Hiburan

Jungkook BTS Buat Siaran Langsung 7 Hari Berturut-Turut, Siap Beli Set Kamera Baru Demi Peminat

Share

Bintang K-Pop terkenal, Jungkook BTS sekali lagi membuktikan dirinya sebagai idola paling berdedikasi apabila mencatat rekod ‘live streaming’ selama tujuh hari berturut-turut menerusi platform Weverse. Pada waktu tertentu, jutaan peminat di seluruh dunia setia menantikan kehadirannya dan kali ini beliau tampil dengan set peralatan baharu yang lebih ‘next level’!

Set Kamera Kawalan Isyarat & ‘Lighting’ Profesional

Menerusi siaran terbaru pada 4 November, Jungkook atau nama sebenarnya Jeon Jungkook (28) memperkenalkan kamera kawalan isyarat yang boleh dikawal hanya dengan gerakan tangan. Beliau turut menambah sistem pencahayaan baharu yang dibelinya sendiri. Hasil daripada set baharu itu, paparan siaran kelihatan jauh lebih cerah, profesional dan seolah-olah dirakam di studio sebenar.

“Inilah saya, yang selalu menemukan cara baru untuk bersenang-senang bersama kalian. Saya nak pastikan anda semua nampak lebih jelas kali ini,” kata Jungkook BTS sambil tersenyum ketika memperkenalkan ‘set-up’ baharu tersebut kepada penonton.

Jungkook BTS yang bersiaran selama 7 hari berturut-turut di aplikasi Weverse

Reaksi Peminat & Momen Interaktif

Reaksi peminat di ruangan komen amat positif. Ramai yang memuji kesungguhan Jungkook BTS dan ada yang berseloroh, “Jungkook dah upgrade jadi YouTuber ke apa?” Dalam siaran secara langsung itu, ahli termuda BTS ini bukan sekadar bersembang kosong tetapi juga bermain beberapa permainan dalam talian bersama peminat (ARMY), menjadikan suasana lebih meriah dan penuh gelak tawa.

Jungkook sempat membaca komen satu per satu dan menjawab secara spontan, menjadikan interaksi tersebut lebih peribadi serta dekat dengan penonton. Pelantun lagu ‘SEVEN’ dan ‘Still With You’ itu turut bermain permainan ‘Kancho-kkang’ dengan membuka pek snek untuk mencari nama “Ian” pada biskut kudapan tersebut.

Selepas beberapa hari mencuba sejak 28 Oktober lalu, akhirnya beliau berjaya menemui pek bertuah itu dalam siaran berkenaan, dan reaksinya yang teruja membuatkan ruangan komen dibanjiri dengan emoji berbentuk hati.

BACA: J-Hope BTS Sumbang 200 Juta Won Untuk Pembinaan Pusat Pediatrik Sempena Ulang Tahun Kelahirannya

BACA: RM BTS Sumbang 200 Juta Won Kepada 2 Hospital Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-31

BACA: Enam Tahun Konsisten & Kekal Prihatin, Jimin BTS Teruskan Biasiswa 100 Juta Korea Won Untuk Pelajar Yang Memerlukan

Jungkook mencari nama di dalam pek snek Kancho-kkang

Dedikasi & Profesionalisme Jungkook BTS

Tujuh hari berturut-turut melakukan ‘live streaming’ bukanlah sesuatu yang mudah, terutama bagi artis K-Pop berstatus bintang global. Namun, Jungkook BTS membuktikan bahawa beliau benar-benar menghargai peminatnya. Beliau sanggup meluangkan masa setiap hari untuk berinteraksi, menyanyi secara spontan, serta berkongsi kisah harian.

Selain itu, sikap perfeksionis beliau jelas terserlah apabila beliau sendiri mengatur pencahayaan, kedudukan kamera dan keseluruhan set-up agar pengalaman tontonan peminat berada di tahap terbaik. Ramai menganggap Jungkook kini bukan sahaja seorang penyanyi berbakat, tetapi juga pencipta kandungan yang teliti dan profesional.

BACA: Jungkook BTS Kejutkan Peminat! Aktif Semula Di Instagram Dengan Nama Baru ‘mnijungkook’

BACA: SUGA BTS Sentuh Hati Masyarakat, Sumbang 5 Bilion Won Bina Pusat Rawatan Autisme Di Seoul

BACA: “Cuaca Sekarang Agak Panas” J-Hope BTS Sewa Studio Untuk ARMY, Sediakan Tempat Rehat Selesa & Pek Istimewa Sempena M Countdown

Perkembangan Terkini BTS

Untuk perkembangan terkini, kumpulan BTS kini dikhabarkan sedang dalam persiapan melancarkan album penuh baharu. Mereka dijangka kembali dengan aktiviti kumpulan sepenuhnya pada Mac 2026 selepas semua ahli selesai menjalani perkhidmatan ketenteraan masing-masing.

Dedikasi Jungkook BTS dalam dunia hiburan bukan sahaja memperkukuh reputasinya sebagai penyanyi, malah menjadikannya inspirasi kepada ramai artis muda yang ingin membina hubungan tulen bersama peminat.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE