
Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengumumkan bahawa beliau akan memberi tajaan kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Tunku Mahkota Johor telah menandatangani cek untuk padang baharu Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil dan ia merupakan sebagai hadiah kepada gelanggang rasmi pasukan kebangsaan Harimau Malaya.

Pemeriksaan di Stadium Nasional akan dilakukan pada 19 Mac 2022 sebelum meneruskan persiapan terakhir dengan Perbadanan Stadium Malaysia. Khabarnya, padang dan krew penyelenggaraan padang Stadium Sultan Ibrahim sudah bersedia untuk memulakan kerja.

Walau bagaimanapun, TMJ berharap agar pihak berkuasa stadium memastikan padang itu dijaga dengan rapi dan semua penggunaan bukan sukan hanya dilakukan jikalau langkah-langkah yang sesuai telah dilakukan bagi memastikan padang tersebut tidak rosak.

Stadium Nasional bakal digunakan sebagai gelanggang bagi aksi kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun depan selepas Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memilih Malaysia sebagai salah satu daripada enam negara tuan rumah untuk kejohanan itu.
Semoga dengan sumbangan dan inisiatif yang dilakukan ini, pasukan Harimau Malaya lebih bersemangat dan memberikan prestasi terbaik sewaktu beraksi di atas padang. Moga kejayaan milik Malaysia.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gemuk Salah, Kurus Salah. Apa Sebenarnya Yang Lelaki Nak? Gadis Ini Luah Rasa Kecewa

Rasanya masalah kurus atau gemuk ni memang dah sering sangat dibahaskan oleh masyarakat kita. Kalau orang gemuk selalu diejek, si kurus juga tak terlepas daripada menerima kutukan daripada orang disekeliling mereka.
Jangan anggap yang kurus tu hidup bahagia kerana mereka juga terpaksa menadah telinga untuk mendengar segala kritikan yang dilontar.
Ahh, payah kan? Gemuk salah, kurus pun salah. Apa sebenarnya yang mereka mahu kan ni?
Luah perasaan
Baru-baru ni seorang gadis telah meluahkan perasaan kerana sering dikritik teman lelaki hanya kerana berbadan kurus.
Ikuti kisah luahan gadis tersebut dan lihat apa yang berlaku kepada dirinya kini.
Aku ingat lagi dulu…. Aku unhappy, aku selalu senyum tak nampak gigi sebab tak confident rasa diri sendiri tak elok. Ada sekali tu ex aku cakap “I memang malu nak keluar dengan you sebab u hodoh especially bila u pakai tudung” masa tu hati ni rasa pecah.


Aku date orang lain pulak, laki tu cakap macam mana pun aku kena gain weight sampai 45kg . aku terus lagi lah tak selera nak makan wei, sebab hari hari makan hati .. aku dulu tak pandai grooming bila aku cuba nampak elok dia akan kata pelik la hodoh la, takda galakan lansung. dia siap cakap wei mak dia nak menantu pakai tudung, mungkin dia bawa aku ke arah kebaikan tapi bagi aku kalau laki tu tak boleh terima kita seadanya laki tu tak kan pernah rasa cukup dengan kita. Tahun ke dua dia curang dengan perempuan pakai tudung ciri2 yang dia nak..
Lepastu aku break dengan semua laki-laki tak guna ni .. aku tekad aku akan bagi orang nampak aku sebab aku selalu kena reject.. aku takda confident nak interview pramugari, aku start dengan guest service.. ada nak dekat setahun baru ada confident nak pi interview and i made it..aku makan pil untuk tolong aku gain weight.. lama lama aku makan selera, lama-lama tu senyum pun makin bright and setelah bertahun2 baru tahun ni aku dapat balik rasa confident dengan diri sendiri tu, rasa bahagia.. dari 37kg jadi 47kg..
Kesimpulan dia, aku tulis ni sebab aku tak nak perempuan yang pernah rasa macam aku rasa dulu rasa lemah ja.. bangkit sikit .. tinggal orang yang bagi negative vibe dalam hidup kita.. kalau orang kata kita tak cantik, orang tu bukan the one wei .. the best way untuk revenge is proof them that they are wrong.. biar mata orang tu terbeliak tengok kita. kalau dengan someone tu kita rasa kita tak berharga tinggal ja la.. it’s ok to choose yourself and to love yourself..



Wow, sekarang memang nampak lain kan? Cantik uolls


Sekarang dah jadi pramugari pun. Vass!
Sumber: Facebook Nabila Zainudin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sahut Hide & Seek IKEA Challenge, 2 Rakan Sekelas Ditahan Polis Di IKEA Batu Kawan

Nak gelak ke nak nangis baca berita nie!
Gara-gara terpengaruh (adakah benar remaja mudah terpengaruh?) dengan cabaran Hide & Seek Ikea yang tular ke seluruh dunia bagi mendapatkan ratusan ribu tontonan di Youtube, FB dan Instagram, dua remaja berusia 17 tahun ditangkap selepas bermalam di IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang.

Memetik sumber dari Penang Kini, dua remaja berusia 17 tahun ini telah berkunjung ke IKEA Batu Kawan pada 28 Mac lalu kira-kira jam 8.00 malam. Apabila premis itu ditutup pada jam 10.00 malam, mereka bersembunyi di dalam kotak bagi mengelakkan dikesan oleh pihak pengawal keselamatan.
Selepas memastikan keadaan di sekeliling tiada individu lain, mereka keluar dari persembunyian.
Menurut pihak IKEA, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua remaja itu berkeliaran dalam premis mereka sambil merakam gambar dan video.
Kedua-duanya ditangkap pada jam 6:40 pagi apabila pengawal keselamatan mendapati mereka berdua berkeliaran dalam premis itu, lalu dilaporkan kepada ketua pengawal keselamatan IKEA.
Suspek mengaku berbuat demikian kerana mahu menyahut cabaran di internet bagi membuktikan mereka berani tinggal di IKEA semalam dan kemampuan mereka mengelak dari ditahan pengawal keselamatan.


Sementara itu, polis mengesahkan kejadian itu. Dua remaja berusia 17 tahun itu merupakan rakan sekelas, ditahan lokap semalaman sebelum dibawa ke mahkamah untuk didakwa.
Polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan jika sabit kesalahan, dua remaja terbabit boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM3,000 setiap seorang atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan, cabaran itu dimulakan pada tahun 2016 selepas seorang selebriti YouTube, Bakuna Fatata merakam video diri mereka tidur semalaman di IKEA, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Secara ringkasnya, cabaran itu menggalakkan penonton bersembunyi di dalam premis perniagaan seperti IKEA atau pusat beli-belah semalaman tanpa ditangkap oleh pengawal keselamatan.
Individu yang mengambil cabaran ini biasanya datang pada waktu premis hendak ditutup dan bersembunyi di mana-mana dan keluar berlegar-legar dalam premis sehingga keesokan hari.
Terkini maklumat bagi dua remaja ditahan ini sudah dibebaskan dengan jaminan polis cawangan Seberang Perai Selatan sebelum kes disebut semula dalam satu tempoh lain.
Hokay dik, gie la sekolah elok-elok ya. Tak yah la nak sahut cabaran tak berfaedah nie.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Remaja 14 Tahun Tikam Ibu Sedang Tidur, Bahaya Pesakit Skizofrenia Berhalusinasi

Kemurungan adalah gangguan perasaan yang boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa.
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang menikam ibunya dengan menggunakan pisau ketika sedang tidur.

ARTIKEL BERKAITAN : Gejala Menari ‘Non Stop’ Hingga Maut, Wabak Pelik Saint Virus Pernah Landa Dunia
Menurut laporan Harian Metro, dalam kejadian di Pasir Puteh itu remaja tersebut dipercayai mengalami halusinasi. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menahan reman remaja berusia 14 tahun itu untuk siasatan lanjut.
“Ikut kenyataan, suspek dikatakan berada dalam satu suasana pemikiran tidak normal, halusinasi tapi itu perlu dibuktikan, kenyataan sahaja tak boleh dipakai.
“Kita akan hantar ke hospital, rujuk pakar psikologi. Siasatan bermula semalam untuk melihat karakter pelaku ini di luar dan sekolah macam mana, ini akan diambil kira semasa kita rujuk kepada pakar psikologi nanti.
“Kita juga menjalankan ujian saringan dan keputusannya adalah negatif,” katanya kepada pemberita di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, pada Khamis.
Dalam kejadian jam 11.45 malam kelmarin, seorang wanita berusia 41 tahun parah selepas ditikam dengan pisau oleh anak lelakinya ketika tidur di rumahnya di Bukit Yong, Pasir Puteh, dekat sini.
Mangsa ditikam di dada dan kejadian itu mengakibatkan paru-parunya bocor serta kehilangan banyak darah dan kini dirawat di zon merah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Malah, Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK).
Jadi kenapa terjadi gangguan berhalusinasi ini, dan apakah penyakit Skizofrenia?
Skizofrenia merupakan gangguan jiwa yang mempengaruhi fungsi otak manusia, fungsi normal kognitif, emosional, dan tingkah laku. Pesakit gangguan skizofrenia biasanya akan kehilangan respons emosional, menarik diri dari pergaulan, dan mengalami halusinasi serta delusi.

Merupakan penyakit mental yang diakibatkan oleh ketidakseimbangan satu sel kimia dalam otak (dopamine).
Ia adalah suatu gangguan psikosis fungsional berupa gangguan mental secara berulang dengan gejala-gejala psikotik seperti kemunduran fungsi sosial, fungsi kerja dan perawatan diri. Penghidap penyakit ini kemungkinan dapat melihat, mendengar dan merasa akan tetapi apa yang yang didengari,dilihat dan dirasa itu bukanlah sesuatu yang wujud di alam nyata. Ia dianggap benar oleh si penghidap sehingga ia boleh mempengaruhi tingkah laku si penghidap.
Penyakit ini wujud sejak beratus tahun namun ianya dikesan sebagai penyakit mental pada tahun 1887 oleh Dr Emelin Kreaplin.
Kesan penyakit ini akan mempengaruhi proses pemikiran pesakit. Penyakit ini diperoleh melalui perubahan persekitaran sekeliling seperti tekanan perasaan, masalah kewangan dan lain-lain.
Penyakit Mental Skizofrenia
Ada juga yang mengaitkan dengan masalah yang datang dari genetik.Ia juga bermula dari kemurungan sehingga boleh bertindak mencederakan diri sendiri dan orang lain.
Menurut Professor Bersekutu Psikiatari, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Ng Chong Guan, kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia merupakan penghidap penyakit mental dan wanita adalah yang paling tinggi peratusannya mendapat penyakit ini daripada lelaki.
Penyakit ini biasanya bermula pada lewat remaja dan awal dewasa iaitu semasa fasa yang paling kritikal dalam kitaran hidup seseorang individu. Katanya, dalam masa 10 tahun, peratusan yang akan mendapat penyakit ini akan meningkat sekali ganda dalam masa 10 tahun.

Orang dengan gangguan skizofrenia mempunyai sekurang-kurangnya satu dari gejala-gejala berikut:
1. Halusinasi. Pesakit mendengar suara manusia atau suara lain yang sebenarnya tidak nyata, atau melihat sesuatu yang sebenarnya tidak ada.
2. Delusi. Pesakit mempercayai sesuatu yang tidak nyata; menginterpretasikan dunia yang berbeza dengan kenyataan.
3. Tidak bersemangat.
4. Tabiat tidak merawat diri dengan baik.
Skizofrenia boleh dirawat
Skizofrenia tidak dapat dirawat dengan satu jenis rawatan sahaja. Ia memerlukan gabungan rawatan yang meliputi aspek-aspek seperti:
- Psikoterapi – Rawatan psikologi bertujuan untuk memberi sokongan emosional kepada pesakit.
- Farmakologi – Penggunaan ubat-ubatan bagi memulihkan ketidakseimbangan biokimia di bahagian otak serta mengurangkan gejala penyakit.
- Psikososial – Penglibatan pesakit dalam pelbagai aktiviti seperti psycho-education membantu pesakit sedar bahawa rawatan dan pemulihan bukan hanya bergantung kepada ubat atau psikoterapi, tetapi persekitaran turut mempengaruhinya.
Justeru, penyakit ini adalah cabang dari penyakit mental dan ia adalah penyakit yang amat yang memerlukan perhatian ramai. Diharapkan, masyarakat dapat menerima kehadiran dan membuang stigma yang memandang serong terhadap pesakit mental.
Hmm, makin kerap pula kejadian berhalusinasi ini berlaku dalam masyarakat kita sekarang!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Harian Metro ,Mufti WP, My Health
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

