Drama Taylor Swift bermula lagi! Kali ini melibatkan bekas pengurus muzik, Scooter Braun dan Justin Bieber.
Semalam, memetik laporan E News! penyanyi lagu Me! itu meluahkan kesedihan apabila keseluruhan katalog lagu-lagunya sepanjang berada di bawah label Big Machine Record akan menjadi milik Scooter.
Berkongsi di laman Tumblr miliknya, Taylor berasa sedih kerana keringatnya sepanjang menjadi anak seni akan menjadi milik orang lain.
Untuk pengetahuan, Taylor memulakan kariernya sebagai anak seni di bawah label tersebut hinggalah pada November tahun lalu apabila dia menamatkan kontrak dan masuk pula label Universal Music.
Justin Bieber Marah
Susulan itu, penyanyi, Justin Bieber yang juga turut diurus oleh Scooter mengecam tindakan Taylor yang dilihat tidak matang apabila mengunakan media sebagai platform untuk mendapatkan simpati orang ramai.
“Selama ini Scooter banyak membantu kamu, jadi untuk kamu menggunakan media sosial untuk menyerang dia adalah tidak adil.
Ads
“Apa yang kamu dapat dengan berkongsi perkara ini? Pada saya, kamu macam meminta simpati orang ramai dan dengan berkongsi perkara seperti ini, peminat kamu akan memberikan sokongan pada kamu seterusnya menyerang Scooter.
“Satu perkara yang saya tahu, baik saya dan juga Scooter sayangkan kamu. Jadi, saya rasa Scooter akan boleh berbincang secara baik dengan kamu mengenai isu ini,” kata penyanyi What Do You Mean itu.
Isteri Scooter Turut Pertahan Suami
Dalam pada itu, isteri kepada Scooter iaitu Yael Cohen turut mempertahankan suaminya itu menerusi laman Instagram.
Ads
“Scooter dah pernah bagi peluang untuk kamu menjadi pemilik lagu-lagu kamu tapi kamu yang tak ambil peluang itu. Dan apa maksud kamu yang suami saya seorang pembuli?
“Sepanjang hidupnya, dia sering mempertahankan dan membantu orang lain yang dia percaya,” tulisnya.
Bagaimanapun, para peminat penyanyi itu yang dipanggil Swifties mempertahankan penyanyi kesayangan mereka dan mengecam tindakan Scooter. Malah, tanda pagar #WeStandWithTaylor turut trending di laman Twitter.
Thank You to those who are standing with us! • Katy • Selena • Miley • Nicki • Lana • Rihanna • Adele • Ariana • Halsey • Harry • Iggy • Joe Jonas and so many more stand with taylor#WeStandWithTaylor
Disebabkan wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak akhir tahun 2019, banyak sektor-sektor perniagaan yang mengalami kerugian termasuklah syarikat penerbangan, sektor pelancongan, peniaga-peniaga kecil, juga institusi pendidikan dan pelajar tidak terkecuali.
Menerusi laporan Suarabali, sebuah pusat pendidikan di negara jiran kita iaitu Bali memberi kelonggaran kepada para pelajarnya untuk membayar yuran pengajian dengan menggunakan buah kelapa.
Langkah itu diambil sebagai mengurangkan beban pelajar susulan pandemik COVID-19 yang melanda Indonesia ketika ini. Sehubungan itu, Akademi Pariwisata Venus One yang terletak di Tegalalang membenarkan para pelajar membayar yuran pengajian secara ansuran.
Akademi pariswisata Bali
Namun, perlu diingat buah itu harus organik kerana kelapa organik diperlukan pusat akademi, yang turut merupakan pengeluar minyak kelapa dara.
Mereka memerlukan kelapa itu untuk menghasilkan minyak dara yang boleh dijual dengan nilai yang tinggi. Oleh itu, skim bayaran seperti ini tidak merugikan mana-mana pihak.
Bukan kelapa sahaja tetapi mereka juga boleh beri kepada pihak universiti dua jenis daun herba iaitu daun moringa atau gotu kola untuk menghasilkan sabun herba.
Sekaligus kesemua pelajar juga boleh menjual sabun tersebut untuk memperkasakan kemahiran usahawan serta dapat memberi pendapatan kepada pihak universiti.
Daun Kelor (Sumber : Suara Bali)
Dilaporkan juga, sebeum ini pusat akademi pelancongan itu menerima bayaran ansuran sebanyak tiga kali dengan 50 peratus bayaran pertama, 20 peratus bayaran kedua, dan 30 peratus bayaran ketiga.
Tetapi dengan skim bayaran fleksibel ini, ia memudahkan pelajar dan pada masa sama menguntungkan pusat akademi.
Pengarah Venus One, Wayan Pasek Adi Putra menganggap skim ini juga mampu mendidik pelajar pusat akademi itu untuk menggunakan hasil alam semula jadi secara optimum.
Untung la siapa yang ada banyak pokok kelapa tu kan? Mungkin dengan cara yang diguna pakai oleh universiti terbabit boleh diimplementasi di universiti atau kolej-koleh sekitar Malaysia untuk meringankan kewangan para pelajar. Diharap agar semuanya terus kuat dan sama-sama melawan pandemik Covid-19 ini demi untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Semoga wabak pandemik ini berhenti daripada terus menular. Stay strong everyone!
Percanggahan pendapat sama ada Malaysia sudah bersedia untuk berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin, esok masih berleluasa.
Setelah kerajaan mengumumkan kelonggaran yang bakal diberikan pada Jumaat lalu untuk membenarkan sektor perniagaan berjalan semula seperti biasa, rakyat segera ‘terbelah’ kepada dua kumpulan.
Satu tentunya kumpulan yang menyambut baik kelonggaran itu demi menjana ekonomi. Satu lagi adalah kumpulan yang risau sekiranya kelonggaran ini diberikan sebelum tiba masa yang sesuai.
Lantas, satu petisyen telah dimulakan di laman web Change.org untuk merayu agar PKP diteruskan untuk beberapa minggu lagi sehingga situasi wabak Covid-19 di Malaysia benar-benar diklasifikasikan sebagai bebas.
Petisyen yang dimulakan oleh Rakyat Malaysia Prihatin kepada Kerajaan Malaysia ini menyenaraikan beberapa sebab di sebalik kerisauan yang mereka alami apabila kerajaan bakal membenarkan kelonggaran untuk rakyat mulai keluar esok.
Ini kerana mereka telah melihat contoh bagaimana negara lain yang terpaksa mengetatkan semula tempoh kuarantin mereka selepas kelonggaran diberi. Lalu mereka enggan melihat jika kesilapan yang sama berulang di Malaysia walaupun kadar peningkatan kes Covid-19 telah berjaya distabilkan.
Mereka juga enggan barisan hadapan di Malaysia kembali dalam zon keletihan SEKIRANYA benar rakyat Malaysia tidak mampu untuk memenuhi tuntutan bersyarat yang digariskan oleh kerajaan.
Ini secara tidak langsung boleh menjejaskan soal kesihatan dan kebajikan pekerja walaupun faktor ekonomi negara dipentingkan.
*
Apa pendapat korang?
Adakah rakyat Malaysia boleh mendisplinkan diri dengan syarat jarak sosial?
Namanya amat dikenali di kalangan bintang bola sepak dunia. Dari Pogba hinggalah ke David Beckham yang amat tertarik dengan design bootnya saat bintang-bintang ini beraksi atas padang. Malah peminat juga tidak hanya menyaksikan aksi pemain bola tetapi turut memperhatikan boot dipakai mereka. Selain design agak menarik, pemilihan warna yang agak menonjol juga menjadi pilihan. Meski namanya dijulang dunia dan terkenal di kalangan bintang bola sepak ternyata pemuda yang menciptanya berasal dari satu daerah kecil di Desa Delanggu, Daerah Delanggu, Kabupaten Klaten Jawa Tengah, Indonesia.
Dipetik dari Tribunsolo.com, pereka terkenal kelahiran desa Dukuh Gabahan di Jawa Barat ini adalah Rudi Swasto di mana rekaan bootnya banyak digunakan oleh bintang bola sepak seperti David Beckham, Paul Pogba, Mesut Ozil, Van Persie, Dani Alves hingga Zinedine Zidane.
Inilah Rudi yang rekaan kasutnya dipakai ramai bintang dunia seperti David Beckham, Paul Pogba, Mesut Ozil, Van Persie, Dani Alves hingga Zinedine Zidane.Kedua ibu bapanya yang merupakan penjual ikan mas di sebuah pasar
Dalam satu temuramah bersama ibu bapanya yang juga penjual ikan mas di Pasar Jeblog, Kecamatan Karanganom, ibunya Kusmiyati, 60 dan ayahnya, Sayano , 65 memaklumkan Rudi merupakan anak bongsu dari tiga beradik. Bakat rekaan ini diwarisi dari bapanya yang juga peminat seni,” katanya memaklumkan anaknya sering menunjukkan hasil rekaan kepadanya.
Apa yang menarik, di sebalik kesusahan dilalui ketika kecil, pereka berbakat besar dikenali dunia ini tidak pernah mengalah dengan kehidupannya.
Sebelum menyambung kuliah di university, Rudi terlebih dahulu merupakan lulusan Sekolah Vokasional pada tahun 2008 sebelum bergelar mahasiswa di sebuah kolej di Cikarang, Jawa Barat.
“Rudi sudah merantau ke Cikarang lebih dari lima tahun selepas lulus sekolah menengah. Sebelum itu dirinya bekerja dahulu dan masa yang sama kuliah. Malah anak saya juga sering berpindah-pindah kerja dan kali terakhir di PT Parmas dahulu,” katanya lagi.
“Design kasut pertamanya ada gambar Spiderman. Kami memang tahu dia mereka kasut bola tapi syukur kerana pemakainya adalah bintang-bintang bola sepak dunia terkemuka,”katanya saat bercerita mengenai anaknya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi hubungan mereka mungkin sering menjadi perhatian, namun kali ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil dengan momen yang lebih santai dan mencuit hati...