
Kumpulan hip hop yang berasal dari Sabah, Kclique telah pun mendapat pencalonan dalam kategori Best Southeast Asia Act mewakili rantau Asia Tenggara bagi Anugerah Muzik Eropah MTV (MTV EMA) 2020 yang akan berlangsung pada 8 November depan.
Turut dicalonkan dengan kumpulan hip hop itu adalah Agnes Monica (Indonesia), Ben&Ben (Filipina), Benjamin Kheng (Singapura), Violette Wautier (Thailand) dan Jack (Vietnam).

Kumpulan yang dianggotai oleh 8 orang termasuk MK, Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas sebelum ini popular dengan lagu Mimpi duet bersama Alif Sleeq. Memulakan kerjaya nyanyian mereka seawal tahun 2014, namun sekitar setahun yang lepas nama mereka semakin dikenali kerana sebelum ini Kclique hanya bergerak secara indie dan underground.

Undian telah pun dibuka sekarang di laman web mtvema.com dan akan ditutup pada 2 November nanti. Selain itu, pencalonan MTV EMA 2020 turut didominasi oleh Lady Gaga, kumpulan Kpop BTS dan diikuti oleh Justin Bieber.

Tahniah kami ucapkan kepada Kclique kerana telah berjaya dicalonkan dalam anugerah berprestij ini. Bagi peminat kumpulan hip hop ini, korang boleh mula mengundi sekarang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jualan AEON ‘All Night Sale’ Hingga Jam 6 Pagi Dibatalkan Segera

Bagi korang yang merupakan pelanggan setia di pasaraya AEON, pastinya korang perasan kempen jualan besar-besaran yang sedang diadakan mereka.
Kempen yang dinamakan sebagai Raikan 101 Hari Bersama AEON – Sama Sama Lagi Best ini merupakan promosi khas AEON untuk ahli mereka. Seharusnya, ia dijadualkan berlangsung dari 20 Mac ini hingga 28 Jun kelak.
Antara kelainan yang dibawakan oleh AEON adalah promosi ‘All Night Sale’ dari 20 Mac hingga 21 Mac ini di mana pasaraya tersebut sedang berkira-kira untuk menarik pelanggan dari jam 6 petang hingga 6 pagi.

Bagaimanapun, setelah arahan Kawalan Pergerakan dikeluarkan oleh pihak kerajaan secara rasmi (dan setelah menerima respon yang kurang memberansangkan oleh netizen di media sosial yang meminta agar pasaraya lebih sensitif terhadap situasi pandemik semasa), pihak AEON telah meneliti semula program tersebut.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh AEON Retail (Malaysia) hari ini, promosi ‘All Night Sale’ tersebut telah dibatalkan agar ia selari dengan arahan kerajaan yang menolak sebarang perhimpunan beramai-ramai.

NAMUN, promosi Raikan 101 Hari masih diteruskan dengan harga menarik hingga 28 Jun nanti; sepanjang waktu pembukaan normal. Khas untuk pelanggan berusia 60 ke atas, OKU dan wanita mengandung pula, mereka diberikan keutamaan di bahagian pembayaran.
Bahagian pasaraya AEON, MaxValu dan Wellness masih beroperasi seperti biasa. Cuma stor Daiso yang dioperasikan oleh AEON Co. (M) Bhd akan ditutup, besar kemungkinan hingga 31 Mac ini.
*
Diharap lebih banyak stor yang sensitif dan prihatin terhadap keperluan pelanggan seperti ini. Ini merupakan antara stor yang masih beroperasi seperti biasa.
20 Mall Di Lembah Klang Yang Masih Dibuka, Tapi Untuk Beli Barang Keperluan Saja!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkahwinan Jadi Viral! Gadis Cantik Pecah Rekod Terima Mahar Paling Mahal RM90,000

Tak kisahlah apa mulut orang cakap asalkan hati bahagia.
Di negara seberang tengah viral kisah seorang gadis cantik berasal dari Dusun Kambisa, Desa Baku-baku, Daerah Malangke Barat, Sulawesi Selatan iaitu Nadia Margareza yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki agak berusia, Haji Ajis Kalla seorang usahawan dari Makassar.
Apa yang menjadi bualan masyarakat ialah hadiah mahar diterimanya agak lumayan iaitu lebih Rp300 juta (1 juta rupiah lebih kurang RM300. Lebih kurang RM90,000) selain sebuah rumah bernilai Rp3 bilion serta serta satu set berlian.
Ia menjadikan nilai maharnya paling tinggi dalam sejarah di daerah Malangke Barat sehingga menjadi bualan masyarakat.






Ramai ahli keluarga pengantin perempuan menyampaikan ucapan tahniah buat kedua pasangan ini. Dapat dilihat dari gambar, majlis perkahwinan pasangan ini begitu gah dna tampak serba mewah.
Tidak diketahui bagaimana pasangan ini berkenalan dan suaminya Haji Ajis dikatakan menjalankan perniagaan Workshop Al Azis, Warkop Aleta, Country Cafe & Restoran, dan beberapa perniagaan lain sementara Nadia membuka butik.
Apa pun, tak kisah berapa beza umur, asal hati dah bahagia tak kisahlah tua ke muda jodohnya. Asal dia mampu jaga kita hingga ke hari tua. Sumber : Tribun Timur / Gambar : FB Nhyla Sari
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Teori Nama “RAHMAN” Benar-Benar BERLAKU, Apa Anak Muda Kena Tahu?

Hari ini, pastinya seluruh rakyat Malaysia masih membicarakan tsunami politik yang benar-benar memberi pukulan “smash kencang” kepada Barisan Nasional dengan kemenangan kepada Pakatan Harapan.
Sebelum keputusan diumumkan awal pagi tadi, ada banyak cakap-cakap di belakang mengenai #tsunami orang Melayu, #anak muda, #gelombang kemarahan rakyat tentang gst dan pelbagai lagi bualan lain. Namun satu yang pasti dan benar-benar menjadi igauan tentunya teori nama bekas Perdana Menteri pertama iaitu TUNKU ABDUL RAHMAN yang disebut-sebut selama ini sebagai TEORI RAHMAN yang mana ia menjadi susanan nama bagi Perdana Menteri Malaysia selama ini.

Jika diukur tentang sejarah Malaysia, teori nama ini bermula dengan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia dan memerintah selama 13 tahun bermula dari 1957 hingga 1970. Beliau digelar bapa kemerdekaan negara.
Selepas ketiadaannya, Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua selama enam tahun bermula dari 1970 sehingga 1976 dan digelar Bapa Pembangunan. Beliau mewakili huruf A bagi teori ini. Malah generasi Felda pasti cukup mengingati allahyarham kerana bermula dari era beliaulah Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan di Malaysia.

Teori nama RAHMAN ini diteruskan apabila Tun Hussein Onn diangkat sebagai Perdana Menteri ketiga Malaysia dan mewakili huruf H. Bapa kepada bekas Menteri Pertahanan, Hishamudin Tun Hussein Onn ini memerintah Malaysia bermula dari 1976-1981. Kejayaannya yang paling besar ialah menyatu padukan penduduk pelbagai kaum sehingga digelar Bapa Pembangunan.


Seterusnya, mewakili harapan seluruh rakyat Malaysia pada PRU ke 14 ini ialah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke empat dan paling lama dalam sejarah Malaysia iaitu selama 22 tahun. Auranya sudah cukup bergema ke seluruh pelusuk tanahair sehingga mampu menolak kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah sekali pun kalah dalam pilihanraya sejak 60 tahun lalu dan tahun ini Pakatan Harapan mencatat sejarah dalam negara.


Selepas turun dari memerintah Malaysia, teori nama ini berjangkit kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mewakili huruf A bagi nama RAHMAN ini. Hanya memerintah selama enam tahun bermula dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, beliau kemudiannya digantikan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mewakili huruf N.
Ternyata hari ini, dengan kemenangan kerusi di Parlimen sebanyak 89 sahaja, kerajaan Barisan Nasional gagal membentuk kemenangan mudah dan teori nama RAHMAN BERAKHIR pada hari ini dengan enam Perdana Menteri Malaysia terlantik setakat ini.
Nyata, teori nama RAHMAN ini benar-benar BERHANTU dan menjadi kenyataan kerana era UMNO bagi rakyat Malaysia sudah mulai hilang popularitinya khususnya di kalangan anak muda yang benar-benar bangkit sekaligus menjadikan medium politik Malaysia yang mahukan suara anak muda lebih lantang di Parlimen mula menjadi kenyataan.
Dengan kekalahan Barisan Nasional, nampaknya nama-nama favourite seperti Dato Seri Hishamudin Tun Hussein Onn untuk diangkat sebagai Perdana Menteri semakin menjauh. Begitu juga Ketua Pemuda yang tall, dark dan hensem iaitu Khairy Jamaludin juga semakin menjauh bagi tempoh 5 tahun ini. Tidak terkecuali Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.
Apa pun, siapa pun Perdana Menteri kita (setakat artikel ini ditulis belum ada pengumaman rasmi tentang Perdana Menteri Malaysia ke-7 kerana masih belum mendapat perkenan YDP Agung, satukan saf, rapatkan ukhwah kerana kita semua adalah RAKYAT MALAYSIA yang cintakan keamanan, kemakmuran dan berganding atas nama Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

