#JusticeForZara – Kronologi lengkap kes Zara Qairina yang meruntun hati rakyat Malaysia ini menjadi tumpuan seluruh negara sejak pertengahan Julai lalu. Pemergian pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Sabah, bukan sekadar kisah duka, tetapi satu tragedi yang mengundang pelbagai persoalan tentang keselamatan pelajar di sekolah berasrama.

#JusticeForZara – Kronologi Lengkap Kes Zara Qairina Yang Meruntun Hati

Pada 16 Julai, sekitar jam 3 pagi, Zara Qairina Mahathir ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama. Difahamkan, beliau dipercayai jatuh dari tingkat tiga asrama sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I. Seluruh keluarga dan masyarakat berharap beliau pulih, namun takdir menentukan segalanya — Zara menghembuskan nafas terakhir pada 17 Julai.

Kronologi Lengkap Kes Zara Qairina

  • 16 Julai: Zara ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama. Dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth I.

  • 17 Julai: Disahkan meninggal dunia. Jenazah dikebumikan di Kampung Kalamauh Mesapol, Sipitang.

  • 18 Julai: Menteri Pendidikan beri jaminan kerjasama penuh kepada pihak polis untuk siasatan telus.

  • 21 Julai: Ibu Zara, Puan Noraidah Lamat, gesa siasatan adil. Kali terakhir bertemu anak pada 12 Julai ketika gotong-royong sekolah.

  • 28 Julai: Polis beri jaminan siasatan menyeluruh, minta hentikan spekulasi.

  • 30 Julai: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi nafikan penglibatan beliau dan isteri dalam kes ini.

  • 31 Julai: Siasatan di peringkat akhir, 60 individu telah direkod keterangan.

  • 1 Ogos: Ibu memohon penggalian semula mayat demi bedah siasat mencari kebenaran.

  • 6 Ogos: Peguam keluarga gesa hentikan spekulasi yang beri tekanan kepada keluarga.

  • 7 Ogos: Ibu menyerahkan telefon bimbit berisi rakaman perbualan dengan arwah kepada polis.

  • 8 Ogos: AGC arahkan penggalian semula mayat dan tindakan lanjut siasatan.

  • 9 Ogos: Perdana Menteri beri jaminan siasatan telus tanpa kompromi. Proses penggalian semula dan bedah siasat dijalankan segera.

#JusticeForZara – Kronologi Lengkap Kes Zara Qairina Yang Meruntun Hati

Ads

Gelombang Solidariti di Media Sosial

Sejak berita ini tersebar, tanda pagar #JusticeForZara menjadi trending di pelbagai platform. Rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan bersatu suara menuntut keadilan untuk Zara. Solidariti ini menunjukkan bahawa masyarakat semakin peka terhadap isu keselamatan pelajar dan kes buli yang sering berlaku secara senyap.

Apa Yang Boleh Kita Pelajari

Kes Zara Qairina mengingatkan kita bahawa keselamatan pelajar di asrama memerlukan perhatian serius. Sebagai pelajar, kita mesti berani bersuara jika berdepan ancaman atau buli. Sebagai rakan, kita perlu saling melindungi, dan sebagai masyarakat, kita mesti peka serta tidak memandang remeh aduan berkaitan keselamatan.

Ads

Pemergian Zara mungkin tidak dapat diundurkan, tetapi kisahnya menjadi simbol perjuangan menuntut kebenaran. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan tragedi ini menjadi titik perubahan dalam usaha memastikan sekolah berasrama benar-benar selamat untuk semua.

Ads

💔 Al-Fatihah buat Zara Qairina.

Sumber: Harian Metro

BACA LAGI : Tragedi Zara Qairina : Jasad Zara Qairina Masih Utuh & Terpelihara – Imam Masjid

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads