Akinat baran, terpaksalah penyanyi yang seorang ini raikan ambang merdeka di dalam lokap.
Desas-desus seorang penyanyi remaja yang juga merupakan komposer berbakat direman polis mula kencang tersebar selepas kenyataan dikeluarkan oleh pihak polis sendiri, lewat petang tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya iaitu Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, artis berusia 21 tahun itu telah direman selama empat hari sehingga Ahad ini atas isu memaki dan menumbuk seorang pekerja stesen minyak di Ampang, semalam.
Kata beliau kepada rakan media di Sinar Harian, “Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.”
Tambah beliau lagi, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang semalam di mana penyanyi tersebut menghampiri seorang pekerja warga Bangladesh yang sedang menyusun barang di kaunter.
Ads
“Semasa lalu di sebelah mangsa, suspek tiba-tiba bertindak menumbuk dada mangsa selain menarik baju serta memaki hamun mangsa dengan perkataan tidak senonoh,” kata beliau.
Amboi, amboi.. Baran nampak.
Nasib penyanyi itu bagaimanapun kurang bernasib baik.
Ads
Kira-kira lima minit kemudian, kenderaan peronda polis tiba di lokasi kejadian dan meminta kad pengenalan suspek serta rakannya di dalam kereta.
Bagaimanapun, penyanyi itu enggan memberi kerjasama dan dengan nada marah mempertikaikan kuasa polis memeriksa dirinya serta meminta kad pengenalan.
Alamak, salah langkah lah. Mana tidaknya, susulan itu, dirinya telah ditahan dan direman selama 4 hari untuk membantu siasatan.
Ketika pembentangan Belanjawan 2020 yang lalu, di bawah kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan telah memperuntukkan budget sebanyak RM450 juta bagi perlaksanaan insentif eTunai Rakyat. Ia dapat dimanfaatkan oleh 15 juta rakyat yang berusia 18 tahun ke atas dan pendapatan di bawah RM100,000.
Sebanyak RM30 diperuntukkan untuk setiap seorang di mana penggalakan berbelanja melalui penggunaan eDompet atau eWallet dan pembayaran digital yang boleh diguna pakai oleh setiap yang layak. Berbaki 3 hari lagi bagi yang belum mengambil dan menunaikannya, perkongsian dari seorang pengguna e-wallet iaitu Mohd Azhari Rahman yang membuat perkongsian mengenai akaun e-wallet adiknya di hack dan nombor telefonnya ditukar mengakibatkan kerugian RM1700 dari akaun CIMB.
Akaun e walletnya menunjukkan traksaksi duit dibawa keluar sebanyak beberapa kali
Asalnya beliau meminta orang ramai yang menggunakan aplikasi itu berhati-hati dan meminta agar mereka membuang akaun bagi mengelak masalah sama berlaku. Ada netizen menyalahkannya adiknya kerana membuat auto reload dan kerana itulah duit dalam bank lesap dengan beberapa kali transaksi pencerobohan terjadi.
Aduan yang dibuat ke syarikat pengendali e-wallet iaitu TnGo mengenai kehilangan duit ini dan berdasarkan siasatan dijalankan pihak TnGo mendapati akaunnya memang telah di hack. Ya la, korang mesti akan simpan data-data peribadi termasuk memaparkan maklumat nombor akaun bank ketika mahu menerima insentif RM30 yang diberi oleh pihak kerajaan.
Sebenarkan dari dulu lagi isu data peribadi di bank atau mana-mana aplikasi yang kita tulis sudah menjadi satu isu besar kerana ada pihak lain boleh mengambil kesempatan ke atas akaun bank kita. Satu laporan polis turut dibuat serta bukti transaksi duit dikeluarkan dari CIMB Bank.
Laporan polis yang dibuat bagi kecurian wang dari bank CIMB.
Bacalah perkongsiannya dan mohon korang lebih berhati-hati. Kadang masalah orang lain boleh jadi iktibar pada kita untuk lebih berhati-hati.
Sumber : Mohd Azhari Rahman
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lima bulan Parlimen Malaysia telah digantung daripada persidangan akibat pengisytiharan darurat oleh kerajaan.
Namun, program realiti tempatan pula yang mendapat peluang untuk ‘berhimpun’ biarpun negara berhadapan situasi pandemik sepanjang tahun ini.
Situasi ini pastinya akan membuatkan sesiapa juga bertanya, mengapakah Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak bersidang saja. Persoalan yang sama telah sekali lagi dilontarkan oleh Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada hari ini.
Menerusi ciapan yang dihantar oleh Syed Saddiq sebentar tadi, beliau mempersoalkan logik di sebalik penutupan Parlimen sedangkan kebanyakan (atau semua) wakil rakyat sudahpun divaksin sedari awal lagi, diwajibkan memakai pelitup muka dan Dewan Rakyat sudahpun mempunyai kelebihan pemidang kaca pemisah di meja bagi menggalakkan penjarakan sosial.
“Hiburan yang menghimpunkan orang tanpa (memakai) pelitup muka dan ada (selebriti) yang belum divaksin boleh dijalankan? Saya dibayar duit rakyat, jawab saya,” pinta beliau dengan mengajukan pertanyaan tersebut kepada Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri.
Syed Saddiq merujuk perbandingan tersebut kepada sebuah program realiti televisyen yang baru menayangkan episod pertamanya pada hari Ahad lalu.
Menyentuh mengenai pelibatan sehingga 50 orang juri di pentas penjurian bertingkat itu, pihak saluran penyiar terdahulu mendakwa prosedur operasi standard (SOP) telah dijaga sebaik mungkin oleh semua yang terlibat sepanjang penggambaran di sebuah pusat konvensyen antarabangsa itu.
Untuk pengetahuan, beberapa hari lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang) iaitu YB Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan kini sedang mengkaji mekanisma melaksanakan sidang parlimen secara hibrid. Ini bermaksud, parlimen akan bersidang dengan kehadiran ahli Parlimen secara fizikal dan secara maya.
Kajian ini akan disertakan dalam kertas kerja lengkap yang akan diangkat dalam waktu terdekat untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menerusi satu ciapan di Twitter milik Allahyarham Adibah Noor semalam oleh pembantu peribadinya (PA) yang dikenali sebagai Todd, ia memaklumkan bahawa keadaan kesemua 40 ekor kucing milik arwah sebelum ini adalah baik-baik belaka.
Kesemuanya kini sedang berada di bawah penjagaan Todd dan ahli keluarga Adibah sendiri dan orang ramai tidak perlu khuatir akan kebajikan kucing-kucing tersebut.
“Assalamualaikum, sila ambil maklum, kebajikan kucing-kucing arwah Adibah Noor terpelihara dengan baik di bawah jagaan PA Adibah Noor dan keluarga arwah.
“Mohon jangan terpedaya dengan berta palsu mengenai kebajikan anak-anak kucing tersebut,” catatnya.
Terdahulu, beberapa pihak telahpun menawarkan diri untuk mengambil alih hak penjagaan kucing-kucing milik Adibah kerana faktor kematian tuannya. Ini termasuklah pemilik rumah Anugerah Mahligai Arah Nasib Abadi Haiwan (AMANAH)
Dengan pengumuman terbaru oleh PA Adibah ini, AMANAH bersyukur nasib kucing-kucing terbela apabila ia kini selamat dijaga oleh kenalan terdekat arwah.
Tinjauan REMAJA mendapati warganet meluahkan rasa syukur terhadap perkembangan (update) terbaru mengenai perihal kucing peliharaan arwah ini.
Semasa hayatnya, Allahyarham Adibah Noor sebagai pencinta kucing pernah memiliki 41 ekor kucing peliharaan pelbagai baka di kediamannya. Malangnya salah seorang iaitu Bobby telahpun mati akibat sakit tua pada tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!