadapan penyokong tempatan. Atlet MMA remaja itu terlebih dahulu melangkah masuk ke gelanggang sambal diiringai pasukannya dan pelakon filem Sangkar, Zul Ariffin yang ingin memberikannya sokongan padu.
Sejak awal pertarungan, Jihin dapat memberi tekanan kepada Jomary dengan beberapa tumbukan padu. Stadium bertambah gamat pada minit kedua apabila dia membuat gerakan ‘take down’ dan membawa lawan ke lantai gelanggang.
Jomary masih memberikan saingan sengit namun Jihin terlebih dahulu mengunci kepala lawan dengan gerakan ‘triangle choke’! Wow girl. Kedua-dua masih bergelut di lantai namun selepas lebih seminit, Jomary mengalah lalu memberi kemenangan kepada Jihin yang popular dengan panggilan Shadow Cat.
Kini, dia telah melebarkan rekod kemenangannya kepada 5-1 dalam divisyen atomweight di ONE Championship.
Sudah tentu, teknik dan pengalaman menjadi kunci kepada persedian Jihin sebelum memasuki gelanggang. Namun, sebagai atlet MMA dia juga perlu menjada pemakanan dengan ketat.
“Bab menjaga makan tu memang susah sebagai orang Malaysia. Sepanjang minggu terakhir ini saya memang jaga betul-betul dan kawal nafsu makan,” kata anak kelahiran Johor itu.
Tambahan pula dalam sukan pertempuran, mereka perlu kekalkan berat badan untuk bertanding dalam divisyen masing-masing.
Anyway, congrats girl! Kami semua berbangga dengan kejayaan seorang lagi atlet wanita negara. Age is definitely not a factor.
Sumber: Astro AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain polis dan cikgu, kanak-kanak jarang menyatakan cita-cita mereka untuk menjadi seorang saintis tetapi berbeza pula dengan kanak-kanak berumur 12 tahun ini, beliau berjaya capai cita-citanya di usia muda dan menjadi sainstis data.
Dalam ‘kesibukan’ rakan-rakan seusianya bermain, bersosial dan menjalani sesi persekolahan, Siddharth Srivastav Pilli sudah bekerja sebagai seorang saintis data di sebuah syarikat perisian Hyderabad.
Menjalankan peranan sebagai tempat rujukan tentang pengekodan, Siddhart yang bekerja di Montaigne Smart Business Solutions sudah meletakkan impian dan matlamat tentang apa yang akan beliau capai di masa akan datang.
Menjadikan Tabmay Bakshi yang sudah bekerja di Google sejak berusia 13 tahun sebagai idola, Siddha masih menjalani sesi persekolahan biasa di Sri-Chaitanya Techno Schools turut menjadikan ayahnya sebagai inspirasi kerana mampu mempelajari mengenai pengkomputeran awan (cloud computing) dan kecerdasan buatan (artificial intelligence) di usia yang muda.
Gemar bermain permainan video, Siddhart menjadikannya sebagai inspirasi untuk beliau mencipta permainan video yang baharu dan menjadi seorang usahawan yang memberi kepada masyarakat.
Jaden Smith dan Jackie Chan kembali bertemu dalam momen penuh emosi yang mengimbau kenangan The Karate Kid serta hubungan mentor yang kekal hingga hari ini.