
Bintang K-Pop terkenal, Jungkook BTS baru-baru ini mencuri perhatian menerusi sisi manis dan beliau terhadap orang sekeliling apabila kisah terbaru mengenai dirinya tular dalam kalangan peminat serta staf produksi yang pernah bekerjasama dengannya.
Menerusi sebuah video temubual bersama WIRED, Jungkook atau nama sebenarnya Jeon Jungkook (29) tampil mendedahkan bahawa beberapa pengalaman hidupnya termasuk latihan ketenteraan yang dilaluinya turut membantu membentuk kemahiran memasak yang dimilikinya hari ini, sekaligus menguatkan lagi reputasi beliau yang dikenali sebagai ‘golden maknae’ BTS yang serba boleh.
Dalam perkongsian tersebut, Jungkook turut menjelaskan bahawa beliau mempelajari asas memasak ketika berada dalam perkhidmatan tentera.
BACA: Jungkook BTS Diiktiraf Penyumbang Terbesar, Jadi Ahli Pertama Program Hope Bridge Honors Legacy

“Saya belajar kemahiran menggunakan pisau semasa dalam tentera,” katanya sambil menjelaskan bahawa dirinya kini selesa memasak sendiri dengan bantuan video pembelajaran dalam talian.
Di samping itu, anggota lain, Jimin pula mendedahkan bahawa Jungkook pernah mengalami kecederaan kecil pada tangan ketika memasak sepanjang tempoh perkhidmatannya, sekaligus memperlihatkan betapa serius dan komited dalam aktiviti tersebut.
Dalam perkembangan lain, Suga berkongsi bahawa Jungkook pernah menyediakan sendiri 200 biskut jenis ‘Dubai chewy cookies’ untuk staf di sebuah lokasi penggambaran, manakala Jin turut mendedahkan kejadian hampir sama apabila Jungkook membawa jumlah biskut yang sama pada kesempatan berbeza.
BACA: Jungkook BTS Buat Siaran Langsung 7 Hari Berturut-Turut, Siap Beli Set Kamera Baru Demi Peminat

Menariknya, beberapa ahli kumpulan BTS memaklumkan mereka belum sempat merasai biskut tersebut, Jungkook dilihat memberikan respons cukup mesra dan santai. “Saya akan buat lagi malam ini,” katanya ringkas sekaligus meraih perhatian kerana sikapnya yang tidak kedekut berkongsi hasil masakannya.
Selain itu, beberapa ahli BTS turut memuji kemahiran memasak Jungkook yang semakin baik, sehingga J-Hope menyatakan bahawa beliau mampu menyediakan pelbagai hidangan seperti pasta dan pizza. Manakala V pula mendedahkan Jungkook sering memasak sendiri di rumah apabila mempunyai masa lapang.
Perbualan tersebut turut menyentuh mengenai gelaran popular ‘golden maknae’ yang sering dikaitkan dengan Jungkook, dengan RM menjelaskan bahawa ia merujuk kepada kebolehannya yang menyeluruh sejak awal kemunculan BTS, sekaligus mengukuhkan lagi imejnya sebagai ahli termuda yang berbakat besar dalam kumpulan itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!







![[KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih 'Seksi'? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah.. 22 [KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih 'Seksi'? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah..](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/07/5.-L-R-Azwan-Kombos-Ryzal-Jaafar-Ikmal-Amry-Faeez-Fadhililah-showcasing-the-4-distinct-fragrances-by-David-Beckham-Instinct-Homme-Respect-and-Classic.jpg)
![[KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih 'Seksi'? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah.. 23 [KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih ‘Seksi’? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah..](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/07/david-12.gif)
![[KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih 'Seksi'? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah.. 24 [KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih ‘Seksi’? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah..](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/07/6.-L-R-Azwan-Kombos-Ryzal-Jaafar-Ikmal-Amry-Faeez-Fadhililah-posing-with-their-David-Beckham-Fragrance-of-choice.jpg)
![[KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih 'Seksi'? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah.. 25 [KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih ‘Seksi’? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah..](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/07/david-11.gif)
